Showing posts with label Diving. Show all posts
Showing posts with label Diving. Show all posts

Friday, November 7, 2014

KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN PELAPIS NEGERI SIRI 2/2014 : HARI TERAKHIR

7 November 2014 (Jumaat)

Hari ini merupakan hari terakhir Kem Bakat Sukan Terjun Siri 2/ 2014 setelah berlangsung selama 5 hari bermula dari 3 hingga 7 November 2014. Setelah sarapan pagi, atlet berkumpul di dewan makan pada jam 9.00 pagi bersama- sama jurulatih dan PPN bagi sesi perhimpunan pagi untuk hari yang terakhir.

Beberapa aktiviti seperti sesi perkongsian pengalaman dari atlet-atlet dan juga ketua jurulatih turut diselitkan. Aktiviti ini turut disaksikan oleh beberapa ibu bapa yang hadir menjemput anak-anak mereka yang seterusnya diikuti dengan sesi bergambar.

Makan tengahari diawalkan pada pukul11.30 pagi berikutan penerbangan bagi atlet Sabah dan Sarawak. Negeri terakhir yang meninggalkan venue penginapan ialah negeri Johor dan Perak dengan bantuan van dan pemandu MSN untuk menghantar mereka ke terminal bas. Van bertolak balik ke MSN pada jam 3.00 petang dan tiba pada 4.00 petang.

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE

KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN SIRI 2/ 2014 : HARI KEEMPAT

6 November 2014 (Khamis)

Hari ini masuk hari keempat Kem Bakat Sukan Akuatik Terjun Siri 2/2014. Seperti biasa latihan dijalankan seawal 8.00 pagi di Pusat Akuatik Negeri, Paroi. Antara latihan yang dijalankan ialah :

1) Forward Jump
2) Back Jump
3) Forward (pike) Entry Standing Position
4) Entry Simulation

Pada sebelah petang pula diadakan pertandingan mini antara atlet yang menyertai kem. Pertandingan mini ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Lelaki dan Wanita 1m Papan Anjal serta Lelaki dan Wanita 3m Papan Anjal. Jurulatih Pelapis Kebangsaan Yeoh Ken Nee bersama dua lagi PPN iaitu En. Latif dan Puan Intan dipilih untuk menjadi juri pertandingan. Ini juga adalah untuk memberi pendedahan kepada PPN sukan terjun dalam mengenali sukan di bawah seliaan mereka. Pengarah Cawangan Pelapis Encik Jefri Ngadirin bersama Ketua Unit Pelapis Serantau Encik Megat Ahmad Kusyairi turut hadir memberikan sokongan.

Kem kali ini sekali lagi mendapat kejutan apabila Mohd Amsyar datang melawat para atlet bersama Ratu Terjun Negara Pandelela Rinong Pamg, sekaligus menjadi juri bagi acara 3m Papan Anjal. Ini sedikit sebanyak memberi galakkan serta motivasi kepada para atlet-atlet muda ini untuk memberikan yang terbaik. Ibu bapa turut memberi sokongan kepada program ini dengan hadir menyaksikan prestasi anak-anak mereka. Mini pertandingan selesai pada jam 6.30 petang lewat daripada jangkaan masa akibat hujan lebat di lokasi pertandingan.

Sebelah malam pula diadakan BBQ bersama Pengarah Cawangan, jurulatih, pegawai serta atlet. Tidak ketinggalan atlet kebangsaan negara Pandelela Rinong dan Mohd Amsyar. Penyampaian hadiah dan persembahan dari para atlet turut diselitkan dalam sesi BBQ ini.  Berikut adalah keputusan Pertandingan Mini yang telah berlangsung petang tadi :

1m Papan Anjal 

Lelaki
1) Betrand Rhodict - Sarawak (64.5)
2) Awang Mohd Sharszan Fyirman - Sarawak (57.0)
3) Meor Shazwan Arif - Perak (56.0)

Wanita
1) Eilisha Rania - Sarawak (60.5)
2) Ong Jia Le - WPKL (60.5)
3) Nur Alya Jesmina - Selangor (60.0)

3m Papan Anjal

Lelaki
1) Betrand Rhodict - Sarawak (96.5)
2) Awang Mohd Sharszwan Fyirman - Sarawak (91.5)
3) Tan Cyzn Yein - Selangor (83.5)

Wanita
1) Ong Jia Le - WPKL (95.5)
2) Eilisha Rania - Sarawak (87.5)
3) Nurul Najihah - Sabah (81.5)

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE

Thursday, November 6, 2014

KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN PELAPIS NEGERI SIRI 2/2013 : HARI KETIGA

5 November 2014 (Rabu)

Hari ini merupakan hari ketiga Kem Bakat Sukan Akuatik Terjun siri 2/ 2014. Sesi pagi bermula pada pukul 8.00 pagi dengan aktiviti pemanasan dan regangan badan. Antara latihan asas yang dijalankan ialah :

1) Knee Press
2) Drills
3) Trampoline
4) Front Standing Dive
5) 1 metre Spring Board

Sesi latihan petang pula para atlet menerima kunjungan daripada Pegawai Cawangan Pelapis En. Azrul Hisyam, En. Megat Ahmad Kusyairi serta En. Adam Shazan. Latihan bermula pada jam 3.00 petang sehingga 6.30 petang.

Sesi malam diteruskan dengan sesi Ikon Kebangsaan bersama Bryan Nickson AK Lomas. Beliau merupakan Olimpian negara dalam sukan terjun. Sesi malam para atlet menerima kunjungan secara tidak sengaja daripada Mohd Amsyar, pemenang pingat perak di Sukan Asia 2014 di Incheon.

Setelah sesi Ikon Kebangsaan selesai, atlet membuat sedikit persediaan untuk aktiviti malam esok. Aktiviti hari ketiga berakhir pada jam 10.30 malam.

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE

Wednesday, November 5, 2014

KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN PELAPIS NEGERI SIRI 2/ 2014 : HARI KEDUA

4 November 2014 (Selasa)

Hari ini merupakan hari kedua berlangsungnya Kem Bakat Sukan Akuatik Terjun Siri 2/ 2014. Antara negeri yang menyertai ialah WP Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak.

Aktiviti pertama pada hari kedua ialah Ujian Kecergasan yang dikendalikan oleh Pegawai Institut Sukan Negara bersama Pusat Satelit ISN di Seremban. Sesi pemanasan badan pagi bermula pada jam 8.00 pagi dikendalikan oleh para jurulatih dengan bantuan oleh atlet-atlet dari USPTN Sarawak. 

Pada sebelah petang pula para jurulatih menjalankan latihan asas di Pusat Akuatik Negeri. Antara tujuan latihan pada kem kali ini ialah persediaan para atlet ke arah Kejohanan Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir 2014 di Kuantan, Pahang nanti.

Manakala sebelah malam pula ialah sesi Psikologi bersama Dr. Mazlan Ismail seorang pensyarah di UiTM Seremban 3. Dalam sesi ini, para atlet didedahkan dengan klip-klip video penerjun bertaraf antarabangsa dan beberapa aktiviti lain. 

Aktiviti hari kedua berakhir pada jam 10.00 malam. Esok sesi latihan akan diteruskan pada jam 8.00 pagi di Pusat Akuatik Negeri, Paroi.

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE 

Tuesday, November 4, 2014

KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN PELAPIS NEGERI SIRI 2/ 2014 : HARI PERTAMA

3 November 2014 (Isnin)

Hari ini berlangsungnya hari pertama Kem Bakat Sukan Akuatik Terjun siri 2/ 2014 bertempat di Spanish Villa Resort, Seremban. Kem ini disertai seramai 47 orang atlet, 8 orang jurulatih dan 7 orang pegawai. Barisan jurulatih diketuai oleh Yeoh Ken Nee, jurulatih Pelapis Kebangsaan. 

Pendaftaran bermula pada pukul 12 tengahari di lokasi penginapan iaitu Spanish Villa Resort. Sesi seterusnya ialah taklimat ringkas program kepada atlet manakala jurulatih berbincang sesama sendiri berkenaan dengan pengisian program latihan sepanjang kem berlangsung. 

Pada waktu malam pula, dua orang instruktor dijemput bagi menjalankan aktiviti Ice Breaking yang dibantu oleh Pegawai Pembangunan Negeri.

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE

Thursday, August 28, 2014

KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN SIRI 1 /2014 : HARI KETIGA

Program sesi pagi pada hari ini adalah penilaian fisiologi daripada pihak Unit Fisiologi Senam, ISN. Diantara penilaian yang dijalankan adalah:-

1) Anthropometry
   - Weight (kg)
   - Height (cm)

2) Power
   - Squat jump
   - counter movement jump
   - standing broad jump

3) Strength
   - max pushups
   - 15s pike

4) Speed
   - Sprinting 10m

5) Flexibility
   - stand and reach
   - shoulder flexion
   - toe point

Ujian berakhir pada pukul 12.30 tengahari  dan terus balik ke hotel untuk rehat dan makan tengahari.

Semasa ujian sedang berlangsung, satu mesyuarat bersama jurulatih dan SDO telah diadakan untuk membincang mengenai mini pertandingan yang akan diadakan pada hari terakhir kem iaitu pada 29hb Ogos 2014. Perkara-perkara yang dibincang adalah seperti acara yang akan dipertandingkan, lantikan juri, pengadil, pencatat markah, pengira markah dan susun atur atlet. Mesyuarat juga berbincang peralatan yang akan digunakan semasa mini pertandingan nanti.

Program disebelah sesi petang pula adalah aktiviti rekreasi ke Gunung Lang. Aktiviti-aktiviti di Gunung Lang adalah menaiki bot ke seberang tasik, memberi makan kepada ikan, melawat mini zoo dan bermain di taman permainan. Dengan menjalankan aktiviti sebegini dapat mengurangkan stress dikalangan atlet.

Manakala program sesi malam pula adalah ceramah daripada Dr. Nelfianty Bt Rasyid, Pensyarah Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan, UPSI. Tajuk yang disampaikan adalah Psikologi dalam sukan. Psikologi adalah merupakan elemen yang penting dalam persediaan atlet cemerlang sukan terjun dimana atlet diajar teknik penafasan dengan betul, tumpuan dan pengerakan mengikut arahan yang diberikan serta imaginasi. Program sesi malam juga diselit dengan ujian mental. Atlet sangat seronok dapat bersama-sama dengan penceramah pada malam ini dan memberi tindakbalas dari dua pihak. Program malam tamat pada pukul 10.30 malam dan berakhir dengan minum malam.

Sekian, laporan dari Kem Bakat Sukan Akuatik (Terjun).

LAPORAN OLEH,
NAZLIN SHIMA
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Wednesday, August 27, 2014

KEM BAKAT SUKAN TERJUN SIRI 1 / 2014 : HARI KEDUA

Latihan sesi pagi bermula pada pukul 8.30pagi sehingga 11.30 pagi dan sesi petang pula bermula pada pukul 3.00 petang dan tamat pada pukul 6.30 petang. Atlet Pelapis Negeri menjalani latihan bersama atlet Pelapis Kebangsaan di gim dan kolam dengan mengikuti program latihan yang disediakan oleh Jurulatih Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Negeri. Diantara latihan yang dijalankan pada sesi pagi dan petang adalah seperti berikut:

1) Jogging & Stretching

2) Warm Up
   - point toes (5-10minit = 2set)
   - imaginasi (20x = 3set)
   - jalan papan (20× = 2set)

3) Trampoline
   - 10 jump ABC (3set)
   - 3 jump ABC (5set)
   - back jump ABC (5set)

4) Platform
   - Jump ABC front/back = 8x

5) Ground
   - Head amstand ABC (10×=5set)
   - Armstand front/ back (3set)
   - Imaginasi terjunan (2set)
 
6) Strength
   - Sit up on board
   - Leg Up on board (10x = 5set)

7) Pool
   - 1m springboard (jump front/ back ABC = 7x)
   - 3m springboard (jump front/ back ABC = 7x)
   - Entry 10x

Pada waktu malam pula ialah aktiviti dalam berkumpulan iaitu mencari dan melengkapkan puzzle yang tersembunyi. Aktiviti malam berakhir pada pukul 11.00 mlm dengan minum malam.
Sekian.

LAPORAN OLEH,
NAZLIN SHIMA
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM