Showing posts with label taekwondo. Show all posts
Showing posts with label taekwondo. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANTARABANGSA TAEKWONDO TERBUKA KOREA KALI KE-8 2014 GYEONGJU, KOREA


TARIKH : 16 JULAI 2014
TEMPAT : GIMNASIUM GYEONGJU, KOREA

Hari ini merupakan hari keenam kejohanan yang merupakan hari terakhir berlangsungnya Kejohanan Antarabangsa Taekwondo Terbuka Korea 2014. 11 lagi pingat emas ditawarkan yang melibatkan acara bagi junior dan juga senior.

Hari terakhir menyaksikan satu lagi pingat gangsa buat Malaysia melalui Khir Amir Salam dalam acara lelaki junior bawah 73kg. Berikut merupakan kronologi perlawanan beliau.

1) Perlawanan pertama mendapat bye apabila pemain dari Korea tidak hadir.
2) Perlawanan kedua menang ke atas pemain Korea dengan pungutan mata 8 berbalas 4.
3) Selepas perlawanan kedua Khir Amir Salam layak ke quaterfinal bertemu dengan pemain dari Taiwan dan menang dengan pungutan mata 13 berbalas 6.
4) Pada pusingan semifinal beliau bertemu dengan pemain Iran namun kecundang dengan pungutan mata 10 berbalas 2.

Selain itu, seorang lagi atlet Pelapis layak sehingga ke quaterfinal iaitu Mohana Priya Mariappen dalam acara wanita junior bawah 59kg.

1) Perlawanan pertama bertemu pemain dari Canada dan menang dengan mata 5 berbalas 3.
2) Perlawanan kedua menang ke atas Korea dengan mata 3 berbalas 1 dan layak ke quaterfinal.
3) Pusingan Quaterfinal tewas kepada pemain dari Italy dengan mata 2 berbalas 7.

Secara keseluruhannya, pada kejohanan kali ini 2 pingat gangsa telah dikutip menerusi Navin Arikrisnasamy dan Khir Amir Salam. Manakala Jasmin Nabilla dan Mohana Priya Mariappen layak sehingga ke quaterfinal. 4 lagi atlet iaitu Nur Fasha Qistina, Mohd Alif dan Thava Kumarisha tewas di pusingan pertama dalam acara masing-masing.

Pada sebelah petang, pasukan menerima kunjungan dari Master Dhanaraj. Beliau sempat menyaksikan perlawanan kedua Khir Amir Salam sebelum berangkat kembaki ke Seoul.

Selepas ini 3 orang iaitu jurulatih Sarawanan, Mohana Priya dan pegawai pengiring akan bertolak ke lapangan terbang Incheon dari Gyeongju pada pukul 3.30 pagi dan dijangka tiba pada pukul 8 pagi bersama pasukan senior kebangsaan. Manakala atlet junior yang lain bersama jurulatih Elaine Teoh akan ke Muju pada 18 Julai 2014 bagi menyertai Taekwondo Youth Camp. Camp training ini adalah ditaja oleh Korea Taekwondo Federation (KTF)  dimana tempat tinggal, makanan, perjalanan dan pengisian program ditanggung oleh KTF. Hanya negara yang dijemput sahaja akan menyertai program ini dimana terhad kepada 150 orang atlet sahaja. Pada 17 Julai 2014 3 lagi atlet Pelapis Serantau akan tiba di Incheon Airport bagi menyertai program ini. Atlet akan kembali ke tanah air pada 25 Julai 2014 nanti.

Sekian laporan dari Gyeongju, Korea.

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE GASINAU

Tuesday, July 15, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANTARABANGSA TAEKWONDO TERBUKA KOREA KALI KE-8 2014 GYEONGJU, KOREA


TARIKH : 14 JULAI 2014
TEMPAT : GIMNASIUM GYEONGJU, KOREA

Keadaan di sekitar lokasi pertandingan iaitu Gyeongju pada hari ini agak panas di mana hampir mencecah 30 darjah celcius. Walau bagaimanapun pertandingan dijalankan di dalam gimnasium dan atlet semua berada dalam keadaan yang baik.

Hari ini 3 orang atlet Pelapis terlibat dengan acara masing-masing iaitu :

1) Thava Kumarisha dalam kategori wanita senior bawah 73kg
2) Jasmin Nabilla Bt Sukardi dalam kategori wanita junior bawah 52kg
3) Mohd Alif bin Mohd Rosli dalam kategori lelaki junior bawah 51kg

Thava Kumarisha tewas kepada pemain dari Korea (0 berbalas 1) di perlawanan pertama makala Mohd Alif Bin Mohd Rosli tewas juga kepada pemain dari Korea (8 berbalas 6). Kedua-dua pemain menunjukkan kesungguhan walaubagaimanapun nasib kurang meyebelahi mereka. Manakala Jasmin pula beraksi cemerlang apabila menang ke atas pemain Korea di pusingan pertama dengan mata 12 berbalas 5, dan di perlawanan kedua bertemu pemain dari Jepun dan menang 12 berbalas 9 untuk mara ke quaterfinal. Namun begitu, Jasmin terkandas di perlawanan ini dan kalah tipis kepada pemain dari Thailand dengan mata 5 berbalas 3.

Perlawanan ini amat penting sebagai pendedahan kepada atlet agar lebih ingin meningkatkan prestasi dan dapat membezakan tahap kebolehan mereka sekarang kepada atlet dari negara lain. Dua lagi atlet senior kebangsaan turut tewas di perlawanan pertama kerana persaingan yang sengit.

Esok hanya seorang atlet sahaja yang terlibat iaitu Aida Syahnaz Bt Azalan. Beliau akan mengambil acara wanita junior bawah 68kg. Kategori ini hanya terdapat penyertaan seramai 10 orang dari negara Korea, Chinese Taipei, Italy, Australia, Kanada serta Malaysia. Walaubagaimanapun, Aida Syahnaz yang baru pulih dari kecederaan akan cuba untuk memberikan yang terbaik setelah berehat untuk beberapa ketika.

Selain itu, beberapa nama besar dalam sukan taekwondo seperti Aaron Cook dan Steven Lopez akan beraksi esok. Acara ini dijangkakan antara yang paling menarik perhatian dan peluang ini amat baik kepada atlet junior untuk memerhatikan teknik pemain bertaraf dunia.

Sekian laporan hari keenam dari Gyeongju, Korea.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE GASINAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Sunday, July 13, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANTARABANGSA TAEKWONDO TERBUKA KOREA KALI KE-8 2014 GYEONGJU, KOREA


TARIKH : 13 JULAI 2014
TEMPAT : GYEONGJU, KOREA

Hari ini merupakan hari ketiga kejohanan berlangsung di Gimnasium Gyeongju, Korea. Setelah dua orang atlet Pelapis beraksi semalam hari ini tiada acara yang melibatkan atlet Pelapis. Dua orang atlet elit taekwondo Malaysia iaitu Nur Dhia Liyana dalam kategori wanita senior bawah 49kg serta Thinagaran Naidu S/O Papunaidu dalam kategori senior lelaki bawah 68kg beraksi pagi hari ini.

6 orang atlet Pelapis Kebangsaan yang belum beraksi masih menjalankan latihan ringan seperti biasa bertempat di sekitar lokasi pertandingan bagi mengekalkan tahap kecergasan. Hari ini 9 pingat emas ditawarkan di dalam acara berikut :

1) Children -30kg
2) Children -32kg
3) Children -39kg
4) Children -41kg
5) Children -44kg
6) Junior (F) -46kg
7) Junior (M) -59kg
8) Senior (F) -49kg
9) Senior (M) -68kg

Esok dijadualkan sebanyak 15 lagi acara yang akan berlangsung. Berikut adalah acara yang melibatkan atlet Pelapis Kebangsaan :

1) Wanita Junior bawah 52kg
   - Jasmin Nabilla Bt Sukardi (MAS/PK) vs Korea

2) Lelaki Junior bawah 51kg
    - Muhammad Alif Bin Mohd Rosli (MAS/PK) vs Korea

3) Wanita Senior bawah 73kg
    - Thava Kumarisha (MAS/PK) vs Korea

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE GASINAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANTARABANGSA TAEKWONDO TERBUKA KOREA KALI KE-8 2014 GYEONGJU, KOREA

TARIKH : 12 JULAI 2014
TEMPAT : GYEONGJU GYMNASIUM, KOREA

Hari ini merupakan hari kedua kejohanan bermula di mana atlet Pelapis Kebangsaan terlibat dalam dua acara  iaitu lelaki junior bawah 55kg dan wanita junior bawah 49kg. Pasukan bertolak seawal 7.20 pagi ke venue pertandingan dan seperti biasa dengan menggunakan shuttle bas yang disediakan oleh pihak penganjur.

Berikutan dari beberapa acara yang belum selesai dari hari sebelumnya, acara yang disertai oleh atlet Pelapis Kebangsaan iaitu Navin Krishnasamy dan Nur Fasha Qistina hanya bermula pada pukul 2.00 petang. 

Selaku pemain pertama yang beraksi pada hari ini, Navin Krishnasamy berjaya merangkul pingat gangsa dalam kategori lelaki junior bawah 55kg. Ketika perlawanan, beliau mengalami sedikit kecederaan ketika berlangsungnya quater final menentang pemain dari negara tuan rumah Korea. Walaubagaimanapun beliau tidak menjadikan itu sebagai alasan dan terus maju ke semi final. Namun begitu, kecederaan yang dialami semakin serius dan beliau terpaksa berhenti di pusingan kedua pada semifinal ketika bertemu dengan pemain dari Chinese Taipei. Namun begitu, Navin masih mampu memberi saingan di awal perlawanan dengan pungutan mata 1 berbalas 7. Pemain Chinese Taipei menang semifinal melalui 'win by withdrawal' (WDR) kerana kecederaan pihak lawan.

Berikut adalah rentetan perlawanan Navin Krishnasamy :

1) Perlawanan pertama bertemu Aaron James Galita dari Filipina. Menang dengan mata ' Win by Sudden Death' (SDP).

2) Perlawanan kedua bertemu Mikhail Levchenko dari Russia. Menang dengan mata 7 berbalas 2.

3) Perlawanan ketiga iaitu quaterfinal bertemu pemain dari negara tuan rumah Korea. Menang dengan mata 12 berbalas 8.

4) Semifinal bertemu pemain dari Chinese Taipei. Berhenti atas kecederaan dan pihak lawan menang melalui 'Win by Withdrawal' (WDR).

Manakala pemain wanita Nur Fasha Qistina kecundang di perlawanan pertama kepada Murakami Chiren dari Jepun dengan mata 7 berbalas 1. Walaubagaimanapun perlawanan ini amat baik bagi beliau sebagai pendedahan dan memperbaiki lagi teknik berlawan di masa akan datang.

Esok adalah hari ketiga kejohanan, namun begitu atlet Pelapis Kebangsaan tidak terlibat kecuali sesi timbang berat badan bagi Mohammad Alif, Jasmin Nabilla serta Thava Kumarisha bagi acara hari yang keempat nanti. 

Kejayaan Navin Krishnasamy pada hari ini adalah amat bermakna sebagai pembakar semangat kepada atlet-atlet yang lain untuk turut serta membawa pulang kejayaan dan mengharukan nama negara.

Sekian laporan hari keempat dari Gyeongju, Korea.
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH,
NENCY EVE GASINAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Saturday, July 12, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANTARABANGSA TAEKWONDO TERBUKA KOREA KALI KE-8 2014 GYEONGJU, KOREA

TARIKH : 11 JULAI 2014
TEMPAT : GYEONGJU, KOREA

Hari ini pertandingan telah pun bermula, walaubagaimanapun atlet pelapis kebangsaan belum terlibat dalam acara yang dijalankan. Pertandingan berlangsung sehingga pukul 3.00 petang dan baki pertandingan akan diteruskan pada hari esok bagi memberi laluan persiapan majlis pembukaan dan seterusnya perasmian kejohanan yang berlangsung pada pukul 4.00 petang.

Pasukan senior Malaysia menyaksikan 3 orang atlet elit iaitu Shakilla Darshini, Muhammad Danial serta Abdul Hemi memulakan persaingan pada hari pertama. Walau bagaimanapun dua orang atlet lelaki kecundang di pusingan awal manakala Shakilla maju ke pusingan seterusnya namun turut kecundang di pusingan yang kedua. Kejohanan kali ini menyaksikan perlawanan yang agak ramai dan sengit. Penyertaan oleh pasukan senior dan junior ini adalah tepat dan amat baik untuk pendedahan kepada atlet taekwondo Malaysia terutama sekali bagi atlet pelapis.

Kejohanan Antarabangsa Taekwondo Terbuka Korea kali ke-8 ini disertai sebanyak 50 buah negara tidak termasuk persatuan dan kelab dalaman dari negara Korea dimana lebih dari 3000 orang peserta yang berdaftar untuk kejohanan kali ini. Persaingan pada kejohanan kali ini dijangkakan lebih sengit terutamanya kategori senior kerana penyertaan yang ramai serta penyertaan oleh pemenang pingat emas Olimpik seperti Steven Lopez dari United States, Jade Jones dari Great Britain serta ranking nombor satu dunia kategori 80kg Aaron Cook dari Isle of Man. Berikut merupakan senarai negara yang menyerta kejohanan ini :

1
Australia
18
Indonesia
35
Philiphine
2
Azerbaijan
19
Ireland
36
Poland
3
Belarus
20
Isle of Man
37
Portugal
4
Brazil
21
Italy
38
Qatar
5
Cambodia
22
Ivory Coast
39
Rusia
6
Canada
23
Jepun
40
Sepanyol
7
China
24
Jerman
41
Serbia
8
ChineseTaipei
25
Jordan
42
Singapore
9
Croatia
26
Kazakhstan
43
South Africa
10
Cyprus
27
Korea
44
Thailand
11
Ecuador
28
Kyrgystan
45
Tunisia
12
Egypt
29
Laos
46
Turki
13
Gabon
30
Mac
47
United States
14
Ghana
31
Malaysia
48
Uzbezkistan
15
Great Britain
32
Mongolia
49
Venezuala
16
HongKong
33
Myanmar
50
Vietnam
17
India
34
Perancis



Esok perlawanan akan diteruskan dan dua orang atlet Pelapis Kebangsaan akan bertanding iaitu :

12 Julai 2014 (Sabtu)

1) Nur Fasha Qistina (MAS/PK) vs Murakami Chiren (JPN)
    - Kategori junior wanita bawah 49kg

2) Navin Arikrishnasamy (MAS/PK) mendapat bye dalam pusingan pertama dan akan bertemu sama ada Aaron James (PHI) atau Levchenko Mikhail (RUS)
    - Kategori junior lelaki bawah 55kg

Sekian laporan hari ketiga dari Gyeongju, Korea.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE GASINAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM