Showing posts with label NEGERI SEMBILAN. Show all posts
Showing posts with label NEGERI SEMBILAN. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

Keputusan Kej POANS sebelah petang










Assalamualaikum.....

Day 2 : Kejohanan Olahraga Terbuka Negeri Sembilan 2011 di Stadium Paroi Negeri Sembilan- 11 September 2011 (Ahad)

Berikut adalah keputusan rasmi acara akhir untuk sebelah petang :-

Lompat tinggi wanita (Akhir)

1. Wong boon syian - NJAC - 1.69 meter
2. Sandyiani - POA Selangor - 1.66 meter
3. Yap Sean Yee - SSBJ - 1.60 meter

Baling tukul besi lelaki (Akhir)

1. Jackie wong siew chee - SSBJ - 52.57 meter
2. Ng chee chew - serantau - 36.60 meter
3. Mohd azim bin ishak - SSN M SMK Seri Kota - 27.38 meter

Lompat kijang Lelaki (Akhir)

1. Mohd hakimi ismail - Perak - 15.89 meter
2. Firdaus salim - Tentera Darat - 14.83 meter
3. Hazim bin bujang - Tentera Darat - 13.66 meter

110 meter lari berpagar lelaki (Akhir)

1. Muhd ajmal aiman - Pelapis Keb MSN - 14.37 s
2. Nor azizi ariffin - serantau - 14.57 s
3. Mohaswadie mohamed - Tentera Darat - 14.93 s

100 meter lari berpagar wanita (Akhir)

1. Raja nursheena - POA Selangor - 14.82 s
2. Nur Fazlinda Shafei - serantau - 15.33 s
3. Naja natasha - serantau - 16.62 s

200 meter wanita (Akhir)

1. Noor Jannah hafiszah - KOAM - 25.00s
2. Siti zubaidah adabi - KOAM - 25.50 s
3. Zaidatul husna - Pelapis Keb MSN - 25.86 s

200 meter lelaki (Akhir)

1. Mohd izzudin - POA Perlis - 22. 23 s
2. Kannathasan Subramaniam - POA Selangor - 22.24 s
3. Mohd firdaus fadil - serantau - 22.92 s

3000 meter lari berhalangan lelaki (akhir)

1. Ahmad luth hamizan - NS Sukma 2012 - 9:49.08 s
2. Jenartahan P. - POANS - 10:09.78 s
3. Vickneswaran kalimuthu - POA Selangor - 10:16.52 s

400 meter wanita (akhir)

1) Nurul assikin mohd rasid - Pelapis Keb MSN - 58.52 s
2. Nurul faiza asma - Pelapis Keb MSN - 58.76 s
3. Sharifah shatrah bazali - SSBJ - 61.00 s

400 meter lelaki (akhir)

1. Harmizi Arobi - serantau - 49.70 s
2. Lance tan - wing athletic club - 50.54 s
3. Mohd Nasir - serantau - 51.10 s

4x100 meter wanita (akhir)

1. Pelapis Kebangsaan MSN - 46.63 s
2. Perak - 54.11 s
3. Nanyang Politeknik - 55.70 s

4x100 meter lelaki (akhir)

1. KOAM - 41.66 s
2. Tentera Darat - 44.04 s
3. Politeknik Ipoh - 44.18 s


Sekian terima kasih.

Norishah Sabidi
PPA (P9)
Pelapis Negeri

Kejohanan Olahraga Terbuka NS 2011

Bermula hari ini dengan hujan sebelah pagi menyebabkan acara lompat galah lelaki terpaksa ditangguh. Sebelah petang beberapa acara akhir berlangsung yang melibatkan atlet pelapis kebangsaan. Berikut keputusan atlet PK:


1. Casier Renee - Baling Tukul besi - Emas (44.80m)
2. Noor Amira - Lompat Kijang - Emas (12.92m)
3. Low Ka Loon - Lompat Jauh - Gangsa (6.50m)
4. Navinraj Subramaniam - Lompat Tinggi - Perak (2.05m)
5. Zaidatul Husna - 100m - ke-4 (12.82s)
Acara hari tamat pkl 5.30ptg.
Sekian laporan ringkas kejohanan dari saya.

Razib
Pengurus Olahraga PK

Laporan Mesyuarat Pengurus Sukan Kej Olahraga Terbuka Negeri Sembilan pada 9 September 2011



Salam 1 Malaysia

Mesyuarat Pengurus Sukan bagi Kejohanan Olahraga Terbuka Negeri Sembilan bermula jam 3.15 pm bertempat di bilik mesyuarat Stadium Paroi Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh En M.A.A Anthonysamy. Kejohanan akan berlangsung pada 10-11 September 2011 di Stadium Paroi Seremban.

Kejohanan telah disertai oleh atlet-atlet daripada Pelapis negeri, atlet Pelapis Kebangsaan, atlet Serantau dan lain-lain atlet dr Sek Sukan Negeri dan kelab -kelab luar. Anggaran keseluruhan atlet adalah seramai 388 atlet lelaki dan 215 atlet wanita untuk 42 pasukan keseluruhan.

Jumlah penyertaan atlet pelapis :-

Atlet pelapis negeri - 105 org
Atlet pelapis serantau - 26 org
Atlet pelapis Keb - 17 org

Pada mesyuarat tersebut masih terdapat pertukaran dan penambahan nama atlet sebelum keputusan mesyuarat dibuat dan mesyuarat telah bersurai jam 4.30pm dengan sebulat suara. Pada keesokan harinya akan berlangsung  acara 10,000 meter jalan kaki lelaki bermula tepat jam 7.30am.


Sekian, terima kasih

Norishah Sabidi

Sunday, April 11, 2010

Kejohanan Olahraga Terbuka Negeri Sembilan

Kejohanan Olahraga Terbuka Negeri Sembilan berlangsung pada 10 - 11 April 2010 di Stadium Paroi, Seremban. Memandangkan ini merupakan kejohanan terbuka olahraga yang pertama pada tahun ini, banyak pasukan yang menyertai kejohanan ini. Pasukan yang menyertai kejohanan ini adalah seperti berikut :
 
1. Pelapis Kebangsaan
2. Pelapis Serantau
3. KOAM
4. Singapura
5. Paralimpik
6. ATM
7. PDRM
8. MASUM
10. Sabah
11. Pahang
12. Selangor
13. MSN / POA Negeri
14. POA Melaka
15. Terengganu
16. MSN Melaka
17. SUKMA Johor
18. MSN Pulau Pinang
19. Pelapis Kelantan
20. Pelapis Negeri Sembilan
21. Pelapis Perak
22. SMK Jelai
23. MZAC Tampin
24. Universiti Nilai
25. Kolej Pembantu Perubatan
Sembilan         
26. NJAC
27. STR Club
28. K.O. Panther, Ipoh
 
Kejohanan pada hari pertama berjalan lancar walaupun pada pagi hari, acara terpaksa bermula sedikit lewat kerana hujan lebat.


Laporan disediakan oleh:
Harun Osman

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, March 27, 2010

LAPORAN HARI PERTAMA KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS SIRI 1/10

LAPORAN HARI PERTAMA KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS SIRI 1/10

Atlet : 55 orang (32 lelaki & 23 wanita) - Kump. A & B
Jurulatih : 13 orang (6 JLN & 7 JPM)
PPN : 11 orang
 
Seperti biasa para peserta mendaftar diri di Spanish Villa Resort Homes. Setiap rumah dibahagikan dengan atlet, jurulatih dan pegawai bagi menjaga keselamatan atlet khususnya. Kem dimulakan dengan taklimat kepada setiap peserta mengenai perjalanan kem, tujuan penganjuran kem ini dan hal-hal yang berkaitan.

Antara lain tujuan penganjuran kem ini selain memberi peluang kepada setiap atlet dari seluruh negeri berlatih  bersama di bawah bimbingan jurulatih-jurulatih yang lebih berpengalaman dengan fasiliti yang serba lengkap. Jurulatih juga berpeluang bertukar-tukar pendapat serta idea antara satu sama lain lebih-lebih lagi kepada jurulatih tempatan yang dapat 'mengorek' sedikit sebanyak ilmu daripada jurulatih-jurulatih luar negara.

Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) akan membentangkan mengenai perjalanan sukan terjun di negeri masing-masing melibatkan atlet, jurulatih, program latihan beserta isu dan cadangan. Disamping itu satu satu panel akan dibentuk bagi membuat penilaian terhadap setiap atlet yang menjalani latihan di kem ini dan juga bagi pemilihan atlet-atlet yang akan berada di kumpulan B yang akan mengikuti kem-kem akan datang. Ini bertujuan bagi memfokuskan lagi atlet-atlet baru ini ke arah yang lebih tinggi.

Kem kali ini juga julung kalinya akan melibatkan ujian kecergasan dan juga spesifik yang akan dijalankan oleh Pusat Fisiologi Senam ISNM  disamping ceramah mengenai pemakanan dan juga psikologi sukan kepada jurulatih dan  PPN.