Showing posts with label PULAU PINANG. Show all posts
Showing posts with label PULAU PINANG. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI - ZON UTARA 2014

Tarikh : 22 hingga 24 November 2014
Tempat : Kem Paya Pahlawan Lake Resort Jitra, Kedah Darul Aman
Peserta : 50 orang atlet, 4 Jurulatih dan 7 orang Pegawai

Unit Sukan Prestasi Tinggi ( USPTN ) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah menganjurkan Kem Tahunan USPTN Pelapis Zon Utara 2014 yang telah mengumpulkan seramai 150 orang atlet dari pelbagai sukan bagi setiap negeri dibawah program USPTN. Seramai 50 orang atlet, 4 orang jurulatih dan 7 orang pegawai dari USPTN Kedah telah menyertai kem tersebut.

Hari pertama program pada 22 November 2014 dimulakan dengan pergerakan semua atlet negeri masing-masing ke Kem Paya pahlawan, Jitra dan semua atlet perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu pada jam 12.00 tengahari disusuli dengan makan tengahari sehingga jam 2.00 petang. Program bermula pada jam 2.30 petang denga sesi Ice Breaking dan pembahagian atlet dipecahkan kepada 10 kumpulan. Perancangan aktivit seterusnya adalah Jungle Tracking akan tetapi akibat cuaca hujan lebat aktiviti tersebut ditangguhkan kepada hari seterusnya. Sesi sebelah malam pula diteruskan dengan semua atlet, jurulatih serta pegawai berhimpun di surau untuk menunaikan solat berjemaah dan Majlis Bacaan Yassin. Aktiviti diteruskan pada jam 9.00 malam dimana aktiviti kedua iaitu "Management Games" diadakan dan aktiviti tersebut tamat pada jam 12.00 malam.

Hari kedua program diteruskan dengan soat subuh berjemaah dan diteruskan dengan Senamrobik pada jam 8.30 pagi sebelum sarapan pagi. Pada hari berkenaan, semua aktiviti outdoor dilakukan sehingga pukul 2.00 petang. Semua atlet dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mereka perlulah melalui setiap check point yang telah ditetapkan mengikut clue yang telah diberi. Antara aktiviti yang perlu dilakukan peserta adalah rakit, merentas tasik, flying fox, abseiling dan rempuh halangan. Setiap aktiviti dan check point telah dipantau oleh fasilitator.

Setelah tamat semua aktiviti outdoor pada jam 2.00 petang, semua peserta berehat dan bersiap sedia untuk aktiviti Jungle Tracking. Memandangkan cuaca pada sebelah petang baik, aktiviti jungle tracking dapat dijalankan dan aktiviti tersebut memakan masa selama 2 jam dengan laluan yang agak mencabar serta menguji ketahanan fizikal peserta serta fasilitator. Aktiviti tersebut tamat pada jam 6.30 petang.Pada sebelah malam, aktiviti kebudayaan mengisi slot aktiviti terakhir dengan semua peserta diminta mempersembahkan persembahan yang telah diberikan. Antara tugasan yang diberika adalah Dikir Barat, Sketsa, Boria, koir, Lawak Jenaka, Tarian 60an dan beberapa aktiviti lagi. Program tamat pada jam 12.30 malam.

Hari terakhir diisi dengan permainan "Management Games" pada jam 8.00 pagi dan sebanyak 5 checkpoint disediakan yang perlu dilaksanakan oleh semua peserta. Aktiviti tersebut tamat pada jam 12.30 tengah hari dan semua peserta diberikan masa untuk bersiap sebelum majlis penutupan dijalankan.

Majlis penutupan dimulakan pada jam 2.30 petang yang turut dihadiri oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah Encik Muhamad Mahazi Haji Ibrahim, Pegawai Kanan Majlis Sukan Negeri Perlis Encik Zahidi Hamed, Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Kedah Encik Mohd Farid Bin Mohd Fauzi, Pemangku Ketua Unit Unit Sukan Prestasi Tinggi Perlis Encik Mahadzir Baharom, Pemangku Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang Encik Hamidi Bin Lokman. Majlis penutupan dirasmikan oleh Pengarah MSN Kedah Encik Muhamad Mahazi Haji Ibrahim. Majlis bersurai pada jam 3.30 petang dimana semua atlet akan bergerak pulang ke negeri masing-masing.

Diharapkan dengan penganjuran kem seperti dapat memupuk semangat berdikari, sentiasa berdisiplin dalam apa juga dilakukan dan memupuk semangat setiakawan dalam berpasukan. Selain itu juga, ia dapat mengeratkan silatulrahim antara atlet dan staf USPTN Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

LAPORAN OLEH,
MOHD HAFIZUDDIN B. RODZI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI USPTN KEDAH

Thursday, August 25, 2011

JEMPUTAN KEJOHANAN MENEMBAK PIALA PRESIDEN KELAB MENEMBAK PULAU PINANG 2011

Salam Sahabat KUN,


Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama USPTN Pulau Pinang & Kelab Menembak Pulau Pinang akan menganjurkan Kejohanan Menembak Piala Presiden Kebab Menembak Pulau Pinang 2011 seperti ketetapan berikut;


Tarikh : 07 - 10 Oktober 2011
Venue : Kelab Menembak Pulau Pinang


Sehubungan dengan itu, dilampirkan surat jemputan untuk makluman & tindakan pihak tuan / puan selanjutnya. Untuk makluman juga, sesalinan jemputan ini turut dihantar kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri tuan / puan. Sebarang pertanyaan berhubung kejohanan ini boleh berhubung terus dengan PPN Menembak USPTN Pulau Pinang En. Hamidi Lokman di talian 04-656 2244 @ 012596 5639.


Sekian terima kasih.


--
Mohd Fadil Mohamad
Ketua Unit

Thursday, October 21, 2010

PROGRAM TID DI SMK BUKIT GAMBIR DAN SMK JELUTONG


Untuk makluman,


1.   Program TID SMK Bukit Gambir.

Tarikh                        :   18 Oktober 2010
Masa                         :   8.30 pagi hingga 9.30 pagi
Melibatkan  Sukan      :   Silat Olahraga/Tinju/Taekwondo
Murid yang hadir         :   Tingkatan Empat

Lapuran ringkas :

Program diatas dikelolakan oleh MSNPP, mewakili USPTN untuk Sukan Tinju.  Dari maklumbalas yang diterima dari JLN Pak Jhonny tidak ramai murid yang berminat untuk menceburi Sukan Tinju.

Memperkenalkan diri kepada guru-guru yang hadir dan memaklumkan jenis-jenis sukan yang ada di Cawangan Pelapis.  Mengambil kesempatan waktu ini untuk mendapatkan maklumat murid-murid yang terlibat dengan Sukan Tenpin Boling dari guru yang menyelia sukan tersebut.  Sambutan yang baik diberikan oleh guru tersebut. Akan membuat tindakan susulan selanjutnya.


2.   Program TID SMK Jelutong.

Tarikh                     :    20 Oktober 2010
Masa                      :   1.30 tengahari hingga 2.45 petang
Melibatkan  Sukan   :   Silat Olahraga/Tinju/Taekwondo
Murid yang hadir      :   Dari Tingkatan Satu hingga Lima

Lapuran ringkas :

Program diatas dikelolakan oleh MSNPP, mewakili USPTN untuk Sukan Tinju.  Hasil dari perbentangan mendapati seramai 17 murid yang mendaftar untuk Sukan Tinju. Taklimat kepada murid-murid dilakukan oleh Jurulatih Rozali.

Akan memaklumkan kepada murid-murid tarikh untuk memulakan latihan selepas berbincang dengan Penyelaras Sukan Tinju MSNPP.

Memperkenalkan diri kepada guru-guru yang hadir dan memaklumkan jenis-jenis sukan yang ada di Cawangan Pelapis.  

Pertanyaan yang diajukan oleh guru untuk sukan Badminton, bagaimana untuk mendapatkan khidmat Jurulatih dan tempat latihan.

Memohon guru tersebut untuk memaklumkan kepada USPTN berapa orang murid yang berminat untuk menceburi sukan Badminton dan akan berbincang dengan pihak Persatuan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.


-- 
FATIMAH BINTI JAMIL
Pegawai Pembangunan Negeri (SDO)
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang
http://pelapisfuturechampions.blogspot.com/
http://usptnpenang.blogspot.com

Friday, September 3, 2010

Majlis Berbuka Puasa di Akademi Serantau Zon Utara

Setinggi-tinggi penghargaan kepada USPTN P.Pinang kerana berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa ASZU di Dewan Terbuka JBS P.Pinang. Majlis yang ringkas ini diharap dapat mengeratkan perhubungan semua pihak terutama atlet, jurulatih, pegawai, persatuan dan agensi yang terlibat.

En. Ahmad Shapawi selaku Pengarah Bahagian Atlet sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dengan atlet dan jurulatih ASZU. Kata-kata semangat beliau diharap dapat mendorong atlet-atlet untuk terus berjaya.

Selamat Hari Raya

Tuesday, May 4, 2010

LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON UTARA







Kejohanan berlangsung pada 23 April - 1 Mei 2010 dan bertempat di Gymnasium Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Perlis. Seramai 29 orang perserta dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang julung kali diadakan di peringkat zon. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada atlet-atlet muda sukan angkat berat dari zon utara yang berlatih di peringkat negeri dan tidak dapat menyertai Karnival Pelapis yang mempunyai kelayakan angkatan minima. Sekurang-kurangnya kejohanan ini akan memberi mereka peluang bertanding dengan atlet diluar pusat latihan mereka dan mencuba untuk menunjukkan prestasi yang baik dan membolehkan mereka terpilih ke Karnival Pelapis nanti. Taburan peserta adalah seperti berikut:

- Perlis - 9 orang
- Kedah - 9 orang
- Pulau Pinang - 11 orang

Kejohanan ini telah memberi peluang kepada atlet-atlet muda sukan angkat berat dari zon utara untuk bertanding sesama sendiri di samping mengukur prestasi mereka. Berikut adalah jumlah punggutan pingat mengikut negeri.

Kedah - 3E 5P 1G
Perlis - 2E 0P 1G
Pulau Pinang - 1E 1P 2G


Laporan di sediakan oleh:
MUHAMAD RASIDI BIN BAHAROM
PPN ANGKAT