Showing posts with label Ogos. Show all posts
Showing posts with label Ogos. Show all posts

Monday, August 18, 2014

KEJOHANAN 6TH KFC SELANGOR OPEN REGATTA 2014

Hari ini 17 Ogos 2014 merupakan hari ketiga dan juga merupakan hari terakhir bagi pelayar-pelayar senior dan junior untuk meneruskan perlumbaan di Pantai Batu Laut Selangor setelah keadaan cuaca dan angin yang kurang baik pada. Hari kedua kejohanan menyaksikan sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi atlet.

Pada hari ini perlumbaan telah bermula pada pukul 10.00 pagi dan keadaan cuaca juga begitu baik. Dilaporkan juga keadaan angin dengan bacaan 4 knot sedikit sebanyak menceriakan suasana kejohanan dan para pelayar juga nampak bersemangat untuk meneruskan perlumbaan. Para pelayar berjaya menamatkan 3 pusingan perlumbaan pada hari ini dan menjadikan keseluruhan kejohanan dengan 4 pusingan.

Perlumbaan telah tamat pada jam 3.00 petang dan diteruskan dengan penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Exco Belia & Sukan Negeri Selangor iaitu YB Tuan Dr. Ahmad Yunus b. Hairi.

Berikut adalah keputusan pada hari terakhir kejohanan:

Optimist keseluruhan lelaki
1) Muhammad Izzudin Abd Rani (Trg)
2) Abd Latif Mansor (Trg)
3) Umar Al-Farouq (Trg)

Optimist keseluruhan wanita
1) Nurin Arisha bt Mohd Azman (Jhr)
2) Nur Aishah bt Rose Ramlee (Sbh)
3) Ummu Nurdiana bt Rozaini (Sel)

Int 420 lelaki
1) Muhammad Isan b Ali
Mohd Akiyuddin Mat Zaki (Pel Keb)

2) Ali Imran b Othman
Ikrami Hakimin b Markham (Trg)

3) Alif Safares b Azmi
Mohd Amirul Mukminin (Trg)

Int 420 wanita
1) Nor Adriana Adlyana
Siti Nur Fatihah (Pel Keb)

2) Nur Aqilah bt Zailani
Nur Hanisah bt Abu Talib (Sel)

3) Nur Hamizatul Amira
Aini Khairiyah bt Hamidi (WP)

Laser 4.7 lelaki
1) Ahmad Khairulhafiz b Ahmad Khambali (Pel Keb)
2) Asmawi bin Azman (Trg)
3) Mohamad Aiman Hakim (Phg)

Laser 4.7 wanita
1) Nor Naeilah bt Norhassan (Sbh)
2) Al Yauma Akma (Trg)
3) Nuur Fatin Solehah bt Abd Rahman (Trg)

Laser Radial lelaki
1) Zul Aqir Helmy b Hasan (Sel)
2) Muhd Farhan b Hamid (Sel)
3) Muhamad Hariz Safwan b Ismail (Pel Keb)

Laser Radial wanita
1) Nurul Hanis bt Mohd Razali (Prk)

Laser Standard Class
1) Muhammad Amirul Mustaqim (Trg)
2) Harisfabillah Muhammad (ATM)
3) Muhammad Firdaus b Mohd (Trg)

Sekian terima kasih

LAPORAN OLEH,
DINI SUHAMIE
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Sunday, August 17, 2014

KEJOHANAN KFC SELANGOR OPEN REGATTA 2014

Kejohanan KFC Selangor Open Reggata 2014 yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 15 Ogos 2014 hingga 17 Ogos 2014 di Pantai Batu Laut, Kuala Langat Selangor telah membuka tirai kejohanan dengan penyertaan dari 12 buah negeri yang dijangka akan menunjukan persaingan yang sengit semasa kejohanan 3 hari berlangsung.

Pada hari pertama kejohanan yang bermula pada jam 3 petang hanya mampu menyaksikan kebanyakan acara seperti laser radial, laser standard, international 420 dan optimis terpaksa dijalankan dengan hanya 1 perlumbaan sahaja dan laser 4.7 dengan 2 perlumbaan. Ini adalah disebabkan oleh keadaan angin yang tidak begitu kuat iaitu 2 knot yang menyebabkan perlumbaan terpaksa diberhentikan dan disambung pada keesokan harinya.

Pada hari kedua kejohanan 16 Ogos telah menyaksikan tiada perlumbaan dapat dijalankan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Pada sebelah pagi hujan lebat yang berlarutan sehingga pukul 10 pagi sedikit menggangu kosentrasi para pelayar untuk meneruskan perlumbaan. Perlumbaan yang bersambung pada sebelah petang terpaksa dihentikan akibat tiada bantuan angin dan ternyata nasib tidak menyebelahi para pelayar pada hari kedua ini.

Berikut adalah keputusan pada hari pertama kejohanan berlangsung:

Int 420 lelaki
1) Muhamad Isan Ali
Mohd Akiyuddin Zaki (Pelapis Keb)

2) Alif Safares Azmi
Mohd Amirul Mukminin (Trg)

3) Ali Imran Othman
Ikrami Hakimin Markham(Trg)

Int 420 wanita
1) Nor Adriana Adlyana
Siti Nurfatihah (Pelapis Keb)

2) Nur Aqilah Zailani
Nur Hanisah Abu Talib (Sel)

3) Nur Hamizatul Amira
Aini Khairiyah Mohd Hamidi (WP)

Laser Radial lelaki
1) Muhd Farhan Hamid (Sel)
2) Muhamad Mustakim (ATM)
3) Khalid bin Medin (ATM)

Laser Radial wanita
1) Nurul Hanis Mohd Razali (Prk)

Laser Standard Class
1) Muhamad Firdaus (Trg)
2) Muhamad Amirul Mustaqim (Trg)
3) Muhammad Dhiaurrahman (Ked)

Laser 4.7 lelaki
1) Mohd Zahimul Hakim (Sbh)
2) Ahmad Khairulhafiz A.Khambali (Pelapis Keb)
3) Putera Aidil Hafiy Mohd Fuad (N.Sem)

Laser 4.7 wanita
1) Nur Naeilah bt Norhassan (Sbh)
2) Nuur Fatin Solehah (Trg)
3) Nurul Safira Mohd Saad (Pelapis Keb)

Sekian terima kasih.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMIE
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Tuesday, August 5, 2014

HARI KEDUA - 2ND SEOUL INTERNATIONAL YOUTH ARCHERY FIESTA 2014

Seoul, 4 Ogos -  Sesi latihan rasmi dijalankan pada jam 8.00 pagi di Padang latihan Seoul Archery Association kemudian mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan pada jam 11.30 pagi di dewan Moscow, Olympic Parktel Hotel. Mesyuarat dipengerusikan oleh Mr. Seu-Taek OH (Executive Director Seoul Archery Association). Seramai 119 atlet (61 Lelaki dan 58 Wanita) dari 15 negara akan bertanding dalam kejohanan kali ini dan negara-negara yang bertanding adalah seperti berikut : 

1. Malaysia 
2. China
3. Colombia
4. France
5. Great Britain 
6. Hong Kong
7. Japan
8. Korea
9. Mexico
10. Philipine
11. Singapore

12. Taiwan
13. USA (Long Beach)
14. USA (Irvine)
15. Vietnam 

Pertandingan ini adalah sebagai platform pendedahan pertandingan antarabangsa kepada atlet negara. Pasukan Mexico membawa atlet yang akan bertanding di Temasya Olimpik Remaja 2014 di Nanjing. 

Jadual esok adalah seperti berikut : 
0900 - 0930 - Latihan (Lelaki)
0940 - 1140 - Elimination 70M X 2 (Lelaki)
1320 - 1350 - Latihan (Wanita)
1400 - 1600 - Elimination 70M X 2 (Wanita)
1800 - 1930 - Upacara Perasmian Kejohanan
LAPORAN OLEH,
ADAM SHAZAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Monday, August 4, 2014

HARI PERTAMA 2ND SEOUL INTERNATIONAL YOUTH ARCHERY FIESTA 2014

Seoul, 3 Ogos 2014 - Atlet memanah program Pelapis Kebangsaan telah berlepas ke Incheon, Korea Selatan pada jam 11.30 mlm dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyertai 2nd Seoul International Youth Archery Fiesta 2014 yang akan diadakan di Olympic Park, Seoul, Korea Selatan. Seramai 8 atlet (4 Lelaki dan 4 wanita), 2 jurulatih dan seorang pengurus pasukan telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon  pada jam 7.20 pagi waktu Seoul. Cuaca tempatan disini ialah 26 celcius.

Ketibaan pasukan disambut oleh wakil daripada Seoul Archery Association dan seterusnya kami dibawa ke Seoul Olympic Parktel Hotel di Seoul yang merupakan hotel rasmi kejohanan ini. 

Jadual esok adalah seperti berikut :

8.30 pagi - Mesyuarat pengurus pasukan
9.00 - 11.00 pagi - Latihan

Pihak penganjur akan memaklumkan pada mesyuarat pengurus pasukan bagi acara esok petang.

Sekian laporan hari pertama,

Oleh,
Adam Shazan
Pengurus Sukan Pelapis Serantau
Cawangan Pelapis MSNM