Showing posts with label Sea Games 2011. Show all posts
Showing posts with label Sea Games 2011. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

26th Sea Games Indonesia: Rumusan penyertaan dan pingat dari Atlet Pelapis



Temasya Sukan Sea hampir melabuhkan tirainya malam ini. Sekalung tahniah kepada Kontinjen Negara yang berjaya meraih 59 pingat Emas 50 Perak dan 82 Gangsa menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 191 pingat. Satu kejayaan yang amat memberangsangkan melebihi sasaran awal MSN dan menghampiri sasaran yang diletakkan oleh OCM.

Atlet-atlet pelapis juga telah berjaya membantu kutipan pingat kontinjen negara apabila memunggut 4 Emas 4 Perak dan 13 Gangsa. Penyertaan atlet pelapis ini diharap akan dapat ditambah pada temasya akan datang melalui pelaksanaan program latihan yang lebih baik dan sokongan yang lebih padu dari semua pihak.

Ucapan tahniah kepada urus setia kontinjen dalam dan luar yang sentiasa bekerja keras menyelesaikan semua urusan dan membantu semua pihak di Jakarta dan Palembang.

Sekali lagi setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan kepada yang tidak berjaya jangan putus asa dan cuba lagi di Temasya Sukan Sea 2013 Mynmar.

JUMLAH PENYERTAAN ATLET PELAPIS

JUMLAH PUNGUTAN PINGAT ATLET PELAPIS





26th Sea Games 2011: Jumlah Pungutan Pingat Kontinjen Malaysia

Tahniah kepada pasukan Harimau Muda Negara kerana memenangi pingat yang di anggap Ibu kepada Segala Pingat.

Tahniah kepada semua pemenang pingat dan semoga kemenangan kalian di Temasya Sukan Sea ini membakar semangat untuk memenangi pingat di kejohanan yang lebih besar

Sunday, November 20, 2011

26th Sea Games: Sekitar pertandingan pada 19hb







Seramai 52 orang atlet dan 10 orang jurulatih dari 11 jenis sukan yang dilaksanakan di Program Pelapis telah menyertai temasya kali ini. Dari jumlah tersebut seramai 40 orang atlet telah terpilih dalam kategori A manakala 12 orang dalam kategori B. Untuk rekod pula beberapa jenis sukan seperti Lawan Pedang (acara sabre) dan Judo yang dilaksanakan di bawah program sebagai persedian ke Sukan Sea telah diserahkan ke program elit pada bulan Jun yang lalu selepas penyelarasan di peringkat Bahagian.
Antara pencapaian yang boleh di banggakan adalah dari sukan karate di mana Teagarajan Kunasakaran telah memenangi pingat emas dalam acara individu kumite categori 84kg dan kejayaan manis pelari 4x400 Kannatasan Subramaniam membantu pasukan memenangi pingat emas dalam sukan olahraga. Kannatasan merupakan atlet yang sedang menjalani latihan di Akademi Serantau Zon Utara (ASZU) di Pulau Pinang di bawah jurulatih Krishan Thambu.

(baru sahaja dimaklumkan atlet pelapis wushu Keven Cheah Pheng Heng baru sahaja memenangi pingat emas dalam acara nan dau+nan gun)

Bagi pingat perak pula, atlet-atlet pelapis juga telah membantu menambahkan punggutan pingat perak kontinjen Negara dalam beberapa jenis sukan seperti Shahril Sahak dalam acara 50m Rifle Prone, Shree Sharmini Segaran Kumite Berpasukan, Thor Chee Yee, Celine Lee Xin Yi dan Khaw Yee Voon dalam acara Kata Berpasukan.

Atlet-atlet pelapis juga telah memenangi 10 pingat gangsa dalam beberapa jenis sukan seperti Karate, pencak silat, wushu dan pelayaran.

Berikut adalah taburan pingat yang dimenangi oleh atlet pelapis setakat 20hb November 2011.


Taburan pingat kontinjen setakat 19hb malam.

Thursday, November 17, 2011

ATLET PELAPIS YANG MEMENANGI PINGAT DI SUKAN SEA KE 26, INDONESIA 2011



PINGAT EMAS
NAMA : TEAGARAJAN KUNASAKARAN
SUKAN : KARATE DO
ACARA : INDIVIDUAL KUMITE - 84KG



PINGAT PERAK
NAMA : THOR CHEE YEE
SUKAN : KARATE DO
ACARA : KATA BERPASUKAN




NAMA : CELINE LEE XIN YI
SUKAN : KARATE DO
ACARA : KATA BERPASUKAN



NAMA : KHAW YEE VOON
SUKAN : KARATE DO
ACARA : KATA BERPASUKAN





PINGAT PERAK
NAMA : MUHAMMAD SHAHRIL SAHAK
SUKAN : MENEMBAK
ACARA : 50M RIFLE PRONE


PINGAT PERAK
NAMA : SHREE SHARMINI SEGARAN
SUKAN : KARATE DO
ACARA : KUMITE BERPASUKAN






PINGAT GANGSA
NAMA : THOR CHEE YEE
SUKAN : KARATE DO
ACARA : KATA




PINGAT GANGSA
NAMA : LIM CHEE WEI
SUKAN : KARATE DO
ACARA : TEAM KATA



PINGAT GANGSA
NAMA : SYAKILLA SAINI JEFRY KRISHNAN
SUKAN : KARATE DO
ACARA : KUMITE -68 KG





PINGAT GANGSA
NAMA : URIEL YU EN FRENCH
SUKAN : KARATE DO
ACARA : KUMITE BERPASUKAN




PINGAT GANGSA
NAMA : MOHD TAJUL ZAMAN TAJUDDIN
SUKAN : PENCAK SILAT
ACARA : PUTERA TUNGGAL SENI



PINGAT GANGSA
NAMA : KAMILAH SULONG
SUKAN : PENCAK SILAT
ACARA : PUTERI GANDA SENI



NAMA : SITI ARFIYAH ABD JALIL
SUKAN : PENCAK SILAT
ACARA : PUTERA TUNGGAL SENI

Sunday, November 13, 2011

26th Sea Games 2011: Sekitar hari Pertandingan 13hb.

Kontinjen negara meneruskan buruan pingat emas pada hari ke 3 temasya.

Kem kontinjen negara digegarkan dengan pungutan pingat emas ke 3 dari sukan olahraga apabila Loo Chien Siang berjaya mengekalkan dominasi atlet jalan kaki di temasya Sukan Sea.

Kejayaan beliau menerbitkan semangat dari kem olahraga negara apabila Adi Alifudin berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara kegemaranya iaitu lontar peluru dengan catatan 17.53 dibelakang pemenang pingat emas dari Thailand.

Kem Karate menyerlah hari ini dengan menyumbangkan 4 pingat emas melalui Karate Kumite bagi kategori 75kg (lelaki) dimana Shaharudin telah berjaya menewaskan peserta Vietnam 5-2 bagi penentuan pingat emas dan perak. Kejayaan shaharudin membakar semangat atlet karate lain dan membuahkan sebutir lagi pingat emas dari Loganesha dalam kategori 55kg apabila beliau menumpaskan atlet Vietnam 3-0 di peringkat akhir.

Yamani meneruskan kecemerlangan atlet karate apabila menumpaskan atlet dari Vietnam dalam kategori 61kg dengan 1-0 untuk pingat emas ke 3 dari kem karate negara. Manakala Teagarajan menyempurnakan hari indah kem karate dengan pingat ke empat apabila menewaskan peserta vietnam 2-0. Tahniah pasukan karate negara.

Pasukan terjun negara juga turut menyumbang pingat emas kepada kontinjen negara melalui acara 3m springboard synchro. Leong Mun Yee and Ng Yan Yee menapati ramalan apabila mengungguli acara tersebut dengan catatan 296.1 mata mendahului pasangan dari Indonesia yang meraih pingat perak.

Setakat jam 8 malam pungutan pingat kontinjen Malaysia adalah 9 Emas, 8 Perak dan 11 Gangsa.

Jadual pertandingan esok disini

Friday, November 11, 2011

26th SEA GAMES 2011: Sekitar Pertandingan pada 11hb

Kontinjen Malaysia masih menunggu pingat pertamanya setelah penyertaan atlet-atlet dari kenu yang melengkapkan penyertaan dengan menduduki kelompok terbawah dalam acara masing-masing.

keputusan:

KENU K4: 1-Thai 2-Ina 3-Sing 6-Mas dari 6 pasukan.
Kanu K2: 1-Thai 2-Indon 3- Viet 7- Mas dari 7 pasukan.
Kanu K1: 1-Thai 2-Sing 3-Indon 6-Mas
Water Polo (wanita): Mas vs Singapore 6-26

Punggutan pingat bagi 11hb.


Hari ini berlangsung beberapa acara sukan yang melibatkan atlet-atlet Malaysia.

Jadual pertandingan bagi 12hb disini

Wednesday, November 9, 2011

26th Sea Games Jakarta: Jadual Pertandingan

Jadual Pertandingan sukan-sukan sekitar Jakarta.

26th Sea Games Jakarta: Selamat berjuang








Kontinjen Malaysia mula terbang ke bumi Indonesia bagi membawa cabaran negara di Temasya Sua Sea yang diadakan buat kali ke 26 di Jakarta dan Palembang. Beberapa sukan telah mula memasuki perkampungan sukan utama di Pelembang. Walaupun keadaan masih lagi belum berada dalam 100 % namun pihak tuan rumah berusaha menyediakan semua kemudahan dan kelengkapan kepada kontinjen negara-negara yang mula membanjiri perkampungan tersebut.

Selamat berjuang kepada kontinjen negara.