Showing posts with label sepak takraw. Show all posts
Showing posts with label sepak takraw. Show all posts

Monday, September 22, 2014

KEM BAKAT SUKAN SEPAK TAKRAW PELAPIS NEGERI 2014 : HARI KELIMA

20 September 2014

Hari ini merupakan hari kelima kem bakat. Cuaca pada pagi ini mendung dan hujan, oleh itu aktiviti perhimpunan pagi diadakan di 'foyer' dan regangan otot dilaksanakan di dalam dewan. Selepas sarapan pagi, latihan asas bersambung dengan pergerakkan kaki.

Seperti biasa sesi sebelah petang bermula dengan sesi Analisa Permainan bersama En. Ahmad Pharmy dari ISN. Selepas sesi tersebut atlet masuk ke dewan untuk menyambung latihan sesi kawalan bola.

LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

KEM BAKAT SUKAN SEPAK TAKRAW PELAPIS NEGERI 2014 : HARI KEEMPAT

19 September 2014

Seperti biasa perhimpunan pagi telah diadakan pada jam 6:45 dengan nyanyian lagu Negara-Ku dan bacaan doa. Setelah itu, aktiviti seterusnya adalah ' slow jog' selama 10 minit dan dikuti oleh regangan otot. Sebelum atlet bersurai untuk sarapan pagi,  satu aktiviti spesifik untuk kekuatan otot kaki telah dilaksanakan iaitu latihan jeda.

Selepas sarapan, latihan asas spesifik telah dilaksanakan oleh Jururlatih Prawet iaitu Kawalan Bola dengan menggunakan kepala, peha dan sepak 'sudu'. Beliau di bantu oleh Hj Ismail, Ahmad Jais, Ku Jaisman dan 3 lagi atlet dari Elit.

Sesi petang bermula pada jam 3:00 petang dengan En. Pharmy (ISN) dalam sesi Analisa Permainan. Disini video perlawanan-perlawanan sepaktakraw dimainkan dan atlet-atlet perlu meneliti kekuatan dan kesilapan yang dilaku oleh pemain tersebut. Sejurus sesi analisa tersebut, atlet bersambung di dewan untuk latihan teknik asas pergerakkan semasa melakukan rejaman (untuk apit kanan), umpanan (untuk apit kiri) dan menyepak (untuk tekong).

Pada sebelah malam satu sesi motivasi bertajuk 'Jatuh Bangun Semula' oleh penceramah jemputan En. Suhardi Alias, Pengarah Cawangan Organisasi MSN.

LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Thursday, September 18, 2014

KEM BAKAT SUKAN SEPAK TAKRAW PELAPIS NEGERI 2014 : HARI PERTAMA

16 Sept 2014

Hari ini merupakan hari pertama Kem Bakat Sukan Sepak Takraw pelapis negeri yang bertempat di Kompleks Sukan MSN Keramat, Kuala Lumpur. Pendaftaran bagi semua atlet yang telah dipilih. Aktiviti pertama ialah sesi pendaftaran dimana kali ini kem disertai seramai 31 orang atlet dari 32 orang atlet yang  disenarai pendekkan telah melaporkan diri kecuali seorang atlet dari Melaka.

Setelah pendaftaran, satu sesi taklimat mengenai kem telah diadakan pada jam 4:30 petang dan pada sebelah malam pula dijalankan sesi "Team Building" yang bermula pada jam 8:00 malam.

LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Monday, September 15, 2014

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 2 / 2014 : HARI KEDUA

13 September 2014
Perlawanan bermula seperti biasa sesi dimana sebelah pagi bermula pada jam 8:00 pagi dan tamat pada jam 12:00 tengahari. Sesi sebelah petang pula bermula pada jam 2:00 petang dan tamat pada jam 6:30 petang. Kesemua perlawanan hari ini adalah di peringkat suku akhir kategori Antara Regu dan 'Double'.

Keputusan Rasmi - B 21 Tahun (Double)

Suku Akhir
i) Kelantan - bye
ii) Perak vs Johor (2 - 0)
iii) Pasta vs Terengganu (1 - 2)
iv) SSTMI - bye

B 21 Tahun (Antara Regu)

Suku Akhir
i) Terengganu vs Kedah (2 - 0)
ii) Johor vs Selangor (2 - 0)
iii) SSTMI vs P. Pinang (2 - 0)
iv) Perak vs Perlis (2 - 0)

B 18 Tahun (Antara Regu)

Suku Akhir

i) Kelantan vs Pasta (0 - 2)
ii) Johor vs Perak (2 - 0)
iii) SSTMI vs Sabah (2 - 0)
iv) Terengganu vs Melaka (2 - 0)

Pertandingan bersambung esok dengan perlawanan Separuh Akhir pada sebelah pagi dan Akhir pada sebelah petang.

LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Saturday, September 13, 2014

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 2 / 2014 : HARI PERTAMA

12 September 2014

Hari ini merupakan hari pertama Kejohananhari Sepak Takraw Remaja Kebangsaan Siri 2 / 2014. Acara bermula pada jam 8.00 pagi dengan kategori Antara Regu Bawah 18 Tahun dan Bawah 21 Tahun. Pertandingan sesi pagi berakhir pada jam 11:30 pagi untuk memberi ruang pegawai dan atlet menunai solat jumaat dan disambung semula pada 3:00 petang pusingan awal dalam kumpulan.

Keputusan Rasmi adalah berikut:

Kategori Bawah 18 Tahun
Kumpulan A
i) Perlis vs Melaka (0 - 2)
ii) Perlis vs Johor (Tangkak) (0 - 2)
iii) Melaka vs Johor (0 - 2)

Kumpulan B
i) Terengganu vs Pasta (2 - 0)
ii) Terengganu vs Negeri 
Sembilan (2 - 0)
iii) Pasta vs N. Sembilan (2 - 0)

Kumpulan C
i) Sabah vs Kedah (2 - 1)
ii) Sabah vs Kelantan (0 - 2)
ii) Kedah vs Kelantan (0 - 2)

Kumpulan D
i) Perak vs Johor (SSTMI) (0 - 2)
ii) Perak vs Selangor (2 - 0)
iii) Perak vs Pulau Pinang (2 - 1)
iv) Johor (SSTMI) vs Selangor (2 - 0)
v) Johor (SSTMI) vs Pulau Pinang (2 - 0)
vi) Selangor vs Pulau Pinang (0 - 2)

Kategori B 21 Tahun
Kumpulan A
i) Melaka vs Perak (0 - 2)
ii) Melaka vs Kedah (2 - 1)
iii) Perak vs Kedah ( 2 - 0)

Kumpulan B
i) Perlis vs Kelantan (2 - 0)
ii) Perlis vs Johor (0 - 2)
iii) Johor vs Perlis (2 - 0)

Kumpulan C
i) Terengganu vs Pasta (2 - 0)
ii) Pasta vs Pulau Pinang (0 - 2)
iii) P. Pinang vs Terengganu (0 - 2)

Kumpulan D
i) Johor (SSTMI) vs Selangor (2 - 1)
ii) Johor (SSTMI) vs Negeri Sembilan (2 - 0)
iii) Selangor vs Negeri Sembilan (2 - 0)

Esok pagi akan mula pertandingan (double) dan di sebelah petang pula akan dipertandingkan suku akhir Bawah 21 dan  Bawah 18 Tahun serta pertandingan double.

LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Friday, September 12, 2014

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 2/ 2014 : MESYUARAT PASUKAN

Pasir Gudang, 11 September 2014 - Hari ini semua pasukan yang menyertai Kejohanan Sepak Takraw Sirkit Remaja Kebangsaan 2/ 2014 melapor diri di Pasir Gudang, Johor.

Pada jam 8:00 malam, satu Mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan di Bilik Seminar Stadium Majlis Perbadanan Pasir Gudang. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mohd Syafiq Hassan, Penolong  Majlis Sukan Negeri Johor. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Tuan Haji Khalid, Setiauasha Persatuan Sepak Takraw Johor merangkap Ketua Pengadil Kejohanan, En. Affendy Ahmad Ketua Teknikal, En. Khairul Azwan Pengurusan Acara MSN serta Cik Siti Radziah Ketua Unit USPTN Negeri Johor.

Dengan kerjasama semua pihak yang hadir mesyuarat dapat dijalankan dengan lancar. Sistem kiraan yang akan digunapakai dalam kejohanan nanti ialah mengikut kiraan ISTAF iaitu perlawanan 3 set dengan kiraan mata 21.

Kesemua pusat latihan dibawah program pelapis negeri menyertai kejohanan kali ini kecuali Pahang yang tidak menghantar penyertaan. Pasukan-pasukan adalah seperti berikut:

1. Perlis

2. Kedah
3. P. Pinang
4. Perak
5. Selangor
6. N. Sembilan
7. Melaka
8. Johor ( SSTMI )
9. Johor ( Tangkak )
10. Terengganu 
11. PASTA
12. Kelantan
13. Sabah


Perlawanan pada 12 September akan bermula pada jam 8:00 pagi dengan dimulai dari kategori bawah 18 tahun Antara Regu.

LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM