Showing posts with label JOHOR. Show all posts
Showing posts with label JOHOR. Show all posts

Friday, September 26, 2014

PEMANTAUAN PLN JOHOR DAN AUDIT FAIL USPTN JOHOR 2014 : HARI TERAKHIR

Hari ketiga pemantauan PLN Johor telah diteruskan dengan pergerakan ke Muar pada sebelah petang dengan pemantauan sukan berbasikal dan sukan olahraga. Berikut adalah sedikit ulasan hasil dari pemantauan yang dilakukan.

Berbasikal
Tempat: Pusat Latihan Negeri Muar
Masa: 3.00 ptg
Jurulatih:Firdaus Daud (JSM) & Mohamad Fuad Daud (JSM)
Atlet:10 org yang hadir

Atlet tidak menjalani latihan hari ini pada sebelah petang kerana terlibat dengan program bebasikal yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pihak jurulatih pula, memohon beberapa bantuan peralatan seperti basikal,tayar dan tiub kerana jumlah atlet yang semakin bertambah. Bagi atlet-atlet yang jauh seperti Pontian dan Kulai ditempatkan di asrama basikal di Muar bagi memudahkan atlet untuk menjalani latihan dan dipindahkan ke sekolah yang berdekatan.

Olahraga
Tempat:Stadium Sultan Ibrahim Muar
Masa:4.00 ptg
Jurulatih:Tn Hj Yusof Khalid (JSM) & Md Shah Md Nor (JSM)

Latihan tidak dapat dijalankan pada hari ini berikutan atlet terlibat dengan aktiviti sekolah. SDO memaklumkan bahawa stadium ini baru sahaja dibaik pulih dan tiada masalah untuk jurulatih dan atlet untuk menjalani latihan. Bagi acara lontaran, latihan dijalankan di padang luar stadium kerana penggunaan bola sepak yang kerap dan tujuan mengelakan kerosakan padang di dalam stadium.

Sekian.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Thursday, September 25, 2014

PEMANTAUAN PLN JOHOR DAN AUDIT FAIL USPTN JOHOR 2014 : HARI KEDUA

Hari kedua pemantauan telah dijalankan seawal jam 6.00 pagi ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail. Sebanyak 2 program sukan di bawah PLN negeri iaitu gimnastik dan sepak takraw di sekolah sukan tersebut. Pada sebelah petang pemantauan telah dilakukan kepada 3 sukan iaitu sukan skuasy, angkat berat dan taekwondo. Berikut adalah sedikit maklumat berkenaan dengan pemantauan yang dilakukan:

Gimnastik
Masa:7.00 pg
Tempat:SSTMI
Jurulatih:Jozuadi Ahmad Zulkifli (JSM) & Muhd Khairudin Selamat (JPM)
Atlet:15 org atlet yang hadir

Sepak Takraw
Masa:8.00 pg
Tempat:SSTMI
Jurulatih:Tn Hj Ismail Atan (JPM) & Tn Hj.Kasbollah Mohamad (JSM)
Atlet:17 atlet yang hadir

Skuasy
Tempat:Dewan Tun Aminah
Masa:4.00 ptg
Jurulatih:Nur Aziah bt Omar (JSM)

Angkat Berat
Tempat:Akademi Tenis Taman Perling
Masa:8.00 mlm
Jurulatih:Nor Shahida bt Abd Halim (JSM)
Atlet:5 org atlet yang hadir

Taekwondo
Tempat: Pusat Latihan Taekwondo Setia Jaya
Masa:9.30 mlm
Jurulatih:En.R.Kandasamy

Wednesday, September 24, 2014

PEMANTAUAN PLN JOHOR DAN AUDIT FAIL USPTN JOHOR 2014 : HARI PERTAMA

Audit 8 fail dan pemantauan Pusat Latihan Negeri Johor telah dijalankan pada 23 hingga 25 September 2014. Pemantauan bermula dengan Audit 8 fail dan pada sebelah petang diteruskan dengan pemantauan Pusat Latihan Sukan Menembak, Tenis dan pusat akuatik. Pada sebelah malam pula Pusat Latihan Sukan Tenpin Boling. Berikut adalah laporan ringkas audit 8 fail serta pemantauan pusat latihan mengikut sukan

Audit 8 Fail 
Tarikh : 23/9/2014
Masa : 10.00 pg
Tempat: USPTN Johor

Seperti biasa antara elemen yang diutamakan dalam audit 8 fail ialah Maklumat Pusat Latihan, Maklumat Data Jurulatih, Laporan Bulanan Jurulatih, Periodisasi, Maklumat / Data Perkhidmatan Sains Sukan, Maklumat/ Data Atlet, Takwim Tahunan / Perancangan USPTN, Inventori, serta Maklumat Temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

Pemantauan PLN

1) Menembak
Masa : 3.00 ptg
Tempat: Lapang Sasar Tg.Labuh
Jurulatih : En. Hamzah Abdullah (JSM) & Nikolaev Victor (JLN)
Atlet: 5 orang yang hadir
Sesi latihan : Selasa- Sabtu (ahad & isnin bila ada kejohanan)

2) Tenis
Masa : 6.00 ptg
Tempat: Akademi Tenis
Jurulatih : En.Nik Rozilan (JSM)
Atlet: 12 orang yang hadir
Sesi latihan : Selasa- Sabtu 

3) Akuatik Renang/ Terjun
Masa: 8.00 mlm
Tempat:Kompleks Renang Larkin
Jurulatih: Othman Yub
Atlet: 7 orang yang hadir
Sesi latihan: Isnin hingga Sabtu

4) Tenpin Boling
Masa:9.15 mlm
Tempat:Dynamic Bowl,Danga City Mall
Jurulatih: En Salim (JSM) & En.Zanizam (JSM)
Atlet:22 orang atlet yang hadir
Sesi Latihan: Isnin hingga Jumaat
LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Thursday, August 26, 2010

Majlis Berbuka Puasa di ASZS

Salam

Majlis berbuka puasa di Akademi Serantau Zon Selatan telah diadakan pada 25 Ogos 2010. Majlis yang diadakan ini telah dihadiri oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, wakil dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor, ISN setelit Johor, atlet dan jurulatih ASZS dan SSBP serta pegawai dari USPTN Johor dan MSNJ. Majlis yang dimulakan dengan berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah telah disempurnakan dengan jayanya. Tahniah kepada USPTN Johor yang telah menganjurkan Majlis ini dengan hidangan yang begitu lazat.