Showing posts with label SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label SELANGOR. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

Lawatan Pusat Latihan Sukan Terjun (11/8/10) bersamaan 1 ramadan

salam sejahtera...
 
pada 11/8/10 saya telah membuat lawatan ke pusat latihan terjun negeri selangor. berikut adalah makluman yang diperolehi...
 
6 org atlit sedang menajalankan latihan, 3 tidak hadir kerana berpuasa dan 3 atlit baru menjalani latihan pada hari isnin, khamis dan sabtu...
 
seorg jurulatih luar negara MSNS (you foo ling) hadir melatih atlit manakala jurulatih JSM (mohd khairul safwan)melatih atlit pada hari isnin khamis jumaat dan sabtu..
 
sekian, harap maklum.
 
Abd Latif Arshad
PPN Selangor

Tuesday, May 11, 2010

KLINIK PELAPIS SUKAN PELAYARAN NEGERI SELANGOR - optimist










USPTN Selangor dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri, Persatuan Pelayaran Negeri Selangor dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menganjurkan Klinik Pelapis Sukan Pelayaran Negeri Selangor pada 8-9 Mei yang lalu bertempat di Pusat Latihan Pelayaran Negeri Selangor, Kampung Batu Laut, Kuala Langat, Selangor. Seramai 45 orang peserta dari daerah Sepang, Klang dan Kuala Langat telah menyertai klinik kali ini. YDP Majlis Daerah Kuala Langat telah meluangkan masa untuk hadir sama semasa Majlis Perasmian Penutupan Klinik ini.

Semua peserta telah menunjukkan komitment yang amat baik sepanjang klinik di adakan dan semuanya menunjukkan minat untuk meneruskan penglibatan dalam sukan pelayaran ini.

Semoga akan lahir seorang bintang pelayaran negara dari program ini nanti.

Laporan di sediakan oleh:-

NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
SDO PELAYARAN SELANGOR

Thursday, March 18, 2010

LAWATAN PEMANTAUAN PUSAT TINJU SELANGOR





Berikut ini adalah laporan pemantauan yang telah dijalankan bagi sukan tinju pada 22hb Feb yang lalu. Maklumat terperinci mengenai kunjungan kami ke PLN TINJU tersebut adalah seperti berikut :


TARIKH LAWATAN : 22HB FEBRUARI 2010 ( ISNIN )
TUJUAN LAWATAN : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TINJU
TEMPAT : SEKOLAH AGAMA MENENGAH PASIR PANJANG (Gelanggang Baru)
MASA : 5.00 - 6.30 PETANG
JURULATIH : MD. KAMAL BIN ARSHAD
ATLET : 25 ORANG


LATIHAN/PUSAT LATIHAN
Latihan berjalan seperti biasa kehadiran atlet sekitar pukul 4.30 petang. Keadaan di pusat latihan juga adalah memuaskan dan selesa bagi para atlet dan jurulatih menjalani latihan. Untuk pengetahuan puan, pusat latihan yang telah disediakan adalah di Stadium Sg. Besar, Sabak Bernam, akan tetapi pihak sekolah tersebut berbesar hati untuk memberi dewan sekolah sebagai pusat latihan bagi pelajar-pelajar sekolah tersebut untuk menjalani latihan. Sehubungan dengan perkara tersebut, pihak sekolah telah menubuhkan Kelab Tinju Sekolah serta kehadiran pelajar-pelajar dalam latihan tinju ini akan dimasukkan didalam kokurikulum sekolah pelajar masing-masing. Peralatan latihan telah dibawa dari pusat latihan sedia ada di Stadium Sg. Besar oleh jurulatih Kamal.

KEHADIRAN
Kehadiran atlet ke sesi latihan pada hari tersebut adalah memuaskan di mana seramai 25 orang atlet hadir. Kehadiran ini termasuk atlet-atlet lama yg sedia ada di pusat latihan stadium sg. besar. Sebahagian atlet lagi telah menjalani latihan bersama pembantu jurulatih yang telah dilantik oleh En. Md. Kamal sendiri di pusat latihan stadium sg. besar.

ISU-ISU BERBANGKIT
Tidak ada isu berbangkit memandangkan pertambahan atlet pun telah di buat oleh jurulatih.

Terima kasih.

Laporan di sediakan oleh,


MOHD FIRDAUS ROSLI