Sunday, July 11, 2010

Kejohanan IODA Asian Optimist 2010, Thailand.






Salam 1 Malaysia,

Laporan Keseluruhan untuk Kejohanan IODA Asian Optimist Championship, Royal Varuna Yacht Club, Pattaya, Thailand 3-11 Julai 2010.

Pelayar Malaysia menyinar pada hari terakhir kejohanan dengan memenangi tempat pertama Boys Asian dan tempat ketiga acara Berpasukan serta tempat ketiga keseluruhan.

Muhammad Faizal Norizan Berjaya memintas peserta Singapura dan peserta tuan rumah, Thailand untuk memenangi tempat pertama bagi kategori Asian Boys.

Nurul Izzatul Akmar pula berada tempat keenam untuk Asian Girls.

Untuk kategori Overall, Kimberly dari Singapura tempat pertama, Carlos dari Sepanyol tempat kedua dan Mohammd Faizal Norizan tempat ketiga.

Mohammad Faizal menamatkan baki tiga perlumbaan dengan baik dengan menamatkan tempat ke2 race ke 10, juga untuk race ke 11 tempat ke2 dan race ke12 iaitu yang terakhir dikedudukan ke7, sekaligus memintas kesemua peserta Asian Boys untuk memenangi kategori ini.

Muhammad Farhan juga mempamerkan prestasi terbaiknya dengan mendapat tempat pertama sebanyak 2 kali dan untuk race terakhir mendapat tempat ke3. Prestasi memberangsangkan pada hari terakhir tidak cukup untuk memintas lain-lain peserta dan sekadar tempat ke4 bagi kategori Asian Boys dan kelapan untuk keputusan Overall.

Lain-lain pelayar masih tidak menunjukkan keputusan konsistennya dan sekadar dalam 15 terbaik dalam kategori Asia Boys dan Asia Girls.

Keputusan penuh
1.Kimberly – Singapore,
2. Carlos – Spain,
3. Mohammad Faizal – Malaysia,
4. Yuki – Singapore,
5. Nappakao – Thailand,
8. Muhammad Farhan – Malaysia,
15. Ahmad Latif – MAS,
16. Ahmad Syukri – MAS,
22. Mohd Isan – MAS,
27. Nurul Izzatul – MAS,
38. Nurliyana – MAS.

Sebanyak 103 peserta yang menyertai kejohanan edisi tahun ini dengan diwakili dalam 20 negara yang bertanding. Antara yang hadir untuk kejohanan ini, Malaysia, Singapore, Myamar, Filipina, Thailand, Korea Selatan, Japan, India, Hong Kong, Qatar, Sri Langka, Iran, Taiwan, New Zealand, Australia, Netherland, Papua New Guine, Afrika Selatan, Sepanyol.

Upacara penutup dijalankan dengan gemilang dan ditutup dengan rasminya dan Tuan rumah untuk IODA Asian Optimist Championship 2011 jatuh kepada Singapura.

Terima Kasih.

MUHAMMAD SAHIR A RAHIM
JURLATIH PELAPIS KEBANGSAAN
Royal Varuna Yacht Club, Pattaya, Thailand

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.