Monday, October 27, 2014

KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI ( MAG ) & WANITA ( WAG ) PELAPIS NEGERI 2014

26 Oktober 2014

Hari keempat kem bakat di terus dengan latihan asas apparatus dan masih mengikut peringkat umur iaitu 7-8 tahun, 9-10 tahun dan 11-12 tahun.

Selepas sarapan pagi, semua atlet berkumpul di depan hotel dan menyanyikan lagu Negara Ku sebelum menaiki bas ke Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Seperti biasa pemanasan badan telah dilaksanakan sebelum atlet menjalani latihan asas atas apparatus mengikut kumpulan masing-masing.

Memandangkan semua atlet nampak tidak bermaya sesi latihan pada hari ini dipendekkan untuk memberi ruang kepada semua untuk dapat rehat dan rawat lebih lama. Sesi pagi bermula pada jam 9:30 pagi dan tamat pada jam 12:00 tengahari. 

Pada sebelah petang sesi bermula pada jam 3:00 petang dan akhir pada jam 5:30 petang. Latihan disebelah petang adah penyambungan latihan pada sesi pagi tadi. Atlet semua menunjukkan sesungguhan dalam latihan memandangkan keesokkan hari adalah sesi 'Control Testing'.

Aktiviti pada sebelah malam telah dibatalkan atas permintaan daripada ketua jurulatih kem memandangkan semua atlet nampak tidak bermaya dan penat.

Pada hari ini, 3 orang atlet demam dan 3 orang atlet mengalami hidung berdarah dan semua telah dirujuk ke klinik yang berdekatkan di hotel penginapan.

LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI ( MAG ) & WANITA ( WAG ) PELAPIS NEGERI 2014

25 Oktober 2014

Hari ini masuk hari ketiga Kem Bakat Sukan Gimnastik Artistik berlangsung. Seperti hari-hari yang lain, kem bermula dengan perhimpunan pagi dan seterusnya pemanasan badan sebelum memulakan sesi latihan asas.

Selepas sesi pemanasan badan, atlet menjalani latihan asas mengikut kumpulan umur masing-masing. Setiap kumpulan akan berstation disetiap apparatus selama 30 minit dan 'rotate' ke apparatus lain selepas itu. Latihan pagi tamat pada jam 12:00 tengahari dan atlet balik ke hotel untuk makan tengahari.

Sesi petang bersambung pada jam 3:00 petang dengan latihan asas juga. Ketua jurulatih menekan pada latihan asas mengikut peringkat umur memandangan ramai atlet mempunyai asas yang tidak begitu sempurna. Latihan petang tamat pada jam 5:30 petang.

Selama kem ini berlangsung, 4 orang atlet demam dan 2 orang atlet mengalami kecederaan ringan di kaki. Semua telah dirujuk dengan segera ke klinik untuk dapat rawatan.

Satu sesi aktiviti team building telah di adakan pada sebelah malam dimana atlet-atlet berkumpul untuk menjalani permainan untuk membina semangat, kerjasama, disciplin dan kepintaran atlet. Sesi tamat pada jam 10:00 malam.
Aktiviti akan bersambung esok dengan latihan asas di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara mula jam 9:00 pagi.

LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

Sunday, October 26, 2014

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL SIRI 1/2014 : HARI TERAKHIR

Pada hari terakhir Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 1/2014 semua negeri semua atlet serta jurulatih yang terlibat dengan kem telah bersiap-siap untuk bergerak pulang ke negeri masing-masing. Kebanyakan negeri telah bertolak awal pagi kerana jarak perjalanan yang jauh dan ada di antara atlet yang akan bersekolah pada keesokan harinya.

Secara rumusan, kem ini telah berjaya mencapai objektif dan tujuan bagi melihat atlet-atlet yang terpilih menunjukan kemampuan dan komitmen sepanjang kem ini berjalan. Jurulatih Pelapis Kebangsaan iaitu Cikgu Sood amat berpuas hati dengan keupayaan atlet mendengar arahan disamping jurulatih-jurulatih memberi kerjasama yang baik bagi mendidik atlet-atlet muda agar mencapai kejayaan pada suatu hari nanti. Diharap kerjasama yang baik ini dapat ditunjukan pada kem-kem yang akan datang.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

Saturday, October 25, 2014

KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI (MAG) & WANITA (WAG) PELAPIS NEGERI 2014

24 Oktober 2014
Sesi pagi hari ini bermula pada jam 8:00 pagi dengan Latihan Asas mengikut negeri masing-masing. Sepatutnya sesi pagi ini adalah sesi Ujian Kecergasan dan terpaksa diubah jadual atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pada jam 10:30 pagi atlet dipecahkan mengikut peringkat umur iaitu 7-8 tahun, 9-10 tahun dan 11-12 tahun. Latihan asas dijalankan mengikut apparatus dan setiap apparatus dikendalikan oleh 2 orang jurulatih.

Sesi petang bersambung pada jam 3:00 petang selepas solat jumaat dengan latihan asas dalam kumpulan peringkat umur.
Latihan Asas lelaki adalah berikut:

Apparatus Lantai
Umur 7-8 tahun - Forward Roll, Backward Roll dan Tuck jump.
Umur 9-10 tahun
- Forward Roll, Backward Roll, Tuck jump, Dive Roll, Handspring dan Run off.
Umur 11-12 tahun
- Dive Roll, Handspring, Run off, Front Salto, Run off Flick-Flac dan Fly-spring.

Apparatus Kekuda Berpelana
Umur 7-8 tahun - Half double leg circle - One double leg circle and stop - On Pommel - swing leg left & right
Umur 9-10 tahun
- Double leg circle - 1 until 5 leg circle and stop - Scissors (single leg circle) - Swing Scissors (left & right).
Umur 11-12 tahun
- Double leg circle 10 - Swing Scissor (left & right) - Scissor forward single leg circle (left & right)

Apparatus Palang Sejajar
Umur 7-8 tahun - Swing forward position - Station support position - Push up on P-bar with arm straight  - Swing in support
Umur 9-10 tahun
- Swing up on P-bar - Arm on P-bar with leg forward - Arm support on P-bar - Walking in support on P-bar
Umur 11-12 tahun
- Swing up on P-bar - Arm on P-bar with leg forward - Arm support on P-bar - Swing with arm support - Swing handstand on P-bar

Apparatus Gelang
Umur 7-8 tahun - Pull and hold on Rings - Banana Swing - Superman Swing
Umur 9-10 tahun
- Pull and hold on Rings - Pike hold - Straight body hang - backward hang
Umur 11-12 tahun
- Pull and hold on Rings - Pike Hold - Straight body hang - Backward hang - Swing on Rings

Apparatus Melombol
Umur 7-8 tahun - Straight jump - Take off jump - Speed 20 meter - Speed to jump on vault
Umur 9-10 tahun
- Straight jump - Take off jump - Speed 20 meter - Speed to jump on vault - Jump to handstand
Umur 11-12 tahun
- Straight jump - Take off jump - Speed 20 meter - Speed to jump on vault - jump to handstand - Jump to handspring

Bagi atlet-atlet wanita, sesi Ujian Flexibility dan Ability yang telah dijalankan pada petang ini. Pada sesi sebelah malam, satu perjumpaan semua jurulatih dan SDO kem Bakat bersama En. Jefri Ngadirin, Pengarah Cawangan Pelapis.  Turut serta dalam perjumpaan adalah En. Azrul Hisham, Ketua Unit Pelapis Kebangsaan dan En. Megat Ahmad Kushairy,  Ketua Unit Pelapis Serantau.  Manakala sesi untuk atlet adalah tayangan video.

Aktiviti hari ini berakhir pada jam 10:00 malam dan akan bersambung pada esok jam 8:00 pagi dengan Latihan Asas Gimnastik.

Laporan Oleh,
Giam Fook Pang 
 Pengurus Sukan Pelapis Negeri