Showing posts with label Kejohanan Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Kejohanan Luar Negara. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

3RD ASIAN UNDER 23 FENCING CHAMPIONSHIP 2014 : HARI TERAKHIR

Tarikh : 15 Oktober 2014
Venue : Pasig City, Manila

Hari ini merupakan hari terakhir pertandingan 3rd Asian Under 23 Fencing Championship 2014 setelah seminggu berada di Manila, Filipina.  Acara yang dipertandingkan pada hari ini adalah Men's Foil Team (9 pasukan) dan Women's Epee Team (10 pasukan) yang mana telah menjadi acara penutup bagi edisi kali ini.

Seramai 3 orang atlet dari program Khas Pelapis telah mengambil bahagian bagi acara Men's Foil Team manakala bagi acara Women's Epee Team telah disertai oleh atlet-atlet lawan pedang dibawah Persatuan Lawan Pedang Johor bagi mewakili pasukan Malaysia.

Berikut adalah keputusan (Overall Ranking) bagi acara yang telah dipertandingkan:

Men's Foil Team:
1st - Japan
2nd - Hong Kong
3rd - Korea
8th - Malaysia

Women's Epee Team: 
1st - Korea
2nd - Japan
3rd - Kazakhstan
9th - Malaysia 

Pasukan lawan pedang akan bertolak pulang ke Malaysia pada hari esok (16 Oktober) dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines pada pukul 12.50 tengahari dan dijangka mendarat pada pukul 4.30 petang di KLIA.

Sekian laporan pada hari ini.

Disediakan oleh;
Siti Marina Arshad
Pengurus Sukan Pelapis Kebangsaan

Tuesday, October 14, 2014

3RD ASIAN UNDER 23 FENCING CHAMPIONSHIP 2014 : HARI KELIMA


Tarikh : 13 Oktober 2014
Venue : Pasig City, Manila

Pada hari ini  pertandingan bagi kategori berpasukan telahpun dijalankan dengan dimulai dengan acara Men's Sabre Team (13 pasukan) dan Women's Foil Team (7pasukan).  Pertandingan dijalankan pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Atlet-atlet dari program Elit dan Pelapis turut mengambil bahagian didalam kedua-dua acara berpasukan ini. 

Berikut adalah keputusan (Overall Ranking) bagi acara yang telah dipertandingkan:

Men's Sabre Team:
1st - Iran
2nd - Korea
3rd - Japan
7th - Malaysia

Women's Foil Team: 
1st - Hong Kong
2nd - Japan
3rd - Chinese Taipei
6th - Malaysia 

Bagi acara yang akan dipertandingkan esok (14 Oktober) adalah Men's Sabre Team dan Women's Foil Team.

Sekian laporan pada hari ini.

Disediakan oleh,
Siti Marina Arshad
Pengurus Sukan Pelapis Kebangsaan

3RD ASIAN FENCING CHAMPIONSHIP 2014 : HARI KEEMPAT


Tarikh : 12 Oktober 2014
Venue : Pasig City, Manila

Pada hari ini dua lagi acara telah dipertandingkan iaitu acara Individual Men's Foil (45 orang peserta) dan acara Individual Women's Epee (38 orang peserta).  Pada hari ini juga adalah merupakan hari terakhir pertandingan bagi acara kategori individu.  Dan esok acara bagi kategori berpasukan akan dimulakan.

Acara telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 7.00 petang.  Berikut adalah senarai nama dan keputusan (Overall Ranking) bagi acara yang telah dipertandingkan:

Individual Men's Foil:
1. Mohamad Aqil Anuar (Pelapis) - Rank 15
2. Tristan Cheng Xing Han (Pelapis) - Rank 24
3. Hans Yoong Wei Shen (T20) - Rank 36

Bagi acara yang akan dipertandingkan esok (13 Oktober) adalah  Men's Sabre Team dan Women's Foil Team.

Sekian laporan pada hari ini.


Disediakan oleh;
Siti Marina Arshad 
 Pengurus Sukan Pelapis Kebangsaan

Sunday, October 12, 2014

3RD ASIAN UNDER 23 FENCING CHAMPIONSHIP : HARI KETIGA

Tarikh : 11 Oktober 2014
Venue : Manila, Filipina

Pada hari ini dua lagi acara telah dipertandingkan iaitu acara Individual Men's Epee (61 orang peserta) dan acara Individual Women's Sabre (26 orang peserta). Untuk acara pada hari ini hanya atlet dari program Elit sahaja yang mengambil bahagian.

Acara telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang.  Berikut adalah senarai nama dan keputusan (Overall Ranking) bagi acara yang telah dipertandingkan:

Individual Men's Epee :
1. Mohamad Roslan (Elit) - Rank 32
2. Mohamad Ammaraluddin (Elit) - Rank 61

Bagi acara yang akan dipertandingkan esok (12 Oktober) adalah Individual Men's Foil dan Individual Women's Epee.

Sekian laporan pada hari ini.

Disediakan oleh;
Siti Marina Arshad
Pengurus Sukan Pelapis Kebangsaan

Saturday, October 11, 2014

3RD ASIAN UNDER 23 FENCING CHAMPIONSHIP 2014 : HARI KEDUA

Tarikh : 10 Oktober 2014
Venue : Pasig City, Manila

Pada hari ini, seramai 7 orang atlet dari program Elit dan Pelapis telah menyertai acara yang telah dipertandingkan pada hari ini iaitu acara Individual Men's Sabre dan Individual Women's Foil. Pasukan lawan bertolak dari hotel ke venue kejohanan bertempat di Philsport Complex dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak penganjur.  Perjalanan dari hotel ke venue mengambil masa lebih kurang 20minit berikutan keadaan trafik yang sangat sesak walaupun jarak antara hotel ke venue hanya 5 kilometer.

Seramai 48 orang atlet menyertai acara Men's Sabre dan seramai 33 orang telah menyertai acara Women's Foil dimana pertandingan dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 6.30 petang. Sebelum perlawanan semi-final dan final bagi kedua-dua acara dimulakan, pihak penganjur mengadakan upacara Majlis Pembukaan.

Berikut adalah senarai nama dan keputusan ( Overall Ranking) bagi kedua-dua acara.

Individual Men's Sabre :
1.  Yu Peng Kean (Elit) - Rank 7th
2. Mohammad Syafiq Rizal (Pelapis) - Rank 43
3. Jason Hoo Keng Bing (Pelapis) - Rank 41
4. Calvin Ong De Yang (Pelapis) - Withdrew due to injury

Individual Women's Foil :
1. Natasha Ezra Abu Bakar (Elit) - Rank 6th
2. Ivy Cheah Hsiao Yong (Pelapis) - Rank 26th
3. Anis Syaqireen Jamaludin (Pelapis) - Rank 29th

Bagi acara yang akan dipertandingkan esok (11 Oktober) adalah Individual Men's Epee dan Individual Women's Sabre.
Sekian laporan pada hari ini.

Disediakan oleh;
Siti Marina Arshad
Pengurus Sukan Pelapis 

Friday, October 10, 2014

3RD ASIAN UNDER 23 FENCING CHAMPIONSHIP 2014 : HARI PERTAMA


Tarikh : 9 Oktober 2014
Venue : Pasig City, Manila


Cawangan Pelapis bersama Persekutuan Lawan Pedang Malaysia telah menghantar pasukan Lawan Pedang Program Khas Pelapis dengan kekuatan seramai 10 orang atlet, jurulatih dan pengurus pasukan untuk menyertai edisi ketiga kejohanan AFCU23 kali ini.

Pasukan lawan pedang telah bergerak ke KLIA seawal 4.30 pagi bagi urusan daftar masuk dan menaiki penerbangan pada jam 8.10 pagi. Penerbangan  yang mengambil masa selama hampir 4jam dan selamat tiba di Manila, Filipina pada pukul 12.00 tengahari. Setibanya di Ninoy Aquino International Airport, kami telah disambut oleh pihak penganjur dan dibawa ke Holiday Inn Manila Galleria iaitu hotel rasmi kejohanan. Setelah urusan pendaftaran penginapan di hotel selesai,  para atlet bergerak ke venue bagi menghadiri sesi Weapon Check dan latihan.

Pada hari ini juga Team Managers Meeting turut diadakan dimana kesemua pengurus pasukan diberi taklimat mengenai teknikal pertandingan, peraturan pertandingan serta pendaftaran akhir peserta.

Bagi acara yang akan dipertandingkan esok (10 Oktober) adalah Individual Men's Sabre & Individual Women's Foil.

LAPORAN OLEH,
SITI MARINA ARSHAD
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Thursday, October 9, 2014

LAPORAN HARIAN 7th EGAT PRINCE'S CUP JUNIOR INTERNATIONAL WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS 2014

Tarikh     : 08 Oktober 2014
Masa       : 3:00 pm - 7:00 pm
Tempat   : Kanchanaburi, Thailand

Hari ketiga kejohanan menyaksikan hanya seorang atlet negara yang bertanding iaitu Francis Alexender bagi kategori 69 kg (L). Atlet ini merupakan atlet remaja yang pertama kali didedahkan dengan kejohanan luar dan juga merupakan atlet bagi persiapan program ke Temasya Sukan Remaja Komanwel 2015 di Samoa. Pada penampilan sulung ini, beliau berjaya memecahkan rekod peribadi angkatan iaitu 93 kg (Snatch), 117 kg (clean & jerk) yang mana angkatan sebelum ini, 92 kg (snatch), 113 kg (clean n jerk). Berikut merupakan keputusan kejohanan bagi hari ketiga kejohanan :

Keputusan Kategori 69 kg (L) : Penyertaan 16 orang atlet

Snatch

1. Thailand - 129 kg (emas)
2. Thailand - 118 kg (perak)
3. Thailand - 117 kg (gangsa)
10. Francis Alexender (MAS) - 93 kg

Clean  n Jerk

1. Thailand - 153 kg (emas)
2. Thailand - 150 kg (perak)
3. Thailand - 148 kg (gangsa)
12. Francis Alexender (MAS) - 117 KG

Keseluruhan

1. Thailand - 277 kg (emas)
2. Thailand - 271 kg (perak)
3. Thailand - 267 kg (gangsa)
10. Francis Alexender (MAS) - 210 KG

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Wednesday, October 8, 2014

LAPORAN HARIAN 7th EGAT PRINCE'S CUP JUNIOR INTERNATIONAL WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS 2014

Tarikh   : 07 Oktober 2014
Masa    : 10:00 am - 6:00 pm 
Tempat : Kanchanaburi, Thailand

Hari kedua kejohanan menghasilkan kilauan dua pingat emas bagi atlet negara iaitu Nur Fariesha Irwana Mohd Supian bagi kategori 58 kg (W). Beliau berjaya memperoleh pingat emas bagi acara Snatch (80 kg) dan Total (196 kg), manakala pingat perak diperolehi menerusi acara Clean n Jerk (96 kg). Seramai 4 atlet negara bertanding pada hari ini melalui kategori 53 kg (W) dan 58 kg (W). Secara keseluruhannya, atlet negara yang bertanding berjaya memperbaharui rekod peribadi dan selain itu, dapat juga dilihat atlet remaja yang baru didedahkan dengan kejohanan luar negara dapat menimba pengalaman serta memberi saingan bersama atlet-atlet yang lain. Berikut merupakan keputusan kejohanan hari kedua kejohanan :

Keputusan Kat 53 kg (W) : Penyertaan 11 orang atlet

Snatch
1. Thailand - 76 kg (emas)
2. Thailand - 76 kg (perak)
3. Thailand - 72 kg (gangsa)
10. Nur Aisyah Mahmud (MAS) - 57 kg

Clean n Jerk
1. Thailand - 100 kg (emas)
2. Thailand -   96 kg (perak)
3. Thailand -   93 kg (gangsa)
10. Nur Aisyah Mahmud (MAS) - 70 kg

Total
1. Thailand - 176 kg (emas)
2. Thailand -  172 kg (perak)
3. Thailand -   165 kg (gangsa)
10. Nur Aisyah Mahmud (MAS) 127 kg

Keputusan Kat 58 kg (W) : Penyertaan 14 orang atlet

Snatch
1. Nurfariesha (MAS)- 80 kg (emas)
2. Thailand - 73 kg (perak)
3. Thailand - 73 kg (gangsa)
5. Fessy Felix (MAS) 67 kg 
10. Marcetta Marylne (MAS) 61kg
    
Clean n jerk
1. Thailand - 97 kg (emas)
2. Nurfariesha (MAS) 96 kg (perak)
3. Thailand - 92 kg (gangsa)
10. Marcetta Marylne (MAS) 73 kg 

Keseluruhan
1. Nurfariesha (MAS) - 176 kg (emas)
2. Thailand - 170 kg (perak)
3. Thailand - 163 kg (gangsa)
10. Marcetta Marylne (MAS) - 134 kg 

Hari ketiga kejohanan hanya melibatkan penyertaan seorang atlet negara sahaja iaitu Francis Alexender bagi kategori 62 kg (L). Pungutan pingat bagi atlet Malaysia yang terkini adalah 2 Emas, 4 Perak.

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Tuesday, October 7, 2014

LAPORAN HARIAN 7th EGAT PRINCE'S CUP JUNIOR INTERNATIONAL WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS 2014

Tarikh   : 06 Oktober 2014
Masa     : 3:00 pm (waktu Thailand)
Tempat : Kanchanaburi, Thailand

Kejohanan 7th Egat Prince's Cup Junior International Weightlifting Championships 2014 telah bermula pada hari ini iaitu 6 Oktober hingga 10 Oktober 2014 melibatkan 4 buah negara iaitu Thailand, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Seramai 227 atlet telah mengesahkan penyertaan. Pada hari ini telah bermula bagi kategori 56 kg (L). Seramai 3 atlet Malaysia terlibat bagi kategori ini. Berikut merupakan keputusan kejohanan :

Keputusan Kategori 56 kg (L) : Penyertaan 15 orang atlet

Snatch
1. Indonesia - 105 kg (emas)
2. Callixtus  (MAS) - 101 kg (perak)
3. Thailand - 95 kg (gangsa)
6. Ronny Jesos (MAS) - 90 kg 
7. Taufiq Idham (MAS) - 89 kg
    
Clean & Jerk
1. Indonesia - 125kg (emas)
2. Callixtus (MAS) - 124 kg (perak)
3. Thailand - 122 kg (gangsa)
7. Ronny Jesos (MAS) - 110 kg 
9. Taufiq Idham (MAS) - 105 kg

Keseluruhan
1. Indonesia - 230 kg (emas)
2. Callixtus (MAS) - 226 kg (perak)
3. Thailand - 217 kg (gangsa)
6. Ronny Jesos (MAS) - 200 kg 
8. Taufiq Idham (MAS) - 194 kg

Esok (7 Oktober 2014) melibatkan penyertaan 4 atlet wanita Malaysia bagi kategori 53 kg (W) dan 58 kg (W). Secara keseluruhan pada hari ini atlet Malaysia berjaya mendapat 3 pingat perak.

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Wednesday, August 27, 2014

NANJING 2014 YOUTH WUSHU TOURNAMENT

Tarikh : 22 - 24 Ogos 2014
Tempat : Gaochun Sports Centre, Nanjing

Pengurus Pasukan:
En. Chong Kim Fatt 

Jurulatih:
En. Lim Yew Fai (Pelapis Kebangsaan) 

Atlet:
1. Cik Loh Ying Ting (Elit)
2. Cik Chan Lu Yi (Pelapis Kebangsaan)
3. En. Khaw Jun Lim (Pelapis Kebangsaan)
4. En. Calvin Lee Wai Leong (Luar)

Persatuan Wushu Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menghantar pasukan wushu ke kejohanan Nanjing 2014 Youth Wushu Tournamet yang diadakan di Gaochun Sport Center, Nanjing. Seramai 100 orang atlet dari 35 buah negara telah menyertai kejohanan ini bagi menyertai acara Taolu dan Sanda yang dipertandingkan. 

Melalui Qualification System of the Nanjing 2014 Youth Wushu Tournament, hanya enam (6) orang atlet terbaik sahaja bagi Kategori A dalam acara Changquan, Taijiquan & Taijijian all-round, Nanquan & Nangun all-round, Daoshu & Gunshu all-round, Jianshu & Qiangshu all-round sahaja yang layak untuk mewakili negara masing-masing mengikut acara yang dimenangi semasa 5th World Junior Wushu Championship 2014 pada 11 - 18 Mac yang lalu bertempat di Antalya, Turkey.

Kejohanan ini adalah merupakan salah satu dari empat (4) demonstration sports bagi temasya 2nd Youth Olympic Games 2014 ini iaitu sukan climbing, rollerskating dan skateboarding dimana kejohanan seumpama ini mula diperkenalkan pada Sukan Olimpik Beijing 2008.  Pihak International Wushu Federation (IWUF) mengharapkan penganjuran kejohanan kali ini  akan menjadi titik perubahan penting bagi sukan wushu dalam usaha untuk menjadi sukan rasmi Olimpik 2020.

Bagi edisi kali ini, pingat emas pertama dari arena wushu akan disampaikan oleh Presiden International Olympic Committee (IOC) iaitu Mr. Thomas Bach manakala Presiden Kehormat IOC iaitu Mr. Jacques Rogge akan menyampaikan pingat pada hari terakhir kejohanan.

Keputusan Rasmi :

1. Acara Women's Changquan
    Loh Ying Ting - Emas
    Skor : 9.56

2. Acara Men's Nanquan + Nangun all-around
    Calvin Lee Wai Leong - Gangsa
    Skor : 18.91

3. Acara Women's Daoshu + Gunshu all-around
    Loh Ying Ting - Gangsa
    Skor : 18.82

4. Acara Women's Taijiquan + Taijijian all-around
    Chan Lu Yi - Gangsa
    Skor : 18.92

5. Acara Men's Daoshu + Gunshu all-around
    Khaw Jun Lim - 4th
    Skor : 18.76

TOTAL : 1 Emas, 3 Gangsa
Gambar 1 - Venue bagi Nanjing 2014 Youth Wushu Tournament, Gaochun Sport Center.
Gambar 2 -  Presiden International Olympic Committee (IOC), Mr. Thomas Bach menyampaikan pingat emas kepada Loh Ying Ting (Malaysia) yang memenangi acara Women's Changquan. 
Gambar 3 - Presiden International Olympic Committee (IOC), Mr. Thomas Bach bergambar bersama-sama pemenang pingat emas Loh Ying Ting (Malaysia), pemenang pingat perak Wei Ting Zoe Mui (Singapura) dan pemenang pingat gangsa Liu Ting Ting (Chinese Taipei) bagi acara Women's Changquan.
Gambar 4 - Presiden Kehormat International Olympic Committee (IOC), Mr. Jacques Rogge bersama-sama pemenang pingat emas Huang Xueqing (China), pemenang pingat perak Usui Kanon (Jepun) dan pemenang pingat gangsa Chan Lu Yi (Malaysia) semasa majlis penyampaian pingat bagi acara Women's Taijiquan & Taijijian all-around.
Gambar 5 - Chan Lu Yi bersama pingat gangsa yang dimenangi beliau bagi acara Women's Taijiquan & Taijijian all-around.

Sekian.

LAPORAN OLEH,
SITI MARINA
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM