Thursday, April 2, 2015

SEKITAR PENYERTAAN DAN PRESTASI ATLET PELAPIS KE KEJOHANAN SEPANJANG BULAN MAC 2015

1. THE 12TH ATF TAEKWONDO CHAMPIONSHIPS 2015
     Sukan : Taekwondo
     Tarikh : 21 - 27 Mac 2015
     Tempat : Vietnam
NAMA
ACARA
PINGAT
Chua Xin Wei
- 59 Kg
Emas
Nur Putra Danial Azlan B. Noor Azlan
+ 78 Kg
Emas
Lian Pei Ying
- 42 Kg
Perak
Nur Fitry Bt Rozali
- 55 Kg
Perak
Nurul Farah Alisa Bt Roslan
- 52 Kg
Gangsa
Jasmin Nabilla Bt Sukardi
Bantam - 53 Kg
Gangsa
Khir Amis Salam Bin Mohd Sulaiman
Light - 74kg
Gangsa
Aravindakumaran Jayaraman
Welter - 80 Kg
Perak
2. 16TH ASIAN YOUTH TENPIN BOWLING CHAMPIONSHIPS
     Sukan : Tenpin Boling
     Tarikh : 21 - 31 Mac 2015
     Tempat : Macau, China
NAMA
ACARA
PINGAT
Muhammad Rafiq Ismail
Boy's Singles
Emas
Boy's All Event
Emas
Nora Lyana Natasia
Girl's Singles
Emas
Girl's All Event
Perak
Qalif Adnor Adam
Boy's Double
Emas
Muhammad Rafiq Ismail
Muhammad Rafiq Ismail
Boy/S Master
Emas
Natasha Roslan
Girl's Master
Emas
Girl's Doubles
Perak
Team
Perak & Gangsa
3. KEJOHANAN SOUTH EAST ASIAN LAWN BOWLS CHAMPIONSHIP 2015
    Sukan : Lawn Bowls
    Tarikh : 26 - 28 Mac 2015
    Tempat : Singapore
NAMA
ACARA
PINGAT
Daeng Dahasry
Men Singles
Emas
Daeng Dahasry
Men Fours
Emas
Muhammad Muizz
Muhammad Hafizi
Muhammad Saifudin
Muhammad Muizz
Men Triples
Perak
Muhammad Hafizi
Muhammad Saifudin
Nur Ain Nabilah
Women Singles
4th
Sh Syaza Nisrina
Women Triples
Perak
Nurul Syazwani
Fatin Nurrawiah
Nur Ain Nabilah
Women Fours
Perak
Sh Syaza Nisrina
Nurul Syazwani
Fatin Nurrawiah

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN NSAM PRESIDENT ALLY T.H. Ong Trophy 2015 & SPORT EXCEL 2ND MALAYSIA JUNIOR SHOOTING CHAMPIONSHIPS 2015 (PROGRAM KHAS YOG 2018)

Tarikh     : 2 April 2015
Masa       : 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat   : Lapang Sasar Menembak, Subang

Kejohanan Menembak bagi tahun 2015 telah memasuki kejohanan yang kedua iaitu Kejohanan NSAM President Ally T.H. Ong Trophy 2015 & Sport Excel 2nd Malaysia Junior Shooting Championships 2015 bermula 02 hingga 05 April 2015. Hari pertama kejohanan mempertandingkan acara 10 m Rifle Men, 25 m Rapid Fire Pistol Men, 50 m Rifle 3 Position Women dan 50 m Pistol Women. Semua acara ini melibatkan pusingan kelayakan dan akhir. Bagi penyertaan atlet Program Khas YOG 2018 pula, ini merupakan kejohanan yang pertama disertai setelah mendaftar kemasukan ke program pada Mac 2015. Seramai 2 orang atlet Program Khas YOG 2018 bertanding pada hari ini bagi acara 10 m Air Rifle Men. Berikut merupakan keputusan kejohanan bagi atlet Program Khas YOG 2018 :

Sport Excel 2nd Malaysia Junior Shooting Championships 2015

10 M Air Rifle Men (Akhir)

1. Mohamad Lutfi Othman (NS) 615.2
2. Ahmad Khusyairi Abdul Razak (PRK) 608.8
3. Loo Jin Ren (PRK) 604.7
7. Mohd Syukri Zulkifli (Khas YOG/SEL) 594.1
8. Muhammad  Arif Aidit (Khas YOG/PHG) 591.2

Kejohanan NSAM President Ally T.H. Ong Trophy 2015

10 M Air Rifle Men (Kelayakan)

1. Mohd Ezuan Nasir Khan (ATM) 617.3
2. Razi Aizat Adzha (PRK) 616.7
3. Mohd Hassanul Adzhar (PHG) 610.0
14. Mohd Syukri Zulkifli (Khas YOG/SEL)  594.1
17. Muhammad  Arif Aidit (Khas YOG/PHG) 591.2

Pada hari kedua kejohanan, seramai 2 orang atlet Program Khas akan bertanding bagi acara 10 m Air Pistol Women. Atlet tersebut adalah Nur Syazwi Aliah dan Nur Irdina Salim.
LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN

Wednesday, April 1, 2015

AUDIT PROGRAM DAN PEMANTAUAN PLN USPTN PERLIS 2015 (24.03.2015)

Pemantauan Pusat Latihan diteruskan di 6 PLN USPTN Perlis seperti berikut :

Sukan Pelayaran
Tempat: Timah Tasoh

Seramai 18 org dalam program. Latihan dijalankan 2 hari iaitu sabtu dan ahad. Latihan bermula jam 8.00 pg hingga 6.00 ptg. 2 org JSM dilantik untuk mengendalikn program latihan. Program TID akan diadakan dalam masa terdekat untuk pengambilan atlet baru. Peralatan cukup untuk latihan. PLN diurus dgn baik.
 
‎Sukan Tenis
Tempat : Kompleks sukan MSN Perlis‎

Seramai 27 atlet di dalam program pelapis negeri. 30 orang atlet di dalam program mini tenis. 5 org JSM dilantik untuk mengendalikan program latihan. Latihan dijalankan 6 kali seminggu. 

Boling Padang
Tempat : Kompleks sukan MSN Perlis

Seramai 30 org didalam program. Seorang JSM dilantik untuk mengendalikan program latihan. USPTN memohon tambahan seorang JSM untuk dilantik. Latihan dijalankan 5 kali seminggu. 

Tinju
Tempat: Kompleks sukan MSN Perlis

Seramai 18 atlet didalam program. Seorang JSM dilantik untuk mengendalikan program latihan. Stor disediakan oleh pihak MSN Perlis untuk letak peralatan tinju. JSM memaklumkan bahawa akan ada atlet baru didaftar dalam program pada bulan Julai. 

Memanah
Tempat : SK Behor Mali, Kangar

Seramai 34 atlet didalam program. 2 JSM dilantik untuk mengendalikan program latihan. Peralatan kurang mencukupi di PLN Memanah. Pihak USPTN belum mengambil peralatan (Target butt) yang telah dibeli oleh pihak Cawangan Pelapis ‎. Atlet menggunakan 2 target butt sahaja untuk latihan. Latihan dijalankan sebanyak 5 kali seminggu.

Tenpin Boling
Tampat : Perlis Bowls

Seramai 22 atlet telah dipilih melalui program Evaluation 2015. Dua org JSM dilantik untuk mengendalikan program latihan. Latihan dijalankan 4 kali seminggu dan 1 sesi latihan di Gim MSN Perlis. Setelah sewaan lane yang baru, latihan dijalankan dgn menggunakan 8 lane. Atlet pelapis yang menyertai MSSM berjaya merangkul 1 pingat emas dan 1 gangsa bagi kategori bawah 12 tahun.
LAPORAN OLEH,
VIMALAN A/L PALANIAPPAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

AUDIT PROGRAM DAN PEMANTAUAN PLN USPTN PERLIS 2015 (23.03.2015)

Program audit program USPTN Perlis dimulakan dengan audit 8 fail. 10 fail yang ditetapkan ada walaubagaimanapun masih tidak mengikut sistem fail yang ditetapkan oleh Pihak Cawangan. Pekara ini telah dimaklumkan kepada Pemangku Ketua Unit untuk ambil tindakan.

AUDIT 8 FAIL
  1. Maklumat Pusat Latihan : Tidak ada gambar pusat latihan dan tidak disusun mengikut kumpulan sukan.
  2. Maklumat / Data Jurulatih : Tiada gambar JSM dalam borang biodata.
  3. Laporan Bulanan Jurulatih - Lengkap kerana dokumen ini digunakan untuk membayaran elaun.
  4. Pelan Periodisasi mengikut sukan - Beberapa JSM tidak menyediakan pelan priodisasi. 
  5. Maklumat data perkhidmatan sains sukan : Tidak lengkap. 
  6. Maklumat atlet  dan data pencapaian : ‎Tiada gambar atlet dan maklumat pencapaian tidak lengkap. beberapa sukan tiada rekord pencapaian.
  7. Takwim Tahunan dan Temasya SUKMA : Rumusan keputusan sukma ada. Walaubagaimanapun takwim bagi tahun 2015 belum dikemas kini. 
  8. Inventori peralatan : Rekod penerimaan bermula dari tahun 2013.
Maklumat di dalam fail masih kurang tersusun dan beberapa dokumen tidak disimpan mengikut fail yang sepatutnya. Makluman telah diberi kepada Pembantu Tadbir bagi tujuan kemaskini.

PEMANTAUAN PLN USPTN PERLIS

Sepak Takraw 
Tempat : Kompleks Sukan Perlis

Latihan dijalankan sebanyak 5 kali seminggu. 2 JSM dilantik untuk mengendalikan program latihan. Seramai 24 orang atlet di dalam program. Peralatan adalah mencukupi untuk latihan. Keadaan PLN kurang bersih kerana berkongsi dengan dua lagi sukan lain.

Olahraga
Latihan dijalankan 5 kali seminggu. Peralatan cukup untuk latihan. Semasa perjumpaan JSM En Nazmizan, beliau memaklumkan sedang  mencari atlet baru acara sprint  untuk dimasukan dalam program.

Berbasikal
Tempat : Kawasan Stadium Perlis

Peralatan untuk sukan basikal cukup. MSN Perlis menyediakan stor untuk letak peralatan basikal. 1 JPM dan 1 JSM dilantik untuk mengendalikan program latihan. seramai 26 atlet dalam program. Tidak isu dibangkitkan. Latihan dijalankan 6 kali seminggu.

Sukan Angkat Berat
Tempat : PLN Angkat Berat MSN Perlis

Seramai 2 JSM dilantik untuk mengendalikan program latihan. ISN membantu dalam persedian program latihan‎. Latihan dijalankan 5 kali seminggu. Dijadualkan pada 8 April 2015 Usptn Perlis akan menganjurkan program klinik dan TID untuk mencari bakat baru. 
LAPORAN OLEH,
VIMALAN PALANIAPPAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

Tuesday, March 31, 2015

BENGKEL PENULISAN PELAN PEMBANGUNAN SUKAN 2015 - 2023

TARIKH  : 26 - 29 MAC 2015
TEMPAT : HOTEL GRAND BEACH RESORT, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Pada 26 hingga 29 Mac 2015 yang lalu telah berlangsung Bengkel Penulisan Pelan Pembangunan Sukan 2015 - 2023 bertempat di Hotel Grand Beach Resort, Port Dickson. Bengkel ini merupakan fasa penulisan Pelan Pembangunan Sukan yang mana melibatkan sebanyak 15 sukan iaitu sukan akuatik terjun, renang berirama, angkat berat, berbasikal, gimnastik artistik, gimrama, karate, lawn bowls, memanah, menembak, pelayaran, skuasy, taekwondo, tinju serta wushu. Peserta bagi begkel kali ini adalah lebih kecil yang dihadiri oleh ahli-ahli akademik dari beberapa universiti tempatan yang bertindak sebagai moderator, presiden dan wakil-wakil dari Persatuan Sukan Kebangsaan, pengurus sukan Majlis Sukan Negara serta jurulatih-jurulatih kebangsaan.

Berikut merupakan senarai moderator yang terlibat pada bengkel kali ini :
  1. Dr. Junaidi Mohd Hashim - Institut Pendidikan Guru Kedah (IPG Kedah)
  2. Dr Thariq Khan Azizudin Khan - Universiti Pendidikan Sultan Idris (IPSI)
  3. Dr. Nur Ikhwan Mohamad - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  4. Dr. Hairul Anuar Bin Hashim - Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan
  5. Dr. Mohamad Nizam Bin Nazarudin - UMS
  6. Dr. Jeffrey Low Fook Lee - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  7. Dr. Mohd Nizam bin Mat Jawis - Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan
  8. En. Hishamudin Ahmad - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  9. En. Nagoor Meera Bin Abdullah - Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam
  10. En. Mohd Sadek Mustaffa - Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam

Pendaftaran pada hari pertama (26 Mac 2015) dijalankan pada jam 3.00 hingga 4.30 petang dibantu oleh USPTN Negeri Sembilan. Pada jam 5.00 petang pula didakan taklimat dan perjumpaan Ybhg. Dato' Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara bersama pengurus-pengurus sukan MSN yang terlibat dan seterusnya taklimat serta pembentangan hala tuju program bersama semua peserta yang terlibat pada bengkel kali ini.

Pada 27 Mac hingga 29 Mac 2015 telah dilangsungkan proses penulisan Pelan Pembangunan Sukan mengikut sukan masing-masing. Majlis penutupan bengkel telah diadakan pada jam 11.00 pagi oleh Ybhg. Dato' Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara. Dua orang wakil moderator juga memberi sedikit ulasan dan pandangan berkenaan penulisan Pelan Pembangunan Sukan ini bagi penambahbaikan pelan.

Sebelum ini dua (2) sukan iaitu Akuatik Renang dan Badminton telah pun selesai melaksanakan sesi penulisan pada 16 - 20 Mac 2015. Manakala tiga (3) lagi sukan pula iaitu sukan Hoki Lelaki, Olahraga dan Tenpin Boling akan dilaksanakan pada hari lain.

Proses penulisan ini adalah berdasarkan pada resolusi empat (4) bengkel sebelum ini iaitu :
  1. Bengkel Sepak Takraw : 14 - 15 Februari 2015
  2. Bengkel Fasa 1            : 27 Feb - 1 Mac 2015
  3. Bengkel Fasa 2            : 9 - 11 Mac 2015
  4. Bengkel Akuatik Terjun & Gimrama : 23 - 24 Mac 2015 

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM