Showing posts with label Bengkel. Show all posts
Showing posts with label Bengkel. Show all posts

Saturday, April 19, 2014

LAPORAN HARIAN BENGKEL PENGURUSAN PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI BIL 2/2014

Tarikh : 16 April 2014
Tempat : Pearl International Hotel

Hari ini merupakan hari terakhir bengkel pengurusan pegawai pembangunan negeri dimana hanya PPN dari Sabah dan Sarawak yang membuat pembentangan.

Setelah pembentangan, rumusan dan ucapan penutupan dari Pengarah Cawangan Pelapis, Encik Jefri Ngadirin. Beliau menyatakan bahawa PPN adalah penggerak di peringkat negeri yang mana amat penting kepada pembangunan atlet dan sukan itu sendiri. Selain itu, beliau turut menyatakan para PPN digalakkan membina hubungan baik dengan atlet untuk lebih kenal atlet- atlet Pelapis negeri. Begitu juga dari segi penganjuran program agar mengadakan lebih banyak lagi program binaan untuk memperbaiki prestasi atlet dan juga jurulatih.

Sikap competent dan bertanggungjawab juga perlu diamalkankan oleh para PPN agar kerja yang dilakukan berkualiti. Bengkel diakhiri dan semua pegawai yang terlibat kembali ke negeri masing- masing. Walaubagaimanapun terdapat segelintir PPN masih meneruskan perjuangan kerana terlibat dengan kejohanan.

Sekian.

Thursday, April 17, 2014

LAPORAN HARIAN BENGKEL PENGURUSAN PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI BIL 2/2014

Tarikh : 16 April 2014
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur


Hari ini merupakan hari terakhir bengkel pengurusan pegawai pembangunan negeri bil 2/2014 dimana berbaki PPN dari Sabah dan Sarawak sahaja yang akan membuat pembentangan. PPN dari Sabah membentangkan sukan terjun dan skuasy. Manakala PPN dari Sarawak membentangkan berkenaan sukan gimrama.

Usai pembentangan, rumusan dan penutupan dari Pengarah Cawangan Pelapis Encik Jefri Ngadirin. Beliau menyatakan bahawa PPN atau lebih dikenali sebagai Sport Development Officer (SDO) merupakan penggerak di peringkat negeri yang mana amat penting kepada pembangunan atlet dan sukan itu sendiri. Selain itu, beliau turut menyatakan PPN digalakkan untuk membina hubungan yang baik dengan atlet untuk lebih mengenali atlet-atlet di peringkat pelapis negeri. Begitu juga dari segi penganjuran program agar mengadakan lebih banyak lagi program binaan untuk memperbaiki prestasi atlet dan juga jurulatih.

Tambahan beliau, sikap competent dan responsible juga perlu diamalkan oleh para PPN agar kerja yang dilakukan berkualiti dan mampu mencapai outcome yang dikehendaki.

Program berakhir pada pukul 12.00 tengahari dan semua pegawai check out pada pukul 1.00 petang. Kebanyakan PPN kembali bertugas ke negeri masing-masing. Walaubagaimanapun terdapat beberapa PPN yang ke venue pertandingan kerana terlibat dengan kejohanan.

Sekian laporan.

Tuesday, April 15, 2014

LAPORAN HARIAN BENGKEL PENGURUSAN PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI BIL 2/2014

Tarikh : 15 April 2014
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur

Hari ini merupakan hari kedua bengkel dimana masih melibatkan peserta yang sama. Aktiviti bermula pada pukul 9.00 pagi.

Sepanjang hari ini merupakan pembentangan Program PPN yang dimulai oleh PPN dari Kedah dan diteruskan oleh PPN dari Pulau Pinang, Perak, W.P Kuala Lumpur dan Selangor. Manakala sesi petang pula bermula dari PPN Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Pengarah Cawangan Pelapis, Encik Jefri Ngadirin ada menekankan kepada semua pengurus sukan agar faham akan sukan dibawah jagaan masing-masing dan tahu akan keperluan sukan tersebut dari segi latihan, sains sukan, teknikal dan juga hal- hal lain. Selain itu para pengurus juga harus sentiasa mendalami dan mempelajari sukan-sukan tersebut.

Hari esok yang juga merupakan hari terakhir akan melibatkan PPN Sabah dan Sarawak.

Sekian.

Monday, April 14, 2014

LAPORAN HARIAN BENGKEL PENGURUSAN PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI BIL 2/2014

Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur
Tarikh : 14-16 April 2014

Setelah Bengkel PPN Bil 1/2014 pada bulan lalu dijalankan, hari ini 14hb April 2014 bengkel pengurusan pegawai Bil 2/2014 diteruskan lagi bagi meningkatkan prestasi para pengurus sukan di setiap negeri dan sekaligus membantu meningkatkan prestasi atlet di USPTN negeri.
Bengkel kali ini dihadiri oleh 19 orang PPN dari negeri dan 14 orang pegawai dari Cawangan.

Hari pertama dimulakan pada pukul 3.00 petang dengan pengenalan para PPN oleh Ketua Unit Khidmat Sokongan Cawangan Pelapis, Puan Nur Ehsan Hassan.

Pada pukul 3.30 petang pula, Pengarah Cawangan Pelapis Encik Jefri Ngadirin memberi pembentangan pembukaan dimana beliau menyatakan adalah amat penting bagi setiap pengurus sukan untuk menjadi kreatif dalam membantu memajukan sukan di setiap negeri. Selain itu, ramai atlet di bawah program Pelapis juga telah memberi sumbangan terhadap negara seperti di Sukan Sea pada tahun lepas dimana pungutan sebanyak 9 pingat emas melebihi dari sasaran iaitu 5 pingat emas.

Akhir kata dari beliau, team work adalah adalah amat penting kerana ia merupakan kunci kepada kejayaan Program Pelapis selama ini.

Aktiviti ditangguh seketika untuk minum petang dan akan disambung semula pada pukul  5.00 petang untuk sesi pembentangan Pengurusan Sukan Yang Berkesan oleh Ketua Unit Pelapis Serantau Encik Megat Ahmad.

Sekian.

Thursday, March 6, 2014

LAPORAN HARIAN BENGKEL PENGURUSAN PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI BIL 01/ 2014

Tarikh   : 05 Mac 2014
Tempat : Bilik Rajawali, Casa 1 MSN

Hari ketiga yang juga merupakan hari terakhir Bengkel Pengurusan Pegawai Pembangunan Negeri bermula pada pukul 9.00 pagi. Pembentangan diteruskan dari PPN Sabah dan seterusnya PPN Labuan. Setelah itu, sesi Program Binaan/ Promosi bersama Ketua Unit Pelapis Negeri En. Rashid Ramli berkenaan dengan perancangan program-program binaan pada tahun 2014 ini.
Selesai pembentangan dari KUPN, para PPN berehat seketika untuk minum pagi dan disambung semula pada pukul 10.30 pagi bagi rumusan bengkel dan seterusnya penutupan oleh Pengarah Cawangan Pelapis En. Jefri Ngadirin. Bengkel berakhir pada pukul 12.00 tengahari dan sesi bersurai. 

LAPORAN HARIAN BENGKEL PENGURUSAN PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI BIL 01/ 2014

Tarikh   : 05 Mac 2014
Tempat : Bilik Rajawali, Casa 1 MSN

Hari kedua Bengkel Pengurusan Pegawai Pembangunan Negeri diteruskan dimana peserta sarapan pagi pada pukul 7.00 pagi dan bergerak ke Dewan Rajawali untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti bermula pada pukul 9.00 pagi dimana pembentangan program PPN dimulakan oleh PPN dari WP Kuala Lumpur dan seterusnya Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Sesi pembentangan berhenti seketika pada pukul 12.30pm untuk berehat makan tengahari dan disambung semula pada pukul 2.30 petang. Pembentangan diteruskan dari PPN Melaka, Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Sarawak.
Oleh kerana kekangan masa, pembentangan PPN Sabah dan Labuan disambung ke pagi esok. Aktitiviti  pada hari kedua berakhir pada pukul 6.00 petang dan akan disambung semula pada keesokan hari.

Tuesday, March 4, 2014

LAPORAN HARIAN BENGKEL PENGURUSAN PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI BIL 01/ 2014

Tarikh    : 04 Mac 2014
Tempat : Bilik Merbuk CASA 2, MSNM

Hari ini merupakan hari pertama Bengkel Pengurusan Pegawai Pembangunan Negeri Bil 1/2014 yang akan dilansungkan selama 3 hari bermula 04 Mac hingga 06 Mac 2014 dan dihadiri seramai 19 orang Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) yang terdiri dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP K.Lumpur, WP Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Pergerakan PPN bermula seawal 7.00 pagi dimana masing-masing bergerak dari negeri bertolak ke Majlis Sukan Negara. Para peserta bengkel menginap di CASA MSN dan makan tengahari pada pukul 12.30 tengahari. Program bermula dengan taklimat perjalanan bengkel dari Ketua Unit Khidmat Sokongan Cawangan Pelapis, Puan Nurehsan Hasan. Seterusnya, sesi bersama Pengarah Cawangan Pelapis Encik Jefri Ngadirin di mana beliau menerangkan perjalanan pelaksanaan program sepanjang tahun 2013 dan perancangan bagi tahun 2014.
Sesi berhenti seketika untuk sesi minum petang dan disambung semula pada pukul 4.15 petang bersama Ketua Unit Pelapis Kebangsaan Encik Azrul Hisyam berkenaan dengan Pengurusan Sukan yang Berkesan. Sesi ini menerangkan bagaimana PPN perlu menjalankan pengurusan di negeri dan seterusnya menyelaraskan pengurusan demi membangunkan sukan di tempat masing-masing. Sesi ini tamat pada pukul 6.00 petang dan disambung semula pada pukul 8.30 malam di Bilik Rajawali Casa 1.
Setelah makan malam, aktitviti diteruskan dengan pembentangan program PPN. Pembentangan pertama dimulakan PPN dari Perlis (Olahraga), PPN Kedah (Tinju) dan seterusnya PPN Pulau Pinang (Pelayaran). Aktiviti ditangguhkan pada pukul 10.30 malam dan akan disambung semula esok pada pukul 9.00 pagi.