Showing posts with label WUSHU. Show all posts
Showing posts with label WUSHU. Show all posts

Wednesday, August 27, 2014

NANJING 2014 YOUTH WUSHU TOURNAMENT

Tarikh : 22 - 24 Ogos 2014
Tempat : Gaochun Sports Centre, Nanjing

Pengurus Pasukan:
En. Chong Kim Fatt 

Jurulatih:
En. Lim Yew Fai (Pelapis Kebangsaan) 

Atlet:
1. Cik Loh Ying Ting (Elit)
2. Cik Chan Lu Yi (Pelapis Kebangsaan)
3. En. Khaw Jun Lim (Pelapis Kebangsaan)
4. En. Calvin Lee Wai Leong (Luar)

Persatuan Wushu Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menghantar pasukan wushu ke kejohanan Nanjing 2014 Youth Wushu Tournamet yang diadakan di Gaochun Sport Center, Nanjing. Seramai 100 orang atlet dari 35 buah negara telah menyertai kejohanan ini bagi menyertai acara Taolu dan Sanda yang dipertandingkan. 

Melalui Qualification System of the Nanjing 2014 Youth Wushu Tournament, hanya enam (6) orang atlet terbaik sahaja bagi Kategori A dalam acara Changquan, Taijiquan & Taijijian all-round, Nanquan & Nangun all-round, Daoshu & Gunshu all-round, Jianshu & Qiangshu all-round sahaja yang layak untuk mewakili negara masing-masing mengikut acara yang dimenangi semasa 5th World Junior Wushu Championship 2014 pada 11 - 18 Mac yang lalu bertempat di Antalya, Turkey.

Kejohanan ini adalah merupakan salah satu dari empat (4) demonstration sports bagi temasya 2nd Youth Olympic Games 2014 ini iaitu sukan climbing, rollerskating dan skateboarding dimana kejohanan seumpama ini mula diperkenalkan pada Sukan Olimpik Beijing 2008.  Pihak International Wushu Federation (IWUF) mengharapkan penganjuran kejohanan kali ini  akan menjadi titik perubahan penting bagi sukan wushu dalam usaha untuk menjadi sukan rasmi Olimpik 2020.

Bagi edisi kali ini, pingat emas pertama dari arena wushu akan disampaikan oleh Presiden International Olympic Committee (IOC) iaitu Mr. Thomas Bach manakala Presiden Kehormat IOC iaitu Mr. Jacques Rogge akan menyampaikan pingat pada hari terakhir kejohanan.

Keputusan Rasmi :

1. Acara Women's Changquan
    Loh Ying Ting - Emas
    Skor : 9.56

2. Acara Men's Nanquan + Nangun all-around
    Calvin Lee Wai Leong - Gangsa
    Skor : 18.91

3. Acara Women's Daoshu + Gunshu all-around
    Loh Ying Ting - Gangsa
    Skor : 18.82

4. Acara Women's Taijiquan + Taijijian all-around
    Chan Lu Yi - Gangsa
    Skor : 18.92

5. Acara Men's Daoshu + Gunshu all-around
    Khaw Jun Lim - 4th
    Skor : 18.76

TOTAL : 1 Emas, 3 Gangsa
Gambar 1 - Venue bagi Nanjing 2014 Youth Wushu Tournament, Gaochun Sport Center.
Gambar 2 -  Presiden International Olympic Committee (IOC), Mr. Thomas Bach menyampaikan pingat emas kepada Loh Ying Ting (Malaysia) yang memenangi acara Women's Changquan. 
Gambar 3 - Presiden International Olympic Committee (IOC), Mr. Thomas Bach bergambar bersama-sama pemenang pingat emas Loh Ying Ting (Malaysia), pemenang pingat perak Wei Ting Zoe Mui (Singapura) dan pemenang pingat gangsa Liu Ting Ting (Chinese Taipei) bagi acara Women's Changquan.
Gambar 4 - Presiden Kehormat International Olympic Committee (IOC), Mr. Jacques Rogge bersama-sama pemenang pingat emas Huang Xueqing (China), pemenang pingat perak Usui Kanon (Jepun) dan pemenang pingat gangsa Chan Lu Yi (Malaysia) semasa majlis penyampaian pingat bagi acara Women's Taijiquan & Taijijian all-around.
Gambar 5 - Chan Lu Yi bersama pingat gangsa yang dimenangi beliau bagi acara Women's Taijiquan & Taijijian all-around.

Sekian.

LAPORAN OLEH,
SITI MARINA
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Monday, March 17, 2014

5th World Junior Wushu Championship 2014 : Laporan Hari Keenam

Tarikh : 16 Mac 2014
Tempat : Antalya, Turkey

Sebanyak 15 acara telahpun dipertandingkan pada hari ini dimana seramai 7 orang atlet Wushu Malaysia telah memgambil bahagian didalam acara yang telah berlangsung hari ini.

1. Boy's  A Group Nandao
2. Boy's A Group Daoshu
3. Boy's A Group Nanquan
4. Boy's A Group Taijian
5. Girl's A Group Jianshu
6. Girl's A Group Taiji jian
7. Boy's B Group Nangun
8. Boy's B Group Changquan
9. Boy's B Group Nandao
10. Boy's B Group Jianshu
11. Boy's B Group Gunshu
12. Girl's B Group Qiangshu
13. Girl's B Group Nanquan
14. Girl's C Group Qiangshu
15. Girl's C Group Gunshu

Bagi acara yang disertai pada hari ini, pasukan Malaysia telah berjaya memperolehi sebanyak 3 lagi pingat (1 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa) bagi acara berikut :

1. Boy's A Group Nandao
Pingat Emas - Calvin Lee Wai Leong

2. Boy's B Group Jianshu
Pingat Perak - Ang Qi Yue

3. Boy's B Group Changquan
Pingat Gangsa - Tan Cheong Wan

Jumlah Kutipan Pingat Terkini :
EMAS - 3
PERAK - 5
GANGSA - 1


SITI MARINA ARSHAD

5th World Junior Wushu Champioship 2014 : Laporan Hari Kelima

Tarikh : 15 Mac 2014
Tempat : Antalya, Turkey


Pada hari ini sebanyak 14 lagi acara yang telah dipertandingkan bagi kategori Taolu dimana seramai 8 orang atlet dari pasukan Wushu Malaysia telah mengambil bahagian bagi acara yang berlangsung pada hari ini.
 
1. Boy's A Group Changquan
2. Girl's A Group Qiangshu 
3. Girl's A Group Nandao
4. Girl's B Group Changquan
5. Girl's B Group Nangun
6. Boy's B Group Qiangshu
7. Boy's C Group Jianshu
8. Boy's A Group Gunshu
9. Boy's A Group Taijiquan
10. Girl's A Group Gunshu
11. Boy's B Group Daoshu
12. Girl's B Group Gunshu
13. Girl's B Group Jianshu
14. Girl's C Group Jianshu

Pada hari ini juga pasukan Malaysia telah berjaya mengumpul sebanyak 5 pingat (1 Emas, 4 Perak) melalui acara;

1. Girl's A Group Changquan
Pingat Emas - Loh Ying Ting

2. Boy's A Group Gunshu
Pingat Perak - Khaw Jun Lim

3. Boy's B Group Qiangshu
Pingat Perak - Ang Qi Yue

4. Girl's B Group Jianshu
Pingat Perak - Pang Pui Yee

5. Boy's C Group Jianshu
Pingat Perak - Si Shin Peng

Jumlah kutipan pingat terkini:
EMAS - 2
PERAK - 4







SITI MARINA ARSHAD

5th World Junior Wushu Championship 2014 : Laporan Hari Keempat

Tarikh : 14 Mac 2014
Tempat : Antalya, Turkey


Pada hari ini, kesemua atlet dan kontijen telah berkumpul di dewan pertandingan bertempat di Kepez Belediyesi Kapali Spor Salonu bagi memulakan kejohanan peringkat dunia ini. Sebanyak 14 acara bagi kategori Taolu telah dijalankan iaitu :


1. Boy's A Group Nangun 
2. Girl's A Group Daoshu
3. Girl's A Group Taijiquan
4. Boy's B Group Nanguan
5. Girl's B Group Nandao
6. Boy's C Group Changquan
7. Girl's C Group Daoshu
8. Girl's A Group Changquan
9. Girl's A Group Nanquan
10. Boy's A Group Qiangshu
11. Girl's B Group Taijiquan
12. Boy's B Group Taijiquan
13. Boy's C Group Daoshu
14. Girl's C Group Changquan

Pada pertandingan hari ini, seramai 8 orang atlet wushu Malaysia telah mengambil bahagian mengikut acara masing-masing.  Pertandingan bagi kategori Taolu dibahagikan kepada sesi iaitu pagi dan petang. Pertandingan bermuala agak lambat walaupun ianya telah dijadualkan bermula pada pukul 9.00am (sesi pagi) dan pukul 3.00pm (sesi petang) disebabkan beberapa permasalahan yang timbul dari segi teknikal dan susun atur acara pertandingan. Jarak tempat penginapan dan dewan pertandingan yang agak jauh juga menyebabkan perjalanan pertandingan kurang lancar.

Namun begitu, pasukan Wushu Malaysia telah berjaya menyumbang pingat Emas pertama untuk kontijen melalui Loh Ying Ting bagi acara Girl's Group A Changquan.

Keputusan penuh bagi setiap acara masih belum diperolehi berikutan gangguan kepada sistem permarkahan melalui internet.  Upacara penyampaian pingat juga masih belum dijalankan bagi acara yang dipertandingakan pada hari ini.

SITI MARINA ARSHAD

Friday, March 14, 2014

5th World Junior Wushu Championship 2014: Laporan Hari Ketiga

Tarikh : 13 Mac 2014
Tempat : Antalya,  Turkey


Pada hari ini, sesi Weigh-in untuk acara Sanda seawal pukul 7.00 pagi dan sesi Technical Meeting dan Managers Meeting diadakan pada pukul 9.00 pagi bertempat di Kremlin Palace Hotel. Kemudian diikuti pula dengan sesi Drawing Lots mengikut acara dan kategori bagi menentukan giliran peserta bagi acara masing-masing. 

Pada sebelah petang, sesi Team Training diadakan seperti biasa bertempat di dewan latihan yang telah disediakan. Upacara perasmian pembukaan kejohanan 5th World Junior Wushu Championship telah berlangsung di Kepez Bedeleyasi Spor Kompleksi iaitu dewan pertandingan rasmi yang mengambil masa 45 minit dari tempat penginapan.
SITI MARINA ARSHAD

Thursday, March 13, 2014

5th World Junior Wushu Championship 2014: Laporan Hari Kedua

Tarikh : 12 Mac 2014
Tempat: Antalya, Turkey


Pada hari ini hampir kesemua negara yang bertanding telah mendaftar masuk ke penginapan rasmi kejohanan bertempat di Kremlin Palace Hotel bagi sesi Official Team Registration.  Pada hari ini juga Judges Refresher Course telah bermula sehingga esok.  Pada sebelah petang IWUF Technical Committee Meeting turut diadakan.

Atlet-atlet pasukan wushu telah memulakan taklimat pagi serta sesi Team Training seawal pukul 7.30 pagi bertempat di dewan latihan seperti yang telah dijadualkan. Cuaca pada hari ini agak sejuk (7°C) serta berangin berbanding semalam membataskan aktiviti atlet-atlet kawasan sekitar hotel. Para atlet disarankan untuk berehat dibilik bagi mengelakkan mereka jatuh sakit/demam .


SITI MARINA ARSHAD

Wednesday, March 12, 2014

5th World Junior Wushu Championship 2014: Laporan Hari Pertama


Tarikh : 11 Mac 2014
Tempat : Antalya, Turkey

Unit Pelapis Kebangsaan dengan kerjasama Persekutuan Wushu Malaysia telah menghantar beberapa orang atlet dari program Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Negeri untuk menyertai 5th World Junior Wushu Championship yang berlangsung di Antalya, Turkey bermula pada 11-19 Mac 2014.  Pasukan Wushu Malaysia  dengan kekuatan seramai 18 orang dimana seramai 12 orang atlet telah terpilih untuk mewakili kategori masing-masing. Pasukan Wushu Malaysia juga turut disertai dan diiringi oleh seorang pengurus pasukan, seorang jurulatih Pelapis Kebangsaan, seorang pegawai pengiring, seorang pengadil dan dua orang pemerhati.

Pasukan Wushu Malaysia telah memulakan perjalanan pada 10hb Mac ke Doha - Istanbul - Antalya dengan menaiki Qatar Airways dan Atlas Jet yang mengambil masa selama 16 jam perjalanan.  Walaupun perjalanan yang jauh dan masa penerbangan yang panjang, para atlet masing-masing berada dalam keadaan sihat dan cergas serta tidak mengalami sebarang masalah sepanjang penerbangan. Pasukan telah selamat tiba dan mendaftar masuk ke penginapan rasmi iaitu Kremlin Palace Hotel pada pukul 9.30 malam waktu tempatan (3.30 pagi waktu Malaysia).

Hari ini adalah merupakan Official Team Arrival & Registration yang diadakan di Kremlin Palace Hotel. Dianggarkan sebanyak 48 buah negara akan mengambil bahagian di dalam kejohanan kali ini bagi acara Taolu dan Sanda.  Sesi latihan dijalankan seperti biasa di dewan latihan di tempat penginapan.

SITI MARINA ARSHAD


Thursday, November 3, 2011

ATLET PELAPIS KE SUKAN SEA 2011 - WUSHU


Nama : Ong Shi Chuan
Umur : 19 Tahun
Acara : Changquan, Daoshu, Gunshu
Program : Pelapis Kebangsaan
Jurulatih : Li Dehua
Negeri : Melaka
______________________________________________________




Nama : Kevan Cheah Peng Heng
Umur : 23 Thn
Acara : Nanquan, Nandao, Nangun
Program : Pelapis Kebangsaan
Jurulatih : Mao Yaqi
Negeri : Pulau Pinang

Tuesday, March 23, 2010

Lawatan PLN Wushu Perak




TARIKH LAWATAN : 19 MAC 2010
TUJUAN LAWATAN : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI
TEMPAT : DEWAN MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK
MASA : 9.30 PAGI
ATLET : 15 ORANG
JURULATIH : EN. CHAN CHEE KHEONG

KEHADIRAN
Seramai 15 orang atlet yang hadir menjalani latihan. Kehadiran atlet adalah memuaskan.

DISIPLIN
Jurulatih memaklumkan atlet tidak mempunyai masalah disiplin.

LATIHAN (Pemerhatian SDO)
1. Latihan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. Atlet dapat menjalani latihan dengan selesa.

2. Tiada masalah di tempat latihan.

ISU-ISU BERBANGKIT
Tiada

HAL-HAL LAIN
Tiada

laporan disediakan oleh:
CHING LAI YEE
SDO WUSHU