Thursday, October 16, 2014
3RD ASIAN UNDER 23 FENCING CHAMPIONSHIP 2014 : HARI TERAKHIR
Tuesday, October 14, 2014
3RD ASIAN UNDER 23 FENCING CHAMPIONSHIP 2014 : HARI KELIMA
3RD ASIAN FENCING CHAMPIONSHIP 2014 : HARI KEEMPAT
Pengurus Sukan Pelapis Kebangsaan
Sunday, October 12, 2014
3RD ASIAN UNDER 23 FENCING CHAMPIONSHIP : HARI KETIGA
Saturday, October 11, 2014
3RD ASIAN UNDER 23 FENCING CHAMPIONSHIP 2014 : HARI KEDUA
Friday, October 10, 2014
3RD ASIAN UNDER 23 FENCING CHAMPIONSHIP 2014 : HARI PERTAMA
Monday, September 23, 2013
2nd Asian Under 23 Fencing Championship
Official Weapon Check dimulakan pada pukul 2.00 petang dengan diikuti sesi Team Manager Meeting dan Referee Meeting bertempat di Kuwait Continental Hotel. Mesyuarat telah dihadiri seramai 27 perwakilan bagi pengesahan penyertaan negara masing-masing.
Bagi acara pertama yang akan bermula esok adalah Men's Individual Foil dan Women's Individual Epee. Seramai 42 orang peserta bagi acara Men's Individual Foil dan 27 orang peserta bagi acara Women's Individual Epee dari 18 buah negara antaranya ialah China, Hong Kong, Bahrain, Jepun, Iran, Iraq, Thailand, Taipei, Indonesia, Vietnam, Kazakhstan serta Qatar.
Cuaca pada hari ini agak baik dan panas serta kering dengan suhu mencecah sehingga 42celcius. Para atlet telah dinasihatkan untuk memaksimumkan pengambilan cecair bagi mengelakkan dehidrasi dan heat stroke semasa sesi latihan dan pertandingan. Laporan disediakan oleh Marina
Wednesday, July 7, 2010
Kejohanan Asian Fencing Championship 2010 Seoul, Korea
Pasukan kontijen Malaysia (PK) tiba di lapangan terbang Incheon tepat pada pukul 5.42 pagi waktu Malaysia dengan kedaan cuaca 20 darjah selsius. Kontijen Malaysia terus menaiki bas dari lapangan terbang Incheon menuju ke Hotel Olimpik Garden, Seoul pada pukul 10 pagi. Tepat jam 1230 atlet berkumpul untuk menaiki bas menuju venue pertandingan untuk menjalani latihan ringan dan ‘weapon inspection’ sebelum pertandingan, manakala pada pukul 1 tghari, mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan di bilik mesyuarat gimansium 4. Esok (8/7/2010) cabaran bagi atlet PK bermula dimana acara Saber akan dipertandingkan pada pukul 9 pagi waktu Seoul dan dijangka berakhir jam 5 petang. Atlet PK yang akan betanding esok adalah:
1. - Muhd Radhi Hashim
2. - Nurul Ariezzat
3. - Yu Peng Kean
4. - Wong Tzer Chuyan
Sekian, berita dari Seoul.
Adam Shazan Amir
Saturday, November 28, 2009
KEJOHANAN SWASHBUCKLERS FENCING DUEL 2009
KEJOHANAN : SWASHBUCKLERS FENCING DUEL 2009
TARIKH : 28 NOVEMBER 2009
TEMPAT : BANGUNAN BAKTI SITI HASMAH, TTDI, KUALA LUMPUR
Tahniah buat Kelab Lawan Pedang Swashbucklers kerana berjaya menganjurkan KEJOHANAN SWASHBUCKLERS FENCING DUEL 2009 bertempat di Bangunan BAKTI Siti Hasmah Taman Tun Dr.Ismail, Kuala Lumpur yang berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Terima kasih juga kepada pihak penaja seperti Milo, Cafe 99, Palmera dan Revive Isotonik Drink kerana sudi menaja kejohanan kali ini. Walaupun Kejohanan Lawan Pedang GP 3 bakal berlangsung pada 29 November 2009 (Ahad) iaitu keesokkan harinya,kejohanan ini masih mendapat sambutan dengan disertai oleh 62 orang atlet dari kelab-kelab lawan pedang sekitar Kuala Lumpur dan bertanding mengikut pecahan dalam 5 kategori masing-masing iaitu :
Mens Epee Individual = 25 orang
Womans Epee Individual = 9 orang
U 11 = 12 orang
U 14 = 13 orang
U 9 = 3 orang
Keputusan rasmi kejohanan adalah seperti dilampiran :
Laporan disediakan oleh Adam
"Fencing For All"






















.jpg)







