Showing posts with label PPS. Show all posts
Showing posts with label PPS. Show all posts

Sunday, June 15, 2014

PELANCARAN KOMPLEKS MSN SETIAWANGSA

Tarikh : 14 Jun 2014
Tempat : Kompleks MSN Setiawanga


Sempena Pelancaran Kompleks MSN Setiawangsa, Cawangan Pelapis MSNM telah menganjurkan satu Klinik Pengenalan bagi Sukan Renang, Badminton dan Olahraga Bil 02/2014. Klinik ini dikendalikan oleh Cawangan Pelapis MSNM dengan kekuatan seramai 18 orang pegawai dan 6 orang pembantu tadbir dibantu oleh beberapa SDO dan pembantu tadbir dari USPTN Wilayah Persekutuan.

Klinik Pengenalan Sukan pada kali ini disertai seramai 62 orang bagi sukan olahraga, 97 orang bagi sukan renang dan 104 bagi sukan badminton dengan jumlah keseluruhan 263 orang telah mendaftar. Ini merupakan satu lagi kejayaan kerana telah berjaya menarik minat ramai ibubapa untuk mendedahkan anak-anak mereka kepada sukan di peringkat akar umbi lagi.

Setelah pelancaran, YB Encik Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah membuat lawatan ke setiap stesen sukan bagi menyaksikan sendiri kemeriahan program ini.

Selain itu, terdapat juga pengisian program lain semasa pelancaran ini seperti klinik sukan bolasepak, pertandingan mewarna, pameran dari pihak Institut Sukan Negara, gerai-gerai jualan dan juga perlawanan futsal antara pasukan yang disertai oleh YB En. Khairy Jamaluddin bertemu pasukan dari parlimen Setiawangsa.

Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar dan baik. Diharap agar melalui program Klinik Pengenalan Sukan ini lebih ramai atlet-atlet berbakat akan lahir untuk menggantikan atlet-atlet yang sedia ada.

Friday, May 23, 2014

KLINIK PENGENALAN PROGRAM PENGGALAKAN SUKAN MSN / MSWP / JPN WP

Tarikh : 17 Mei 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 am - 1.00 pm
Tempat : Kompleks Sukan MSN Wangsa Maju

Pada 17hb Mei 2014, USPTN WP dengan kerjasama Cawangan Pelapis MSNM dan JPN WP telah berjaya menganjurkan Klinik Pengenalan Program Penggalakan Sukan (PPS) bagi sukan Renang, Olahraga, dan Badminton bertempat di Kompleks Sukan MSN, Seksyen 5, Wangsa Maju.

Selaras dengan pembukaan rasmi Kompleks Sukan MSN Wangsa Maju pada 16hb Jun 2014 oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, klinik pengenalan ini telah dianjurkan bagi mencari bakat baru dan memberi peluang kepada pelajar sekolah di sekitar Wangsa Maju dan kawasan berhampiran menggunakan kemudahan sedia ada di Kompleks Sukan MSN Wangsa Maju. 

Selain itu, Kompleks Sukan yang mempunyai fasiliti sukan seperti kolam renang , trek olahraga dan 9 gelanggang badminton akan digunakan sebagai Pusat Program Penggalakan Sukan Wilayah Persekutuan dimana pelajar yang terlibat di dalam klinik pengenalan ini akan ditapis dan ditawarkan untuk mengikuti PPS ini dibawah tunjuk ajar jurulatih yang dilantik oleh MSN.

Seramai 66 orang pelajar sekolah di sekitar Wangsa Maju telah melibatkan diri dan diberi teori serta praktikal berkenaan sukan Renang, Badminton dan Olahraga dibawah tunjur ajar jurulatih yang berpengalaman seperti bekas atlet Jalan Kaki negara dan pemenang pingat emas Sukan Sea Manila 2005, En Shahrulhaizy Abd Rahman.

Sesi taklimat bersama ibubapa pelajar juga dijalankan oleh Pengurus Pelapis Negeri MSNM, En .Fairul Fadzli bagi memberi gambaran yang jelas berkenaan penganjuran klinik pengenalan dan pembukaan Pusat Program Penggalakan Sukan di Kompleks Sukan ini.


Laporan Oleh,
Ahmad Norzahin Bin Mohamed Zain
KU USPTN WILAYAH PERSEKUTUAN

Thursday, May 22, 2014

KLINIK PENGENALAN PROGAM PENGGALAKAN SUKAN



KLINIK PENGENALAN PPS BAGI SUKAN OLAHRAGA/BADMINTON/RENANG BIL 02/2014 

TARIKH : 14.06.2014
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN WANGSA MAJU

ATURCARA PROGRAM
2.00 pm : Pendaftaran 2.30 pm - Taklimat Klinik Pengenalan Sukan
2.45 pm : Pecahan Mengikut Sukan
3.00 pm : Klinik Pengenalan Bermula
4.00 pm : Sesi Perjumpaan Ibu Bapa
4.30 pm : Minum Petang : Bersurai

 PERALATAN YANG PERLU DIBAWA
• Pakaian sukan yang bersesuaian
• Peralatan sukan
• Kasut sukan


'IBU BAPA ADALAH DIJEMPUT HADIR KE KLINIK PENGENALAN YANG DI ANJURKAN'