Showing posts with label lawn bowls. Show all posts
Showing posts with label lawn bowls. Show all posts

Saturday, May 15, 2010

LAPORAN KEJOHANAN PAIRS KEBANGSAAN 2010



Nama Kejohanan : National Pairs Championship 2010
Tarikh : 12-15 Mei 2010
Tempat : Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Sabah
Atlet : 14 (7 pairs)
Jurulatih : Zuraidi Hj Puteh
Pengurus : Rahimi Sulaiman
 
 
Pencapaian Atlet Lelaki :
 
PELAPIS A
Muhd Sufi Rusli
Che Muhd Shamsul Azwan
 
Pgt Kumpulan :
Labuan B - Menang 24-3
Labuan SUKMA D - Menang 17-5
Perak B - Menang 15-8
Sabah C - Menang 15-9
Top 16 :
Sabah A - Kalah 20-5
Ulasan:
- Bermain dengan sangat baik di peringkat kumpulan tetapi gagal mengekalkan momentum semasa top 16.
- Tewas kepada Sabah A yang merupakan juara bersama dalam kejohanan ini.
 
PELAPIS B
Zhoriq Solehuddin Zuraidi
Mohd Syamil Shazwan
 
Pgt Kumpulan :
Labuan B - Menang 30-3
Labuan SUKMA E - Menang 29-9
Selangor D - Menang 15-9
Sabah B - Kalah 9-15
Top 16 :
Elit E - Menang 15-12
QFinal :
Elit A - Kalah 11-16
Ulasan :
- Bermain baik diperingkat kumpulan. Berjaya tewaskan Elit E di Top 16 adalah satu pencapaian yang baik.
- Gagal tewaskan Elit A diperingkat QFinal. Elit A adalah juara bersama kejohanan ini.
 
PELAPIS C
Abd Hakim Afif Abd Rahman
Fairuz Abd Jabal
 
Pgt Kumpulan :
Labuan A - Menang 25-6
SUKMA Sabah A - Menang 22-6
Selangor A - Menang 19-11
Sabah A - Kalah 7-8
Top 16 :
Perak B - Menang 11-8
QFinal :
Elit D - Menang 19-10
SFinal :
Elit A - Kalah 10-16
Ulasan :
- Bermain baik di peringkat QFinal dengan menewadkan Elit D.
- Hampir berjaya menyekat Elit A tetapi tiada penyudah yang baik.
 
Pencapaian Atlet Wanita :
 
PELAPIS A
Zuraini Khalid
Zarif Sofia Zulkifli
 
Pgt Kumpulan :
Elit C - Kalah 8-11
Melaka - Menang 25-7
Labuan - Menang 29-6
Perak - Menang 15-7
Sabah B - Seri - 11-11
Top 16 :
Sabah A - Kalah 12-18
Ulasan :
- Pair ini tidak mencapai sasaran apabila tewas diperingkat top 16 kepada Sabah A.
 
PELAPIS B
Ku Nur Hazirah Ku Yaacob
Dhiya Shamim Samsudin
 
Pgt Kumpulan :
Elit B - Kalah 10-19
Labuan B - Menang 17-8
SUKMA Sabah B - Menang 12-9
Pulau Pinang - Menang 32-3
Sabah A - Menang 12-11
Top 16 :
Sabah B - Kalah 15-9
Ulasan :
- Pair ini tewas kepada Sabah B yang merupakan juara bersama kejohanan ini diperingkat Top 16.
 
PELAPIS C
Norehawani Daud
Nur Atiqah Azizan
 
Pgt Kumpulan :
Elit A - Kalah 10-18
Labuan C - Seri 13-13
Selangor - Menang 19-10
Pelapis D - Menang 13-12
Top 16 :
Elit E - Menang 11-9
QFinal :
Elit B - Menang 12-11
SFinal :
Elit C - Menang 13-11
Final :
Sabah B - JUARA BERSAMA
Ulasan :
- Bermain kurang konsisten diperingkat kumpulan namun ada peningkatan yang baik diperingkat seterusnya.
- Layak bermain difinal dan kemudiannya diumumkan sebagai juara bersama Sabah B setelah cuaca buruk dan permainan dihentikan.
 
PELAPIS D
Robiah Ahmad
Noor Hashima Khairudzi
 
Pgt Kumpulan :
Sabah SUKMA A - Menang 25-5
Elit A - Menang 19-8
Selangor - Kalah 9-19
Labuan C - Menang 19-8
Pelapis C - Kalah 11-12
Top 16 :
SUKMA Sabah B - Kalah 10-14
Ulasan :
- Kekalahan kepada pasukan SUKMA Sabah B diperingkat Top 16 adalah satu pencapaian yang sangat buruk dan tidak sepatutnya berlaku.
 
KESIMPULAN :
 
1. Semua atlet Pelapis Kebangsaan melepasi peringkat Top 16. 2 pair lelaki dan 1 pair wanita layak ke QFinal.1 pair lelaki dan 1 pair wanita layak ke SFinal dan hanya 1 pair wanita layak ke Final dan menjadi juara bersama setelah hujan lebat sebaik bermain di End ke-3.
2. Memandangkan prestasi semasa pasukan elit, sasaran awal jurulatih sememangnya untuk mara ke Final acara wanita. Sasaran tersebut berjaya dicapai.
3. Secara keseluruhan, prestasi atlet lelaki dan wanita adalah memuaskan. Terdapat 2 kemenangan ke atas pasukan elit diperingkat kalah mati bagi acara lelaki dan 3 dalam acara wanita. Ini merupakan indikator bagi satu pencapaian yang baik.
4. Hujan lebat dan cuaca tidak menentu agak menyukarkan semua pemain.
5. Mesyuarat JK Pemilihan PLBM yang dipengerusikan oleh YABhg. Tun Ahmad Sarji telah membuat keputusan memilih
Zuraini Khalid (PK) ke Sukan Komanwel 2010 dalam acara Triples.
6.
En. Zuraidi Hj Puteh, jurulatih PK telah dilantik sebagai jurulatih yang akan mengendali latihan pasukan Triples ke Sukan Komanwel 2010.
7. Pemilihan ini adalah amat membanggakan kerana dibuat secara adil dan berhemah berdasarkan kepada prestasi atlet dalam tempoh 2 tahun, ranking kebangsaan terkini dan cadangan panel jurulatih serta JK Pemilihan PLBM.
8. Tun Ahmad Sarji telah mengadakan sidang akhbar mengumumkan perkara ini sebaik tamat kejohanan.
9. Sepanjang tempoh kejohanan, tiada masalah besar dihadapi oleh pasukan ini.
10. Pasukan ini akan pulang ke Kuala Lumpur pada 16 Mei 2010 jam 3.45 ptg.
 
SEKIAN LAPORAN DISEDIAKAN OLEH:-
A RAHIMI SULAIMAN

Thursday, April 1, 2010

LAPORAN KLINIK BOLING PADANG SABAH (PLBM/PBPS)






Disertakan Laporan Klinik Boling Padang anjuran Persatuan Lawn Ball Malaysia dengan kerjasama Persatuan Boling Padang Sabah.

Tarikh : 1 April 2010
Masa : 8.00 am - 12.00pm
Tempat : Gelanggang Boling Padang, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Kehadiran/Peserta :

1. Peserta-peserta klinik terdiri daripada pelajar sekolah Menengah ( SMK Likas & SM St Michael, Penampang) yang berumur 13-14 tahun dan Sekolah Rendah (SRK Lok Yuk, Likas) dengan jumlah seramai 45 orang.

Instruktor :

1. Klinik ini telah dikendalikan oleh Encik Ariffin Ghani daripada Persatuan Lawn Ball Malaysia dan dibantu oleh JSM, En Affendy Tan dan beberapa pembantu daripada Persatuan Boling Padang Sabah.

Program :

1. Pengenalan asas Sukan Boling Padang ( Peralatan, Car-cara memegang bowl, Etika dan lain-lain) secara teori.
2. Sesi praktikal.

Laporan disediakan oleh:-

Laporan Pemantauan PLN Lawn Bowl Sabah





Di sertakan laporan pemantauan yang telah diadakan pada pagi tadi.

Tarikh : 31 Mac 2010
Masa : 8.30 pg - 10.00 pg
Tempat : Gelanggang Boling Padang, Kompleks Sukan Kota Kinabalu
Kehadiran : 4 orang atlet

Kehadiran:
1. Semasa pemantauan dibuat, hanya 4 orang atlet sahaja kelihatan sedang berlatih. Jurulatih memaklumkan, atlet-atlet yang hadir latihan pada sesi pagi adalah pelajar yang bersekolah pada sesi petang. Bagi pelajar yang bersekolah pada sesi pagi, akan berlatih petang bermula 3.30 pm - 6.00 pm.


Disiplin :

1. Jurulatih memaklumkan atlet tidak mempunyai masalah disiplin. Semua atlet sentiasa diberikan peringatan mengenai disiplin seperti kehadiran semasa latihan, pakaian semasa latihan dan lain-lain lagi.


Program :

1. Jurulatih memaklumkan yang semua atlet akan menghadiri sesi psikologi setiap hari selasa dan khamis yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi, Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu. Program ini bagi atlet pelapis yang akan mewakili Sabah dalam SUKMA 2010.

2. Ujian Kecergasan (Bleep Test) juga telah diadakan pada 27 Mac 2010.

3. Jurulatih memaklumkan, Persatuan Boling Padang Malaysia (PLBM) dengan kerjasama Persatuan Boling Padang Sabah akan mengadakan Klinik Boling Padang pada 1 April 2010 yang akan dikendalikan oleh En Ariffin Ghani (PLBM) yang melibatkan 50 orang pelajar daripada 3 buah sekolah. ( SMK Likas, SM St.Michael dan SRK Lok Yuk). Saya telah mencadangkan kepada jurulatih untuk mengambil kesempatan ini untuk mengenalpasti bakat-bakat baru yang berpotensi untuk dimasukkan dalam program pelapis.

4. Saya juga ada membincangkan mengenai penyertaan atlet pelapis dalam kejohanan yang telah ditetapkan oleh Cawangan Pelapis di peringkat Kebangsaan. Jurulatih memaklumkan akan mengadakan sesi pemilihan bagi memilih atlet bagi penyertaan kejohanan kebangsaan tersebut.

5. Atlet pelapis (atlet SUKMA) juga akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Perbadanan W.P Labuan pada 14-17 April 2010.

Laporan di sediakan oleh:-
Mohd Rezwan Osman
Pemangku Ketua Unit / SDO

Tuesday, November 3, 2009

PLN LAWAN BOWL SABAH






Pemantauan latihan PLN Boling Padang pada 2 Nov 2009 ( Jam 9.00 pagi) di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Beberapa maklumat yang diperolehi semasa sesi perbincangan bersama jurulatih Encik Affandi Tan Abdullah. Antaranya adalah:-

i. 4 orang atlet PLN Boling Padang telah menyertai Kejohanan Borneo VS Semenanjung pada 22-27 Oktober 2009 lepas yang telah diadakan di Kuching, Sarawak. atlet yang meyertai ialah :

1.1 Mohd Afeeq Tan
1.2 Mohd Firdaus Sulaiman
1.3 Norshafiqa Johana
1.4 Fatin Aqilah Imran
1.5 Encik Affandi Tan Abdullah (Jurulatih)

ii. Daripada 4 atlet yang menyertai , 2 orang atlet telah terpilih untuk mewakili Borneo ke Kejohanan Inter Club yang akan diadakan pada 12-15 November 2009 di Bayuemas, Selangor iaitu Mohd. Firdaus Sulaiman dan Fatin Aqilah Imran.

iii. Kedua-dua kejohanan tersebut telah dibiayai oleh Persatuan Lawn Ball Malaysia.

Disertakan bersama gambar sesi latihan yang dijalankan semasa sesi pemantauan dilakukan.

Laporan di sediakan oleh Mohd Rezwan Osman

Monday, June 29, 2009

TEST MATCH LAWN BOWLS PELAPIS KEBANGSAAN VS AUSTRALIA

DATE: 25 JUN AT 9.00 AM
VENUE: Bukit Kiara
ORGANIZER: Malaysian Lawn Bowl Association

MEN TRIPLES (MAL 20 - AUS 13)
ZHORIQ / FAIRUS-R / FAIRUZ-J VS THOMAS / SELBY / ERDNID (for the record Leif Selby is current world champion)

MEN PAIRS (MAL 8 - AUS 23)
HIZLEE / SAUFI VS DHIPER / CRISPY

MEN PAIRS (MAL 10 - AUS 23)
SHAMSUL / SHAMIL B. VS WILKS / M.JACOBSEN

WOMEN TRIPLES (MAL 10 - AUS 29)
AIN / RUBY / DHIYA VS LINDSAY / ANN / JULIE

WOMEN PAIRS (MAL 12 - AUS 25)
SHIMA / ZURAINI VS C.KELSEY / CLAIR

WOMEN PAIRS (MAL 19 - AUS 12)
KU HAZIRAH / WANI VS KELLY K. / MURPHY

GOODY MATE (HOOROOO)
Just concentrate on the ball not the opponents

good bowls


Thank to Rahimi Manager for Lawn Bowl providing us with the reports.

Saturday, May 30, 2009

LAWN BOWL NATIONAL PAIRS

Date: 26-30 May
Venue: Kota kinabalu sabah

RESULT
Men Pairs - Pelapis Kebangsaan athlete, Saufiz & Hizli beat Elit pair to become champion in this tournament. What a day for them.

But PK women pair cannot match the other competitor and sizle out in quater final.