Showing posts with label Februari. Show all posts
Showing posts with label Februari. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA PERHIMPUNAN ATLET PELAPIS KEBANGSAAN DAN PELAPIS SERANTAU 2014

TARIKH                              : 25 Februari 2014
TEMPAT                             : UiTM Shah Alam
JUMLAH ATLET                 : 125 Lelaki, 80 Wanita                  
JUMLAH JURULATIH         : 21 Lelaki, 9 Wanita
JUMLAH URUSETIA           : 26 orang

Bermula pada 25 Februari 2014, Perhimpunan Atlet Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau telah membuka tirai hari yang pertama dengan penyertaan seramai 205 atlet dan 30 jurulatih yang terdiri daripada dari 12 sukan iaitu angkat berat, berbasikal, akuatik, gimnastik artistik dan gimrama, olahraga, karate, lawan pedang, menembak, wushu, taekwondo, tinju dan pelayaran. Perhimpunan pada kali ini bertempat di UiTM Shah Alam bermula dari 25 Februari sehingga 27 Februari 2014.



Perhimpunan atlet Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau 2014 yang dianjurkan oleh Cawangan Pelapis ini adalah bertujuan untuk menghimpunkan atlet-atlet di bawah Program Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia. Antara objektif perhimpunan adalah menghimpunkan atlet-atlet jurulatih di bawah Program Pelapis Kebangsaan dan Serantau Majlis Sukan Negara, memberi peluang kepada atlet untuk bertemu dan beramah mesra dengan YBhg. Dato Seri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara serta pihak pengurusan tertinggi Malis yang lain serta untuk menerapkan semangat sepasukan dan kenegaraan di peringkat awal antara atlet serta jurulatih.



Hari pertama program bermula pada jam 9.00 pagi dimana semua atlet yang berpusat di Majlis Negara berkumpul di MSN untuk bertolak ke UiTM Shah Alam. Manakala atlet-atlet dari Akademi Serantau Zon Utara (ASZU), Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Pusat Latihan Serantau Ipoh telah bertolak pada pukul 6.00 pagi menaiki van menuju ke destinasi. Para atlet dan jurulatih tiba seawal 10.30 pagi dan mendaftar di penempatan kolej masing-masing.



Program petang yang bertempat di Pusat Sukan UiTM Shah Alam dimulakan dengan sesi taklimat kem oleh Encik Nor Izuwan serta taklimat keselamatan dari wakil pihak keselamatan UiTM Shah Alam dan diikuti dengan ucapan dan amanat dari Pengarah Cawangan Pelapis Encik Jefri Ngadirin. Selepas minum petang, acara diteruskan dengan taklimat  program Pelapis oleh En. Azrul Hisyam. Aktiviti terakhir yang dijalankan pada hari pertama adalah sesi ice breaking oleh Cawangan Hal Ehwal Atlet MSNM.





Aktiviti pertama untuk hari kedua akan dimulakan dengan perhimpunan pagi diketuai oleh Kem Komanden iaitu En. Onn Abd Rahman.

Saturday, February 22, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN LUMBA BASIKAL TREK REMAJA KEBANGSAAN 01/2014 SPORT EXCEL/MSN/MILO/PKBM/PBKL


Tarikh. : 22 Februari 2014
Masa : 9:00 am - 6:30 pm
Tempat : Veledrome Cheras, Kuala Lumpur

Kejohanan Lumba Basikal Trek Remaja Kebangsaan 01/2014 Sport Excel/MSN/MILO/PKBM/PBKL telah memasuki hari kedua kejohanan melibatkan acara 200m Spint, Individual Pursuit, Scratch Race, Team Sprint dan Team Pursuit. Kejohanan ini melibatkan dua peringkat umur bagi kategori lelaki dan wanita iaitu 17 dan 18 tahun serta 16 tahun ke bawah. Berikut merupakan keputusan kejohanan :

200 m Sprint akhir

Lelaki 17 dan 18 tahun
1. Muhammad Khairil Nizam (PK)
2. Mohd Iqbal Asri (PLS Ipoh)
3. Muhammad Adib (JHR)

Lelaki Bawah 16 tahun
1. Muhd Amir Imran (PLS Ipoh)
2. Muhd Danish Al Farouq (PNG)
3. Mohd Firdaus Hadi (PLS Ipoh)

Wanita 17 dan 18 tahun
1. Nur Aisyah Zubir (TRG)
2.Nur Azreena Jumry (ASMSN)
3.Rosnia bt Minggu (SWK)

Wanita 16 tahun Bawah
1. Nur Rozi Yanti (ASMSN)
2. Nurfasiha Adilah (SEL)
3. Anis Amira Rosidi (ASMSN)
3 km Individual Pursuit akhir

Lelaki 17 dan 18 tahun
1. Mohd Afiq Huznie (PK) 3:53.144
2. Ahmad Muazzam Iman (JHR) 3:54.054
3. Eiman Firdaus (PK) 4:01.617

Lelaki bawah 16 tahun
1. Azli Najmi Zulkefli (KL) 3:57.878
2. Mohd Naim Suardi (PLS Ipoh)
3. Muhammad Nur Aiman (JHR)
2 km Individual Pursuit akhir
Wanita 17 dan 18 tahun
1. Sian Wilson (KL) 2:53.056
2. Nur Aisyah Zubir (TRG) 3:05.349
3. Nurjeha Iwani (KDH) 3:04.356

Wanita Bawah 16 tahun
1. Siti Nur Adibah Akma (KDH) 3:03.483
2. Siti Nur Alya Mansor (TRG) 3:05.821
3. Nor Afifah Amirah (ASMSN)

5 km Scratch Race akhir

Lelaki 17 dan 18 tahun
1. Muhd Danial Aiman (PLS Ipoh)
2. Asyraf Naim Ying (PK)
3. Ahmad Hariz Norman (KL)

Lelaki Bawah 16 tahun
1. Muhammad Danial Haikal (PK)
2.Mohd Azrol Haikal (TRG)
3. Muhammad Nur Aiman (JHR)

3 km Scratch Race akhir

Wanita 17 dan 18 tahun
1. Nur Aisyah Mohd Zubir (TRG)
2.Noratika Fatihah (JHR)
3. Syarifah Nur Ilyana (TRG)

Wanita Bawah 16 tahun
1. Nurfasiha Adila (SEL)
2.Siti Zulaikha Hamdan (JHR)
3.Nuraina syarah Amran (ASMSN)

Team Sprint akhir

Lelaki 17 dan 18 tahun
1. Pelapis Kebangsaan - 1:09.422
2. Kuala Lumpur. - 1:12.327
3. Perlis - 1:11.845

Lelaki Bawah 16 tahun
1. PLS Ipoh - 1:14.030
2. Perak - 1:14.204
3. Terengganu - 1:12.387

Wanita 17 dan 18 tahun
1. Terengganu - 0:55.108
2. Kedah - 0:56.653
3. Sarawak - 0:56.212

Wanita Bawah 16 tahun
1. Terengganu - 55.318
2. ASMSN - 57.391
3. ASMSN - 57.639

Kejohanan tamat pada jam 6:30 petang dan akan bersambung esok bagi acara Individual Time Trial dan Point Race. Bagi keputusan akhir acara Team Pursuit akan diumumkan pada esok pagi.
Sekian

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone







































Friday, February 21, 2014

Laporan Hari Pertama Kejohanan Sail The Gulf Qatar 2014

Tarikh : 18 Februari 2014
Tempat : Doha, Qatar

Pelayar- pelayar Kebangsaan (10 elit,8 pelapis) telah selamat tiba di Doha pada jam 12. 10 am waktu tempatan ( 5.10 am waktu Malaysia ). Suhu di Doha amat dingin (18 ~ 20 c). Untuk makluman, kami menginap di hotel Gloria (2km dari venue pertandingan).

Untuk hari pertama (19 Februari 2014), kami telah tiba di venue pertandingan pada jam 9.00 pagi dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak penganjur untuk sesi pendaftaran dan penyewaan bot pertandingan. Mesyuarat ketua pasukan (kategori Optimist berpasukan) yg dipengerusikan Oleh Kapt Arshad (pengarah pertandingan) telah diadakan pada jam 12 tghari. Sebanyak 7 pasukan (Rusia, Turki, Itali, Belanda, UAE, Qatar & Malaysia) telah menyertai pertandingan pada kali ini.

Perlumbaan bagi kategori Optimist telah dijalankan tepat jam 2.00pm dan berakhir jam 5.00pm. Pasukan pelayar optimist berpasukan telah muncul juara untuk pertandingan hari pertama dengan memenangi 6 perlumbaan.

Untuk hari pertama pertandingan.tiada isu dan permasalahan berlaku dan pertandingan berjalan dengan amat lancar. Pihak tuan rumah turut memberikan kerjasama yang baik terhadap pasukan Malaysia.

Sekian laporan hari pertama.terima kasih.






Thursday, February 20, 2014

Kejohanan Menembak Tun Tan Siew Sin/Sportexcel/NSC/Milo/NSAM 2014

Tempat: Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang
Tarikh: 20 Februari 2014

Hari ini merupakan hari pertama bagi Kejohanan Menembak Tun Tan Siew Sin/Sportexcel/NSC/Milo/NSAM 2014 berlangsung dimana seramai 500 orang atlet dari semua negeri di seluruh Malaysia telah menyertai kejohanan ini. 

Sebanyak 3 acara dipertandingkan hari ini iaitu 10m air rifle men, 25 rapid fire pistol men dan 50m rifle 3 positions women. Kejohanan pada hari pertama ini telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.

Berikut adalah keputusan pada hari pertama kejohanan:-

10m Air Rifle Individu Lelaki

1.Mohd Shahril Sahak(Johor)-608.5 (201.6)
2.Mohd Hadafi Jafar(PDRM)-612.1 (199.9)
3.Muhammad Ezuan Nasir Khan(ATM)-611.6 (179.8)

10m Air Rifle Berpasukan Lelaki

1.ATM
-Mohd Ezuan Nasir Khan
-Zulkifli Abu Bakar             (1806.4)
-Ahmad Ansory Abd Aziz

2.Pahang
-Mohd Hasanul Adzhar
-Mohd Nazirul Azhar          (1805.0)
-Mohd Nurahimin Abdul Halim

3.Kuala Lumpur
-Muhammad Zubair Mohamad
-Zul Haziq Rosli                  (1803.8)
-Khairul Hazman Mat

10m Air Rifle Individu Lelaki(Junior)

1.Mohd Lutfi Othman(N.Sembilan)-607.6
2.Zul Haziq Rosli(Kuala Lumpur)-607.0
3.Ahmad Kusyairi Abdul Razak(Perak)-604.3


25m Rapid Fire Pistol Individu Lelaki

1.Hasli Izwan Amir Hassan(Perak)-571(29)
2.Mohd Ridhuan Mohamad(ATM)-563(22)
3.Khalel Abdullah(ATM)-577(17)

25m Rapid Fire Pistol Berpasukan Lelaki

1.ATM
-Khalel Abdullah
-Mohd Ridhuan Mohamad-(1652)
-Azril Mohd Amin

2.Terengganu
-Raja Ahmad Firdaus Raja Mohd
-Safirredzuan Salim                          -(1573)
-Muhammad Amirul Hisham Luxman

3.Selangor 
-Tan Tong Tat
-Rishipal Singh Dhanoa -(1564)
-Noor Aizam Nuqman Azlan

50m Rifle 3 Position Individu Perempuan

1.Nur Suryani Mohd Taibi(ATM)-572(443.9)
2.Nurul Izzati bt Ali(Terengganu)-553(438.5)
3.Haslisa Hamed(ATM)-579(428.3)

50m Rifle 3 Position Berpasukan Perempuan

1.ATM
-Nur Suryani Mohd Taibi
-Haslisa Hamid                  -(1715)
Muslifah Zulkifli

2.Pahang
-Nurul Ayuni Farhana Abd Halim
-Aina Zahiran                               -(1683)
-Nur Hafifah Tarmizi

3.Terengganu
-Nurul Izzati Ali
-Syarifah Aesyah Kamilah -(1640)
-Nur Aqasya Damia


Sekian, terima kasih