Showing posts with label PERLIS. Show all posts
Showing posts with label PERLIS. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI - ZON UTARA 2014

Tarikh : 22 hingga 24 November 2014
Tempat : Kem Paya Pahlawan Lake Resort Jitra, Kedah Darul Aman
Peserta : 50 orang atlet, 4 Jurulatih dan 7 orang Pegawai

Unit Sukan Prestasi Tinggi ( USPTN ) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah menganjurkan Kem Tahunan USPTN Pelapis Zon Utara 2014 yang telah mengumpulkan seramai 150 orang atlet dari pelbagai sukan bagi setiap negeri dibawah program USPTN. Seramai 50 orang atlet, 4 orang jurulatih dan 7 orang pegawai dari USPTN Kedah telah menyertai kem tersebut.

Hari pertama program pada 22 November 2014 dimulakan dengan pergerakan semua atlet negeri masing-masing ke Kem Paya pahlawan, Jitra dan semua atlet perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu pada jam 12.00 tengahari disusuli dengan makan tengahari sehingga jam 2.00 petang. Program bermula pada jam 2.30 petang denga sesi Ice Breaking dan pembahagian atlet dipecahkan kepada 10 kumpulan. Perancangan aktivit seterusnya adalah Jungle Tracking akan tetapi akibat cuaca hujan lebat aktiviti tersebut ditangguhkan kepada hari seterusnya. Sesi sebelah malam pula diteruskan dengan semua atlet, jurulatih serta pegawai berhimpun di surau untuk menunaikan solat berjemaah dan Majlis Bacaan Yassin. Aktiviti diteruskan pada jam 9.00 malam dimana aktiviti kedua iaitu "Management Games" diadakan dan aktiviti tersebut tamat pada jam 12.00 malam.

Hari kedua program diteruskan dengan soat subuh berjemaah dan diteruskan dengan Senamrobik pada jam 8.30 pagi sebelum sarapan pagi. Pada hari berkenaan, semua aktiviti outdoor dilakukan sehingga pukul 2.00 petang. Semua atlet dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mereka perlulah melalui setiap check point yang telah ditetapkan mengikut clue yang telah diberi. Antara aktiviti yang perlu dilakukan peserta adalah rakit, merentas tasik, flying fox, abseiling dan rempuh halangan. Setiap aktiviti dan check point telah dipantau oleh fasilitator.

Setelah tamat semua aktiviti outdoor pada jam 2.00 petang, semua peserta berehat dan bersiap sedia untuk aktiviti Jungle Tracking. Memandangkan cuaca pada sebelah petang baik, aktiviti jungle tracking dapat dijalankan dan aktiviti tersebut memakan masa selama 2 jam dengan laluan yang agak mencabar serta menguji ketahanan fizikal peserta serta fasilitator. Aktiviti tersebut tamat pada jam 6.30 petang.Pada sebelah malam, aktiviti kebudayaan mengisi slot aktiviti terakhir dengan semua peserta diminta mempersembahkan persembahan yang telah diberikan. Antara tugasan yang diberika adalah Dikir Barat, Sketsa, Boria, koir, Lawak Jenaka, Tarian 60an dan beberapa aktiviti lagi. Program tamat pada jam 12.30 malam.

Hari terakhir diisi dengan permainan "Management Games" pada jam 8.00 pagi dan sebanyak 5 checkpoint disediakan yang perlu dilaksanakan oleh semua peserta. Aktiviti tersebut tamat pada jam 12.30 tengah hari dan semua peserta diberikan masa untuk bersiap sebelum majlis penutupan dijalankan.

Majlis penutupan dimulakan pada jam 2.30 petang yang turut dihadiri oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah Encik Muhamad Mahazi Haji Ibrahim, Pegawai Kanan Majlis Sukan Negeri Perlis Encik Zahidi Hamed, Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Kedah Encik Mohd Farid Bin Mohd Fauzi, Pemangku Ketua Unit Unit Sukan Prestasi Tinggi Perlis Encik Mahadzir Baharom, Pemangku Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang Encik Hamidi Bin Lokman. Majlis penutupan dirasmikan oleh Pengarah MSN Kedah Encik Muhamad Mahazi Haji Ibrahim. Majlis bersurai pada jam 3.30 petang dimana semua atlet akan bergerak pulang ke negeri masing-masing.

Diharapkan dengan penganjuran kem seperti dapat memupuk semangat berdikari, sentiasa berdisiplin dalam apa juga dilakukan dan memupuk semangat setiakawan dalam berpasukan. Selain itu juga, ia dapat mengeratkan silatulrahim antara atlet dan staf USPTN Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

LAPORAN OLEH,
MOHD HAFIZUDDIN B. RODZI
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI USPTN KEDAH

Thursday, May 29, 2014

LAPORAN HARIAN TEMASYA SUKAN MALAYSIA KALI KE-17 PERLIS 2014

Keputusan SUKMA Perlis 2014 (28 Mei 2014)

Atlet Pelapis Kebangsaan Constantine Clement telah memecahkan rekod kebangsaan dalam acara snatch dengan angkatan 127kg. Rekod lama adalah milik Naharudin Mahayudin dengan angkatan 126kg. Rekod lama SUKMA adalah 119kg milik Aricco Jumitih. Berikut merupakan keputusan beberapa acara yang lain.

Berbasikal
Keputusan rasmi bagi sukan berbasikal ujian masa perseorangan lelaki:-

Emas - Ahmad Fahmi Farhan Fuat (Pahang) - 55:15.699s
Perak - Mohamad Nur Aiman bin Mohd Zariff (Terengganu) 55:51.608s
Gangsa - Muhammad Mustzalee bin Ishak (Johor) - 56:06.142s

Keputusan rasmi bagi sukan berbasikal ujian masa perseorangan wanita:-

Emas - Nur Aisyah bt Mohamad Zubir (Terengganu) - 53:04.314s
Perak - Nurul Nadia bt Mohamad Fauzi (Pahang) - 54:56.921s
Gangsa - Siti Fatimah bt Ismail (Kedah) - 55:04.720

Tenpin Boling

Keputusan Rasmi Sukan Tenpin Boling - Boys Single                      
Emas - Daniel Tan Yan Han (SRW).
Perak - Ahamad Aidil (Mlk).
Gangsa - Syed Muhamad Hafiz (JHR)

Hoki (L)
Keputusan Perlawanan 22
PERAK (5) VS PERLIS (0)

Keputusan Perlawanan 23
SELANGOR (0) VS PULAU PINANG (2)

Angkat Berat 

Kategori 62kg Lelaki
Snatch
1. Constatine Clement (Sabah/PK) - 127kg *Rekod Baru SUKMA &Rekod Baru kebangsaan
2. Muhammad Hisham (Selangor/PN) - 105kg
3. Muhammad Hazirul (W.Persekutuan/PN) - 104kg

Clean & Jerk
1. Constatine Clement (Sabah/PK) - 143kg
2. Muhammad Zaidi (Kelantan/PS) - 140kg
3. Muhammad Hisham (Selangor/PN) - 131kg

Petanque

Keputusan rasmi Petanque
Acara shooting akhir

Lelaki
1. Emas - Hafizuraman Razali (Sarawak)
2. Perak - Mohd Adri ( Terengganu)
3. Gangsa - Shakirin Syed Abd Kadir (Johor)

Wanita
1. Emas - Noor Masayu ( Perlis)
2. Perak - Sharifah Aqilah (Terengganu)
3. Gangsa - Nurul Atiqah ( N.Sembilan)


Laporan Oleh,
Mohd Rizal Mohd Radzi
Pengurus Sukan Pelapis Kebangsaan
Cawangan Pelapis MSNM

Wednesday, May 28, 2014

LAPORAN HARIAN TEMASYA SUKAN MALAYSIA KALI KE-17 PERLIS 2014

SUKMA XVII 2014 PERLIS

TEMPAT : PERLIS

TARIKH : 27 Mei 2104 (Selasa)

Pihak penganjur iaitu negeri Perlis masih dalam usaha bagi memastikan venue bagi sukan akuatik untuk temasya SUKMA Perlis 2014 kali ini boleh digunakan mengikut jadual pada 29hb nanti. Pihak penganjur sedang berkerja keras dengan melakukan kerja-kerja penyediaan secara bertungkus lumus bagi memastikan acara renang dan terjun dapat berlangsung mengikut jadual tanpa sebarang isu dan masalah. 

Pemantauan di beberapa venue pertandingan di sekitar Kompleks Sukan Negeri dan di sekitar bandar Kangar telah diteruskan. Antara sukan-sukan yang telah memulakan acara  pada hari ini ialah sukan Tenis, Lawn Bowl, Badminton, Boling, Angkat Berat dan Sepak Takraw. Kebanyakan pertandingan masih berlangsung di peringkat awal dan kumpulan.

Sementara itu sukan Karate telah pun berakhir pada hari ini di mana negeri Pulau Pinang telah menjadi johan keseluruhan dengan pungutan sebanyak 8 pingat emas.

Bagi sukan Angkat Berat yang berlangsung di IKBN, Kuala Perlis saingan sengit di antara atlet-atlet Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Negeri bagi Kategori bawah 56 kg (Lelaki) di mana atlet Pahang telah berjaya mendapat pingat emas bagi acara Snatch. Manakala bagi acara Clean and Jerk pula atlet Pulau Pinang yang juga merupakan atlet Pelapis Kebangsaan telah berjaya menghasilkan pingat emas pertama bagi sukan ini untuk kontinjen Pulau Pinang. Beliau juga ( Zulhilmie Mohd Fisol) adalah di antara atlet Pelapis yang telah layak ke Temasya Sukan Komanwel di Glassgow nanti.

Turut menjadi tumpuan pada hari ini adalah bagi sukan Karate di mana Kontinjen Brunei telah memperolehi pingat emas pertama bagi acara Kumite Bawah 84 kg (Lelaki).

Pungutan Pingat bagi atlet –atlet Pelapis di Temasya Sukan Malaysia kali ke 17 Perlis 2014 pada 27 Mei (Selasa) setakat jam 5.30 petang adalah seperti berikut :

Pelapis Kebangsaan : 6 Emas, 3 Perak, 0 Gangsa
Pelapis Serantau       : 0 Emas, 0 Perak, 0 Gangsa
Pelapis Negeri           : 7 Emas, 5 Perak, 4 Gangsa
Jumlah Keseluruhan  : 13 Emas, 8 Perak, 4 Gangsa.

Sekian, laporan dari Kangar, Perlis.
Laporan Oleh, 
Mohd Rizal Mohd Radzi
Pengurus Sukan Pelapis Kebangsaan
Cawangan Pelapis MSNM

Monday, April 4, 2011

Bengkel penyediaan Periodisasi USPTN Perlis

Salam,

Bengkel penyediaan periodisasi USPTN Perlis bermula hari ini (4/4/2011) hingga 6 April 2011. Seramai 12 orang jurulatih terlibat di dalam bengkel ini. SDO juga turut menyertai bengkel ini. 3 orang jurulatih tidak dapat mengikuti bengkel ini kerana terlibat di Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Perlis (MSSPs) yang juga bermula hari ini.

Bengkel ini dikendalikan oleh ketua jurulatih olahraga Pelapis Kebangsaan, En. Mohd Manshahar Abd Jalil.dan bermula petang ini dengan taklimat yang disampaikan oleh beliau. Jurulatih yang terlibat adalah dari sukan renang, angkat berat, olahraga, berbasikal, gimrama, memanah dan pelayaran. Adalah diharapkan dengan bengkel ini, jurulatih-jurulatih USPTN dapat menimba ilmu dari penyediaan periodisasi dan perancangan yang bersistematik dan dapat membuahkan kejayaan dalam melaksanakan program latihan serta kejayaan semasa pertandingan-pertandingan yang disertai.
--
Harun Osman
Unit Pelapis Kebangsaan
Cawangan Pelapis

Tuesday, May 4, 2010

LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON UTARA







Kejohanan berlangsung pada 23 April - 1 Mei 2010 dan bertempat di Gymnasium Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Perlis. Seramai 29 orang perserta dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang julung kali diadakan di peringkat zon. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada atlet-atlet muda sukan angkat berat dari zon utara yang berlatih di peringkat negeri dan tidak dapat menyertai Karnival Pelapis yang mempunyai kelayakan angkatan minima. Sekurang-kurangnya kejohanan ini akan memberi mereka peluang bertanding dengan atlet diluar pusat latihan mereka dan mencuba untuk menunjukkan prestasi yang baik dan membolehkan mereka terpilih ke Karnival Pelapis nanti. Taburan peserta adalah seperti berikut:

- Perlis - 9 orang
- Kedah - 9 orang
- Pulau Pinang - 11 orang

Kejohanan ini telah memberi peluang kepada atlet-atlet muda sukan angkat berat dari zon utara untuk bertanding sesama sendiri di samping mengukur prestasi mereka. Berikut adalah jumlah punggutan pingat mengikut negeri.

Kedah - 3E 5P 1G
Perlis - 2E 0P 1G
Pulau Pinang - 1E 1P 2G


Laporan di sediakan oleh:
MUHAMAD RASIDI BIN BAHAROM
PPN ANGKAT