Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI - ZON UTARA 2014

Tarikh : 22 hingga 24 November 2014
Tempat : Kem Paya Pahlawan Lake Resort Jitra, Kedah Darul Aman
Peserta : 50 orang atlet, 4 Jurulatih dan 7 orang Pegawai

Unit Sukan Prestasi Tinggi ( USPTN ) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah menganjurkan Kem Tahunan USPTN Pelapis Zon Utara 2014 yang telah mengumpulkan seramai 150 orang atlet dari pelbagai sukan bagi setiap negeri dibawah program USPTN. Seramai 50 orang atlet, 4 orang jurulatih dan 7 orang pegawai dari USPTN Kedah telah menyertai kem tersebut.

Hari pertama program pada 22 November 2014 dimulakan dengan pergerakan semua atlet negeri masing-masing ke Kem Paya pahlawan, Jitra dan semua atlet perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu pada jam 12.00 tengahari disusuli dengan makan tengahari sehingga jam 2.00 petang. Program bermula pada jam 2.30 petang denga sesi Ice Breaking dan pembahagian atlet dipecahkan kepada 10 kumpulan. Perancangan aktivit seterusnya adalah Jungle Tracking akan tetapi akibat cuaca hujan lebat aktiviti tersebut ditangguhkan kepada hari seterusnya. Sesi sebelah malam pula diteruskan dengan semua atlet, jurulatih serta pegawai berhimpun di surau untuk menunaikan solat berjemaah dan Majlis Bacaan Yassin. Aktiviti diteruskan pada jam 9.00 malam dimana aktiviti kedua iaitu "Management Games" diadakan dan aktiviti tersebut tamat pada jam 12.00 malam.

Hari kedua program diteruskan dengan soat subuh berjemaah dan diteruskan dengan Senamrobik pada jam 8.30 pagi sebelum sarapan pagi. Pada hari berkenaan, semua aktiviti outdoor dilakukan sehingga pukul 2.00 petang. Semua atlet dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mereka perlulah melalui setiap check point yang telah ditetapkan mengikut clue yang telah diberi. Antara aktiviti yang perlu dilakukan peserta adalah rakit, merentas tasik, flying fox, abseiling dan rempuh halangan. Setiap aktiviti dan check point telah dipantau oleh fasilitator.

Setelah tamat semua aktiviti outdoor pada jam 2.00 petang, semua peserta berehat dan bersiap sedia untuk aktiviti Jungle Tracking. Memandangkan cuaca pada sebelah petang baik, aktiviti jungle tracking dapat dijalankan dan aktiviti tersebut memakan masa selama 2 jam dengan laluan yang agak mencabar serta menguji ketahanan fizikal peserta serta fasilitator. Aktiviti tersebut tamat pada jam 6.30 petang.Pada sebelah malam, aktiviti kebudayaan mengisi slot aktiviti terakhir dengan semua peserta diminta mempersembahkan persembahan yang telah diberikan. Antara tugasan yang diberika adalah Dikir Barat, Sketsa, Boria, koir, Lawak Jenaka, Tarian 60an dan beberapa aktiviti lagi. Program tamat pada jam 12.30 malam.

Hari terakhir diisi dengan permainan "Management Games" pada jam 8.00 pagi dan sebanyak 5 checkpoint disediakan yang perlu dilaksanakan oleh semua peserta. Aktiviti tersebut tamat pada jam 12.30 tengah hari dan semua peserta diberikan masa untuk bersiap sebelum majlis penutupan dijalankan.

Majlis penutupan dimulakan pada jam 2.30 petang yang turut dihadiri oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah Encik Muhamad Mahazi Haji Ibrahim, Pegawai Kanan Majlis Sukan Negeri Perlis Encik Zahidi Hamed, Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Kedah Encik Mohd Farid Bin Mohd Fauzi, Pemangku Ketua Unit Unit Sukan Prestasi Tinggi Perlis Encik Mahadzir Baharom, Pemangku Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang Encik Hamidi Bin Lokman. Majlis penutupan dirasmikan oleh Pengarah MSN Kedah Encik Muhamad Mahazi Haji Ibrahim. Majlis bersurai pada jam 3.30 petang dimana semua atlet akan bergerak pulang ke negeri masing-masing.

Diharapkan dengan penganjuran kem seperti dapat memupuk semangat berdikari, sentiasa berdisiplin dalam apa juga dilakukan dan memupuk semangat setiakawan dalam berpasukan. Selain itu juga, ia dapat mengeratkan silatulrahim antara atlet dan staf USPTN Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

LAPORAN OLEH,
MOHD HAFIZUDDIN B. RODZI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI USPTN KEDAH

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 3/2014 : HARI KEDUA

26 November 2014

Kejohanan dengan rasminya bermula pada hari dengan Latihan Rasmi bagi semua atlet dari jam 8:00-8:45 pagi. Sejurus latihan rasmi tamat, pada jam 9:00-10:30 pagi pertandingan bermula dengan acara 'Junior Men' jarak 90m & 'Cadet Women' jarak 60m dan dari jam 10:45 pagi - 12:15 tengahari bagi acara 'Junior Men' jarak 70m & 'Cadet Women' jarak 50m.
Pertandingan berehat dan bersambung semula pada jam 14:00-14:45 dengan Latihan Rasmi walaubagaimana pun hujan lebat menyebabkan latihan rasmi ditangguh seketika sehingga hujan reda.

Pertandingan disambung semula pada jam 15:00 petang sejurus hujan reda dengan acara 'Junior Women' jarak 70m & 'Cadet Men' jarak 70m dan acara 'Junior Women' jarak 60m & 'Cadet Men' jarak 60m. Pertandingan tamat pada jam 18:15 petang.

Keputusan Rasmi

Recurve Junior Men (KAT I)

Jarak 90m
1. Muhd Akmal (PK) - 284
2. Muhd Aiman (Politeknik) - 279
3. Ariffuddinnur (PK) - 275
4. Muhd Zarif Syahir (PK) - 272

Jarak 70m

1. Muhd Zarif Syahir (PK) - 321
2. Nazir Omar (PK) - 319
3. Ariffuddinnur (PK) - 314
4. Akid Daniel (KL) - 307

Recurve Junior Women (KAT I)

Jarak 70m
1. Farwizah (PK) - 280
2. Nur Aqilah (Terengganu) - 268
3. Nur Adlina (Selangor) - 262
4. Nur Syuhaidah (PK) - 261

Jarak 60m

1. Nur Syuhaidah (PK) - 318
2. Nuramalia Haneesha (PK) - 312
3. Farwizah (PK) - 302
4. Nur Adlina (Selangor) - 295

Recurve Cadet Men (KAT II)

Jarak 70m
1. Muhd Jamil Shah (Selangor) - 308
2. Nuruddin Hanif (MAHA) - 296
3. Calar Lean (Perak) - 291
4. Ahmad Zuldanial (Terengganu) - 285

Jarak 60m

1. Muhd Amiruddin (Perak) - 315
2. Muhd Jamil Shah (Selangor) - 312
3. Ahmad Zuldanial (Terengganu) - 312
4. Muhd Zaiman Azim (KMKK) - 307

Recurve Cadet Women (KAT II)

Jarak 60m
1. Nurul Izzati (SSM Pahang) - 298
2. Aliah (Kedah) - 285
3. Mas Aishah (SSM Pahang) - 280
4. Siti Aishah Bashirah (Perlis) - 280

Jarak 50m

1. Mas Aishah (SSM Pahang) - 314
2. Nurul Hana (MAHA) - 300
3. Fatin Izzatie (SSM Pahang) - 300
4. Aliah (Kedah) - 295

Kejohanan akan bersambung esok mulai jam 8:00 pagi dan acara yang akan dipertandingkan ialah jarak 50m 'Junior Men', jarak 40m 'Cadet Women', jarak 30m bagi kedua-dua kategori Junior Men & Cadet Women.

LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 3/2014 : HARI PERTAMA

25 November 2014

Hari ini adalah hari pendaftaran bagi semua pasukan yang menyertai Kejohanan Memanah Sirkit Remaja Kebangsaan Siri ke 3 2014. Kejohanan ini akqn berlangsung dari 25 November hingga 29 November 2014 bertempat di Lapang Sasar Memanah, Kompleks Sukan MSN Keramat, Kuala Lumpur. 

'Official Practice' atau latihan rasmi telah di adakan dari jam 8:30 pagi - 12:30 tengahari di ikuti oleh Pemeriksaan Peralatan. Latihan rasmi diteruskan dari jam 14:00 - 16:30 petang. Mesyuarat Pengurus pasukan juga telah di adakan pada hari ini jam 15:00 petang di Bilik Mesyuarat, Kompleks Sukan MSN Keramat, Kuala Lumpur.

Jumlah pasukan yang menyertai pada kejohanan Siri 3 ini setelah pengesahan pada mesyuarat pengurus pasukan adalah 13 USPTN kecuali Melaka dan Sabah tidak menghantar penyertaan serta penyertaan dari 8 kelab memanah,  Majlis Sekolah Daerah, Sekolah Sukan Malaysia dan Pelapis Kebangsaan menjadikan penyertaan keseluruhan 24 pasukan dengan jumlah penyertaan atlet 207 orang.

Pecahan penyertaan:
1. USPTN Perlis
2. USPTN Kedah
3. USPTN P. Pinang
4. USPTN Perak
5. USPTN Selangor
6. USPTN Kuala Lumpur
7. USPTN N. Sembilan
8. USPTN Johor
9. USPTN Pahang
10. USPTN Terengganu
11. USPTN Kelantan
12. USPTN Sarawak
13. USPTN W.P Labuan


Penyertaan Kelab dan Sekolah
1. Kelab Memanah Kajang
2. Jojo Archery Club
3. King Archery Club
4. Kelab Memanah Kuala Kangsar
5. MAHA Archery Club
6. Phoenix Archery Pasir Puteh
7. The Kilau Archery Club
8. Politeknik Seberang Prai
9. MSD Pulau Pinang
10. SSM Gambang
11. Pelapis Kebangsaan


Jumlah Penyertaan Atlet mengikut kategori:
1. Junior Men (Kat I) - 38 orang
2. Junior Women (Kat I) - 27 orang
3. Cadet Men (Kat II) - 91 orang
4. Cadet Women (Kat II) - 51 orang


Pertandingan akan mula secara rasmi esok mulai jam 8:00 pagi dengan Latihan Rasmi. Acara yang akan dipertandingkan esok adalah:

9:00 - 10:30 - Junior Men (90m) & Cadet Women (60m)

LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014 : HARI KEDUA


Pada hari kedua Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Sirkit 3/2014 telah berlangsung dengan lancar dan seperti yang dijadualkan 28 bout telah dijalankan sehingga jam 6.00 petang. Perlawanan pertama bermula dengan kategori 13-14 tahun pada pukul 2.00 petang dan diikuti 15-16 dan 17-18 tahun.

Pada hari pertama peninju-peninju dari setiap negeri melihatkan kesungguhan dalam setiap perlawanan bagi peringkat awal ini dan kejohanan ini merupakan kejohanan terakhir bagi tahun ini serta menjadi medan terbaik menguji kekuatan disamping persediaan menghadapi tahun 2015. Berikut adalah keputusan bagi peninju yang layak ke pusingan seterusnya bagi setiap peringkat umur dan kategori:

13-14 thn
Mohd Alief Fahmi-Jhr A (38kg)
Abdul Mutalib Ahmad-Jhr (40kg)
Muhamad Fahmi-NS (42kg)
M Rasdenal Haiqal-PP (42kg)
Wan Mohd Harun-Phg (44kg)
T Nasyafie-Kltn (44kg)
Mohd Amir Azhan-Ked (48kg)
Roban Mathayen-WPKL (50kg)
M Amirulail-Slgr (54kg)
Md Syukri Md Amran-Felda (54kg)


15-16 thn
Mohd Arif Razuhat-Phg (46kg)
T Mohd Faizal-Trg A (46kg)
Yuganth Raj-PP (46kg)
Mohd Nor Ain Min-Trg B (46kg)
Mohd Isma Danial-Kel (50kg)
Ahmad Azil Azwar-Trg (50kg)
Mohd Azmi Azhar-Ked (50kg)
Mohd Faris Jusoh-Trg (54kg)
Mohd Akram Rasit-Trg B (60kg)
Tommy Ho-Sin (60kg)
Muhd Fahmerullah-Jhr (60kg)
Abd Afiq Adnan-NS (60kg)
Mohd Shahrulnizam-Sbh (63kg)

17-18 thn
Muhd Fikrie Mohd Rahim-PS (46kg)
Nik Husin Mubarak-NS (52kg)
Tee Chin Hian-WP (56kg)
Prithiv Raj-Sin (56kg)
Arfiqanie Ahmad-PK (64kg)

Perlawanan akan bersambung pada keesokan hari di mana sesi timbang berat badan dijadualkan akan dijalankan pada pukul 8.00 pagi dan perlawanan akan berlangsung pada pukul 2.00 petang.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

Wednesday, November 26, 2014

KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGAAAN SIRKIT 3/2014

Kuala Lumpur, 25 November 2015 - Sebanyak 14 pasukan dari seluruh Malaysia dan 1 pasukan jemputan dari Singapura akan mengambil bahagian di dalam Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Sirkit 3 2014 yang akan bermula pada 26hb hingga 29hb November 2014 bertempat di Kompleks MSN Keramat.

Mesyuarat pengurus pasukan telah dipengerusikan oleh pegawai dari Cawangan Pengurusan Acara, En Mohd Ridzuan dan dibantu oleh Setiausaha Persatuan Tinju Amatur Malaysia, En. Mohd Syamsul. Sejumlah 160 orang atlet akan berentap pada kejohanan kali ini dimana 4orang peninju dari Pelapis Serantau turut mengambil bahagian bagi kategori umur 15-16tahun dan 17-18 tahun. Kejohanan ini juga akan menjadi medan pemilihan atlet atlet dari negeri untuk diserap masuk ke Pelapis Serantau pada tahun hadapan.

LAPORAN OLEH,
Ahmad Norzahin B. Mohamed Zain
Pengurus Sukan Pelapis Serantau

KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014 : HARI PERTAMA

Pada hari ini satu Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Sirkit 3/2014 telah dijalankan pada pukul 5.30 petang. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh En. Muhamad Ridzuan b. Muhamad Yunus dari Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sukan Negara Malaysia dan dibantu oleh En.Syamsul dari Persatuan Tinju Malaysia. 


Pada kejohanan kali ini sebanyak 14 buah pusat latihan negeri bagi sukan tinju dari seluruh Malaysia telah menyertai kejohanan yang akan berlangsung selama 4 hari bermula esok 26 November 2014. Sebanyak 3 kategori umur telah dipertandingkan kali ini iaitu 13-14 tahun, 15-16 tahun dan 17-18 tahun di mana menyaksikan penyertaan dari peninju Pelapis Serantau dan juga jemputan khas dari negara Singapura. Berikut adalah statistik penyertaan bagi setiap kategori umur pada kejohanan kali ini:

13-14 thn-55 orang
15-16 thn-72 orang
17-18 thn-25 orang
Jumlah- 152 orang

Pada keesokan hari dijadualkan sesi timbang berat badan akan bermula jam 8.00 pagi dan diikuti dengan pemeriksaan perubatan dan undian. Perlawanan akan berlangsung pada jam 2.00 petang dan dijangka tamat pada lewat petang.

LAPORAN OLEH, 
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

Tuesday, November 11, 2014

KEM BAKAT SUKAN MEMANAH PELAPIS NEGERI SIRI 2/2014 : HARI KETIGA

9 November 2014

Kem Bakat hari ini masuk hari ketiga dan seperti biasa atlet akan berhimpun pada jam 6:45 pagi untuk menjalani aktiviti pagi. Selepas nyayian lagi 'Negara Ku' dan bacaan doa,  atlet menjalani 'slow jog' sebanyak 4 pusingan mengelilingi padang lapang sasar dan senaman regangan otot.

Selepas sarapan pagi, aktiviti 'Shooting Skill' jarak pendek dilaksanakan. Semasa atlet melakukan panahan jurulatih memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh setiap atlet. Sesi pagi tamat pada jam 12:30 tengahari.

Aktiviti bersambung semula pada jam 2:00 petang dengan latihan 'Shooting Skill' masih dengan jarak pendek iaitu jarak 10m dan jarak 30m dan di pantau oleh jurulatih-jurulatih yang bertugas. Pada masa yang sama, jurulatih juga membuat pemeriksaan keatas bow atlet. Sesi belah petang tamat pada jam 6:00 petang.

Satu sesi 'Team Building' telah di adakan ada sebelah malam untuk membina semangat sepasukan didalam diri semua atlet.

LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI