Showing posts with label shooting. Show all posts
Showing posts with label shooting. Show all posts

Monday, September 15, 2014

KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN BWH 16 THN SIRKIT 2/2014 : HARI TERAKHIR

Hari keempat Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 tahun Sirkit 2/ 2014 telah berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang. Sesi ini telah disempurnakan oleh Presiden Persatuan Menembak Johor iaitu En. Ng Kuang Wan dan telah berakhir pada jam 11.00 pagi.

Secara kesimpulannya, kejohanan ini telah membuktikan bahawa atlet-atlet dari semua negeri mampu memberikan saingan yang baik. Walaubagaimanapun atlet-atlet Pahang telah menunjukan penguasaan mereka dalam sukan menembak dengan memperolehi 5 pingat emas dari 8 yang dipertandingkan. Namun dari segi skor pemarkahan atlet-atlet ini masih lagi tidak mampu untuk mencapai tahap yang diperlukan untuk diserapkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Di harap pada edisi yang akan datang atlet-atlet ini mampu untuk menunjukan keputusan yang lebih cemerlang agar negara Malaysia tidak ketandusan dalam melahirkan atlet-atlet menembak yang bertaraf dunia.
Sekian.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Sunday, September 14, 2014

KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN SIRKIT 2/ 2014 : HARI KETIGA


Laporan hari ketiga Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 tahun Sirkit 2/ 2014 diteruskan lagi dengan acara yang berlangsung iaitu acara Air Rifle Pistol Lelaki dan Wanita. Seramai 47 orang atlet dari 10 buah negeri telah menyertai acara ini dan atlet lelaki negeri Selangor dan atlet wanita Pahang telah menunjukan kehandalan dengan memenangi bagi acara masing-masing. Berikut adalah keputusan penuh bagi acara yang dipertandingkan pada hari ini:

Air Pistol Lelaki
1. Noor Aizam Nuqman b Azlan - Selangor (Q : 188/ F : 544)
2. Muhamad Huzry b Jaslan - Johor (Q : 85.5/ FR : 524)
3. Mohamad Amirul Haziq - Johor (Q : 165.2/ F : 515)

Air Pistol Berpasukan Lelaki
1. Pahang -1611
2. Johor -1572
3. Selangor -1520

Air Pistol Wanita
1. Nik Nur Nabilah Syahidah (Pahang)-187.4/357
2. Alycia Tan Kai Ling (Selangor) -175/353
3. Nur Atiqah Adelina bt Azral (Selangor) -159/346

Air Pistol Berpasukan Lelaki
1. Johor -1046
2. Pahang -1036
3. Selangor-1006

Keputusan kejohanan pada hari ketiga ini telah menunjukan penguasaan negeri Pahang dalam kebanyakan acara yang dipertandingkan dan ini menunjukan pasukan Pahang masih belum ketandusan atlet pelapis dalam menggondol pingat di Temasya SUKMA. Persaingan yang baik bagi negeri-negeri yang menyertai telah ditunjukan dan tidak mustahil akan menyerlah pada edisi yang akan datang.

Friday, September 12, 2014

KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN SIRKIT 2/2014 : HARI KEDUA


Hari ini merupakan hari kedua Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 tahun Sirkit 2/ 2014 berlangsung. Acara yang telah dipertandingkan pada hari ini adalah acara Air Rifle Wanita yang telah menyaksikan penguasaan pasukan dari Pahang sekali lagi setelah penembak lelaki telah memenangi dalam acara yang sama. Pahang juga cemerlang apabila berjaya menggondol tempat pertama dalam acara berpasukan lelaki. Dalam acara akhir wanita, penembak dari Johor, Pahang dan Terengganu telah menunjukan persaingan yang sengit.

Berikut adalah keputusan penuh sepanjang hari kedua berlangsung:


 Air Rifle Wanita
1. Nur Aimi Hanis bt Abd Halim - Pahang (Q : 398.8 / F : 199.3)
2. Nur Ain bt Kamari - Johor (Q : 399.8/ F : 197.3)
3. Norliana bt Abu Naim (Q : 403.6/ F : 177.2)

Air Rifle Berpasukan Wanita
1. Johor - 1203.4
2. Terengganu - 1194.6
3. Pahang - 1175.4

Air Rifle Lelaki
1. Pahang - 1756.1
2. Terengganu - 1741.4
3. Johor - 1715.5

Hari kedua kejohanan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan atlet begitu bersemangat dan nampak bersedia sebelum memulakan pertandingan. Penyampaian hadiah pada hari ini telah disempurnakan oleh YBHG Dato Hj' Abd Jalil Abdullah. Pada hari esok akan berlangsung acara Air Pistol Lelaki dan Wanita yang dijadualkan bermula jam 8.30 pagi.
LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Thursday, September 11, 2014

KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN SIRKIT 2/ 2014 : HARI PERTAMA

Sedang berlangsung Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 tahun Sirkit 2/ 14 yang bermula dari 10 hingga 14 September 2014 bertempat di Lapang Sasar Tanjung Labuh Batu Pahat, Johor. Ini merupakan sirkit kedua kejohanan setelah sirkit pertama telah dijalankan pada bulan Mac yang lalu. Hari ini merupakan hari pertama kejohanan yang mana telah bermula jam 8.30 pagi dengan acara Air Rifle Lelaki di peringkat saringan. Pada sebelah petang pula telah berlangsung acara final dan keputusannya adalah seperti berikut:

Air Rifle Lelaki
1.Muhamad Arif Aidit Bin Rosli / Pahang (Q : 607.5 / F : 193.8)
2.Muhammad Faris Muhaimin Bin Mohd Ghaffar / Terengganu (Q : 594.2/ F : 191.5)
3.Muhammad Syukri b Zulkifli / Selangor (Q : 597.4/ F : 172.2)

Seramai 94 orang atlet dari seluruh negara telah menyertai kejohanan ini dengan pecahan 45 atlet lelaki dan 49 atlet wanita. Bagi acara Air Pistol atlet lelaki adalah seramai 23 orang dan 24 bagi wanita manakala bagi acara Air Rifle atlet lelaki seramai 22 orang dan wanita 25 orang.

Kejohanan akan bersambung pada keesokan harinya dengan acara Air Rifle Wanita.
LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Friday, August 29, 2014

KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN : HARI KE - 4

Program latihan berjalan seperti yang dijadualkan sesi pagi bermula pada pukul 8.30pagi sehingga 11.30 pagi dan sesi petang pula bermula pada pukul 3.00 petang dan tamat pada pukul 6.30petang. Atlet Pelapis Negeri menjalani latihan bersama atlet Pelapis Kebangsaan di gym dan kolam dengan mengikuti program latihan yang disediakan oleh Jurulatih Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Negeri. Diantara latihan yang dijalankan pada sesi pagi dan petang adalah seperti berikut:

1) Jogging & Stretching

2) Warm Up
   - point toes (5-10minit = 2set)
   - imaginasi (20x = 3set)
   - jalan papan (20× = 2set)

3) Trampoline
   - 10 jump ABC (3set)
   - 3 jump ABC (5set)
   - back jump ABC (5set)

4) Platform
   - Jump ABC front/back = 8x

5) Ground
   - Head amstand ABC (10×=5set)
   - Armstand front/back (3set)
   - imaginasi terjunam (2set)
 
6) Strength
   - situp on board
   - legup on board (10x = 5set)

7) Pool
   - 1m springboard (jump front/back ABC = 7x)
   - 3m springboard (jump front/back ABC = 7x)
   - Entry 10x

8) Sesi memperbaiki terjunam untuk pertandingan pada esok harinya.

Pada sesi malam pula adalah jamuan makan malam sempena penutupan Hari Raya Aidilfitri. Atlet dan jurulatih yang beragama islam peraga pakaian raya. Selepas jamuan makan sesi bergambar bersama Pemangku Ketua Unit USPTN Perak. Program berakhir dengan persembahan nyayian yang disampaikan oleh atlet wakil Sarawak, Jurulatih Sarawak & Perak serta persembahan tarian daripada atlet Pelapis Kebangsaan. Majlis tamat pada 10.30 malam.
Sekian laporan ringkas Kem Bakat Atlet Sukan Akuatik Terjun.

LAPORAN OLEH,
NAZLIN SHIMA
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 1 / 2014 : HARI TERAKHIR

Tempat : Bandar Indera Mahkota,Pahang
Tarikh : 28 Ogos 2014

Hari ini merupakan hari terakhir Kem Bakat Menembak Siri 1 / 2014. Seawal jam 7.00 pagi, atlet telah berhimpun seperti biasa dan melakukan senaman pagi.

Setelah sarapan pagi semua atlet, jurulatih serta pegawai yang terlibat dengan kem telah bergerak ke lapang sasar untuk upacara penutup. Sedikit nasihat dan pandangan telah diberikan kepada atlet dalam sesi penutup ini dan berharap agar kem yang seterusnya atlet dapat meningkatkan lagi prestasi dan berada pada tahap yang terbaik. Selesai sahaja upucara penutup Kem Bakat Sukan Menembak Siri 1 / 2014, semua atlet-atlet, jurulatih dan pegawai makan tengahari sebelum pulang ke negeri masing-masing.

Kesuluruhannya, kem ini telah berjalan dengan sempurna tanpa sebarang masalah dan atlet-atlet telah memberi komitmen yang baik serta berjaya menunjukan prestasi yang memberansangkan sewaktu sesi latihan dan pertandingan dan berharap agar prestasi seperti ini dapat ditunjukan di dalam kejohanan-kejohanan yang disediakan pada masa akan datang.

Sekian terima kasih.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Wednesday, August 27, 2014

KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 1 / 2014 : HARI KEEMPAT

Tempat : Bandar Indera Mahkota, Pahang
Tarikh : 26 Ogos 2014

Kem Bakat Sukan Menembak Siri 1 / 2014 telah memasuki hari keempat dimana pada awal pagi atlet-atlet telah berhimpun seperti biasa dan senaman pagi dilakukan sebelum atlet-atlet bertolak ke lapang sasar untuk bersaing dalam pertandingan mini yang disediakan oleh pihak penganjur. Tujuan pertandingan ini diadakan bagi menguji keberkesanan latihan yang telah dijalankan oleh atlet sepanjang 3 hari berada di dalam kem.

Pertandingan mini yang berlangsung dari pagi sehingga petang telah melibatkan 40 org atlet dengan pecahan 18 atlet lelaki dan 22 atlet wanita. Berikut adalah keputusan bagi pertandingan tersebut:

10m Air Pistol Lelaki
1. Mohamad Syazrul b Ayub - Sarawak (547)
2. Noor Aizam Nuqman - Selangor (542)
3. Hazeeq Hakim R Azmi - Johor (538)

10m Air Rifle Lelaki
1. Mohd Arif Aidit B. Rosli - Pahang (576)
2. Mohd Syukri b Zulkifli - Selangor (570)
3. Mohd Farhan b Adzha - Perlis (568)

10m Air Pistol Wanita
1. Nur Irdina Bt Salim - Melaka (370)
2. Ellen Lim Yi Ling - Pulau Pinang (364)
3. Nurul Adila Alia bt Ahmad Baharudin - Terengganu (362)

10m Air Rifle Wanita
1. Nur Taqiyah Alia bt Nur Rahim - Terengganu (389)
2. Aznie Fazlyin Bt M.Azri - Johor (388)
3. Nur Ain bt Kamari - Johor (384)

Secara keseluruhanya, pencapaian atlet dalam pertandingan ini masih baik dan menepati status sebagai atlet terbaik dari negeri masing-masing bawah 16 tahun. Namun jurulatih di setiap negeri harus memberi tumpuan lebih dalam menangani masalah atlet yang sering hilang tumpuan dan sukar menghilangkan rasa gemuruh ketika kejohanan.

Pada sebelah malam, satu sesi ceramah psikologi telah dikendalikan oleh Pegawai Psikologi dari Institut Sukan Negara (ISN) iaitu Pn. Nor Hafizah Mamat yang banyak menyentuh tentang aspek mental atlet ketika menyertai mana-mana kejohanan. Atlet-atlet juga dilihat memberi komitmen yang baik sepanjang ceramah berlangsung.

Sekian.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Monday, August 25, 2014

KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 1 2014 : HARI KEDUA

Tempat : Bandar Indera Mahkota Pahang
Tarikh : 24 Ogos 2014

Pada hari kedua kem telah dimulakan dengan perhimpunan pagi yang telah dikendalikan oleh JPM Menembak En.Lanahon Ambok Selepa. Atlet-atlet dilatih untuk menjadi seorang berdisiplin dan jurulatih menerapkan aspek ketahanan mental dalam setiap aktiviti yang berjalan.

Selepas perhimpunan pagi atlet-atlet bergerak dari hotel ke Lapang Sasar bagi menjalani latihan sehingga petang. Semua atlet menunjukan kesungguhan sewaktu latihan dan jurulatih begitu teliti dalam memantau setiap pergerakan atlet semasa latihan dijalankan.

Pada sebelah malam, beberapa aktiviti telah disediakan kepada atlet yang dikendalikan oleh jurulatih dan PPN. Aktiviti yang dilakukan ini adalah bagi meningkatkan lagi semangat atlet ketika memasuki mana-mana kejohanan samaada kejohanan dalam negeri dan luar negara. Aspek ketahanan mental juga telah diterapkan kepada atlet dalam aktiviti ini dan atlet nampak bersungguh-sungguh semasa aktiviti dijalankan.

Sekian.

LAPORAN OELH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Thursday, March 13, 2014

Kejohanan 7th. Asian Airgun Championships 2014 - Kuwait

Laporan Hari Keenam (akhir) - 12 Mac 2014

‎Hari ini merupakan hari terakhir bagi Kejohanan 7th. Asian Airgun Championships 2014 - Kuwait dan penyertaan pada hari ini juga masih melibatkan atlet dari program Pelapis Kebangsaan iaitu bagi acara 10m Air Pistol (W) Junior (Siau Cuili), 10m Air Pistol (M) Junior (Eddy Chew) dan 10m Air Pistol (M) Remaja (Abdul Hadi Abdul Malik dan Siau Zianyi).

Pada jam 9.00 pagi (waktu tempatan 2.00 petang) acara 10m Air Pistol (W) Junior yang diwakili oleh Siau Cuili telah bermula‎ dan seramai 18 orang atlet yang bertanding bagi acara ini. Dalam masa yang sama, acara 10m Air Pistol (M) Junior juga turut dijalankan. Bagi acara ini seramai 15 orang atlet bertanding dan negara kita diwakili oleh Eddy Chew.  Sehingga jam 9.41 pagi (waktu tempatan 2.41 petang) ini, kedudukan Eddy Chew masih berada di tempat yang pertama manakala Siau Cuili pula berada di tempat yang ke-13.

Keputusan :

10m Air Pistol (W) Junior :
- Siau Cuili - 367 (Rank 12)

10m Air Pistol (M) Junior :
- Eddy Chew - 568 (rank 3) 
- masuk final

Jam 11.00 pagi (waktu tempatan 4.00 petang) acara 10m Air Pistol (M) Remaja‎ yang melibatkan dua (2) orang atlet Pelapis iaitu Abdul Hadi Abdul Malik dan Siau Zianyi telah bermula. Penyertaan untuk acara ini sebanyak 35 orang atlet yang mengambil bahagian dan acara ini berakhir pada jam 12.15 tengahari (waktu tempatan 5.15 petang).

Keputusan :
1. Abdul Hadi Abdul Malik - 555 (Rank 15)
2. Siau Zianyi - 551 (Rank 21)

Pada jam 1.00 petang (masa tempatan 6.00 petang) acara final bagi 10m Air Pistol (M) Junior bermula dan negara kita diwakili oleh Eddy Chew. Setelah berakhir pertandingan, keputusan menunjukkan yang beliau berada ditempat yang ke-2 dengan pungutan mata sebanyak 194.8‎ di belakang atlet dari Mongolia. Dengan ini, kontingen Malaysia membawa pulang 1 (satu) pingat perak.

Pada jam 6.30 petang (waktu tempatan 11.30 malam) acara penyampaian hadiah dijalankan dan berakhir tepat jam 7.00 malam (waktu tempatan 12.00 tengah malam).
Setakat ini berakhirlah laporan dari Kuwait untuk Kejohanan 7th. Asian Airgun Championships 2014 dan diharapkan penyertaan atlet Malaysia bagi tahun hadapan dapat diteruskan.








NORJIHAN BASHAH