Showing posts with label PERAK. Show all posts
Showing posts with label PERAK. Show all posts

Saturday, May 8, 2010

Kejohanan Olahraga Remaja Perak-Hari Pertama



Kejohanan Olahraga Remaja Perak di adakan pada 8 - 9 Mei 2010 di Stadium Perak, Ipoh. Penyertaan dari pasukan-pasukan kurang memberangsangkan. Ini mungkin disebabkan oleh jadual-jadual kejohanan yang bertindih (Kedah Open pada 7 - 8 Mei 2010), persiapan MSSM serta pertandingan hampir tiap minggu semenjak April yang lalu.
Kejohanan pada pagi hari pertama berjalan dengan baik dalam cuaca yang baik. Diharap cuaca sebegini akan kekal hingga tamat kejohanan hari pertama petang ini

Laporan oleh:-
Harun Osman

Thursday, April 1, 2010

LAPORAN PEMANTAUAN PLN PELAYARAN PERAK




TARIKH LAWATAN : 20 Mac 2010
TUJUAN LAWATAN : Memantau pusat latihan
TEMPAT : Pusat Pembangunan Sukan Perahu Layar, TLDM Lumut
MASA : 10.00 pagi
ATLET : 23 atlet
JURULATIH : En. Razman dan En. Ishak

KEHADIRAN
Kehadiran pada hari ini seramai 23 orang. Pecahan kehadiran adalah 18 atlet acara optimist, 3 atlet acara Laser dan 2 orang atlet acara big techno.Terdapat atlet baru dalam acara optimist.

LATIHAN
Latihan berjalan dengan baik. Terdapat penambahan latihan pada sesi petang dari hari Isnin hingga Jumaat.Dalam latihan harian, jurulatih memaklumkan akan memberi rehat kepada atlet pada hari Jumaat.

DISIPLIN
Jurulatih memaklumkan tiada masalah disiplin dikalangan atlet pelayaran.

ISU-ISU BERBANGKIT'
Tiada sebarang isu yang berbangkit oleh jurulatih dan juga atlet.

KEJOHANAN
Kejohanan yang hampir bagi pasukan pelayaran menyertai adalah Kejohanan Open Lumut Regatta 2010 yang akan berlangsung pada 9 hingga 11 April 2010 bertempat di Pusat Pembangunan Sukan Perahu Layar TLDM, Lumut Perak. Jurulatih memaklumkan kesemua atlet yang layak akan menyertai kejohanan ini.

Noorsaliza Binti Abdul Hamid
SDO Perahu Layar

Tuesday, March 30, 2010

LAPORAN TID MENEMBAK PERAK






TARIKH : 27 MAC 2010
TEMPAT : LAPANG SASAR MENEMBAK, LAHAT
PESERTA : ATLET - 63 ORANG JURULATIH - 2 ORANG

LAPORAN

Program Mengnalpasti Bakat (TID) Sukan Menembak merupakan kerjasama di antara Majlis Sukan Negeri Perak, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Persatuan Menembak Perak. Program TID ini telah diadakan bertujuan untuk mencungkil dan mengenalpasti bakat-bakat baru dikalangan atlet-atlet yang berumur 13 hingga 14 tahun (Lelaki & Wanita). Seramai 63 orang atlet yang menghadiri semasa Program TID dijalankan. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jurulatih dari Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri iaitu En. Felix Ho dan Cik Nurul Husna Bt. Mohd Raudzi. Program tersebut yang mengambil masa selama 5 jam bermula pada jam 8.00 pagi - 1.00 tengahari.

Secara keseluruhannya Program Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Menembak telah berjalan dengan lancar dan berjaya daripada semua pihak. Namun begitu, kelancaran program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sokongan daripada pihak sekolah yang terlibat iaitu SMK Gunung Rapat, SMK Anderson, SMK Methodist (ACS), SMK Lahat, SMK Menglembu, SMK St. Bernadette's Convent dan Ibubapa yang mana telah memberikan komitmen yang baik dalam menjayakan program ini. Sepanjang program berlangsung tiada kesulitan dan kecederaan yang dialami oleh atlet-atlet.

Besarlah harapan agar walaupun bilangan sasaran dapat tercapai, diharapkan atlet yang telah terpilih akan menjalani latihan dan seterusnya menjadi seorang atlet yang berjaya untuk mewakili negeri dan kebangsaan dalam Sukan Menembak.


Laporan disediakan oleh Ching Lai Yee SDO Menembak Perak