Tuesday, December 23, 2014

KEM T20 MEMANAH 2014 : HARI PERTAMA

21 Disember 2014

Kem T20 sukan memanah program jangka panjang tahun 2020-2024 bermula pada 21 Disember sehingga 25 Disember 2014 bertempat di Padang Memanah Stadium Larkin Johor Bahru. Seramai 35 atlet (19 wanita 16 lelaki), 9 jurulatih dan 3 urua setia telah terlibat semasa kem ini berlangsung. Pada kali ini pihak urus setia telah melantik jurulatih En. Norhizam Ishak (Juruatih Elit)  selaku ketua jurulatih bagi membimbing para atlet yang akan di bantu oleh 8 jurulatih yang lain.

Pihak urus setia telah memilih Hotel Seri Malaysia Johor Bahru sebagai penginapan atlet, jurulatih dan uruse setia yang terlibat. Bagi sesi latihan pula, padang memanah Stadium Larkin di jadikan pusat latihan sepanjang kem berjalan. Pada hari ini pendaftaran atlet dibuka  jam 12 tengah hari bagi atlet yang telah sampai lebih awal di sini sehinga jam 3.00 petang bagi menunggu kehadiran atlet di seluruh negeri.

Sesi taklimat daripada urus setia bermula jam 4.00 petang sehingga ‎5.30 petang bagi memaklumkan perjalanan program sehingga di penghujung program kem ini. Pada sebelah malam tepat jam 8.30 malam sesi Klinik Pengenalan sukan memanah telah diadakan yang dipimpin oleh kesemua jurulatih yang terlibat. Klinik ini lebih menekankan para atlet kepada teknik latihan yang betul, peralatan yang digunakan serta fokus didalam latihan serta beberapa perkara lain yang berkaitan.

Sesi klinik telah tamat jam 10 malam dan akan bersambung program keesokan hari ‎bermula jam 6.30 pagi dengan perhimpunan pagi dan sesi ujian kecergasan yang dibantu oleh pihak ISN Nusajaya , dimana ujian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesihatan dan kecergasan para atlet sebelun meneruskan kem latihan. Dilampirkan gambar-gambar sekitar perjalanan hari pertama Kem T20 sukan memanah.

LAPORAN OLEH,
NORISHAH SABIDI
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN

Thursday, December 18, 2014

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN USPTN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2014

Hari ini masuk hari kedua pemantauan pusat latihan negeri dijalankan di Wilayah Persekutuan Labuan. Sebanyak 4 sukan dibawah USPTN WP Labuan telah dilawati iaitu sukan angkat berat, memanah, olahraga dan lawn bowl. Pemantauan pada hari ini juga dilakukan oleh Pegawai Pembangunan Negeri Labuan iaitu En.Hairie Nizam dan Pemangku Ketua Unit USPTN WP iaitu Cik Zurina Khalit. Berikut adalah beberapa ulasan semasa pemantauan dilakukan:

Angkat Berat
Tempat : Kompleks Sukan Labuan

Seramai 9 orang atlet telah hadir semasa pemantauan dijalankan yang dikendalikan oleh En.Eyan Jolis. Terdapat beberapa peralatan yang tidak mencukupi seperti magnesium powder dan peralatan lain yang telah uzur. Jurulatih memaklumkan tiada masalah dari segi kehadiran atlet.

Memanah
Tempat : Kompleks Sukan Labuan

Latihan memanah berjalan seperti biasa namun target bat yang tidak mencukupi sedikit mengganggu sesi latihan kerana telah diguna pakai bagi kejohanan borneo baru-baru ini. Kehadiran atlet adalah memuaskan dan tiada masalah peralatan yang dibangkitkan semasa pemantauan dilakukan. Jurulatih sedia ada memohon penambahan JSM bagi membantu beliau untuk menampung atlet yang ramai.

Olahraga
Tempat : Kompleks Sukan Labuan

Sesi latihan dijalankan oleh En.Budi iaitu pembantu jurulatih kerana JSM Andrain Chew tidak dapat hadir kerana terlibat dengan aktiviti sekolah. Seramai 8 orang atlet yang hadir pada hari ini dan kesemuanya adalah bagi acara balingan. Jurulatih memohon bantuan peralatan bagi acara balingan dan peralatan lain seperti medicine ball. Selain itu tiada masalah yang dibangkitkan.

Lawn Bowl
Tempat : Lawn Ball International Arena Labuan

Sesi latihan telah dikendalikan oleh JSM iaitu En.Hassan bin Hussin dan seramai 18 orang telah hadir dalam sesi latihan pada hari ini. Jurulatih memaklumkan bagi sukan lawn bowl tiada masalah dari segi kehadiran atlet sepanjang tahun ini dan begitu juga peralatan. Namun jurulatih memohon pertambahan jurulatih memandangkan atlet lawn bowl yang semakin ramai iaitu seramai 46 orang.
LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

Wednesday, December 17, 2014

AUDIT PENGURUSAN PROGRAM & PEMANTAUAN PLN USPTN W.P LABUAN 2014

Hari ini 16 Disember 2014 satu pemantauan telah diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan. Pemantauan Pusat Latihan Negeri dan Audit Fail USPTN Labuan dilakukan adalah bagi mengemaskini dan membuat penambahbaikan pada masa akan datang. Audit 8 fail telah bermula pada sebelah petang dan pada sebelah malam sesi pemantauan telah diteruskan di Pusat Latihan Tinju. Berikut adalah ulasan semasa audit dan pemantauan sukan dilakukan:

Maklumat Atlet
Maklumat atlet kebanyakan tidak lengkap dan fail tidak disusun dengan kemas dan rapi. Biodata atlet tidak dikemaskini untuk tahun 2014 dan kebanyakan biodata tidak mempunyai gambar atlet. 

Maklumat Jurulatih
Maklumat jurulatih adalah lengkap dan telah dikemaskini pada tahun semasa iaitu 2014. Namun fail jurulatih perlu disusun kemas dan ditanda mengikut sukan masing-masing.

Maklumat Pusat Latihan
Maklumat pusat latihan juga lengkap beserta gambar dan telah ditandakan mengikut sukan. Sebanyak 5 maklumat pusat latihan iaitu memanah, olahraga, tinju, lawn bowls dan angkat berat telah difailkan.

Inventori Peralatan
Maklumat inventori peralatan adalah lengkap namun tidak disusun mengikut tahun. Borang-borang penerimaan barang telah bercampur mengikut tahun di dalam satu fail. Teguran telah diberikan agar mengasingkan setiap fail mengikut tahun masing-masing.

Laporan bulanan Jurulatih
Laporan bulanan jurulatih telah dihantar mengikut bulan dan tiada masalah bagi laporan jurulatih ini. Semua maklumat laporan adalah lengkap dan bayaran elaun jurulatih juga dibayar setelah laporan diterima oleh pihak USPTNWP Labuan.

Data Sains Sukan
Tiada maklumat data sains sukan telah disimpan kerana jurulatih tiada ujian dari ISN dan jurulatih dilakukan ke atas semua sukan di bawah PLN di Labuan.

Takwim Kejohanan
Takwim kejohanan adalah lengkap bagi semua sukan namun beberapa teguran telah dibuat agar fail ini dikemaskini mengikut sukan dan tersusun dengan lebih rapi.

Maklumat Periodisasi
Tiada maklumat periodisasi yang disimpan pada tahun ini dan teguran telah dibuat agar bengkel periodisasi dilakukan pada tahun ini bagi persediaan tahun 2015.

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI

Sukan Tinju
Masa :7.00 mlm
Tempat : Art Martial Equipment
Atlet : 9 orang

Satu pemantauan telah dilakukan dimana PLN Tinju telah berkongsi dengan 3 sukan yang lain iaitu Muay Thai, Silat, Dan Karate namun berbeza dari segi masa dan sesi latihan. Tiada masalah yang dibangkitkan dan jurulatih memohon bantuan bagi peralatan barang seperti glove dan head gear. Kehadiran atlet adalah konsisten dan atlet tiada masalah untuk berlatih pada waktu malam.

Pemantauan sukan akan bersambung pada keesokan hari di 4 buah pusat latihan iaitu memanah, olahraga, angkat berat dan lawn bowl.
LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

Tuesday, December 16, 2014

KEM T20 BERBASIKAL 2014 : HARI TERAKHIR

12 Disember 2014

Hari ini merupakan hari terakhir Kem T20 Berbasikal 2014.  Kesemua atlet berkumpul di Bilik Mesyuarat pada jam 9:00 pagi selepas sarapan pagi untuk penutupan rasmi Kem Sukan tersebut.

Ketua Jurulatih, En. Suod Hussain membuat rumusan kem dan beliau mengingatkan semua atlet untuk berkerja keras dan rajin menjalani latihan di negeri masing-masing sekiranya hendak mengekalkan diri dalam Program T20 ini.

Sebelum majlis bersurai, En. Suod Hussain menyampaikan sijil penghargaan kepada semua jurulatih serta sijil penyertaan kepada semua atlet yang terlibat dalam Kem ini. Beliau juga menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Mini Pertandingan. Majlis tamat pada jam 10:00 pagi dan semua jurulatih dan atlet 'check-out' hotel dan bertolak pulang ke negeri masing-masing.
LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

Saturday, December 13, 2014

KEM T20 BERBASIKAL 2014 : HARI KELIMA

11 Disember 2014

Kem masuk hari kelima dan hari ini semua atlet menyertai satu Mini Pertandingan. Acara yang dipertandingan adalah seperti berikut;

1. Fly 200 meter
2. Standing Start 500 meter
3. Standing Start individual 2 km
4. Handicap Race 2 km
5. Flying 1 Lap

Pertandingan pada sebelah pagi bermula pada jam 8:30 pagi dengan acara Fly 200 meter di ikuti oleh Standing Start 500 meter dan Flying 1 Lap. Semua atlet juga menjalani teknik kayuhan bagi Team Pursuit. Sesi tamat pada jam 12:00 tengahari.

Pertandingan bersambung pada jam 2:30 petang dengan pertandingan Standing Start Individual 2 km dan Handicap Race 2 km. Walaubagaimana pun pertandingan sebelah petang terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat dan trek menjadi licin & merbahaya bagi pelumba.

Keputusan Rasmi Mini Pertandingan

Kategori Lelaki

Fly 200 meter
1. Muhammad Harith (Perak) 12.128
2. Muhammad Nur Aiman (Johor) 12.625
3. Wan Abdul Rahman (Terengganu) 12.673
4. Nur Nazarul Nazmir (Perlis) 12.970
5. Zuladri Azim (Terengganu) 13.062
6. Muhammad Faiz (Kedah) 13.121
7. Muhammad Helmi (Perak) 13.215
8. Syafiq Fadhlil Baqi (Sarawak) 13.281
9. Muhammad Azim (N. Sembilan) 13.676
10. Muhammad Aiman Haiqal (Selangor) 13.859
11. Sunan Promwichit (Perlis) 14.874
12. Muhd Mujahid (Kedah) - Mengalami kecederaan

Standing Start 500 meter
1. Muhammad Harith Arief (Perak) 37.316
2. Muhammad Nur Aiman (Johor) 37.579
3. Nur Nazarul Nazmir (Perlis) 38.185
4. Wan Abdul Rahman (Terengganu) 39.068
5. Muhammad Faiz (Kedah) 39.243
6. Muhammad Azim (N. Sembilan) 39.691
7. Zuladri Azim (Terengganu) 40.423
8. Syafiq Fadhlil (Sarawak) 40.482
9. Mohamad Helmi (Perak) 40.374
10. Muhammad Aiman Haiqal (Selangor) 41.080
11. Sunan Promwichit (Perlis) 42.143
12. Muhd Mujahid (Kedah) - Mengalami kecederaan

Flying 1 Lap
1. Muhammad Harith Arief (Perak) 20.743
2. Muhammad Nur Aiman (Johor) 21.202
3. Wan Abdul Rahman (Terengganu) 21.546
4. Syafiq Fadhlil (Sarawak) 22.418
5. Nur Nazarul Nazmir (Perlis) 22.487
6. Muhammad Faiz (Kedah) 22.733
7. Zuladri Azim (Terengganu) 22.929
8. Muhammad Helmi (Perak) 22.956
9. Muhammad Azim (N. Sembilan) 23.609
10. Muhammad Aiman Haiqal (Selangor) 23.857
11. Sunan Promwichit (Perlis) 25.159
12. Muhd Mujahid (Kedah) - Mengalami kecederaan

Kategori Wanita

Flying 200 meter
1. Ezatie Fifiyana (ASZU) 13.797
2. Siti Nur Alya (Terengganu) 14.067
3. Nur Fasihah Adilah (Selangor) 14.391
4. Fatin Najiha (P. Pinang) 14.729
5. Arianna Prom Wichit (Perlis) 14.909
6. Siti Zulaikha (Johor) 15.078
7. Nurul Najwa (Pahang) 15.252
8. Farah Haifaa (N. Sembilan) 15.343
9. Sharifah Nurilya Az-Zahra (Terengganu) 15.408
10. Nuraina Syarah (ASZU) 15.479
11. Nur Faizah (Terengganu) 16.161
12. Nor Alia Nabila (Pahang) 16.428
13. Uzwana Izati (Johor) 16.518
14. Siti Nur Afiezah (N. Sembilan) 18.556
15. Putri Rabi'atul Nisa (Johor) 22.359
16. Nur Syamimi Nabila (P. Pinang) DNS
17. Nur Syamimi Nasuha (P. Pinang) DNS
18.  Azzua (Sarawak) - Mengalami kecederaan
19. Cassandra Anak Lukas (Sarawak) - Mengalami kecederaan

Standing Start 500 meter
1. Ezatie Fifiyana (ASZU) 42.120
2. Farah Haifaa (N. Sembilan) 43.371
3. Nur Fasihah Adilah (Selangor) 43.617
4. Arianna Prom Wichit (Perlis) 43.846
5. Siti Nur Alya (Terengganu) 45.008
6. Fatin Najiha (P. Pinang) 45.100
7. Sharifah Nur Ilya Az-Zahra (Terengganu) 46.072
8. Siti Zulaikha (Johor) 46.306
9. Nur Faizah (Terengganu) 46.730
10. Nuraina Syarah (ASZU) 47.257
11. Nurul Najwa (Pahang) 47.608
12. Nor Alia Nabila (Pahang) 48.402
13. Putri Rabi'atul Nisa (Johor) 48.658
14. Uzwana Izati (Johor) 51.319
15. Siti Nur Afiezah (N. Sembilan) 53.489
16. Nur Shamimi Nabila (P. Pinang) DNS
17. Nur Shamimi Nasuha (P. Pinang) DNS
18. Azzua (Sarawak) - Mengalami kecederaan
19. Cassandra Anak Lukas (Sarawak) - Mengalami kecederaan

Flying 1 Lap
1. Ezatie Fifiyana (ASZU) 23.745
2. Siti Nur Alya (Terengganu) 24.871
3. Nur Fasihah Adilah (Selangor) 25.661
4. Farah Haifaa (N. Sembilan) 35.810
5. Nur Faizah (Terengganu) 25.885
6. Siti Zulaikha (Johor) 26.244
7. Arianna Prom Wichit (Perlis) 26.714
8. Nuraina Syarah (ASZU) 26.754
9. Nurul Najwa (Pahang) 26.764
10. Fatin Najiha (P. Pinang) 27.371
11. Sharifah Nur Ilya Az-Zahra (Terengganu) 27.695
12. Nor Alia Nabila (Pahang) 28.196
13. Uzwana Izati (Johor) 30.131
14. Putri Rabi'atul Nisa (Johor) 32.127
15. Siti Nur Afiezah (N. Sembilan) 32.252
16. Nur Shamimi Nabila (P. Pinang) DNS
17. Nur Shamimi Nasuha (P. Pinang) DNS
18. Azzua (Sarawak) - Mengalami kecederaan
19. Cassandra Anak Lukas (Sarawak) - Mengalami kecederaan

Sesi malam diadakan sesi tayangan video yang telah dirakamkan semasa atlet menjalani mini pertandingan. Tujuan tayangan video tersebut adalah untuk memaklumkan kepada atlet kesilapan yang telah dilakukan semasa pertandingan dan cara-cara untuk memperbaiki kayuhan.
LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

KEJOHANAN MENEMBAK SEASA 2014 : HARI KEENAM

11 Disember 2014

Acara 10m Air Pistol (M) bermula pada jam 9 pagi dan disertai oleh tiga (3) orang atlet Elit iaitu Johnathan, Liew Tack Fai dan Choo Wen Yan.

Berakhirnya acara tersebut, jam 11 pagi acara diteruskan dengan 10m Air Pistol (M) Junior dan seramai 25 orang peserta telah terlibat.  Peserta dari Malaysia adalah Abd. Hadi, Eddy Chew (Elit), Jasmi (Pelapis Kebangsaan) dan Muhd. Ammar (Pelapis Negeri).

Pada jam 2 petang pula acara diteruskan dengan final 10m Air Pistol (M) dan seorang (1) atlet Malaysia telah layak iaitu Johnathan Wong (Elit). Manakala di lapangsasar Chua Chu Kang pula acara telah berlangsung pada jam 9 pagi dengan acara 50m Rifle Prone (M) kelayakan dan seramai lima (5) orang atlet telah berjaya melepasi kelayakan tersebut.  Mereka adalah Mohd. Hadafi, Mohd. Shahril, Muhd. Ezuan (Elit), Zul Haziq dan Muhd. Lutfi (Pelapis Kebangsaan). 

Pada jam 11 pagi acara final dimulakan dan atlet Malaysia telah menunjukkan persaingan yang sengit antara satu sama lain dalam menempatkan diri masing-masing untuk berada dikedudukan yang terbaik.

Pada sebelah malamnya pula jam 8.30 malam sesi atlet (Pelapis Kebangsaan & Negeri) bersama pegawai psikologi dijalankan dan beberapa aktiviti seperti motivasi, latihan penafasan, latihan konsentrasi dengan menggunakan concentration grid dan latihan relaksasi otot (progresive muscle relaxation) telah dijalankan selama 2 jam.

Berikut adalah keputusan bagi 11 Disember 2014 :

10m Air Pistol (M) - Individu
1. Johnathan (MAS/Elit) - 198.2
2. Naung Ye (MYA) - 195.8
3. Hoang Xuan (VET) - 176.0

10m Air Pistol (M) - Berpasukan
1. VET - 1722
2. TPE - 1701
3. MYA - 1699

10m Air Pistol (M) Junior - Individu
1. Eddy Chew (MAS/Elit) - 564
2. Wu Cheng (TPE) - 561
3. Wong Han (SIN) - 560

10m Air Pistol (M) Junior -Berpasukan
1. TPE - 1666
2. SIN - 1646
3. MAS - 1663 (Eddy/ A. Hadi/ Jasmi)

50m Rifle Prone (M) - Individu
1. M. Shahril (MAS/Elit) - 206.5
2. Ong Jun (SIN) - 206.4
3. Htaik Kaung (MYA) - 162.2

50m Rifle Prone (M) - Team
1. MYA - 1837.8
2. MAS - 1836.8 (M. Ezuan/M. Hadafi/M. Zubair)
3. SIN - 1817.8

LAPORAN OLEH,
NORJIHAN BASHAH
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN

KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN 2014 : HARI TERAKHIR


Hari ketiga pertandingan berlangsung dengan 2 kategori lelaki dan 2 kategori wanita dipertandingkan. Seramai 5 atlet lelaki dan 3 atlet wanita dari Pelapis Negeri mengambil bahagian untuk hari ketiga. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan untuk hari ketiga
Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 2014.

Kategori Wanita 75kg

Snatch
1. Siti Aisyah Bt Rosli (1995) PS - KG
2. Jabriella Teo Samuel (1998) PS - 75kg
3. Nurafikah Nadrah (1998) SEL - 61kg

Clean & Jerk
1. Jabriella Teo Samuel (1998) PS - 100kg
2. Siti Aisyah Rosli (1995) PS - 96kg
3. Nurafikah Nadrah (1998) SEL - 71kg

Keseluruhan
1. Jabriella Teo Samuel (1998) PS - 175
2. Siti Aisyah Rosli (1995) PS - 172kg
3. Nurafikah Nadrah (1998) SEL - 132kg

Wanita +75KG

Snatch
1. Jacquelin Teo Samuel (1995) Putrajaya - 65KG

Clean & Jerk
1. Jacquelin Teo Samuel (1995) Putrajaya - 83KG
2. Nor Hayati Mohtar (1996) Kelantan - 72KG

Keseluruhan
1. Jacquelin Teo Samuel (1995) Putrajaya - 148KG

Kategori 105KG

Snatch
1. Elisha Louis Tan Kin Ho (1992) PK - 140KG
2. Mohd Raduan Abu Bakar (1992) PDRM - 115KG
3. Ndri Saparudin (1997) Putrajaya - 107KG

Clean & Jerk
1. Elisha Louis Tan Kin Ho (1992) PK - 165KG
2. Mohd Raduan Abu Bakar (1992) PDRM - 141KG
3. Adib Mobil Ahmad (1997) Johor - 107KG

Keseluruhan
1. Elisha Louis Tan Kin Ho (1992) PK - 305KG
2. Mohd Raduan Abu Bakar (1992) PDRM 256KG
3. Adib Mobil Ahmad (1997) Johor - 212KG

Kategori Lelaki +105KG

Snatch
1. Ku Azarul Ku Othman (1994) PERLIS - 140 KG
2. Mohamad Syafiq Husin (1990) SGOR - 135KG
3. Rahimi Rahim (1988) ATM - 120KG

Clean & Jerk
1. Ku Azarul Ku Othman (1994) PERLIS - 175 KG
2. Mohamad Syafiq Husin (1990) SGOR - 180KG
3. Rahimi Rahim (1988) ATM - 140KG

Keseluruhan
1. Ku Azarul Ku Othman (1994) PERLIS - 315 KG
2. Mohamad Syafiq Husin (1990) SGOR - 315KG
3. Rahimi Rahim (1988) ATM - 260KG

Kejohanan berakhir pada jam 3.00 petang. Hari ketiga adalah hari terakhir pertandingan. Jumlah pungutan pingat untuk atlet Pelapis Negeri adalah 6 pingat emas, 16 pingat perak dan 18 pingat gangsa.

Atlet Pelapis Negeri menunjukkan peningkatan sehingga mampu bersaing dengan atlet Pelapis Kebangsaan dan atlet yang lebih senior. Namun bagi kategori wanita penyertaan atlet dari Pelapis Negeri masih kurang menggalakkan.

LAPORAN OLEH,
MOHD ZAIRUL FAIZ
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI