Showing posts with label SUKMA. Show all posts
Showing posts with label SUKMA. Show all posts

Tuesday, June 10, 2014

RUMUSAN PENCAPAIAN ATLET PELAPIS SEPANJANG SUKMA PERLIS 2014

Temasya Sukan Malaysia ke XXVI di Perlis kali ini memperlihatkan peningkatan pungutan pingat yang berjaya dimenangi oleh atlet-atlet di bawah program. Dengan penyertaan seramai 1452 orang atlet dari Pelapis Kebangsaan, Pelapis Serantau dan Pelapis negeri telah berjaya membantu kontinjen negeri masing-masing memperbaiki kedudukan masing-masing di persaingan SUKMA kali ini. Sebanyak 160 pingat emas atau 41% pingat emas, 163 perak dan 155 gangsa telah berjaya di menangi oleh atlet di bawah program.

Atlet-atlet Pelapis juga telah berjaya memecahkan 1 rekod kebangsaan dan 17 rekod SUKMA pada penganjuran SUKMA kali ini. Pencapaian ini membuktikan bahawa negara tidak ketandusan bakat untuk meneruskan cabaran atlet-atlet senior pada masa hadapan.

Pungutan Pingat Atlet Pelapis Mengikut Temasya.
Penyertaan
Jumlah Pingat
Emas
Perak
Gangsa
SUKMA Terengganu 2008
1770
143
172
207
SUKMA Melaka 2010
1502
87
129
153
SUKMA Kuala Lumpur 2011
237
13
14
14
SUKMA Pahang 2012
1707
105
107
122
SUKMA Kuala Lumpur 2013
39
2
5
3
SUKMA Perlis 2014
1452
160
163
155

Peratusan Pungutan Pingat Atlet Pelapis mengikut Temasya
Temasya
Sukan
Pingat di pertandingan
Pingat dimenangi
% Pingat Emas yang diperoleh
Emas
Perak
Gangsa
Emas
Perak
Gangsa
SUKMA Terengganu 2008
31
404
404
505
143
172
207
35%
SUKMA Melaka 2010
33
414
414
542
87
129
153
21%
SUKMA Kuala Lumpur 2011
19
129
129
190
13
14
14
10%
SUKMA Pahang 2012
24
377
377
453
105
107
122
28%
SUKMA Kuala Lumpur 2013
20
130
130
195
2
5
3
2%
SUKMA Perlis 2014
24
396
396
473
160
163
155
41%

Jumlah Rekod Yang Berjaya Di Pecahkan Oleh Atlet Pelapis
Temasya
Rekod Kebangsaan
Rekod SUKMA
SUKMA Terengganu 2008


SUKMA Melaka 2010
3
5
SUKMA Kuala Lumpur 2011


SUKMA Pahang 2012
2
13
SUKMA Kuala Lumpur 2013


SUKMA Perlis 2014
1
17


Friday, June 18, 2010

SUKMA update: Pelayaran

SUKMA MELAKA 2010

Venue: Kompleks Perahu Layar Hang Jebat, Pengkalan Balak, Melaka
Sukan: Perahu Layar
Acara: Optimist
Penyertaan negeri:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Sabah, Wilayah Persekutuan.

Acara Optimist individu dimulakan pada jam 1200. Persaingan di antara pelayar Pelapis menjadi semakin hangat apabila masing-masing mempunyai kedudukan yang amat baik di sepanjang perlumbaan pada hari ini.

Ahmad Latif kini mendahului pelayar lain setelah tamat perlumbaan di kedudukan 6, 1, dan 1 sekali gus menyebabkan pelayar muda Selangor jatuh di tempat kedua dengan pencapaian yang agak kurang baik pada hari ini. Ahmad Syukri kekal di tempat ketiga dengan kedudukan 17, 3, dan 7. Farhan turut mencatat keputusan yang amat baik iaitu 1, 2, dan 2 dan membawanya kepada kedudukan keempat. Satu lagi pelayar negara, Mohamad Faizal berada pada kedudukan keenam apabila menamatkan perlumbaan dengan mata yang agak besar.

Bagi acara Optimist perempuan pula, Nurul Izzatul Akmar terus bersaing dengan pelayar Sabah apabila mengumpul 19 mata sehigga berakhir Sembilan perlumbaan. Tiga lagi pelayar Pelapis terus bersaing dengan pelayar dari Sabah apabila kedudukan masing-masing hanya berbeza 1 mata antara satu sama lain.

Berikut adalah kedudukan semasa sehingga selesai sembilan perlumbaan:

Optimist lelaki

1. Ahmad Latif Khan Kedah (PK)24mata
2. Zul Aqir Helmy Selangor (PN)29mata
3. Ahmad Syukri Abdul Aziz Selangor (PK)32mata
4. Muhammad Farhan Perak (PK)33mata
5. Muhd Isa Kedah (PN)47mata
6. Mohamad Faizal Selangor (PK)47mata

Optimist Perempuan
1. Nurul Izzatul Akmar Johor (PK)19mata
2. Nicole Chan Sabah (PN)19mata
3. Connie Rivera Sabah (PN)33mata
4. Nur Vela Sari Johor (PK)34mata
5. Nurliyana Johor (PK)35mata
6. Umi Nor Wahida Kedah (PN)44mata
7. Nuraisyah Johor (PK)50mata

Laporan SUKMA 2010: Bola Keranjang



Perlawanan bola keranjang bagi hari-8 telah memasuki pusingan separuh akhir bagi kumpulan lelaki dan wanita. Maklumat dan keputusan:-

Perlawanan separuh akhir 1: Lelaki
Johor vs Wilayah Persekutuan
Keputusan: Johor menang 62-52

Perlawanan separuh akhir 2: Prmpuan
Sarawak vs Johor
Keputusan :Johor menang 78-36

Perlawanan separuh akhir 3: Prmpuan
Selangor vs Wilayah Persekutuan
Keputusan: WP menang 68-58

Perlawanan separuh akhir 4: Lelaki
Melaka vs Selangor
Keputusan : Melaka menang 98-88

Untuk perlawanan esok
(18 Jun 2010) :-
Tempat 3/4 : Perempuan
Selangor vs Sarawak
Masa : 3.00 ptg

Tempat 3/4 : Lelaki
Selangor vs Wilayah Persekutuan
Masa : 4.45 ptg

Akhir : Perempuan
Johor vs Wilayah Persekutuan
Masa : 6.30 ptg

Akhir : Lelaki
Johor vs Melaka
Masa : 8.15 mlm

~Rashleen~

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 17, 2010

Sukan Gimrama & Ragbi SUKMA XIII Melaka



Gimrama sudah memasuki hari kedua pertandingan dimana pada hari ini dijalankan acara individu tali & gelung pada sebelah pagi dan pada sebelah petang diadakan pula acara belantan/riben dan bola. Acara yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan dijangka tamat pada pukul 7.00 malam.

Bagi sukan Ragbi perlawanan akhir akan berlangsung pada pukul 3.30 petang dengan menyaksikan pasukan Terengganu menentang pasukan Johor di padang politeknik Merlimau.
Izuwan Hj Arifin melaporkan dari Politeknik Merlimau Melaka

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Olahraga SUKMA Hari Pertama, Kedua dan Ketiga



Olahraga SUKMA Hari Pertama, Kedua dan Ketiga

Hari ini merupakan hari ketiga olahraga SUKMA berlangsung. Sehingga hari ini, 1 rekod Kebangsaan dan 5 rekod SUKMA berjaya di pecahkan. Yang menbanggakan, beberapa rekod SUKMA di pecahkan oleh atlet Pelapis atau bekas atlet Pelapis yang kini diserapkan ke Program Elit.

Atlet-atlet olahraga dalam Program Pelapis Kebangsaan dan Serantau, tidak juga dilupakan atlet-atlet Pelapis Negeri yang telah menunjukan prestasi yang baik pada SUKMA ini. Program yang teratur selama ini telah membuahkan hasil yang membanggakan. Selain memenangi pingat, beberapa atlet Pelapis juga telah membuat Personal Best (PB) kali ini. 

Norliana Kamaruddin (Lompat Tinggi) dan Syed Aliff (100m) antara nama yang menjadi sebutan di SUKMA kali ini. Hari terakhir acara olahraga esok, beberapa orang lagi atlet Pelapis akan menyahut cabaran. Diharapkan mereka akan membuat persembahan terbaik dan terus mengharumkan nama Pelapis.

Laporan oleh teacher Harun

Wednesday, June 16, 2010

Sukma Update: Pelayaran

SUKMA MELAKA 2010
Venue: Kompleks Perahu Layar Hang Jebat, Pengkalan Balak, Melaka
Sukan: Perahu Layar
Acara: Optimist
Penyertaan negeri:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Sabah, Wilayah Persekutuan.

Setelah angin tiba agak lewat, pertandingan akhir acara Optimist berpasukan dapat dimulakan pada jam 1230 di antara Selangor dan Sabah. Apa yang menarik di dalam pertembungan dua negeri ini adalah dari segi kekuatan pasukan masing-masing di mana Selangor mempunyai dua pelayar Pelapis Kebangsaan dan Sabah pula mempunyai kekuatan dari segi taktikal.

Format digunakan bagi menentukan juara adalah melalui 'best of two'. Perlawanan pertama menyaksikan beberapa pelayar Sabah dikenakan penalty selepas isyarat permulaan. Ini disebabkan beberapa undang-undang telah dilanggar dan memberikan peluang kepada pelayar Selangor untuk mendahului perlumbaan dengan kedudukan 1, 2 , 3, dan 8, di mana kedudukan 1, 2, dan 3 sudah cukup memadai untuk memenangi perlumbaan pertama. Pelayar Sabah hanya mampu menyekat kemaraan pelayar terakhir Selangor kerana sedar akan kesukaran untuk memperolehi kemenangan dalam keadaan sedemikian.

Perlawanan kedua dimulakan dengan persaingan yang lebih hebat diberikan oleh Sabah terhadap pasukan Selangor. Kedudukan pelayar juga agak tidak teratur setelah pertembungan berlangsung di sepanjang laluan untuk menuju ke penamat. Bagaimanapun pengalaman dua pelayar Pelapis ternyata membantu Selangor untuk memastikan pelayar Sabah tidak mampu berbuat apa-apa. Perlumbaan tamat dengan keputusan 2-0 dan pingat emas pertama acara pelayaran sah menjadi milik Selangor.

Keputusan:
Emas: Selangor (Faizal Norizan, Ahmad Syukri)
Perak: Sabah (Tiada pelayar Pelapis)
Gangsa: Kedah (Ahmad Latif Khan)
Keempat: Johor (Nurul Izzatul Akmar, Nuraisyah, Nur Vela, Nur Liyana)
Kelima: Perak (Muhammad Farhan)

Acara individu bersambung setelah acara berpasukan selesai. Keadaan angin yang agak perlahan tidak menjadi masalah pada kebanyakan pelayar kebangsaan di mana hampir keseluruhan kedudukan teratas menjadi milik pelayar Pelapis. Selain itu kedudukan tempat teratas turut disaingi oleh pelayar muda Selangor bagi acara lelaki manakala dua pelayar perempuan Sabah bersaing dengan pelayar dari Johor bagi acara perempuan. Berikut adalah kedudukan semasa sehingga selesai enam perlumbaan:

Optimist lelaki
1. Zul Aqir Helmy Selangor (PLN)
2. Ahmad Syukri Abdul Aziz Selangor (PK)
3. Ahmad Latif Khan Kedah(PLN)
4. Muhd Isan Kedah (PLN)
5. Mohamad Faizal Selangor
(PK)
6. Muhammad Farhan Perak (PK)

Optimist Perempuan
1. Nurul Izzatul Akmar Johor (PK)
2. Nicole Chan Sabah (PLN)
3. Connie Rivera Sabah (PLN)
4. Nur Vela Sari Johor (PK)
5. Nurliyana Johor (PK)
6. Nuraisyah Johor (PK)

Bolasepak SUKMA XIII



Bolasepak separuh akhir kedua menyaksikan pasukan merah kuning Selangor menentang pasukan Kedah di Stadium Hang Tuah pada malam ini. Pemenang perlawanan ini akan bertemu juara bertahan pasukan Terengganu yang telah melayakkan diri ke peringkat akhir selepas menumpaskan pasukan Wilayah Persekutuan dengan sepakan penalti 5-4 setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga masa tambahan tamat.

Izuwan Hj Arifin melaporkan dari Stadium Hang Tuah Melaka.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 13, 2010

SUKMA Update: Menembak

13 Jun 2010 AHAD

Hari ini berlansung 2 acara indivdu dan pasukan iaitu 10m Air Rifle Wanita dan 50m Pistol Lelaki dan 4 pingat Emas dipertandingkan.

Keputusan bagi 10m Air Rifle Wanita seperti berikut:

Individu


NAMA

MATA

NEGERI

PINGAT

Nur Ayuni Farhana (Elit)

393

Pahang

Emas

Nur Farah Afiqah (PK)

389

Melaka

Perak

Nurul Ain Zulhawi

389

Perak

Gangsa


Berpasukan


NAMA

MATA

JUMLAH

NEGERI

PINGAT

Nur Ayuni Farhana (Elit)
Nurul Izzatie Roslan
Aina Zahiran

393
389
385

1167

Pahang

Emas

Nur Farah Afiqah (PK)
Noraishah Mohd Jamil
Nur Rahimah Mahadi

389
382
380

1151

Melaka

Perak

Nurul Ain Zulhawi
Saidatul Ashikin Roslan
Nurul Husna Mohamed Raudi

389
384
378

1151

Perak

Gangsa


Keputusan 50m Pistol Lelaki seperti berikut:


Individu

NAMA

MATA

NEGERI

PINGAT

Johnathan Wong Guan Jie (PK)

537 (GR)

Melaka

Emas

Jasmi Mohamad Zin

528

N. Sembilan

Perak

Muhammad Anas Abdul Malik

523

P. Pinang

Gangsa



Berpasukan


NAMA

MATA

JUMLAH

NEGERI

PINGAT

Abdul Aziz Abd Malek
Mohamad Muhaithir Johari
Khairul Azri Mohamed Roslan

522
521
508

1551

Pahang

Emas

Siau Junyi
Hasrul Razman Mohd Razali
Mohammad Huzaimy Md. Jamil

521
505
503

1528

Perak

Perak

Jasmi Mohamad Zin
Suresh a/l Selvan
Amir Hasif Abdul Razak

528
511
481

1520

N. Sembilan

Gangsa


Pungutan Pingat

Bil

Negeri

Emas

Perak

Gangsa

Jumlah

1

Pahang

3

3

2.

Melaka

1

2

3

3.

Perak

1

2

3

4.

Negeri Sembilan

1

1

2

5.

Pulau Pinang

1

1

JUMLAH

4

4

4

12


Upacara penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka pada pukul 4.30ptg.

PET (Pre-Event Training) untuk acara esok telah diadakan selepas pertandingan berakhir hari ini.