Saturday, July 10, 2010

Laporan Harian Kem Bakat Berbasikal Trek Lelaki Siri 02/2010



Laporan Harian Kem Bakat Berbasikal Trek Lelaki Siri 02/2010LAPORAN HARIAN KEM BAKAT BERBASIKAL TREK PELAPIS LELAKI SIRI 02 / 2010
09 JULAI 2010 (JUMAAT)
CUACA : PAGI-BAIK / PETANG - HUJAN
PROGRAM
Sesi Pagi

Masa : 8.00 - 12.00 Tengahari

Hari pertama para peserta dipecahkan kepada 2 kumpulan. Kumpulan 1 adalah kumpulan yang biasa menggunakan trek manakala untuk kumpulan 2 adalah peserta yang pertama kali menggunakan trek. Untuk sesi pagi ini para peserta diberikan penerangan terperinci tentang cara warm-up yang betul di dalam trek yang diketuai oleh coach ghafuan dan dibantu dengan jurulatih-jurulatih yang lain.

Sesi Petang
Masa : 3.30 ptg - 6.00 ptg
Sesi petang dimulakan dengan pembetulan teknik dan cara kayuhan bagi acara sprint 200M. Walau bagaimanapun segala aktiviti terpaksa dihentikan kerana hujan pada jam 5.00 petang.

Sesi Malam

Masa : 8.30malam - 10.30 malam

Sesi malam diteruskan dengan pembentangan pengenalan veledrom. Sesi ini telah dikendalikan oleh coach Roslee yang melibatkan tentang penerangan peraturan UCI, saiz veledrom, penggunaan basikal yang sesuai dan penggunaan gearing yang betul. 

Kemalangan/Kecederaan/Tidak sihat
-Tiada-

Sekian, terima kasih

RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.