Showing posts with label Sea Games. Show all posts
Showing posts with label Sea Games. Show all posts

Monday, November 21, 2011

26th SEA Games 2011

Terbaru, warga Pelapis telah diberitakan khabar gembira apabila atlet lumba basikal iaitu Jupha Somnet telah membantu pasukan berbasikal negara memungut pingat emas melalui acara Team Sprint. Turut menyumbang pingat perak adalah melalui atlet Mohd Fattah Amri Zaid melalui acara 200m Sprint. Beliau telah tewas kepada rakan senegara iaitu Mohd Edrus Yunos ( Eddy ) di pusingan akhir. Rumusan pungutan pingat atlet-atlet Pelapis adalah seperti berikut :

RUMUSAN PUNGUTAN PINGAT ATLET PELAPIS / SUKAN


RUMUSAN PUNGUTAN PINGAT ATLET PELAPIS / PROGRAM


TAHNIAH!!!


Friday, December 11, 2009

SEA GAMES UPDATE: Day 3





Saibaidi,

Malaysia meneruskan pencapaian yang memberangsangkan apada hari ini apabila meraih 2 emas, 5 perak dan 9 gangsa pada hari ketiga SEA Games. Pingat emas pertama negara disumbangkan oleh Chan Che Chew dalam acara middle weight (67kg keatas) dan pingat emas kedua negara disumbangkan oleh Siow Yi Ting dalam acara 200m individual medley. Beliau juga telah mencipta rekod baru kejohanan dan rekod baru kebangsaan.

Atlet-atlet pelapis juga menyumbang kepada punggutan pinggat negara apabila Nur Ayuni Farhana Abd Halim membantu pasukan 10m Air Rifle memenangi pingat perak setelah memunggut mata yang sama dengan pasukan negara Thailand yang memenangi pingat emas berdasarkan kiraan "inner ten". Ayuni juga meneruskan cabaran di peringkat akhir individu 10m Air Rifle dan berjaya memenangi pinggat gangsa.

Cabaran atlet pelapis dalam menembak diteruskan oleh Nurrahimim yang berjaya memasuki pusingan akhir individu 10m Air Rifle setelah menduduki ranking keempat keseluruhan dalam acara berpasukan. Namun prestasi cemerlang beliau gagal diteruskan dalam acara individu setelah hanya menduduki tempat ke6 dari 8 penembak.

Beberapa atlet akan meneruskan cabaran pada 11hb melalui beberapa sukan seperti karate, tinju.

Selamat berjuang kepada semua Atlet Pelapis

Tuesday, December 8, 2009

Sea Games Laos



Salam,

Baru tiba di Vientiane Laos untuk memantau prestasi atlet-atlet Pelapis. Seramai 40 orang atlet pelapis telah menyertai Sea Games kali ini. Diharap kesemua atlet pelapis akan menunjukkan prestasi yang cemerlang dan mungkin ada yang membawa pingat balik ke Malaysia.

Setelah hampir 6 jam perjalanan dari rumah ke LCCT dan terbang ke Vientiane perasaan gusar tentang keadaan di Laos bertukar gembira apabila disambut oleh pegawai-pegawai dari sekretariat kontingen dan sekretariat MSN. Pihak Penganjur nampaknya amat teliti mebuat persiapan menyambut kedatangan tetamu SEA Games dan semua sukarelawan sentaiasa cuba memastikan semua atlet dan pegawai yang datang ke Temasaya kali ini dilayan dengan baik dan cepat.

Cuaca di sini amat menyenangkan dalam lingkungan 22 celcius tengahari ini. Keadaan yang teratur diairport membuat badan yang kepenatan dan mata yang mengantuk kembali segar. Kedudukan hotel yang berdekatan dengan lapangan terbangan amat juga memudahkan perjalanan kami tanpa ada sebarang traffic jam sebagaimana SEA Games Korat 2 tahun yang lalu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.