Monday, July 19, 2010

LAPORAN KEM MOTIVASI DAN BINA PASUKAN ATLET LAWN BOWLS DAN PELAYARAN DI LANGKAWI












Salam 1 Malaysia,

Berikut adalah sedikit laporan pemantauan Kem Motivasi dan Bina Pasukan untuk atlet sukan Lawn Bowls dan Pelayaran (Elit & Pelapis Kebangsaan) yang telah di adakan pada 12 hingga 16 Julai 2010 di Langkawi, Kedah. Semua peserta menginap di ompleks Sukan Perahu Layar, Langkawi

Lokasi Aktiviti

1. Telaga Tujuh (bermalam pada hari pertama)
- berkhemah
2. Pulau Singa
- water confidence
- snorkling
- psikology
3. Kompleks & Pekan Kuah
- orientasi
- psikology

Penyertaan
1. 49 orang atlet yang terlibat (29 Lawn Bowls & 12 Pelayaran)
2. 7 orang fasilitator (pegawai PLKN)
3. 6 orang urusetia

Sepanjang kem ini diadakan, beberapa aktiviti telah dijalankan dimana atlet-atlet dari kedua-dua sukan yang baru pertama kali digabungkan untuk sesi meningkatkan motivasi dan memantapkan semangat sepasukan, semangat juang dan nilai-nilai murni ke arah usaha penambahbaikan diri, menjiwai komitmen dan meningkatkan kecekalan serta daya saing yang berterusan disamping mengeratkan siratulrahim dikalagan mereka. Atlet-atlet dari sukan Lawn Bowls (senior) juga telah banyak membantu dan berkongsi pengalaman dengan atlet-atlet yang lain khususnya atlet sukan pelayaran yang lebih jauh berbeza terutamanya dari segi faktor usia dan pengalaman sukan masing2.
Kem ini juga telah mendapat pelbagai maklum balas yang positif dari fasilitator, jurulatih juga atlet-atlet terlibat dan perlu dikongsi bersama dengan atlet-atlet dari sukan lain yang amat bersesuaian untuk tujuan ini disamping penempatan sedia ada (kompleks sukan perahu layar) dan lokasi-lokasi aktiviti yang berhampiran yang secara tidak langsung dapat menjimatkan kos.

Bersama ini juga dilampirkan beberapa gambar iaitu aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kem ini diadakan. Sekian.

--
ROHAIZAH HANIM MAT HUSIEN
PENGURUS SUKAN

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.