Showing posts with label football. Show all posts
Showing posts with label football. Show all posts

Sunday, August 8, 2010

MUPC 2010: FINAL ENTRY







Manchester United Premier Cup Under-15 Worlds Final 2010
Manchester United Training Ground, Carrington, Manchester, M31 4BH
Day-3 – Penentuan tempat ke9 – ke20.

Bolasepak Pelapis U15 Malaysia yang diwakili MSS Kedah telah menduduki tempat ke-5 dalam Kumpulan C dan terkeluar daripada pusingan suku-akhir sebaliknya perlu bersaing penentuan tempat ke 17 – 20. Malaysia telah menang pagi tadi menewaskan pasukan Korea, Ulsan Hyundai Middle School melalui sepakan penalti 9-8 setelah terikat 0-0 dalam masa penuh. Petang ini pula dalam perlawanan terakhir Malaysia akan bertemu pasukan dari Turki, Bucaspor.

(Berita terkini) Malaysia telah Berjaya menewaskan Turki juga dengan sepakan penalty 5-4 setelah perlawanan masa penuh terikat 2-2. Tahniah! Malaysia akhirnya dipahat pada kedudukan ke17 daripada 20 pasukan dunia pelbagai benua. Esok penentuan final jam 12.00 di Old Trafford antara FC Barcelona, Spain v Pachuca FC, Mexico.

Keputusan Kumpulan C
MSS Kedah Malaysia ke17
Sutherland Shark FC Australia ke16
Alta Loma Arsenal FC USA ke11
Manchester United UK (host) ke5/6
FC Barcelona Spain ke1/2

Friday, August 6, 2010

MUPC 2010: MSS Kedah vs Arsenal







Petang tadi menonton U15 Kedah v Arsenal di MUTG Carrington, Manchester acara World Cup U15 MUPC2010.

Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan C, Kedah (Malaysia) terpaksa kalah 0-2 di tangan Arsenal FC. Kedah bermain cantik dan banyak membuat hantaran pendek tetapi serangan Arsenal tidak dapat dikekang. Pagi tadi Malaysia telah bolos 0-3 ditangan FC Barcelona. Permainan cantik Malaysia dibayangi taktik hantaran singkat kemas Barcelona. Masa pertama Malaysia ketinggalan 0-1.

Awal masa kedua penyerang Malaysia dikenakan kad kuning kedua dan Malaysia terpaksa bermain 10 orang. Semalam pagi Malaysia mendapat sebiji gol semasa Malaysia v Man United dalam perlawanan pembukaan. Walaupun serangan Malaysia membuahkan hasil tetapi akhirnya Malaysia tewas tipis 1-2 masa penuh. Semalam petang pula Malaysia dikatakan bermain hambar tetapi mendapat 1 mata hasil seri tanpa jaringan lwn Sutherland Sharks FC (Australia). Berakhir peringkat Kumpulan C, Malaysia tidak berjaya ke peringkat kalah-mati. Walaubagaimanapun Malaysia masih perlu bermain pada pagi dan petang esok bagi penentuan tempat ke17-20. Para pemain tadi (semasa ditemuramah oleh RTM, Astro & TV3) dilihat masih mempunyai keazaman untuk memenangi perlawanan bagi memahat tempat ke-17.

Selain media, para pemain Malaysia telah disokong oleh ramai warga Malaysia yang menetap di Manchester di kalangan profesional, pelajar, keluarga. Pemain juga ditemani beberapa jurulatih, ibubapa dan beberapa pegawai pendidikan negeri Kedah. Wakil Nike Malaysia juga dilihat mengiringi kedatangan mereka.

Perlawanan final MUPC2010 ini akan diadakan di Stadium kebanggaan MU di Old Trafford pada hari Sabtu ini. MUPC2010 = Manchester United Premier Cup 2010 = Annually World Cup Under-15 Games.

laporan dihantar oleh rakan pelapis dari Manchester:
Affandi Kastor

MUPC 2010: MSS Kedah vs Barca






Baru dpt buat entri kedua. Kedah v Barca. Mereka lwn ptg semlm di Manchester bg piala dunia U15 MUPC2010. Dukacita Kedah kalah 0-3. Defisit 1 gol separuh pertama.
Awal separuh kedua, penyerang Kedah kena kad merah, akibat 2 kad kuning - terjahan ringan untuk merebut golekan bola ke arah penjaga gol lawan.

Barca pasukan favourite, spt juga host iaitu ManUnited. Wakil England sebenarnya Newcastle Utd. Arsenal adalah Alta Loma Arsenal FC mewakili Amerika Utara - kenapa?.
Barca banyak menguasai bola, bermain spt pasukan senoir mereka; byk hantaran pendek, termasuk semasa menjaring gol! Kedah dilihat mampu mengawal asakan, tidak terlalu kerdil berbanding pasukan eropah ini. Kadang2 dpt menyerang balas.

Kedah menunjukkan permainan confident - mungkin hasil usaha pasukan, coach, sekolah parents dan MSS.

Ketika entri ini, Malaysia sedang lwn Korea. Moga pasukan U15 Malaysia menang penentuan tempat ke 17/18.

Entri berikut akan tampilkan aksi penyokong, media dan close-up coach & players.

laporan di hantar oleh rakan pelapis dari Manchester:
Affandi Kastor

Wednesday, June 16, 2010

Bolasepak SUKMA XIII



Bolasepak separuh akhir kedua menyaksikan pasukan merah kuning Selangor menentang pasukan Kedah di Stadium Hang Tuah pada malam ini. Pemenang perlawanan ini akan bertemu juara bertahan pasukan Terengganu yang telah melayakkan diri ke peringkat akhir selepas menumpaskan pasukan Wilayah Persekutuan dengan sepakan penalti 5-4 setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga masa tambahan tamat.

Izuwan Hj Arifin melaporkan dari Stadium Hang Tuah Melaka.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 2, 2009

KLINIK KEJURULATIHAN BOLASEPAK AKAR UMBI MSN/FAM





Date: 2 - 7 November 2009
Venue: MSN Kompleks Sukan Bukit Jalil
Participant: 40 coaches

We have been approached by Mr. Lim Kim Chon (FAM) last august to help FAM organized program for grassroots football and without any further thinking we give our fullest commitment to the project.

The coaching clinic start today targeted committed coaches who run their club in community level. we are so happy with the feedback from the participant and wish them all the best.

Sunday, May 24, 2009

BINTANG MUDA FOOTBAtLL CARNIVAL

Activity: Bintang Muda Football carnival
Date: 24 Mei
Venue: Institute Ilmu Khas Cheras





Our future footballer marching in with pride






See how the kids play make us wonder....


Congratulation to Bintang Muda Club for their effort to organize such exciting event. CIMB Foundation contribution as main sponsor in this tournement should be follow by others to help us elevated our sport to the higher stage.