Showing posts with label Olahraga. Show all posts
Showing posts with label Olahraga. Show all posts

Wednesday, September 17, 2014

KEM BAKAT SUKAN OLAHRAGA 2/ 2014 : HARI KEEMPAT (16 SEPT 2014)

Kem bakat sukan olahraga diteruskan pada hari keempat dengan‎ acara 100m dan 800m. Kedua-dua acara ini selesai pada jam 11.30 pagi. 

Pada sesi petang pula telah di dikendaikan oleh jurulatih iaitu En. Mansahar. Beliau memberi beberapa tips mengenai teknik dan drill kepada atlet yang hadir ke kem ini. Jurulatih daripada negeri juga turut mendengar sama taklimat mengenai tips tersebut.

Sesi malam diteruskan dengan penyampaian hadiah pertandingan hexathlon. Pemangku Ketua Unit USPTN Pahang hadir bersama untuk majlis ini. Johan keseluruhan lelaki dan perempuan ialah PLN Wilayah Perseketuan manakala Naib Johan ialah PLN Sarawak dan tempat ketiga ialah PLN  Johor.

Majlis Penyampaian Kem Bakat Sukan Olahraga 2/2014 selesai pada ‎jam 10.00 malam. Kesemua atlet program yang hadir ke kem akan kembali ke negeri masing-masing pada esok pagi.

LAPORAN OLEH,
VIMALAN A/L PALANIAPPAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

KEM BAKAT SUKAN OLAHRAGA 2/ 2014 : HARI KETIGA ( 15 SEPT 2014 )

Kem bakat hari ketiga dimulakan dengan pertandingan acara hexathlon. Acara yang terlibat dimulakan dengan acara Lompat Jauh Wanita, Lompat ‎Tinggi Lelaki dan Wanita, 100 m Lari Berpagar lelaki dan 80m Lari Berpagar Wanita dan Lontar Peluru Lelaki dan Wanita. Sebanyak 10 orang teknikal Persatuan Negeri Pahang dan 10 pembantu padang telah membantu menjalankan acara acara yang dipertandingkan.  Kem kali ini turut disertai oleh jurulatih penuh masa Pelapis kebangsaan iaitu Encik Alim Yatim. 

Semua acara selesai dijalankan sehingga jam 5.30 petang. Manakala bagi acara 100m dan 800m pula akan bermula hari esok.  Sesi malam pula, aktiviti bersama Ketua jurulatih diadakan. Atlet dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Dua orang jurulatih iaitu Encik Manshahar serta Encik Trapadi mengadakan sesi perbincangan dengan atlet di bawah program.

Seorang atlet wanita dari Pulau Pinang telah jatuh ketika acara 80m Berpagar dijalankan. Atlet tersebut telah mendapat rawatan di hospital berdekatan.

LAPORAN OLEH,
VIMALAN A/L PALANIAPPAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Monday, September 15, 2014

KEM BAKAT SUKAN OLAHRAGA 2/ 2014 : HARI KEDUA 9 (14 SEPT 2014)

Program Kem Bakat sukan olahraga diteruskan pada hari kedua dengan sesi latihan persedian pertandingan. Pada sesi pagi dan petang latihan dan penyesuaian trek telah diadakan dimana dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih yang hadir ke program ini. ‎Pada masa sama jurulatih juga mengajar teknik-teknik asas yang perlu untuk pertandingan pada hari esok bagi mengelakkan sebarang kecederaan semasa acara dipertandingkan.

Manakala untuk sesi malam pula, seorang bekas atlet En J Murni (Atlet Malaysia sukan kayak) telah dijemput untuk memberi ceramah motivasi kepada atlet.

Sepanjang latihan hari ini, 4 orang atlet wanita dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan akibat demam serta alergik.

LAPORAN OLEH,
VIMALAN A/L PALANIAPPAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

KEM BAKAT SUKAN OLAHRAGA 2/ 2014 : HARI PERTAMA (13 SEPT 2014)

Kem Bakat Sukan Olahraga 2/ 2014 telah bermula pada hari ini (13/9/2014) bertempat di Sekolah Sukan Malaysia Pahang . Seramai 108 atlet yang terdiri daripada 52 lelaki dan 56 wanita telah menyertai kem kali ini. 10 jurulatih sambilan dan 4 jurulatih penuh masa akan mengendalikan program latihan untuk kem ini. 

Pendaftaran untuk kem bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang manakala taklimat mengenai kem dijalankan pada jam 8.00 malam.

Aktiviti pada 14/9/2014 akan dimulakan pada jam 6.30 pagi.

LAPORAN OLEH,
VIMALAN A/L PALANIAPPAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Tuesday, May 6, 2014

THAILAND OPEN : TRACK AND FIELD CHAMPIONSHIPS 2014

AKSI-AKSI ATLET PELAPIS KEBANGSAAN MALAYSIA DI KEJOHANAN THAILAND OPEN 2014


Tempat  : Thammasat University Sport Complex (TUSC), Bangkok Thailand
Tarikh     : 6 Mei - 9 Mei 2014


Hari ini berlansung Kejohanan Olahraga Thailand Open di Bangkok yang disertai oleh atlet Elit dan Pelapis Kebangsaan negara. Bekas atlet Pelapis Kebangsaan, Casier Renee Kelly Lee yang kini atlet elit berjaya merangkul emas dalam acara tukul besi dengan balingan sejauh 51.85m. Manakala Fazeera atlet di bawah program Pelapis Kebangsaan berjaya merangkul pingat perak dalam acara tukul besi junior dengan balingan sejauh 47.59m.

Selain itu, acara 110m lari berpagar junior turut menyaksikan atlet Pelapis Kebangsaan, Muhammad Hafiz berjaya mendapat tempat ketiga dengan larian 14.97 saat. Manakala, Muhammad Ajmal Aiman pula berada di tempat ke lima dalam acara yang sama. Atlet elit Robani Hassan turut mendapat tempat ketiga dalam acara 110m lari berpagar senior dengan larian 14.44 saat.

Beberapa acara lain turut dipertandingkan hari ini sepert lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, dan rejam lembing. 

Thursday, March 27, 2014

Laporan Harian Kem Bakat Sukan Olahraga 1/2014

Salam sejahtera,

Kem bakat sukan Olahraga 1/2014 telah berlangsung selama 4 hari dari 22 hingga 26 March. Seramai 100 atlet dan 25 orang pegawai serta urusetia telah mengambil bahagian dalam kem ini. Pertandingan acara hexthatlon telah diadakan pada 24 dan 25 Mac di Stadium Hang Jebat, Melaka. Pertandingan ini melibatkan 6 acara iaitu 80m pagar,100m pagar (lelaki) ,100m, lontar peluru, 800 m, lompat jauh dan lompat tinggi.  Hadiah pertandingan diberikan mengikut 8 kategori mengikut pecahan umur iaitu,13,14,15 untuk kategori lelaki dan kategori wanita. Semasa pertandingan kebanyakan atlet mengalami kekejangan otot kerana kurang warm up.

Penginapan untuk peserta dan pegawai telah disediakan di Tropical Fruit Farm, Sungai Udang Melaka. Pada 25/3/2014 majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ketua Unit USPTN Melaka. Sepanjang kem semua jurulatih telah menjalankan tugas dengan baik.

Hari ini semua peserta telah bertolak ke Negeri masing masing. Negeri Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Perlis telah bertolak pulang pada jam 9.00 pagi dari Melaka. Negeri Kelantan telah bertolak 25 Mac 2014 malam kerana atlet perlu lapor diri di kem MSSM. Sabah dan Sarawak akan bergerak ke LCCT, jam 12 tgh dari Melaka. 

Sekian