Kem Bakat Angkat Berat Wanita Bawah 15 Tahun
Pagi ini diteruskan dengan ujian kecergasan yang dikendalikan oleh pegawai ISN, Cik Ayuni dari Unit Suaian Fizikal .
Kesemua atlet mengambil bahagian bagi ujian kecergasan keceuali 3 atlet yang cedera ringan. Pada sesi petang latihan seperti biasa manakala pada sesi malam adalah sesi Pemakanan Sukan dan disampaikan En. Wan Noorasrizal (Ketua Pen.Pengarah Pusat Satelit) berakhir pada pukul 10.00.
ADAM BIN SHAZAN AMIR
Monday, July 26, 2010
Kem Bakat Angkat Berat Wanita Bawah 15 Tahun
WYC 2010 - Results Singles Boys Sqd 1&2
Hi Guys,
Our young Malaysian boys rookies gave an inspiring debut in their opening game of the Singles event. Khoo Beng Khai gave a glimpse of hope when he was on track for a good showing. Beng Khai started off with lines of 206, 226, 185, 228, 223 before succumb to a poor 167 last game. Hence his chance was vaporised as he ended on 14th position.
Debutant Yusuf Abdul Raof could not sustained his momentum to the distance after a promising start. Yusuf bowled the lines of 198, 243, 179, 162, 183, & 165 for a 1130 total to end on 28th position.
In squad 2, Aris Ardilla and Syimir Abdul Razak encountered similiar situation. Aris reeled the lines of 195, 181, 212, 213, 216 & 203 for a 1220 total.
Meanwhile, Syimir become the first bowler to achieve the magical 300 game in his 6th game. However, the feat was not good enough to haul up his position standing. Syimir produced a sub-par performance with lines of 156, 202, 203, 185, 170 & 300 for a 1216 total.
The line up for the Doubles Girls is Fatin Syazliana & Siti Safiyah on Squad 1 at 09:00am while Jacqueline Sijore & Sin Li Jane is on Squad 2 at 1:00pm.
The Championship website is www.keilailu.fi and you can also log on to www.bambuser.com for live streaming on the Finals.
Regards,
BC Cheah
Tali Bowl
Helsinki, Finland
Kem Bakat Sukan Memanah Fasa 2, 25-31 Julai 2010
Salam 1 Malaysia
Unit Pelapis Negeri, Cawangan Pelapis dengan ini meneruskan
pengelolaan Kem Bakat Sukan Memanah Pelapis Negeri Fasa 2/2010 yang sedang berlangsung mengikut ketetapan berikut;
Tarikh : 25-31 Julai 2010
Tempat : Kompleks MSN Taman Keramat ,Kuala Lumpur
Kem ini diteruskan dengan menghimpunkan seramai 24 atlet (14
lelaki & 10 wanita) yang merupakan atlet-atlet terbaik dibawah Program Pelapis Negeri pada ketika ini yang berumur diantara 13-18 tahun. Kem ini juga merupakan kesinambungan daripada Kem Fasa 1/2010 yang telah dijalankan pada bulan Mac 2010 lalu.
Tujuan utama Kem Fasa 2/2010 ini dijalankan adalah untuk;
1. Meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri para atlet-atlet terpilih.
2. Menyediakan atlet-atlet terbaik untuk dipilih ke Program Pelapis Serantau dan Program Pelapis Kebangsaan.
3. Persediaan program latihan serta penumpuan awal kepada atlet-atlet yang akan disasarkan untuk layak ke Temasya Sukan Olimpik Remaja Ke 2 (YOG) pada tahun 2014 nanti.
4. Meningkatkan prestasi sedia ada disamping dibantu oleh
jurulatih-jurulatih yang berpengalaman.
Berdasarkan kepada prestasi sedia ada tersebut, Kem Fasa 2/2010 ini akan memfokuskan kepada aspek-aspek berikut;
1. Pemeriksaan semula peralatan-peralatan memanah yang sedia ada.
2. Penilaian semula tahap teknik sedia ada dikalangan semua atlet-atlet.
3. Memperbaiki (repair) semula tahap teknik sedia ada.
4. Memberikan program Motivasi dan Team building.
5. Disiplin dan sikap kendiri.
6. Goal Setting dan kaedah mencapainya
Kem ini juga melibatkan 5 jurulatih dibawah Program
Majlis iaitu;
1. En Othman Abd Wahab - Jurulatih Program Pelapis Kebangsaan
2. En Mohamed Marbawi Sulaiman - Jurulatih Program Back-up Elit.
3. En Mohamad Tohir Gatot - Jurulatih Program Pelapis Serantau.
4. En Shahmi Muhamad Fahuzi - Jurulatih Program Pelapis Negeri (Perak).
5. En Amran Hamidi - Jurulatih Program Pelapis Negeri (Selangor).
Kem ini juga dibantu oleh 2 Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) yang juga bertindak sebagai Urusetia Kem iaitu; En Zubir Shaharani (USPTN Perak) & Pn Shahashuhaida Bt Tarmuzi (USPTN P.Pinang) disamping En Ibrahim Hj Mohamed (Pengurus Pelapis Negeri) sendiri yang bertindak juga sebagai Penceramah Motivasi.
Terima Kasih.
Kem Bakat Sukan Terjun Program Pelapis Siri 2/2010
KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS SIRI 2/2010
Tarikh : 23 - 29 Julai 2010
Tempat : Pusat Akuatik Negeri, Paroi, Seremban
Atlet : 26 orang (kump. A) & 22 orang (kump. B)
Jurulatih : 10 orang
SDO : 6 orang
Kem kali kedua bagi tahun 2010 ini telah melibatkan kumpulan atlet A dan B dimana kedua-dua kumpulan di terajui oleh jurulatih luar negara (JLN) Zhao Xi Yang dan Qhi Jian Hua dan dibantu oleh jurulatih tempatan. Tiga orang panel telah dilantik iaitu terdiri daripada Zhao Jiong Xing, Qhi Jian Hua dan Rosatimah Muhammad bertujuan memantau dan menilai pencapaian setiap atlet.
Atlet daripada kumpulan B telah didedahkan dengan latihan yang terdiri daripada latihan-latihan di trampoline seperti 'take off A,B,C, '10 jump', dan '3 jump' disamping latihan 'double jack', 'pike' dan 'handstand'. Latihan di air juga melibatkan terjunan 'straight A'. Atlet daripada kumpulan A pula diberi penekanan dengan latihan-latihan seperti 'sommersault 102/104 C,B. Latihan juga turut ditekankan kepada latihan di platform (10 set) melibatkan terjunan 102,202,302 & 402. Jurulatih juga turut memberi penekanan kepada terjunan -terjunan asas yang akan dipertandingkan semasa dan mini competition nanti. Jenis terjunan adalah seperti 1m (201,301), 3m (101,401) dan 5m (front & back entry).
Keseluruhannya pencapaian atlet daripada kedua-dua kumpulan A dan B meningkat dan jurulatih telah meningkatkan lagi jumlah terjunan didalam latihan masing.
Aktiviti malam melibatkan tayangan video dan sesi ceramah daripada jurulatih.
--
Megat Ahmad Kushairy Abd Aziz
PPA(P7)
Kem Bakat Angkat Berat Wanita Bawah 15 Tahun
Tarikh : 25 Julai hingga 30 Julai 2010
Tempat : Dewan Latihan Angkat Berat, Wisma Majlis Sukan Negeri Kelantan.
Atlit : 17 orang
Jurulatih : 5 orang
Latihan pada hari ini iaitu pada sesi pagi di pantau oleh 5 orang jurulatih yang terdiri daripada Mohd Norshah Rizal Ruslan (JPM Kedah), Nordin Jusoh (JPM Kelantan), Mohd Faizulzalham Sazaly (JSM P.Pinang), Mohd Aizat Zaini (Serantau) dan Zamzuri Dollah (JSM Johor). Manakala pada sesi petang latihan seperti biasa tetapi seorang pegawai daripada Unit Biomekanik, ISN telah merakam setiap angkatan atlit angkat berat wanita untuk tujuan analisis pergerakan yang akan diperjelaskan lagi pada sesi malam iaitu sesi analisis sukan.
Pada sesi malam yang bermula tepat pada pukul 8.00malam, pegawai ISN iaitu Pri Chaskar dari Unti Biomekanik menjelaskan tentang teknik angkatan yang sepatutnya dilakukan dan kesalahan yang dilakukan oleh setiap atlet yang dirakam. Sesi pada malam itu semakin rancak dengan penglibatan yang sangat aktif daripada Nordin Jusoh, Mohd Faizulzalham Sazaly dan Mohd Aizat Zaini yang sentiasa memberikan pendapat dan penjelasan dalam setiap angkatan yang dirakam. Sesi malam tamat pada pukul 10 malam. Pada keesokkan hari (26 Julai) sesi pagi adalah ujian kecergasan yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai dari ISN.
--
ADAM BIN SHAZAN AMIR
PPA(P8)
KEPUTUSAN HARI TERAKHIR SEMPENA KEJOHANAN INVITATIONAL CYCLING TEST EVENT DELHI INDIA 2010
Salam dan selamat malam,
New Delhi,India:
Kejohanan Invitational Cycling Test Event Delhi India buat hari terakhir telah menyaksikan kemampuan sebenar pasukan basikal trek remaja kebangsaan untuk bertanding bersama-sama dengan pelumba-pelumba dari negara yang telah dijemputan bagi persediaan penganjuran Sukan Komenwel India 2010 tidak lama lagi.Kejohanan ini telah bermula pada 23 hingga 25 Julai 2010 yang bertempat di Veledrom Indra Gandhi Delhi, India. Dari hari pertama hingga ke hari terakhir kejohanan, pelumba remaja negara telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan memperagakan aksi yang menarik hingga mendapat tepukan serta sorakan gemuruh sebagai tanda sokongan kepada pelumba Malaysia. Dalam pada itu juga, pasukan negara amat berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai sepanjang kejohanan berlangsung dengan memperoleh 3 emas, 2 perak dan 2 gangsa. Pingat negara telah berjaya disumbangkan melalui acara keirin, 1000m time trail, sprint dan scratch race. Pasukan negara telah mendaftar seorang pengurus, 2 jurulatih dan 4 atlet lelaki.
Dengan hanya menghantar 4 orang atlet, pasukan negara berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini. Venue petandingan secara keseluruhannya telah bersedia untuk menerima pelumba-pelumba hebat dari negara komenwel seperti Australia, Britian, Malaysia dan sebagainya. Kesemua jurulatih telah memberi pandangan bahawa Trek veledrom Indra Gandhi berada dalam keadaan baik dan laju. Selain itu pihak penganjur juga amat menitikberatkan keselamatan bagi setiap pasukan yang menyertai. Dari hotel hinggalah ke venue pertandingan, setiap pasukan akan diiringi dengan pasukan keselamatan negara berkenaan.Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang ancaman yang telah dikeluarkan oleh pemberontak di negara tersebut. Acara sprint lelaki telah menyaksikan perlumbaan yang hebat dengan pertarungan 2 pelumba muda negara yang masing-masing bersaing hebat untuk merangkul pingat emas dalam acara berkenaan.<
Pihak penganjur telah mempraktikkan penganjuran sebenar dengan menyediakan pasukan khas untuk ujian doping bagi atlet-atlet yang dipilih.Bak kata pepatah melayu "hujan batu di negara orang, hujan emas di negara sendiri. Walaupun ingatan masih di Malaysia, namun di atas semangat " Malaysia Boleh !!!! telah membakarkan semangat pasukan negara untuk terus ke hadapan. Dalam tempoh 5 hari di Delhi India, para atlet dan jurulatih berada didalam keadaan yang sihat dan baik.Kami juga tidak dibenarkan oleh pihak polis Delhi untuk berkunjung mahupun melihat venue pertandingan yang siap dibina disekitarnya atas alasan keselamatan.
Kalau di Malaysia kita amat gemar dengan roti canai, tetapi disini kita akan dihidangkan dengan puri, uttapam dan apam beserta dengan kuah dal. Rata-rata atlet remaja negara mampu menyesuaikan diri dengan makanan yang disediakan kerana ia amat sinonim dengan makanan bangsa India ataupun lebih gemar dikenali dengan panggilan mamak di Malaysia.Pasukan negara juga amat bertuah kerana seorang komisar Malaysia iaitu Puan Bectrice Jawala telah dilantik menjadi komisar pertandingan dan ini secara langsung telah memudahkan pihak pengurus mahupun jurulatih jika mempunyai sebarang masalah dari segi teknikal dan sebagainya.
Pada hari terkhir kejohanan, pasukan Australia telah dinobatkan sebagai pasukan terbaik diikuti dengan peserta terbaik lelaki iaitu Stephen Hall dan peserta terbaik wanita diberikan kepada Ting Ying Huang dari Chinese Taipei. Majlis penutup telah rasmikan oleh Pengerusi Sukan Komenwel India yang berakhir kira-kira jam 7.00 malam. Secara keseluruhanya pasukan basikal negara telah berjaya dengan cemerlang dan diharapkan pelumba-pelumba muda ini pada suatu hari nanti akan mampu menyarung jersi Malaysia bagi mewakili negara pada kejohanan di peringkat antarabangsa kelak.
PUNGUTAN PINGAT MALAYSIA KEJOHANAN INVITATIONAL CYCLING TEST EVENT COMMONWEALTH DELHI 23 HINGGA 25 JULAI 2010
3 EMAS
2 PERAK
2 GANGSA
KEPUTUSAN 23 JULAI 2010
KEIRIN
EMAS - Mohd Farhan Amri Bin Zaid- (Malaysia)
PERAK - Stephen Hall - (Australia)
GANGSA - Muhamad Faiz Syarifuddin Bin Abd Kadir - (Malaysia)
KEPUTUSAN 24 JULAI 2010
4000M INDIVIDUAL PURSUIT
EMAS - Stephen Hall (Australia) 4.57.101 s
PERAK - Rajender Bishnoi (India) 4.58.561 s
GANGSA - Sombir (India) 4.56.539 s (masa pusingan kelayakan) - memintas shobry 1 lap akhir
KE-EMPAT - Muhammad Shobry Bin Abdullah (Malaysia) 5.02.156 s (masa pusingan kelayakan)
KE-LIMA - Muhamad Faiz Syarifuddin Bin Abd Kadir (Malaysia) 5.02.335 s
1000M TIME TRAIL
EMAS - Mohamad Fakhruddin Bin Dawod (Malaysia) 1.07.764 s
PERAK - O.Bikram Singh (India) 1.08.324 s
GANGSA - Mohd Farhan Amri Bin Zaid (Malaysia) 1.08.383 s
KEPUTUSAN 25 JULAI 2010
SPRINT
EMAS - Mohamad Fakhruddin Bin Dawod (Malaysia)
PERAK - Mohd Farhan Amri Bin Zaid (Malaysia)
GANGSA - O.Bikram Singh (India)
SCRATCH RACE
EMAS - Stephen Hall
PERAK - Muhamad Faiz Syarifuddin Bin Abd Kadir (Malaysia)
GANGSA - Prince H.L.H ylem (India)
Sekian berita terkini dari Hotel Janpath New Delhi India
MEOR SHAHRIMAN
PENGURUS PASUKAN BASIKAL TREK MALAYSIA
Sunday, July 25, 2010
WYC 2010 - Results Singles Girls
Hi Guys,
It was a case of so close yet so far for our young Malaysian's pursuit for a place in the Semi-Finals of the Singles Girls event today.
Determined to strive for excellence and glory for our country, Sin Li Jane was disappointed not to make the cut for the Semi-Finals.
A modest start on 182 game, Li Jane paced herself well with lines of 215, 213, 202, 248 to come within distance for a medal-shoot position. Li Jane was on track in her last game till the 9th frame when a stubborn 8 pin stood and she ended her game with 228; hence was 32 pins short for a top 4 finish. Jane emerged as the best Malaysian in 6th position with 1288 series. A disappointed Li Jane commented "I vowed to come back stronger in my next event. My first game cost me a medal for our country".
Debutant Jacqueline Sijore had a dream start with 238 game but could not held on the momentum, reeling subsequent lines of 182, 187, 180, 199 & 233 for a 1219 total to finish on 22nd place (1219) while Siti Safiyah emerged on 31st place (1204) and Fatin Syazliana ended on 37th place (1188)
The Championship website is www.keilailu.fi .
Regards,
BC Cheah
Tali Bowl
Helsinki, Finland