TARIKH : 6 JULAI - 14 JULAI 2014
TEMPAT : YANG-YANG INTERNATIONAL VELEDROME YANG-YANG COUNTRY, KOREA
6 Julai 2014
Pada minggu ketiga kem WCC-KS, tempat latihan telah berpindah ke Yang-Yang Country yang mana tujuan kem WCC-KS ditempatkan di situ sebagai persiapan awal ke kejohanan tertutup Korea yang bermula 11 - 14 Julai 2014. Kawasan ini merupakan kawasan pantai dan mengambil masa 3 jam dari KSPO Keirin Training Centre.
7 Julai -10 julai 2014
Bermula 7 Julai 2014, program latihan WCC-KS lebih kepada teknik dan jugak taktikal semasa dalam perlumbaan. Setiap jurulatih diberi penerangan yang lebih terperinci oleh ketua jurulatih WCC-KS agar perlumba tidak gementar ketika perlumbaan. Selain itu, turut diadakan latihan yang lebih spesifik kursus bagi acara endurance seperti 'Attacking, Staking 4 lines dan Overtake Laps'. Teknik ini amat penting bagi acara point race,scratch race dan juga pelumbaan yang melibatkan ketahanan. Bagi acara sprint pula, beberapa latihan telah dijalankan iaitu Seated 2 Laps, Moto Pase 4 Laps and Flying 1 lap.
11 Julai-14 julai 2014
KSPO KERIN CENTER telah menganjurkan Kejohanan tertutup Korea yang mana peserta kem dibawah program WCC-KS turut terlibat bagi mengukur tahap kemampuan pelumba . Acara-acara yang di pertandingkan turut mengikut undang-undang UCI iaitu 200 m Sprint, Team Sprint, Team Pursuit, Individual Pursuit dan 1 km Time Trial, turut diadakan acara (Korea Style) iaitu Standing Start 1 Lap, Flying 2 Laps dan Team Sprint Wanita bertiga.
Catatan masa individu pelumba Malaysia :
1. Muhammad Khairil Nizam Rasol (Atlet)
200 meter Sprint - 11.106
1km time trial - 1.11.346
2. Eiman Firdaus Mohd Zamri (Atlet
3 km Ind Pursuit - 3.45.446
1km time trial - 1.09.426
Secara keseluruhannya pelumba Malaysia menunjukkan kayuhan yang baik. Sehingga pertengahan fasa kem ini, pasukan Malaysia berada dalam keadaan baik.
LAPORAN OLEH,
MUHAMMAD ZAMANI MUSTARUDIN