Showing posts with label coaches. Show all posts
Showing posts with label coaches. Show all posts
Wednesday, October 2, 2013
BENGKEL PENYELARASAN SUKAN FASA II PROGRAM PELAPIS NEGERI 2013
Bengkel ini telah melibatkan 5 jenis sukan iaitu Berbasikal, Akuatik terjun, Olahraga, Gimrama dan Taekwando yang terdiri daripada 68 orang jurulatih dan 16 orang pegawai bermula pada 01-03 Oktober 2013 di KSL Hotel, Johor Bahru.
Tujuan utama bengkel ini diadakan bagi membolehkan penyelarasan program dilakukan disetiap peringkat iaitu Pelapis Kebangsaan, Pelapis Serantau dan Pelapis Negeri.
Program ini telah disempurnakan dengan ucaptama oleh Tuan Pengarah Cawangan Pelapis, En. Jefri Ngadirin dan seterusnya membentangkan tentang perancangan untuk jangka masa panjang program Cawangan Pelapis.
Pada sesi malam, pengurus sukan akan membentangkan dan membincangkan status terkini tentang pelaksanaan program Pelapis seperti program binaan,kejohanan, kelayakan atlet ke program utama dan isu semasa.
Sekian, Terima kasih
Rashid Ramli
Monday, April 4, 2011
Bengkel penyediaan Periodisasi USPTN Perlis
Salam,
Bengkel penyediaan periodisasi USPTN Perlis bermula hari ini (4/4/2011) hingga 6 April 2011. Seramai 12 orang jurulatih terlibat di dalam bengkel ini. SDO juga turut menyertai bengkel ini. 3 orang jurulatih tidak dapat mengikuti bengkel ini kerana terlibat di Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Perlis (MSSPs) yang juga bermula hari ini.
Bengkel ini dikendalikan oleh ketua jurulatih olahraga Pelapis Kebangsaan, En. Mohd Manshahar Abd Jalil.dan bermula petang ini dengan taklimat yang disampaikan oleh beliau. Jurulatih yang terlibat adalah dari sukan renang, angkat berat, olahraga, berbasikal, gimrama, memanah dan pelayaran. Adalah diharapkan dengan bengkel ini, jurulatih-jurulatih USPTN dapat menimba ilmu dari penyediaan periodisasi dan perancangan yang bersistematik dan dapat membuahkan kejayaan dalam melaksanakan program latihan serta kejayaan semasa pertandingan-pertandingan yang disertai.
--
Harun Osman
Unit Pelapis Kebangsaan
Cawangan Pelapis
--
Harun Osman
Unit Pelapis Kebangsaan
Cawangan Pelapis
Thursday, November 19, 2009
SUPRISE VISIT TO TRAINING CENTER AROUND NSC
Tuesday, October 27, 2009
PROGRAM PENDIDIKAN KEJURULATIHAN BERTERUSAN ZON PANTAI TIMUR
MAJLIS SUKAN NEGARA DENGAN KERJASAMA INSTITUT KEMAJUAN IKTISAS PAHANG (IKIP) TELAH MENGADAKAN PROGRAM PENDIDIKAN KEJURULATIHAN BERTERUSAN (CONTINUOUS COCHING EDUCATION) ZON PANTAI TIMUR DARI 26 HINGGA 27 OKTOBER 2009 BERTEMPAT DI IKIP 1, KUBANG BUAYA, KUANTAN.
SERAMAI 38 ORANG JURULATIH TERPILIH DARI MELIBATKAN PELAPIS NEGERI DARI NEGERI PAHANG, TERENGGANU DAN KELANTAN. BERIKUT ADALAH PECAHAN KEHADIRAN PESERTA :-
PAHANG 21 ORANG
KELANTAN 10 ORANG
TERENGGANU 8 ORANG
KEHADIRAN BEBERAPA PENCERAMAH TERBAIK DALAM BIDANG SAINS SUKAN TELAH DIJEMPUT ANTARANYA IALAH :
DR. AHMAD CHE MUNIR,
DR BALBIR SINGH,
DR. KOK LIAN YEE
PROF. MADYA DR ANUAR SUUN
KEHADIRAN MEREKA INI TELAH MEMBERI BANYAK IMPAK YANG POSITIF DALAM BIDANG KEJURULATIHAN. PROGRAM INI SEDIKIT SEBANYAK MEMBANTU PARA JURULATIH UNTUK MENAMBAK ILMU DISAMPING MENGAPLIKASIKAN DIDALAM PROGRAM LATIHAN.
PROGRAM YANG BERAKHIR SEBENTAR TADI TELAH SECARA RASMI DITUTUP OLEH WAKIL PENGURUS BESAR YAYASAN PAHANG.BERSAMA-SAMA INI SAYA LAMPIRKAN BEBERAPA GAMBAR SEMASA SESI : TERAPI SENAMAN UNTUK KECEDERAAN BAHAGIAN BAWAH BADAN OLEH PROF MADYA DR. ANUAR SUUN.
SEKIAN
Laporan disediakan oleh PKU USPTN Pahang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















