Sunday, July 25, 2010

KEPUTUSAN HARI KEDUA INVITATION CYCLING TEST EVENT - DELHI INDIA 2010



salam,
 
 
LAPORAN KEPUTUSAN HARI KEDUA INVITATION CYCLING TEST EVENT - DELHI INDIA 2010
 
TARIKH : 24 JULAI 2010
HARI     : SABTU
 
 
KEPUTUSAN RASMI
 
ACARA : ELITE MEN KEIRIN
 
1) EMAS      - MOHD FARHAN AMRI BIN ZAID - MALAYSIA
2) PERAK    - STEPHEN HALL - AUSTRALIA
3) GANGSA - MUHAMAD FAIZ SYARIFUDDIN BIN ABD KADIR - MALAYSIA 

CATATAN : SERAMAI 20 ORANG ATLET DARI NEGARA MALAYSIA, AUSTRALIA DAN INDIA TELAH MENYERTAI ACARA KEIRIN BAGI HARI KEDUA KEJOHANAN. PASUKAN NEGARA TELAH MENDAFTAR 4 ORANG ATLET BAGI PERYERTAAN KALI INI.ATLET BERKENAAN JUGA TELAH MENCAPAI SASARAN YANG DITETAPKAN OLEH JURULATIH. DISAMPING ITU, KEPUJIAN JUGA HARUS DIBERIKAN KEPADA ATLET INI KERANA SEPANJANG KEJOHANAN BERLANGSUNG ATLET NEGARA TELAH MENUNJUKKAN TAHAP DISPLIN DAN SEMANGAT SEPASUKAN YANG TINGGI SEMASA MENYERTAI KEJOHANAN TERSEBUT.

SECARA KESELURUHANNYA PASUKAN BASIKAL TREK MALAYSIA TELAH BERJAYA MERANGKUL 2 EMAS DAN 2 GANGSA SEHINGGA HARI KEDUA KEJOHANAN. PASUKAN BASIKAL TREK MALAYSIA MENGHARAPKAN SESUATU YANG LEBIH MENARIK BAGI HARI KETIGA PERTANDINGAN DENGAN MENSANDARKAN HARAPAN KEPADA MOHAMAD FAKHRUDDIN BIN DAWOD SERTA MOHD FARHAN AMRI BIN ZAID BAGI ACARA SPRINT.

SEKIAN INFORMASI TERKINI DARI NEW DELHI, INDIA

 

MEOR SHAHRIMAN BIN MEOR AHMAD KASRI
PENGURUS PASUKAN BASIKAL MALAYSIA
DELHI TIME : 21.30PM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.