Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts

Wednesday, August 27, 2014

HARI PERTAMA : MESYUARAT PENILAIAN PRESTASI SETENGAH TAHUN PROGRAM PELAPIS SERANTAU 2014

Tarikh    : 26 Ogos 2014
Masa    : 8:30 pagi - 5:00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat ASMSN

Mesyuarat Penilaian Prestasi Setengah Tahun Atlet Program Pelapis Serantau 2014 diadakan selama 2 hari yang mana pembentangan pada hari pertama melibatkan sukan Memanah, Gimnastik Artistik, Berbasikal, Taekwondo dan Angkat Berat dan Tinju. Bagi hari kedua pula (27 Ogos 2014) akan melibatkan pembentangan sukan Olahraga serta rumusan keseluruhan sukan. 

Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi menilai serta perbincangan dengan jurulatih mengenai pencapaian setiap atlet di bawah seliaan jurulatih bagi tempoh setengah tahun pertama 2014. Antara agenda yang dibentangkan bagi setiap sukan adalah prestasi atlet, penambahan dan pengguguran atlet, disiplin serta isu-isu sukan melibatkan aspek pemakanan, peralatan dan sesi latihan. Turut dimuatkan dalam sesi pembentangan adalah pemilihan atlet serta perancangan jurulatih bagi persediaan ke Temasya Remaja akan datang. 

Secara keseluruhan bagi hari pertama, mesyuarat memberi gambaran positif yang mana jurulatih dapat membuat perancangan yang lebih terperinci bagi setengah tahun berikutnya. Selain itu jurulatih turut memberi tumpuan dalam pemilihan atlet dan pelaksanaan program bagi temasya yang dimaksudkan.

Sekian.

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Thursday, March 13, 2014

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN TREK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 01/2014

Kejohanan Trek Remaja Kebangsaan Sirkit 01/14 akan berlangsung dari 12 Mac - 16 Mac 2014. Seperti mana amalan bagi tujuan melancarkan kejohanan dan sebagai proses pengesahan penyertaan, mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh.   : 12 Mac 2014
Masa      : 5:00 petang - 6.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Velodrome Cheras, Kuala Lumpur


Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pn. Narashima dari Cawangan Pengurusan Acara, MSNM. Pada kejohanan kali ini, sebanyak 20 pasukan dari negeri dan kelab telah mengambil bahagian yang melibatkan penyertaan sebanyak  238 atlet. Kejohanan ini melibatkan acara bagi kategori Lelaki 19 Tahun Ke Atas, Lelaki 16 - 18 Tahun, Lelaki 13 - 15 Tahun, Wanita 13 - 15 Tahun dan Wanita 16 - 23 Tahun.

Berikut adalah merupakan statistik penyertaan bagi kejohanan ini :
Antara isu berbangkit yang dibincangkan sepanjang mesyuarat berlangsung adalah berkaitan penggunaan gear ring basikal, pembatalan penyertaan atlet ke atas acara yang didaftarkan oleh jurulatih dan hal - hal berkaitan kejohanan. Acara pertama dijangka akan bermula pada 13 Mac 2014 pada jam 9.00 pagi.



Sekian, laporan dari Velodrome Cheras


FAIRUL FADZLI