Showing posts with label Kem. Show all posts
Showing posts with label Kem. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI - ZON UTARA 2014

Tarikh : 22 hingga 24 November 2014
Tempat : Kem Paya Pahlawan Lake Resort Jitra, Kedah Darul Aman
Peserta : 50 orang atlet, 4 Jurulatih dan 7 orang Pegawai

Unit Sukan Prestasi Tinggi ( USPTN ) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah menganjurkan Kem Tahunan USPTN Pelapis Zon Utara 2014 yang telah mengumpulkan seramai 150 orang atlet dari pelbagai sukan bagi setiap negeri dibawah program USPTN. Seramai 50 orang atlet, 4 orang jurulatih dan 7 orang pegawai dari USPTN Kedah telah menyertai kem tersebut.

Hari pertama program pada 22 November 2014 dimulakan dengan pergerakan semua atlet negeri masing-masing ke Kem Paya pahlawan, Jitra dan semua atlet perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu pada jam 12.00 tengahari disusuli dengan makan tengahari sehingga jam 2.00 petang. Program bermula pada jam 2.30 petang denga sesi Ice Breaking dan pembahagian atlet dipecahkan kepada 10 kumpulan. Perancangan aktivit seterusnya adalah Jungle Tracking akan tetapi akibat cuaca hujan lebat aktiviti tersebut ditangguhkan kepada hari seterusnya. Sesi sebelah malam pula diteruskan dengan semua atlet, jurulatih serta pegawai berhimpun di surau untuk menunaikan solat berjemaah dan Majlis Bacaan Yassin. Aktiviti diteruskan pada jam 9.00 malam dimana aktiviti kedua iaitu "Management Games" diadakan dan aktiviti tersebut tamat pada jam 12.00 malam.

Hari kedua program diteruskan dengan soat subuh berjemaah dan diteruskan dengan Senamrobik pada jam 8.30 pagi sebelum sarapan pagi. Pada hari berkenaan, semua aktiviti outdoor dilakukan sehingga pukul 2.00 petang. Semua atlet dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mereka perlulah melalui setiap check point yang telah ditetapkan mengikut clue yang telah diberi. Antara aktiviti yang perlu dilakukan peserta adalah rakit, merentas tasik, flying fox, abseiling dan rempuh halangan. Setiap aktiviti dan check point telah dipantau oleh fasilitator.

Setelah tamat semua aktiviti outdoor pada jam 2.00 petang, semua peserta berehat dan bersiap sedia untuk aktiviti Jungle Tracking. Memandangkan cuaca pada sebelah petang baik, aktiviti jungle tracking dapat dijalankan dan aktiviti tersebut memakan masa selama 2 jam dengan laluan yang agak mencabar serta menguji ketahanan fizikal peserta serta fasilitator. Aktiviti tersebut tamat pada jam 6.30 petang.Pada sebelah malam, aktiviti kebudayaan mengisi slot aktiviti terakhir dengan semua peserta diminta mempersembahkan persembahan yang telah diberikan. Antara tugasan yang diberika adalah Dikir Barat, Sketsa, Boria, koir, Lawak Jenaka, Tarian 60an dan beberapa aktiviti lagi. Program tamat pada jam 12.30 malam.

Hari terakhir diisi dengan permainan "Management Games" pada jam 8.00 pagi dan sebanyak 5 checkpoint disediakan yang perlu dilaksanakan oleh semua peserta. Aktiviti tersebut tamat pada jam 12.30 tengah hari dan semua peserta diberikan masa untuk bersiap sebelum majlis penutupan dijalankan.

Majlis penutupan dimulakan pada jam 2.30 petang yang turut dihadiri oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah Encik Muhamad Mahazi Haji Ibrahim, Pegawai Kanan Majlis Sukan Negeri Perlis Encik Zahidi Hamed, Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Kedah Encik Mohd Farid Bin Mohd Fauzi, Pemangku Ketua Unit Unit Sukan Prestasi Tinggi Perlis Encik Mahadzir Baharom, Pemangku Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang Encik Hamidi Bin Lokman. Majlis penutupan dirasmikan oleh Pengarah MSN Kedah Encik Muhamad Mahazi Haji Ibrahim. Majlis bersurai pada jam 3.30 petang dimana semua atlet akan bergerak pulang ke negeri masing-masing.

Diharapkan dengan penganjuran kem seperti dapat memupuk semangat berdikari, sentiasa berdisiplin dalam apa juga dilakukan dan memupuk semangat setiakawan dalam berpasukan. Selain itu juga, ia dapat mengeratkan silatulrahim antara atlet dan staf USPTN Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

LAPORAN OLEH,
MOHD HAFIZUDDIN B. RODZI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI USPTN KEDAH

Tuesday, November 11, 2014

KEM BAKAT SUKAN MEMANAH PELAPIS NEGERI SIRI 2/2014 : HARI KETIGA

9 November 2014

Kem Bakat hari ini masuk hari ketiga dan seperti biasa atlet akan berhimpun pada jam 6:45 pagi untuk menjalani aktiviti pagi. Selepas nyayian lagi 'Negara Ku' dan bacaan doa,  atlet menjalani 'slow jog' sebanyak 4 pusingan mengelilingi padang lapang sasar dan senaman regangan otot.

Selepas sarapan pagi, aktiviti 'Shooting Skill' jarak pendek dilaksanakan. Semasa atlet melakukan panahan jurulatih memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh setiap atlet. Sesi pagi tamat pada jam 12:30 tengahari.

Aktiviti bersambung semula pada jam 2:00 petang dengan latihan 'Shooting Skill' masih dengan jarak pendek iaitu jarak 10m dan jarak 30m dan di pantau oleh jurulatih-jurulatih yang bertugas. Pada masa yang sama, jurulatih juga membuat pemeriksaan keatas bow atlet. Sesi belah petang tamat pada jam 6:00 petang.

Satu sesi 'Team Building' telah di adakan ada sebelah malam untuk membina semangat sepasukan didalam diri semua atlet.

LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL SIRI 2/2014 : HARI KETIGA

Masuk hari ketiga Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 2/2014 telah menyaksikan para peserta mula menunjukan peningkatan dan kesungguhan sepanjang 3 hari kem berlangsung. Pada awal pagi perhimpunan pagi dijalankan seperti biasa dan atlet juga melakukan regangan badan sebelum atlet melakukan latihan sejauh 30 km sekitar Ipoh.

Pada jam 8.00 pagi seramai 27 atlet telah melakukan kayuhan sejauh 30km di sekitar Ipoh. Latihan ini telah dipantau ketat oleh Jurulatih Kebangsaan dan Jurulatih Pelapis Negeri bagi memastikan arahan sentiasa dipatuhi oleh atlet. Selesai sesi latihan kayuhan para atlet dibawa ke veledrom Ipoh untuk melakukan aktiviti 'Cycling & Skills'. Dalam aktiviti ini Cikgu Suod memfokuskan kepada teknik membelok sewaktu kayuhan kerana banyak kesilapan dilakukan oleh atlet ketika latihan.

Pada sebelah petang, En Zamani Muhtarudin selaku Jurulatih Pelapis Serantau telah mengendalikan satu sesi kelas 'Introduction Road & Track Event. Sesi yang memakan masa hampir 2 jam ini banyak memberi manfaat kepada atlet terutamanya atlet yang baru berkecimpung dalam dunia basikal kerana masih ramai lagi peserta kem yang kurang berpengetetahuan tentang peraturan bagi setiap acara yang dipertandingkan di dalam kejohanan basikal. Setelah tamat sesi kelas, atlet menjalani latihan 'Standing Start' sebagai persediaan bagi mini pertandingan yang akan diadakan pada esok pagi. Aktiviti kem tamat pada sebelah petang dan akan disambung pada keesokan hari.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

Monday, November 10, 2014

KEM BAKAT SUKAN MEMANAH PELAPIS NEGERI SIRI 2/2014 : HARI KEDUA

8 November 2014

Seperti kem-kem yang terdahulu, semua atlet diwajibkan untuk menjalani satu sesi Ujian Kecergasan yang dikendalikan oleh Unit Fisiologi Senam, Institut Sukan Negara. Ujian-ujian yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
1. Anthropometry
     - Weight (kg)
     - Height (cm)
     - Arm Span (cm)

2. Flexibility
     - Modified Sit & Reach

3. Strength
     - Hand Grip (Right & Left)

4. Endurance
     - Max Push Up (Reps)
     - Plank Test (min)

5. Aerobic Capacity
     - Yoyo Endurance Test Level 1 (Level : Shuttle)

Ujian Kecergasan tersebut tamat pada jam 11:30 pagi. Pada petang bermula pada jam 2:30 petang dan dikendalikan oleh En. Marbawi dan En. Norizam. Semua atlet diwajibkan untuk menjalani 'Skill test' jarak 10m dan dipantau oleh semua jurulatih yang dilantik untuk mengendali kem ini. Disamping 'Skill Test' peralatan atlet juga diperiksa dan diuji oleh jurulatih-jurulatih kem. Sesi petang tamat pada jam 6:30 petang.

Memandangkan semua atlet telah melalui Ujian Kecergasan dan berasa sedikit penat dan sakit maka sesi malam hanya tumpu pada perkenalan setiap atlet dalam kem. Atlet perlu memperkenalkan diri dan pengalaman dalam sukan memanah dan sesi tamat pada jam 10:15 malam.

Aktiviti pada keesokkan hari adalah 'Shooting Skill' jarak pendek.

Laporan Oleh,
Giam Fook Pang
Pengurus Sukan Pelapis Negeri
Cawangan Pelapis

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL SIRI 2/ 2014 : HARI KEDUA

Hari kedua Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 2/2014 telah bermula seawal jam 6.30 pagi dengan aktiviti perhimpunan pagi. Setiap pagi atlet-atlet diajar untuk menyanyikan lagu negaraku diiringi dengan bacaan doa. Sebelum tamat sesi perhimpunan pagi atlet melakukan sedikit regangan badan bagi memastikan atlet sentiasa cergas dalam melakukan segala aktiviti.

Aktiviti seterusnya telah bermula pada jam 8.00 pagi bagi sesi Pengenalan Sukan Berbasikal yang dikendalikan oleh Jurulatih Pelapis Negeri dari Kedah iaitu En.Ghaffuan Ghazali dan sesi seterusnya sesi 'Bike & Care' yang dikendalikan oleh Cikgu Suod Hussain dari Jurulatih Pelapis Kebangsaan. Kedua-dua sesi ini lebih banyak memberi ilmu pengetahuan asas bagi sukan berbasikal di mana kebanyakan atlet masih lagi tidak didedahkan dengan cara pengendalian dan penjagaan basikal dengan betul. Sesi praktikal juga telah dilakukan sejurus tamat sesi teori berkenaan penjagaan dan pengendalian basikal.

Sebelah petang pada jam 2.30 petang aktiviti telah bersambung dengan sesi ceramah bertajuk 'Anatomi Basikal' yang telah dikendalikan juga oleh Cikgu Suod Hussain. Sesi ini banyak menerangkan tentang peralatan-peralatan yang terdapat pada basikal road race mahupun basikal track. Aktiviti petang diteruskan lagi dengan sesi 'Cycling & Skills' yang telah dikendalikan oleh En.Mohd Azri b Yusoh iaitu Jurulatih Pelapis Kebangsaan. Atlet-atlet banyak mempelajari kemahiran-kemahiran seperti teknik membelok, membrek, memecut dan mengawal basikal dengan betul.

Pada sebelah malam satu sesi tayangan video berkenaan atlet-atlet pelapis kebangsaan dan elit negara ketika menyertai kejohanan dalam dan luar negara telah ditunjukan kepada semua peserta kem. Sesi ini adalah bagi memberi motivasi kepada atlet untuk terus berjaya pada masa hadapan.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

Sunday, November 9, 2014

KEM BAKAT SUKAN MEMANAH PELAPIS NEGERI SIRI 2/2014 : HARI PERTAMA

7 November 2014

Hari ini berlangsungnya Kem Bakat Sukan Memanah Pelapis Negeri Siri 2/ 2014 bertempat di Lapang Sasar Memanah, Kompleks Sukan MSN Keramat, Kuala Lumpur. Kem Siri 2 kali ini disertai seramai 36 orang atlet, 7 orang jurulatih dan 7 orang pegawai. Kem Bakat Siri 2 ini diketuai oleh En. Muhammad Marbawi Sulaiman, Jurulatih Elit dan dibantu oleh jurulatih-jurulatih seperti;

1. En. Norizam Ishak (Elit)
2. En. Wan Mohd Khalmizam (PK)
3. Puan Siti Solehah (Bekas Atlet Elit)
4. En. Muhammad Izzuddin (PS)
5. En. Azizul Khairi (JPM Johor)
6. En. Jefri Ngaiman (JSM NS)
7. En. Wan Syarif Syafiq (JSM KL)


5 orang SDO telah di lantik untuk membantu menguruskan dan melancarkan perjalanan aktiviti harian kem.

1. En. Ahmad Affandy (N.S)
2. Puan Norhamamah (Sabah)
3. En. Muzhafar (K. Lumpur)
4. Puan Suhana (Selangor)
5. En. Mohamad Hafizuddin (Terengganu)


Sesi pendaftaran bermula seawal-awal jam 7.30 pagi sehingga jam 3.30 petang di lokasi penginapan iaitu Hotel Safari. Satu sesi taklimat ringkas perjalanan kem telah di laksanakan pada jam 4 30 petang oleh pengurus sukan memanah. Sejurus taklimat berakhir, satu sesi Klinik Memanah telah di adakan dan dikendalikan oleh En. Muhammad Marbawi selaku ketua jurulatih kem. 

Pada sesi sebelah malam, satu sesi Ice Breaking telah diadakan dimana atlet semua perlu bekerjasama untuk mengharungi aktiviti-aktiviti yang diberikan. Esok semua atlet akan menjalani Ujian Kecergasan yang akan dikendalikan oleh pihak ISN pada jam 8.00 pagi.

Laporan Oleh,
Giam Fook Pang
Pengurus Sukan Pelapis Negeri
Cawangan Pelapis

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL SIRI 2/2014 : HARI PERTAMA

Pada hari ini 8 hb November 2014 Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara telah menganjurkan satu Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 2/2014 bagi atlet wanita di negeri Perak Darul Ridzuan di mana kem yang sebelum ini untuk atlet lelaki telah dijalankan di negeri Perlis pada bulan Oktober yang lalu. Tujuan kem ini dijalankan adalah bagi mengetengahkan lagi bakat-bakat atlet wanita ke peringkat yang lebih tinggi disamping memberi ilmu pengetahuan tentang sukan berbasikal.

Seramai 28 daripada 30 atlet yang terpilih dari 14 buah pusat latihan negeri dari seluruh Malaysia telah hadir ke kem bakat ini. Manakala seramai 8 orang jurulatih pelapis negeri, 2 jurulatih pelapis kebangsaan, seorang jurulatih pelapis serantau dan 4 orang pegawai pembangunan negeri turut terlibat bagi menjayakan kem bakat ini. Kem bakat berbasikal ini akan diketuai oleh jurulatih pelapis kebangsaan iaitu Cikgu Suod sepanjang 6 hari kem ini berlangsung.

Pada hari pertama kem, sesi taklimat program telah bermula pada jam 3.30 petang di mana Cikgu Suod banyak menyentuh tentang pengisian program serta aktiviti yang bakal dilalui oleh atlet sepanjang kem berlangsung. Jurulatih juga banyak menekankan isu keselamatan dan disiplin semasa berada di kem.

Pada sebelah malam, satu sesi 'Ice Breaking' telah dikendalikan oleh Pegawai Pembangunan Negeri dari USPTN Selangor iaitu En.Abd Latif. Kerjasama dan komitmen yang baik telah ditunjukan oleh atlet serta jurulatih dan atlet dilihat begitu teruja dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Aktiviti telah tamat pada jam 10.00 malam dan aktiviti seterusnya akan disambung pada keesokan hari.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS

Friday, November 7, 2014

KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN PELAPIS NEGERI SIRI 2/2014 : HARI TERAKHIR

7 November 2014 (Jumaat)

Hari ini merupakan hari terakhir Kem Bakat Sukan Terjun Siri 2/ 2014 setelah berlangsung selama 5 hari bermula dari 3 hingga 7 November 2014. Setelah sarapan pagi, atlet berkumpul di dewan makan pada jam 9.00 pagi bersama- sama jurulatih dan PPN bagi sesi perhimpunan pagi untuk hari yang terakhir.

Beberapa aktiviti seperti sesi perkongsian pengalaman dari atlet-atlet dan juga ketua jurulatih turut diselitkan. Aktiviti ini turut disaksikan oleh beberapa ibu bapa yang hadir menjemput anak-anak mereka yang seterusnya diikuti dengan sesi bergambar.

Makan tengahari diawalkan pada pukul11.30 pagi berikutan penerbangan bagi atlet Sabah dan Sarawak. Negeri terakhir yang meninggalkan venue penginapan ialah negeri Johor dan Perak dengan bantuan van dan pemandu MSN untuk menghantar mereka ke terminal bas. Van bertolak balik ke MSN pada jam 3.00 petang dan tiba pada 4.00 petang.

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE