Monday, January 14, 2013

AYOF 2013 - Hari Pertama

Penerbangan dari KLIA ke Sydney mengambil masa kira-kira 8 jam dan sepanjang tempoh perjalanan tersebut kesemua atlet dan jurulatih mengambil peluang secukupnya untuk berehat. Setiba di Sydney kira-kira jam 10.00 pagi waktu tempatan, proses kastam serta permit senjata telah mengambil masa yang agak lama dan pergerakan ke vanue pengipanan sedikit tersasar. Pasukan hoki bergerak terus ke Macquarie University, pasukan menembak ke UWS Penrith dan pasukan akuatik, gimrama dan badminton ke Sydney University.

Setiba di vanue penginapan ( village ) masing-masing, jamuan tengahari dihidangkan dan proses pendaftaran penginapan dilakukan. Turut menginap di Sidney University adalah negara Brazil , Perancis dan Hungary. Kelihatan juga kontinjen-kontinjen yang telah tiba lebih awal seperti Perancis, Chinese Taipei, New Zealand dan Great Britain. Atlet-atlet hoki dan gimrama turut mengadakan latihan bercorak fizikal pada petang tadi.

Esok, semua atlet akan memulakan sesi latihan rasmi di vanue pertandingan seperti berikut :

1. Akuatik–  Aquatic Centre, Sydney Olympic Park
2. Badminton –  Sports Hall, Sydney Olympic Park
3. Gimrama –  State Sport Center, Sydney Olympic Park
4. Hoki –  Hockey Centre, Sydney Olympic Park
5. Menembak –  Sydney International Shooting Centre Cecil Park

Pasukan berbasikal yang terdiri daripada 12 orang atlet dan 3 orang jurulatih akan tiba dari Melbourne pada jam 11 pagi dan akan terus ke vanue penginapan. Pada masa yang sama juga, beberapa program sampingan turut disediakan oleh penganjur kepada semua atlet seperti kelas " Drug Ed Session" yang diadakan di sekitar vanue penginapan.

Sekian laporan dari Sydney.

Sunday, January 13, 2013

AYOF 2013

Hari ini, seramai 60 orang atlet,jurulatih dan pegawai akan bertolak ke Sydney Australia bagi menyertai Australia Youth Olympic Festival pada 13 - 21 Januari 2013. Daripada 17 jenis sukan yang dipertandingkan, Malaysia hanya akan menyertai 6 jenis sukan sahaja. Pecahan atlet adalah seperti berikut :

Akuatik terjun - 6
Badminton - 6
Berbasikal 12
Gimrama 4
Hoki 16
Menembak 10

Jumlah : 54 orang

Festival ini adalah merupakan platform bagi atlet-atlet remaja sebelum menghadapi temasya utama seperti Sukan Remaja Asia Nanjing 2013, Sukan Olimpik Remaja 2014 dan Sukan SEA 2013 Myanmar. Selamat berjuang kepada semua atlet!

azrulhisyam

Friday, January 4, 2013

AAF JOINT TRAINING PROGRAM 2012


Laporan Ringkas

ASIAN ARCHERY FEDERATION JOINT TRAINING PROGRAM 2012

Program Latihan Bersama ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Memanah Asia (AAF) dengan tujuan untuk memberi pendedahan latihan kepada atlet-atlet serta meningkatkan ilmu pengetahuan kepada jurulatih-jurulatih melalui taklimat dan sesi perbincangan serta penerangan bagi meningkatkan mutu pemanah-pemanah di Rantau Asia. Program ini meniti berat kepada elemen-elemen berikut :

1. Psychological and Mental Training
2. Mental Preparations for Archery Competition
3. Archery Teaching and Skills
4. Physical Fitness Training
5. Match Competition

Program ini berjalan selama 6 hari mulai dari 21-26 Disember 2012 bertempat di World Archery Training Centre, Huamark, Bangkok, Thailand dan negara-negara yang telah dijemput oleh AAF untuk menyertai program kali ini ialah Thailand, Malaysia, Hong Kong, Filipina, Laos, Sri Lanka dan Bangladesh. Seramai 30 orang pemanah Asia berserta 15 orang jurulatih telah menyertai program ini.

Malaysia menyertai program ini dengan menghantar 2 orang jurulatih dan 6 orang pemanah (3 lelaki & 3 wanita) acara recurve daripada Program Pelapis. Atlet-atlet dan jurulatih adalah berikut :

1. En. Zainuddin Talib (JPM Melaka)
2. En. Jaffery Low Wei Loon (JPM P. Pinang)
3. En. Norhairul Nizam Rosdi (Pelapis Serantau)
4. En. Ahmad Afiq Akhiroman (PLN Sabah)
5. En. Ariffuddinnur Zakaria (PLN Selangor)
6. Cik Loke Shin Hui (Pelapis Serantau)
7. Cik Teoh Wen Zhing (Pelapis Serantau)
8. Cik Nurul Ain Husin (Pelapis Serantau)

Walaupun program ini lebih kepada corak latihan bersama namun pada hari-hari terakhir diadakan juga satu ujian atau pertandingan yang melibatkan semua peserta kategori recurve dan compound.Pemanah akan bertanding pada pusingan kelayakan Double 70meter dan jumlah mata akan menentukan kedudukan  untuk acara ranking perseorangan di Pusingan Olimpik.(Kalah Mati).


Bagi kategori wanita recurve, Nurul Ain Husin berjaya berada dikedudukan pertama dengan sejumlah 548 mata, Loke Shi Hui ditempat ketiga dengan 526 manakala Teoh Wen Zhing dikedudukan ketujuh dengan jumlah 458 mata.


Bagi kategori Lelaki pula Muhd Norhairulnizam berada dikedudukan ketujuh dengan 577 mata, Ahmad Afiq dikedudukan kesebelas dengan 560 mata manakala Arriffuddunur dikedudukan kedua belas dengan jumlah 550 mata.


                Bagi kedudukan keseluruhan berpasukan pula pasukan wanita berjaya berada dikedudukan pertama dengan sejumlah 1532 mata dan diikuti oleh pasukan Bangladesh dengan 1335 mata. Pasukan lelaki pula ditempat kedua dengan skor 1687 belakang juara Thailand (1774) manakala Bangladesh ditempat ketiga dengan 1227 mata.


                Untuk acara Pusingan Olimpik Round, Nurul Ain Husin telah berjaya kepusingan Akhir setelah menewaskan lawan masing-masing iaitu kedua-dua dari Hong Kong dengan  6-2,6-4 untuk bertemu seorang lagi pemanah negara iaitu Loke Shin Hui yang juga turut cemerlang menewaskan pemanah dari Laos 6-0 dan Bangladesh 6-2. Mereka bertanding diperingkat akhir hingga kepenentuan Shoot Off dan telah dimenangi oleh Loke Shin Hui dengan 10-9 manakala Teoh Weng Zhing berjaya mengalahkan pemanah Bangladesh tetapi tewas kepada pemanah Laos diperingkat suku akhir.


Bagi kategori Lelaki pemanah Muhd Norhairulnizam berjaya menewaskan pemanah Laos dengan aggeregat 6-0 sebelum dikalahkan oleh pemanah Thailand dengan 7-1 manakala Ariffudinnur juga berjaya menewaskan pemanah Bangladesh 6-2 sebelum ditewaskan oleh pemanah Thailand aggeregat 2-6 dan pemanah Ahmad Affiq dikalahkan oleh pemanah Hong Kong dengan aggeregat 2-6.


Laporan oleh:

Giam FP

Wednesday, January 2, 2013

Hari Terakhir: Kejohanan Berbasikal "Tasmania Carnival 2012"


Tarikh : 01 Januari 2013
Tempat : Burnie Athletic Club
Masa : 11.00 AM - 8.30 PM
Saiz Veledrom : 500M

Acara yang disertai atlet Pelapis
1. Men's 1KM Handicap
2. Men's 2KM Handicap
3. Women's B Grade Scratch Race
4. Men's C Grade Scratch Race
5. Men's Wheel Race 3KM

Keputusan/Pencapaian

Men's 1KM Handicap (20 Pelumba)
Pertama  : Muhammad Afiq Husni - $600
Ke - 2 : Mohd Firdaus Zonis - $250

Men's 2KM Handicap (20 Pelumba)
Ke-2 : Muhammad Afiq Husni - $375

5 orang pelumba pelapis iaitu Shah Firdaus, Firdaus Zonis, Irwandi Lakasek, Aele Shafri Rusli, Farid Razali juga berjaya memasuki pusingan akhir selepas melepasi pusingan kelayakan pada heat masing-masing.

Men's C Grade Scratch Race (11 Pelumba)
Ke-2 : Asyraf Naim Ying - $90


Keputusan/Pencapaian atlet Senior/Elit

Women's B Grade Scratch Race (13 Pelumba)
Ke-2 : Ummi Hamimah - $60

Women's Wheel Race 2KM (20 Pelumba)
Ke-3 : Jupha Somnet - $500

Dengan ini berakhirlah Karnival Tasmania untuk tahun 2012. Para pelumba akan kembali ke Melbourne pada besok hari dan seterusnya membuat persiapan untuk menyertai AYOF.

--
Sekian, terima kasih

RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN 

Sunday, December 30, 2012

Laporan kejohanan lebuh raya grand prix final Melaka

Tarikh: 29 dis 2012

Tempat: Bukit Katil Melaka

Hari ini perlumbaan lebuhraya yang melibatkan 3 kategori. Perlumbaan lelaki elit sejauh 220km dan wanita terbuka sejauh 126km yang bermula jam 8.30 pagi. Kategori lelaki elit menamatkan perlumbaan pada jam 2.30 petang. Manakala wanita jam 12.00tgh. Kategori lelaki junior bermula pada sebelah petang pada jam 2.00 petang iaitu sejauh 126km.

Berikut adalah senarai pemenang.

Kategori lelaki elit
1. Mohd fauzan -Pdrm
2. Mohd fallanie-Dbkl
3.Mohd Rauf misbah-Malaysia
4.Mohd ekbar damanhuri- pelapis keb/malaysia

Kategori terbuka wanita
1.Nor azian alias- msn
2.maszyiaton radzi-kedah
3.mariana mohd-selangor
4.lauretta eva adrian-pelapis kebangsaan.

Kategori junior lelaki
1. Mohd izzat hilmi-johor
2.akmal hakim- selangor
3. Muhd azrul taufiq anuar-pelapis kebangsaan.

Juara keseluruhan dari sirkit 1 hingga 5.

Kategori junior lelaki
1.muhd firdaus abd karim-pelapis kebangsaan
2. Abd aziz zahit-terengganu
3.mohd sabti-terengganu.

Kategori wanita
1.masziaton mohd radzi-kedah
2.nurul suhada-malaysia
3.nor azian alias.

Sekian laporan dari melaka.

Azrain
Pengurus PK

Hari ke-3: Kejohanan Berbasikal "Tasmania Carnival 2012"

Tarikh : 29 Disember 2012
Tempat : Devonnport Oval
Masa : 2.30 PM - 9.30 PM
Saiz Veledrom : 500M

Acara yang disertai atlet Pelapis
1. Women's Lightning Handicap 1KM
2. Men's Lightning Handicap 1KM
3. C Grade Men's Scratch Race
4. B women's Grade Scratch Race
5. Mersey Wheel Race


Keputusan/Pencapaian

Women's Lighting Handicap 1KM (16 Pelumba)
Ke-4  - Farina Shawati - $30

Men's Lightning Handicap 1KM (16 Pelumba)
Ketiga - Mohd Shah firdaus - $70

C Grade Men'S Scratch Race (19 Pelumba)
Kedua - Mohd Shah Firdaus - $80

Perlumbaan akan disambung besok di venue yang sama

--
Sekian, terima kasih

RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN 

Saturday, December 29, 2012

Hari Ke-2: Kejohanan Berbasikal "Tasmania Carnival 2012"


Tarikh : 28 Disember 2012
Tempat : Silverdome Indoor Veledrome, Lounceston
Masa : 5.00 PM - 12.00 AM
Saiz Veledrom : 285M

Acara yang disertai atlet Pelapis
1. Lightning Handicap
2. Ladies 1KM Handicap
3. C Grade Elimination
4. Ladies B Grade Elimination
5. Ladies B Grade Scratch Race
6. C Grade Scratch Race
7. Men's Wheel Race
8. Ladies Wheel Race


Keputusan/Pencapaian

Lighting Handicap 1KM (16 Pelumba)
Pertama  - Mohd Firdaus Zonis - $500
Kedua     - Mohamad Naim Ying - $200

Ladies 1KM Handicap (15 Pelumba)
Ketiga - Nur azian Maslin - $30

C Grade Elimination Race
Pertama - Mohd Firdaus Zonis - $100
Ketiga    - Irwandie Lakasek - $25

Ladies B Grade Elimination Race
Ketiga - Farina Shawati - $25

Ladies B Grade Scratch Race
Ketiga - Farina Shawati - $40

C Grade Scratch Race
Pertama - Mohd Firdaus Zonis - $150
Ketiga    - Irwandi Lakasek - $40

Kemalangan
Irwandi Lakasek telah terlibat dalam satu kemalangan.Walaupun beliau selamat dan boleh meneruskan perlumbaan, tetapi Disc Wheel yang digunakan oleh beliau pecah kerana dirempuh oleh pelumba lain


Sekian, terima kasih

RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN