Showing posts with label Academy. Show all posts
Showing posts with label Academy. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Hari Ketiga Kem Atlet Pelapis Serantau 2012

Tarikh.  :21 Mac 2012 (Rabu)
Masa     :7:00 am - 10:00 pm
Tempat:Kompleks Rakan Muda Sukan
                  Air Rompin,Pahang

Hari ketiga kem bermula dengan perhimpunan pagi di perkarangan Kompleks Rakan Muda Sukan Air,Rompin Pahang yang mana sesi taklimat berkaitan program yang akan dilaksanakan sepanjang hari tersebut. Bermula jam 7.30 pagi, atlet dibawa ke dewan kompleks untuk aktiviti senamrobik. Setelah tamat pada jam 8.30 pagi, atlet di arahkan ke kawasan perkemahan untuk membersihkan kawasan tersebut. Jam 9.00 pagi,atlet menikmati sarapan dan diteruskan dengan aktiviti rekreasi iaitu 'abseiling,orienteering dan aktiviti kolam'. Aktiviti ini adalah lanjutan daripada aktiviti rekreasi hari kedua. Pada jam 12.00 tengahari,aktiviti rekreasi tamat dan atlet diminta untuk membersihkan kawasan-kawasan persekitaran yang telah diguna pakai. Jam 1 petang,atlet bersiap untuk pulang ke asrama.Bagi sesi petang, jurulatih mengambil alih untuk latihan setiap sukan. Antara latihan yang terlibat pada sesi petang adalah berbasikal,tinju dan olahraga manakala latihan sukan Angkat berat bermula jam 8.30 mlm hingga 10.00 mlm.

Friday, February 10, 2012

Laporan Pemantauan Kompleks Angkat Berat untuk Kem PS

Salam

Pemantauan telah dilakukan pada 8 Feb 2012 bertempat di Pusat Latihan Angkat Berat Kebangsaan di Rompin. Dalam lawatan ini pihak urusetia telah melihat  asrama tempat penginapan dan tempat untuk menjalankan aktiviti sepanjang kem berlansung.

Asrama (Penginapan)

Bilik penginapan berempat satu bilik agak selesa dan jumlah yang boleh diduduki lelaki seramai 60 orang dan wanita 30 orang (1 bilik 4 orang). Asrama ini juga diduduki oleh atlet angkat berat Pahang.

Tempat aktiviti

Cadangan ukt melaksanakan aktiviti outdoor adalah di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin  yg terletak berhampiran dengan tempat penginapan. Perbincangan telah dijalankan bersama Pengurus Kompleks dan pihak beliau memohon untuk pihak kita mengeluarkan surat untuk permohonan penggunaan tempat tersebut.

Makanan

Perbincangan bersama pembekal makanan juga telah diadakan dan pembekal bersetuju untuk menyediakan 5 kali makan sehari.

Lawatan ini turut disertai oleh PKU Pahang dan Sarimah (SDO) dan wakli Bahagian Harta En Raizal dan En Hafiz

Sekian untuk makluman


Laporan di sediakan oleh:
Norizuan

Friday, September 23, 2011

Latihan di Pretoria, South Afrika


Atlet sukan olahraga Pelapis Serantau Firdaus Mazalan dan Pelapis Kebangsaan Mohd Baihaki bagi acara 400 meter akan berlepas ke Pretoria, South Africa pada malam ini untuk latihan persiapan ke Sukan Sea bersama atlet negara Norsheela Khaled dan Robani Hassan. Latihan selama 6 minggu ini akan dikendalikan oleh jurulatih Ithnin Mahadi. Dimaklumkan atlet ini akan menyertai 2 kejohanan tempatan sepanjang latihan disana nanti.

Monday, September 19, 2011

KEM MOTIVASI DAN SAINS SUKAN ATLET PELAPIS SERANTAU









Tarikh: 18 September 2011(Ahad)

Tempat: Akademi Serantau Zon Selatan, Johor

Pihak Cawangan Pelapis MSNM dengan kerjasama USPTN Johor telah menganjurkan kem untuk atlet serta jurulatih pelapis serantau. Kem ini diadakan pada 18-23 September 2011. Tujuan penganjuran kem tersebut adalah untuk mengeratkan silaturahim antara atlet dan jurulatih ASZU,ASZS dan Pusat Latihan Serantau yang lain. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memanfaatkan pengetahuan berkaitan sains sukan, kelebihan yang dapat diperolehi oleh setiap atlet dan jurulatih dari Bahagian Hal Ehwal Atlet, Bahagian Kejurulatihan MSNM serta penyelarasan prosedur ujian kecergasan bagi setiap sukan. Kem ini turut disertai oleh pihak ISN. Seramai 47 atlet dan 14 jurulatih telah hadir melapor diri pada hari pertama kem dijalankan.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sesi ‘ice breaking’ yang mana sesi ini bertujuan untuk membentuk suasana yang erat dan mengikis sikap malu bagi diri setiap atlet. Sesi ini bermula jam 8:30 mlm dan dalam masa yang sama, pihak Unit Pelapis Serantau mengadakan mesyuarat jurulatih bagi membincangkan isu serta permasalahan dalam setiap sukan masing-masing. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Pelapis Serantau iaitu En. Izuwan Hj. Arifin.

Setelah selesai sesi ‘ice breaking’ dan mesyuarat, sesi taklimat berkenaan kem bermula pada jam 10:30 mlm. Taklimat ini diadakan untuk memastikan proses kem berjalan lancar. Antara perkara yang disampaikan adalah berkaitan pemakaian, disiplin dan perjalanan program. Jam 11:00 mlm, sesi taklimat tamat dan bersurai.

Tuesday, August 23, 2011

Majlis Berbuka Puasa Akademi Serantau Zon Utara 2011

Sebagaimana yang di amalkan pada tahun-tahun sebelumnya, pengurusan Majlis telah mengambil kesempatan pada bulan Ramadhan yang mulia ini untuk mengeratkan hubungan diantara atlet dan jurulatih melalui majlis berbuka puasa. Disamping itu juga, agensi lain seperti Majlis Sukan Negeri, ISN ( Satelit ), Politeknik Seberang Perai, Sek Menengah Bukit Mertajam turut dijemput.

Pada majlis kali ini, pengarah Bahagian Atlet iaitu En Ahmad Shapawi Ismail turut sudi hadir serta bertemu atlet. Kepada semua atlet, jurulatih serta warga Pelapis, pengurusan Majlis ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalalankan ibadah di bulan Ramadhan serta Selamat Hari Raya.







Friday, May 13, 2011

Karnival Pelapis 2011- Laporan Memanah Pelapis Serantau


As'salam dan salam sejahtera,

LAPORAN HARI PERTAMA PERTANDINGAN MEMANAH

Karnival bagi sukan memanah telah membuka tirai secara rasmi dengan semua kategori yang telah dipertandingkan.Semua atlet telah berhimpun di padang USM pada jam 7.00 pagi. Cuaca untuk pagi ini dalam keadaan panas terik.Pertandingan pada pagi ini semua berjalan dengan lancarnya tanpa gangguan dari segi teknikal,pengadilan atau sebaliknya.

2) Acara yang dipertandingkan pada pagi ini adalah sperti berikut:-

Jam 8.00 pg - 9.00 pg

Sightest semua kategori

Jam 9.00 pg - 10.30 pg

1) Kat I (90M) lelaki
2) Kat I (70M) wanita
3) Kat II (50M) lelaki dan wanita

11.00 pg - 12.30 tghari

1) Kat I (70M) lelaki
2) Kat I (60M) wanita
3) Kat II (50M) lelaki dan wanita

3) Segala statistik untuk memanah serantau dan semua akan diberikan kemudian selepas selesai pertandingan pada pagi ini.

LAPORAN DARI SAYA
MOHD SUHAIMI B MD SALLEH

Tuesday, March 22, 2011

Kursus Kenegaraan (BTN)

Salam 1 Malaysia
Seramai 51 orang atlet Pelapis terdiri dari 31 atlet lelaki dan 20 atlet wanita menyertai Kursus Kenegaraan yang dianjurkan oleh pihak Cawangan Hal Ehwal Atlet dengan kerjasama pihak Biro Tata Negara (BTN) di pusat rekreasi Gunung Datuk N. Sembilan. Tujuan diadakan kursus sebegini adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni serta jati diri terhadap kesetian dan kecintaan kepada negara dalam konteks kesukanan agar atlet dapat merasakan setiap pengorbanan, amanah dan rasa bertanggungjawab kepada negara dalam memastikan Malaysia terus cemerlang dalam bidang sukan dimasa-masa akan datang.
Kursus yang bermula pada hari ini 22 sehingga 25 Mac 2011 menghimpukan atlet dari Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau.

Sekian Izuwan Hj Arifin melaporkan dari MSN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 4, 2011

Kej. Memanah Terbuka Kebangsaan Sirkit 1 & Terbuka ATM

Salam 1 Malaysia
Pada sebelah petang berlangsung acara 70 meter dan 60 meter wanita di mana 7 atlet dari pelapis serantau mengambil bahagian. Berikut adalah keputusan bagi kedua-dua acara berikut:

70 meter (wanita)
1. Nor Azira Taip - UPM - 293 mata
2. Adibah Tajuddin - UiTM - 283 mata
3. Siti Rashidah - Pel Serantau - 282 mata
4. Sarah Aminah Mahpar - Pel Serantau - 265 mata

60 meter (wanita)
1. Nor Azira Taip - UPM - 318 mata
2. Sarah Aminah Mahpar - Pel Serantau - 301 mata
3. Siti Rashidah - Pel Serantau - 300 mata
4. Farah Amalina Azhar - Pel Serantau - 300 mata

Sekian Izuwan Hj Arifin melaporkan dari MSN Bkt Jalil.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 22, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Akademi Serantau Zon Selatan bil 01/2011



Tarikh: 22/02/2011
Masa : 2.30 ptg- 5.00 ptg

Mesyuarat Jawatankuasa Akademi Serantau Zon Selatan bil 01/2011 telah diadakan di bilik mesyuarat Majlis Sukan Negeri Johor. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor (Tuan Hj. Ismail Hj Abdul Rahman) dengan kehadiran Pengarah Cawangan Pelapis MSNM (En. Jefri Ngadirin),Ketua Unit Pelapis Serantau (En. Izwan),Ketua Unit. Suka Prestasi Tinggi Johor(En. Hasfizal)Unit Pemakanan (En.Razif), dan En. Hafiz dari Bahagian Harta.Turut terlibat pihak ISN Johor, wakil JPN dan pihak Perbadanan Stadium Negeri Johor. Antara agenda yang dibentangkan adalah pengenalan mengenai Program Pelapis Serantau beserta maklumat.Selain itu beberapa isu turut dibangkitkan berkenaan hal ehwal akademi. Kualiti pemakanan turut dibincangkan dalam proses memberi penyediaan makanan yang memenuhi keperluan atlet. Pihak Cawangan Pelapis juga telah bersetuju untuk berkerjasama bersama pihak Majlis Sukan Negeri Johor dalam membangunkan Akademi Serantau Zon Selatan.

Thursday, January 27, 2011

Lawatan ke ASZU



Salam 1 Malaysia

Lawatan ke Akademi Serantau Zon Utara (ASZU) menampakkan sedikit kelainan dengan pentadbiran yang baru dengan penampilan yang baru dan tersusun ditonjolkan oleh Suhaimi selaku kerani pentadbiran dan En Adnan selaku Warden. Kunjungan kali ini memperlihatkan sesuatu yang membanggakan dengan tahap kebersihan yang dipertingkatkan serta Akademi yang di hias dengan gambar-gambar yang telah dibekalkan oleh Cawangan Pelapis tersusun indah menampakan suasana yang ceria dan muhibbah. Sekalung tahniah kepada pengurusan Akademi dan para Atlet sekalian.

Dimulakan dengan perbincangan bersama warden dan kerani pentadbiran serta sesi penerangan mengenai perjalanan Akademi yang turut dihadiri oleh En Syamsul Afzan Pengurus Sukan Unit Pelapis Serantau MSN dan En Fadil KUN USPTN P.Pinang. Sesi diteruskan dengan dengan perjumpaan bersama atlet untuk menerangkan status terkini program dan di akhiri dengan sesi bergambar yang telah diatur oleh pengurusan Akademi.

Sekian, Izuwan Hj Arifin melaporkan dari ASZU P.Pinang