Showing posts with label Angkat Berat. Show all posts
Showing posts with label Angkat Berat. Show all posts

Thursday, October 9, 2014

LAPORAN HARIAN 7th EGAT PRINCE'S CUP JUNIOR INTERNATIONAL WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS 2014

Tarikh     : 08 Oktober 2014
Masa       : 3:00 pm - 7:00 pm
Tempat   : Kanchanaburi, Thailand

Hari ketiga kejohanan menyaksikan hanya seorang atlet negara yang bertanding iaitu Francis Alexender bagi kategori 69 kg (L). Atlet ini merupakan atlet remaja yang pertama kali didedahkan dengan kejohanan luar dan juga merupakan atlet bagi persiapan program ke Temasya Sukan Remaja Komanwel 2015 di Samoa. Pada penampilan sulung ini, beliau berjaya memecahkan rekod peribadi angkatan iaitu 93 kg (Snatch), 117 kg (clean & jerk) yang mana angkatan sebelum ini, 92 kg (snatch), 113 kg (clean n jerk). Berikut merupakan keputusan kejohanan bagi hari ketiga kejohanan :

Keputusan Kategori 69 kg (L) : Penyertaan 16 orang atlet

Snatch

1. Thailand - 129 kg (emas)
2. Thailand - 118 kg (perak)
3. Thailand - 117 kg (gangsa)
10. Francis Alexender (MAS) - 93 kg

Clean  n Jerk

1. Thailand - 153 kg (emas)
2. Thailand - 150 kg (perak)
3. Thailand - 148 kg (gangsa)
12. Francis Alexender (MAS) - 117 KG

Keseluruhan

1. Thailand - 277 kg (emas)
2. Thailand - 271 kg (perak)
3. Thailand - 267 kg (gangsa)
10. Francis Alexender (MAS) - 210 KG

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Wednesday, October 8, 2014

LAPORAN HARIAN 7th EGAT PRINCE'S CUP JUNIOR INTERNATIONAL WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS 2014

Tarikh   : 07 Oktober 2014
Masa    : 10:00 am - 6:00 pm 
Tempat : Kanchanaburi, Thailand

Hari kedua kejohanan menghasilkan kilauan dua pingat emas bagi atlet negara iaitu Nur Fariesha Irwana Mohd Supian bagi kategori 58 kg (W). Beliau berjaya memperoleh pingat emas bagi acara Snatch (80 kg) dan Total (196 kg), manakala pingat perak diperolehi menerusi acara Clean n Jerk (96 kg). Seramai 4 atlet negara bertanding pada hari ini melalui kategori 53 kg (W) dan 58 kg (W). Secara keseluruhannya, atlet negara yang bertanding berjaya memperbaharui rekod peribadi dan selain itu, dapat juga dilihat atlet remaja yang baru didedahkan dengan kejohanan luar negara dapat menimba pengalaman serta memberi saingan bersama atlet-atlet yang lain. Berikut merupakan keputusan kejohanan hari kedua kejohanan :

Keputusan Kat 53 kg (W) : Penyertaan 11 orang atlet

Snatch
1. Thailand - 76 kg (emas)
2. Thailand - 76 kg (perak)
3. Thailand - 72 kg (gangsa)
10. Nur Aisyah Mahmud (MAS) - 57 kg

Clean n Jerk
1. Thailand - 100 kg (emas)
2. Thailand -   96 kg (perak)
3. Thailand -   93 kg (gangsa)
10. Nur Aisyah Mahmud (MAS) - 70 kg

Total
1. Thailand - 176 kg (emas)
2. Thailand -  172 kg (perak)
3. Thailand -   165 kg (gangsa)
10. Nur Aisyah Mahmud (MAS) 127 kg

Keputusan Kat 58 kg (W) : Penyertaan 14 orang atlet

Snatch
1. Nurfariesha (MAS)- 80 kg (emas)
2. Thailand - 73 kg (perak)
3. Thailand - 73 kg (gangsa)
5. Fessy Felix (MAS) 67 kg 
10. Marcetta Marylne (MAS) 61kg
    
Clean n jerk
1. Thailand - 97 kg (emas)
2. Nurfariesha (MAS) 96 kg (perak)
3. Thailand - 92 kg (gangsa)
10. Marcetta Marylne (MAS) 73 kg 

Keseluruhan
1. Nurfariesha (MAS) - 176 kg (emas)
2. Thailand - 170 kg (perak)
3. Thailand - 163 kg (gangsa)
10. Marcetta Marylne (MAS) - 134 kg 

Hari ketiga kejohanan hanya melibatkan penyertaan seorang atlet negara sahaja iaitu Francis Alexender bagi kategori 62 kg (L). Pungutan pingat bagi atlet Malaysia yang terkini adalah 2 Emas, 4 Perak.

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Tuesday, October 7, 2014

LAPORAN HARIAN 7th EGAT PRINCE'S CUP JUNIOR INTERNATIONAL WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS 2014

Tarikh   : 06 Oktober 2014
Masa     : 3:00 pm (waktu Thailand)
Tempat : Kanchanaburi, Thailand

Kejohanan 7th Egat Prince's Cup Junior International Weightlifting Championships 2014 telah bermula pada hari ini iaitu 6 Oktober hingga 10 Oktober 2014 melibatkan 4 buah negara iaitu Thailand, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Seramai 227 atlet telah mengesahkan penyertaan. Pada hari ini telah bermula bagi kategori 56 kg (L). Seramai 3 atlet Malaysia terlibat bagi kategori ini. Berikut merupakan keputusan kejohanan :

Keputusan Kategori 56 kg (L) : Penyertaan 15 orang atlet

Snatch
1. Indonesia - 105 kg (emas)
2. Callixtus  (MAS) - 101 kg (perak)
3. Thailand - 95 kg (gangsa)
6. Ronny Jesos (MAS) - 90 kg 
7. Taufiq Idham (MAS) - 89 kg
    
Clean & Jerk
1. Indonesia - 125kg (emas)
2. Callixtus (MAS) - 124 kg (perak)
3. Thailand - 122 kg (gangsa)
7. Ronny Jesos (MAS) - 110 kg 
9. Taufiq Idham (MAS) - 105 kg

Keseluruhan
1. Indonesia - 230 kg (emas)
2. Callixtus (MAS) - 226 kg (perak)
3. Thailand - 217 kg (gangsa)
6. Ronny Jesos (MAS) - 200 kg 
8. Taufiq Idham (MAS) - 194 kg

Esok (7 Oktober 2014) melibatkan penyertaan 4 atlet wanita Malaysia bagi kategori 53 kg (W) dan 58 kg (W). Secara keseluruhan pada hari ini atlet Malaysia berjaya mendapat 3 pingat perak.

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Friday, July 25, 2014

ATLET PELAPIS KEBANGSAAN, MOHD ZULHELMI PENYUMBANG PINGAT PERTAMA BUAT KONTINGEN MALAYSIA DI GLASGOW

TEMASYA SUKAN KOMANWEL 2014 DI GLASGOW, SCOTLAND

Atlet Pelapis Kebangsaan, Mohd Zulhelmi B. Pisol cemerlang di temasya sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland apabila menjadi penyumbang pingat pertama buat kontingen negara dengan merangkul pingat perak dalam sukan angkat berat dengan jumlah angkatan 245kg. Atlet yang berasal dari Pulau Pinang ini membuat angkatan snatch 108kg dan clean and jerk seberat 137kg dalam kategori 56kg di Scottish Exhibition and Conference Centre Precint. Ini merupakan penampilan pertama beliau di dalam temasya sukan Komanwel.

Tahniah dan syabas diucapkan!

Thursday, March 27, 2014

LAPORAN HARIAN KEM BAKAT SUKAN ANGKAT BERAT 1/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kem Bakat Sukan Angkat Berat telah masuk hari ketiga. Aktivit dimulakan dengan perhimpunan pagi pada jam 7.00 pagi. Atlet-atlet kemudian dibawa ke Pantai Hiburan bagi senaman pagi.

Latihan pagi dimulakan pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari. Latihan difokuskan kepada teknik-teknik angkatan seperti straight knee snatch dan jerk block. Manakala latihan pada sebelah petang adalah classic snatch dan clean squat

Atlet-atlet kemudian diberikan taklimat mengenai teknik-teknik angkatan oleh Encik Mohd Nor Osman.

Bagi sebelah malam pula, sesi ceramah berkenaan psikologi disampaikan oleh Pn. Noorhapizah Mamat, pegawai dari ISN Satelit Negeri Pahang. Aktiviti tamat sekitar jam 10.30 malam.

Sekian sahaja laporan dari MSN Kuala rompin. Terima kasih.

SHA'IF BAHARUDIN