Thursday, November 27, 2014
KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI - ZON UTARA 2014
Monday, December 13, 2010
Kem Bakat Angkat Berat Wanita Siri 2/2010
Tarikh : 11 Disember hingga 17 Disember 2010
Tempat : Dewan Latihan Angkat Berat, SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman Jitra, Kedah Darul Aman.
Atlit : 18 orang
Jurulatih : 4 orang
Kem Bakat Angkat Berat Wanita Siri 2/2010 ini adalah kem susulan bagi siri 1 yang menghimpunkan atlet wanita terbaik daripada seluruh negeri. Modul latihan di kendalikan oleh 4 orang jurulatih yang diketuai oleh Mohd Norshah Rizal Ruslan (JPM Kedah), Fazli Dollah (Kelantan), Abdul Najib Abdullah (JSM Pahang) dan Fadzlan Ghazali (JSM Selangor).Bagi hari pertama, sesi latihan dimulakan dengan latihan ringan. Sesi hari esok di teruskan dengan latihan biasa dan dipantau oleh ISN dari unit Biomekanik.
Wednesday, October 13, 2010
PEMANTAUAN PLN ANGKAT BERAT
Salam,
Satu sesi pemantauan ke PLN Angkat Berat telah dijalankan seperti berikut :
Tarikh : 11 Oktober 2010 ( Isnin )
Masa : 5.00 - 6.30 petang
Tempat : Gym Angkat Berat SMK Tunku Anum
Sesi latihan berjalan dengan dipantau oleh En Mohd Nor Osman dan juga En Mohd Norshah Rizal. Latihan berjalan seperti biasa dengan penumpuan latihan adalah kepada teknik angkatan Snatch dan Clean and Jerk. Didapati jurulatih juga menetapkan sasaran angkatan kepada semua atlet bagi memastikan prestasi atlet sentiasa berada di tahap yang terbaik. Jurulatih memaklumkan hanya atlet terbaik sahaja akan dibawa ke Karnival Pelapis 2/2010 di Negeri Sembilan. Jumlah kehadiran atlet berkurangan memandangkan ada atlet yang sedang menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ).
Beberapa isu juga turut dibincangkan. Antara isu perbincangan adalah seperti berikut :
1. Daripada pemantauan didapati keadaan gym tidak berada di dalam keadaan yang baik. Didapati beberapa syiling telah terkopak sementara lampu juga tidak berfungsi. Ini dikhuatiri akan membahayakan keselamatan atlet ketika menjalani latihan.
2. Jurulatih juga memaklumkan bahawa mereka akan menggunapakai trek latihan di SMK Tunku Anum yang dijangka siap sedikit masa lagi bagi tujuan pelaksanaan ujian kecergasan ke atas semua atlet angkat berat.
Tindakan
1.Pihak MSN Kedah telah bersetuju untuk menjalankan kerja - kerja pembaikan ke atas kerosakan terlibat.
2. Akan dimaklumkan kepada pihak sekolah apabila trek tersebut dapat digunakan.
Para atlet kelihatan begitu bersemangat dalam menjalani latihan. Diharapkan usaha dan kerja keras mereka dapat dibuktikan ketika mereka bertanding kelak.
Sekian, terima kasih.
Mohd Fairul Fadzli Bin Ahmad Muzni
Saturday, May 8, 2010
Kejohanan Olahraga Terbuka Kedah 2010
400 M (L)
P. Yuvaraj - Kedah / PS - 47.31s ( 47.53 - Rekod lama )
4x100 M (L)
Pahang / PS - 42.23s ( 42.94 - Rekod lama )
4 x100 M (W)
Pulau Pinang - 49.14s ( 50.63 - Rekod lama )
400 M L/P (W)
Emmy A/K Ahkim - Sabah - 65.28s ( 66.6 - Rekod lama )
400 M L/P (L)
Eldy Sham B Irion - Sabah - 53.65s ( 53.8 - Rekod lama )
Dilampirkan keputusan penuh kejohanan untuk makluman tuan/puan.
Sekian, terima kasih
Mohd Fairul Fadzli Bin Ahmad Muzni
Tuesday, May 4, 2010
LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON UTARA
- Perlis - 9 orang
- Kedah - 9 orang
- Pulau Pinang - 11 orang
Kedah - 3E 5P 1G
Perlis - 2E 0P 1G
Pulau Pinang - 1E 1P 2G
Laporan di sediakan oleh:
MUHAMAD RASIDI BIN BAHAROM
PPN ANGKAT
Saturday, March 27, 2010
HARI KE 3 - KEJOHANAN ANGKAT BERAT TERBUKA KEDAH 2010
Kejutan hari ketiga Kejohanan Angkat Berat Terbuka Kedah 2010
Hari ketiga diteruskan dengan acara pada sebelah pagi bagi kategori 77KG, 85KG, 94KG,sementara bagi kategori 69KG,75KG dan +75KG dijalankan pada sebelah petang.
Antara kategori yang menjadi perhatian pada hari ini adalah persaingan dalam kategori 94KG dan +75KG dimana bagi kategori 94KG atlet daripada Negeri Kedah iaitu Firdaus Abd. Razak telah mengungguli kategori tersebut dengan jumlah angkatan 310KG. Apa yang menarik, pemenang pingat perak Sukan SEA di Laos iaitu Mohd Faiz Musa yang melakukan jumlah angkatan 300KG pada temasya tersebut bakal di cabar oleh Firdaus Abd. Razak di Temasya Sukan Malaysia di Melaka, kerana kedua-dua atlet ini dikhabarkan akan berentap dalam kategori yang sama.
Kejutan diteruskan bagi kategori +75KG dimana atlet daripada Pelapis Serantau iaitu Tay Shan Fung telah memecahkan rekod kebangsaan dengan jumlah angkatan 188KG. Rekod lama kebangsaan bagi Snatch (77KG) dan Clean&Jerk (101KG) di padamkan oleh beliau dengan catatan 83KG bagi Snatch dan 105KG bagi angkatan Clean&Jerk. Suasana di Jitra Mall dihangatkan oleh sorakan penonton – penonton telah membakar semangat Tay Shan Fung dalam usaha beliau untuk memecahkan rekod tersebut.
Berikut adalah keputusan rasmi bagi hari ketiga:
KATEGORI 77 KG
1. Mohd Fearul Talib (ATM/ELIT) – 273KG
2. Lawrence Bel (SAB/PN) – 258KG
3. Mohd Nor Soleh Mohd Zulkifli (KEL/PN) – 258KG
KATEGORI 85 KG
1. Zulkifli Che Ros (ATM/ELIT) – 294KG
2. Muhammad Hidayat Hmidon (JOHOR) – 275KG
3. Mohd Shahril Suratman (PAH/PN) – 260KG
KATEGORI 94 KG
1. Firdaus Abd. Razak (KED/PN) – 310KG
2. Mohd Noramin Rahim (ATM/PS) – 267KG
3. Muzafar Hazizan (NS/PN) – 236KG
KATEGORI 69 KG
1. Nor Khasida Abd Halim (JHR/PS) – 156KG
2. Khairani Abd Malik (JHR/PN) -146KG
3. Puteri Khairul Nursyuhada (KED/PN) 138KG
KATEGORI 75 KG
1. Intan Ayuni (KED/PN) – 160KG
2. Marlinnda Nordin (JHR/PN) – 146KG
KATEGORI +75 KG
1. Tey Shan Fung (JHR/PS) – 188KG / REKOD BARU KEBANGSAAN
2. Nurul Liyana Ismail Rani (ATM) – 147KG
3. Nor Adila Ali (KEL/PN) – 136KG-
-ADAM BIN SHAZAN AMIR
Friday, March 26, 2010
Hari kedua kejohanan Angkat Berat Terbuka Kedah (26/3/2010)
Pada sesi petang, upacara perasmian dirasmikan oleh Dat'o Zaini iaitu ahli parlimen Bukit Kayu Hitam dan acara diteruskan lagi bagi kategori 63 KG dan 69 KG . Atlit Elit tidak diberikan laluan mudah kerana saingan sengit sentiasa diberikan oleh atlet-atlet daripada Pelapis Kebangsaan, Pelapis Serantau dan Pelapis Negeri.
Paling mengejutkan apabila alet Elit iaitu Zaira Zakaria pemenang pingat Gangsa pada Sukan Sea di Laos baru-baru ini di ditewaskan oleh atlet Pelapis Kebangsaan iaitu Syarifah Inani Najwa dengan jumlah angkatan 161 KG. Walaupun jumlah angkatan mereka sama, kemenangan Syarifah Inani Najwa di tentukan dengan perbezaan berat badan.
Bagi acara kategori 56 KG ,dua insiden telah berlaku dimana bekas jaguh angkat berat negara iaitu Martin Guntali dan Mohd Faizal Baharom tidak dapat meneruskan pertandingan apabila kedua-duanya mengalami kecederaan. Martin Guntali mengalami 'dislocated shoulder ' apabila melakukan percubaan pada angkatan ke 2 manakala Mohd Faizal Baharom mengalami kekejangan otot pada angkatan terakhir . Kedua-dua atlet gagal pada acara snatch. Mereka dilaporkan dalam keadaan sihat selepas mendapatkan rawatan.
Berikut adalah keputusan rasmi bagi hari pertama kejohanan.
KATEGORI 48 KG
1. Azizah Fadzil (PP/PK) - 145 KG
2. Nurniada Nordin (KED/PK) - 145 KG
3. Syafiqah Che Abd Ghani (KEL/PN) - 103 KG
KATEGORI 53 KG
1. Syrifah Inani Najwa (PAH/PK) - 161 KG
2. Zaira Zakaria (ATM/ELIT) - 161 KG
3. Sashiladevi (PP/PS) - 128 KG
KATEGORI 52 KG
1. Lester Ambrose (SAB/PN) - 202 KG
2. Muhammad Hanif (KED/PN) - 181 KG
KATEGORI 56 KG
1. Mohd Shafiq Ismail (KED/BACKUP ELIT) - 230 KG
2. Saddam Dollah (KEL/PN) - 216KG
KATEGORI 62 KG
1. Mohd Syafiq Mohd Yusoff (PP/PS) - 227 KG
2. Mohd Dinie Akmal Mat Lazat (KED/PN) - 211 KG
KATEGORI 69 KG
1. Mohd Hafifi Mansor (TRG/ELIT) - 287 KG
2. Naharuddin Mahayudin (ATM/ELIT) - 250 KG
3. Mohd Isfarizal Ishak (ASZU) - 241 KG
Laporan disediakan oleh:-
ADAM BIN SHAZAN AMIR
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




















