Friday, July 30, 2010

Kem Bakat Angkat Berat Wanita Bawah 15 Tahun (Hari Terakhir)

Hari terakhir bagi Kem Bakat Angkat Berat Wanita Bawah 15 Tahun diteruskan pada pukul 9.00 pagi. Aktiviti pada pagi ini adalah riadah iaitu lawatan ke Pengkalan Kubor dan Pantai Genting . Aktiviti berakhir pada pukul 1.00 tghari. Jurulatih dan atlet meneruskan sesi petang dengan latihan ringan pada pukul 4 hingga 6 petang.

Pada waktu malam satu sesi iaitu sesi rumusan oleh jurulatih dan pengurus di diadakan pada pukul 8 hingga 10 malam. Daripada maklumbalas yang diberikan oleh peserta kem, rata-ratanya memberikan maklumbalas yang positif sepanjang kem berlangsung. Prestasi atlet akan dinilai pada Kejohanan Angkat Berat Terbuka Kelantan Bawah 15 tahun pada 31 Julai - 1 Ogos 2010 di Dewan Latihan Angkat Berat, Wisma Majlis Sukan Negeri Kelantan.

Jumlah peserta yang telah didaftarkan untuk kejohanan kali ini adalah seramai 61 orang. Untuk peserta kem, selamat berjaya....!




Adam Shazan Amir
Pengurus Sukan

Report via HTC

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.