Hari ini merupakan hari terakhir bagi Kejohanan Trek Remaja Kebangsaan Sirkit 02/14. 3 acara akhir dijalankan iaitu Point Race, Elimination Race dan Sprint. Berikut merupakan keputusan akhir bagi acara berikut pada hari ini :
Point Race Lelaki 19 Tahun ke atas
1 ) Mohamed Fairet Rosli - ( MSN/Elit )
30 Mata
2 ) Mohamad Izzat Hilmi Abd Halil ( JHR )
28 Mata
3 ) Faiz Nazmi Husin ( PRK )
18 Mata
Elimination Race Wanita 13 - 15 tahun
1 ) Siti Nur Alya Mansor - ( TRG )
2 ) Nurainna Syarah Bt Amran- ( ASMSN )
3 ) Ezatie Fifiyana Shazwani Bt Shaiful - ( ASMSN )
Elimination Race Lelaki 13 - 15 tahun
1 ) Abd Rahman Hamdan - ( TRG )
2 ) Mohd Faiz B Shaiful Rizal - ( KDH )
3 ) Gabriel Tan Sin Czec- ( WPKL )
Sprint Lelaki 19 Tahun ke atas
1 ) Muhammad Khairul Adha Rasol- ( JHR )
2 ) Faiz Nazmi Husin - ( PRK )
3 ) Muhammad Faroq B Dawod @ Daud- ( JHR )
Sprint Wanita 16 - 23 Tahun
1 ) Farina Shawati Mohd Adnan - ( PK )
2 ) Nur Rozi Yanti Mohd Rodzi - ( PK )
3 ) Noratika Fatihah Abd Latif- ( JHR )
Sprint Lelaki 16 - 18 Tahun
1 ) Mohd Khairil Nizam Rasol- ( PK )
2 ) Mohammad Shariz Afeendi Mohd Shahrin - ( PK )
3 ) Mohammad Fadhil Mohd Zonis - ( PK )
Sprint Wanita 13 - 15 Tahun
1 ) Ezatie Fifiyana Shazwani Bt Shaiful - ( ASMSN )
2 ) Siti Nur Alya Mansor - ( TRG )
3 ) Wan Airul Azlin Bt Wan Anuar- ( PHG )
Sprint Lelaki 13 - 15 tahun
1 ) Muhammad Nur Aiman Rosli - ( JOHOR )
2 ) Imran Hakim Saiful Nizam - ( MLK Straleader )
3 ) Muhammad Ridwan Shahrom - ( JHR )
Turut hadir bagi menyempurnakan upacara penutup dan penyampaian hadiah ialah YBhg. Dato Naim Mohamad yang merupakan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ( PKBM ). Pada kejohanan ini, didapati negeri - negeri telah menunjukkan peningkatan terutamanya dari segi pembentukan atlet - atlet berusia 15 tahun ke bawah. Ini dapat dilihat melalui penyertaan dalam acara - acara yang dipertandingkan walaupun ada atlet yang baru pertama kali berlumba di trek. Penyertaan atlet dalam kategori 16 - 18 tahun juga agak kurang memandangkan atlet berusia 17 tahun akan menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM. Dari keseluruhan 33 perlumbaan akhir yang dijalankan atlet dari Pelapis Negeri memenangi 12 perlumbaan, Pelapis Serantau 6 perlumbaan, Pelapis Kebangsaan 12 perlumbaan dan MSN/Elit memenangi 4 perlumbaan. Statistik ini adalah berdasarkan kepada penyertaan atlet dalam setiap acara yang dipertandingkan. Negeri - Negeri akan menghadapi 3 lagi Kejohanan yang akan datang iaitu Kejohanan Trek Berbasikal Sport Excel Sirkit 01 dan 02/14 dan Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan Sirkit 03/14.