Friday, October 3, 2014
PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SABAH & AUDIT 8 FAIL USPTN SABAH 2014 : HARI KETIGA
Wednesday, October 1, 2014
PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI SABAH & AUDIT 8 FAIL USPTN SABAH 2014 : HARI PERTAMA
Sunday, August 8, 2010
Sabah Open hari ke 2

Kejohanan olahraga Terbuka Hari kedua dan akhir berjalan lancar hari ini. Atlet-atlet Pelapis terus menuai 4 pingat emas dan 1 pingat perak hari ini. Pingat keseluruhan yang berjaya dimenangi di kejohanan ini oleh atlet-atlet Pelapis adalah sebanyak 8 pingat emas dan 2 pingat perak. Nurliana Kamaruddin diumumkan sebagai atlet wanita terbaik bagi kejohanan ini manakala Eddie Edwards dari Sabah diumumkan sebagai atlet lelaki terbaik. Beliau berjaya memenangi Piala atlet wanita terbaik, sijil serta hadiah wang tunai sebanyak RM 150.
Atlet-atlet yang berjaya memenangi pingat pada hari kedua adalah seperti berikut :
1. Kavee Alagan - Lompat Tinggi - 2.06m - Emas
2. Muhd Hakimi Ismail - Lompat Jauh - 6.95m - Emas
3. Nurul Faizah Asma - 400m (W) - 59.71s - Emas
4. Raja Nursheena - 100m hurdles - 14.83s - Emas
5. Nur Fazlinda Shafie - 100m hurdles - Perak
Kejohanan ini melabuhkan tirainya dengan majlis perasmian penutupan oleh Presiden Persatuan Olahraga Sabah, Tuan Haji Paiman Abd Karim. Beliau turut menyampaikan piala-piala kepada atlet-atlet terbaik.
Sekian laporan dari Negeri dibawah bayu..
--
Harun Osman
Unit Pelapis Kebangsaan
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia
Saturday, August 7, 2010
Kejohanan Olahraga Terbuka Sabah ke 57 hari pertama

Salam dari Negeri dibawah Bayu,
Kejohanan olahraga Terbuka Sabah bermula hari ini. Cuaca yang panas serta angin kencang tidak menghalang atlet-atlet Pelapis mempamirkan kehebatan mereka hari ini. Pada hari pertama, 5 atlet Pelapis mengambil bahagian dengan merangkul 4 pingat emas dan 1 pingat perak. Dalam acara lompat tinggi wanita, Norliana Kamaruddin telah memecahkan rekod kejohanan dengan lompatan 1.74m (rekod lama 1.63m).
Keputusan yang melibatkan atlet Pelapis hari pertama adalah seperti berikut :
Lompat Kijang (L) - Muhammad Hakimi Ismail - 15.35m - Emas
Lompat Jauh (W) - Nurul Fatimatul - 5.51m - Emas
Lompat Tinggi (W) - Norliana Kamaruddin - 1.74m - Emas (Rekod Kejohanan)
400m Lari Berpagar (L) - Mohd Baihaqi - 55.20s - Emas
100m (L) - Cyrus Krishnan - 11.02s - Perak
Pada hari kedua esok, atlet-atlet Pelapis dijangka akan meneruskan kecemerlangan dengan memungut pingat dalam acara-acara yang disertai mereka.
Sekian laporan hari pertama dari Kota Kinabalu, Sabah.
--
Harun Osman
Unit Pelapis Kebangsaan
Cawangan Pelapis
Majlis Sukan Negara Malaysia
















































