Friday, September 11, 2015

LAPORAN SUKAN REMAJA KOMANWEL 2015 APIA, SAMOA : HARI KEEMPAT

10 September 2015
Apia, Samoa

Hari terakhir penglibatan kontinjen Malaysia di Sukan Remaja Komanwel 2015 menyaksikan kontinjen Malaysia beraksi cemerlang dengan menambah pungutan pingat iaitu 4 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa. Pencapaian kontinjen negara bermula dengan pasukan Skuasy negara apabila memenangi 3 pingat Emas bagi acara bergu lelaki, wanita dan campuran. Dengan pungutan pingat tersebut menjadikan sukan Skuasy membolot ke lima-lima pingat Emas bagi acara yang dipertandingkan.

Dari venue Angkat Berat menyaksikan atlet terakhir bagi sukan Angkat Berat iaitu Jabriella Teo Samuel beraksi cemerlang dengan memperoleh pingat Emas bagi acara + 69 kg wanita. Jabriella diberi tentangan sengit daripada atlet tuan rumah, namun angkatan terakhir bagi Clean n Jerk sebanyak 103 kg memusnahkan harapan atlet tuan rumah untuk memperolehi pingat Emas. Sukan Lawn Bowls juga mempamerkan aksi cemerlang pada hari ini, dengan memberi tentangan kepada lawan dari New Zealand untuk meraih pingat Gangsa dalam acara bergu campuran. Pada sesi petang acara terakhir dari venue renang menambah lagi pungutan pingat iaitu 1 pingat Perak daripada atlet Wong Fu Kang melalui acara 200m Breastroke.

Telah tamat cabaran kontinjen Malaysia dengan pungutan pingat keseluruhan iaitu 11 Emas, 3 Perak dan 3 Gangsa dan menduduki tempat ke 4 keseluruhan daripada 63 negara sehingga hari ini. Esok akan diadakan upacara penutupan Sukan Remaja Komanwel 2015 bertempat di Apia Park. Kontinjen negara akan bertolak pulang ke Malaysia pada 13 September 2015 dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 8:40 malam (waktu tempatan).

Sekian

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN MOHD NOR
PENGURUS SUKAN
BAHAGIAN ATLET

Thursday, September 10, 2015

LAPORAN SUKAN REMAJA KOMANWEL 2015 APIA, SAMOA : HARI KETIGA

9 September 2015
Apia, Samoa

Hari ketiga penyertaan kontinjen Malaysia melibatkan sukan Akuatik Renang, Skuasy, Lawn Bowls, Memanah, Olahraga dan Tenis. Bermula sesi pagi pertandingan, sukan Tenis yang diwakili oleh Koay Hao Sheng bagi acara perseorangan tewas pada peringkat suku akhir kepada pemain dari Cyprus. Turut gagal menyumbang pingat hari ini adalah daripada sukan Olahraga dimana bagi acara 200m, Rusell Alexender sekadar menamatkan perlumbaan ditempat ke 7 di peringkat separuh akhir. Bagi acara 400m lari berpagar yang diwakili oleh Quek Lee Yong turut sekadar menduduki tempat ke 4 dengan catatan masa 52.45 saat. Hari ini, pasukan Skuasy negara bertanding bagi 3 acara iaitu bergu lelaki, wanita dan campuran melibatkan peringkat kumpulan. Semua perlawanan kemenangan berpihak kepada ​pasukan Malaysia dan akan bersambung esok peringkat separuh akhir dan akhir bagi acara bergu campuran. Manakala bergu lelaki dan wanita berbaki satu perlawanan untuk penentuan pingat kerana format pertandingan adalah 'round robin'. 

Manakala, sukan Lawn Bowls meneruskan cabaran bagi acara bergu campuran dengan menamatkan perlawanan pada hari ini di peringkat kumpulan dengan 2 kemenangan dan satu kekalahan. Skuad Lawn Bowls perlu menang bagi pada perlawanan esok menentang England untuk layak ke peringkat suku akhir. Sukan renang hari ini menambahkan lagi kegembiraan kepada kontinjen Malaysia apabila atlet Wong Fu Kang dan Welson Sim masing-masing menyumbangkan pingat Emas dalam acara 50m Breastroke dan 400m Freestyle. Dengan kemenangan pada hari ini, sukan Renang telah memungut 3 pingat Emas dan 2 Perak yang menjadikan sukan yang menyumbang pingat terbanyak bagi kontinjen Malaysia sehingga hari ini.

Secara keseluruhannya, tambahan pingat dari sukan Renang menjadikan pingat keseluruhan kontinjen Malaysia pada hari ini adalah 7 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa. Kontinjen Malaysia menduduki tempat 4  keseluruhan di bawah Australia (17 E, 11 P, 13 G), Afrika Selatan (10 E 5 P 10 G) dan England (7 E 12 P 12 G).

Sekian

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN MOHD NOR
PENGURUS SUKAN
BAHAGIAN ATLET

Wednesday, September 9, 2015

LAPORAN SUKAN REMAJA KOMANWEL 2015 APIA, SAMOA : HARI KEDUA

8 September 2015

Apia, Samoa

Kontinjen Malaysia turun beraksi pada hari kedua pertandingan dengan cabaran menambah pungutan pingat setelah berjaya memperolehi 2 pingat Perak menerusi atlet sukan Renang iaitu Welson Sim dalam acara 200m Freestyle serta 1500m Freestyle dan 1 pingat Gangsa menerusi Rony Jesos bagi kategori 56 kg dalam sukan Angkat Berat pada hari pertama pertandingan. Turut melakar sejarah pada hari pertama adalah apabila Welson Sim membuat catatan masa menyamai Rekod Kebangsaan yang dipegang oleh Daniel Bego pada tahun 2009 dengan catatan 1:49.22s bagi acara 200m Freestyle. Hari kedua melibatkan penyertaan 8 jenis sukan daripada kontinjen Malaysia iaitu Akuatik Renang, Angkat Berat, Memanah, Lawn Bowls, Squash, Tenis, Tinju dan Olahraga. 

Sukan Skuasy membawa khabar gembira apabila perseorangan lelaki dan wanita iaitu Ng Eain Yow dan Sivasangari dengan mudah menewaskan lawan masing-masing dan berjaya menggondol 2 pingat Emas. Disusuli itu, pasukan Angkat Berat beraksi cemerlang pada edisi Sukan Remaja Komanwel kali ini dengan memperoleh dua pingat Emas pada hari kedua. Pingat tersebut disumbangkan oleh atlet muda negara iaitu Nur Atikah Mahamad Sabri (kat 58 kg) dan Muhammad Erry Hidayat (kat 69 kg). Kejayaan bagi skuad Angkat Berat turut dikongsi dengan pencapaian atlet wanita yang pertama memenangi pingat Emas di Sukan Remaja Komanwel. Dari pusat Akuatik turut membawa berita gembira bagi kontinjen Malaysia apabila atlet Wong Fu Kang dari sukan Renang memperoleh pingat Emas menerusi acara 100m Breastroke. Selain itu, tambahan pingat 1 pingat Gangsa turut diperolehi dari sukan Lawn Bowls bagi acara perseorangan wanita iaitu Nur Ain Nabilah. 

Bagi sukan memanah, Ariffudin Nur dan Nuramalia telah berjaya melayakkan diri ke pusingan 'Elimination' acara perseorangan dan akan berlangsung pada 9 September 2015. Turut mengiringi ke pusingan seterusnya adalah daripada sukan Olahraga iaitu Quek Lee Yong yang akan beraksi di peringkat akhir acara 400m hurdles dan Russel Alexender yang akan ke peringkat separuh akhir acara 200m. Sukan Tinju telah tamat pada hari ini yang mana keempat - empat wakil daripada Malaysia tewas bagi lawan masing-masing

Secara keseluruhannya, pada hari kedua pertandingan kontinjen Malaysia memperolehi 5 pingat Emas dan 1 pingat Gangsa dan menjadikan jumlah keseluruhan pingat adalah 5 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa.

Sekian.

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN MOHD NOR
PENGURUS SUKAN
BAHAGIAN ATLET

LAPORAN SUKAN REMAJA KOMANWEL KALI KE - 5, APIA SAMOA 2015 : HARI PERTAMA

Keputusan hari pertama penyertaan kontinjen Malaysia di Sukan Remaja Komanwel kali ke-5, Apia Samoa 2015. Kontinjen Malaysia telah meraih 2 pingat Perak menerusi atlet sukan Akuatik Renang iaitu Welson Sim bagi acara 200m Freestyle dan 1500m Freestyle. Beliau telah menyamai rekod kebangsaan yang dipegang oleh Daniel Bego dalam acara 200m Freestyle. Satu pingat gangsa juga telah diperolehi menerusi Rony Jesos bagi sukan Angkat Berat dalam kategori 56 kg.

Sekian


LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN MOHD NOR
PENGURUS SUKAN
BAHAGIAN ATLET

LAPORAN SUKAN REMAJA KOMANWEL KALI KE - 5, APIA SAMOA


Tarikh         : 5 - 11 September 2015
Tempat       : Apia, Samoa

Penyertaan : 45 orang (1 Team Leader, 4 sekretariat, 2 pegawai perubatan, 30 atlet, 8 jurulatih)

1. Akuatik renang - 4 atlet / 1 jurulatih
2. Angkat Berat - 4 atlet / 1 jurulatih
3. Olahraga - 4 atlet / 1 jurulatih
4. Tenis - 2 atlet / 1 jurulatih
5. Skuasy - 6 atlet / jurulatih
6. Lawn Bowls - 4 atlet / 1 jurulatih
7. Tinju - 4 atlet / 1 jurulatih
8. Memanah - 2 atlet / jurulatih

Kontijen Malaysia telah selamat tiba di Apia Samoa pada jam 6:00 pagi (waktu tempatan). Pihak penganjur telah menempatkan penginapan kontinjen Malaysia di Apia Central Hotel. Jarak perjalanan antara hotel dan venue pertandingan adalah diantara 15 - 20 minit perjalanan. Penganjur turut menyediakan  8 buah pengangkutan bagi kontinjen Malaysia terdiri daripada 3 buah kereta dan 4 buah van. Kereta digunakan oleh Team Leader, pegawai dan perubatan manakala van digunakan oleh setiap sukan. Setiap van melibatkan 2 jenis sukan. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah perkhidmatan internet hotspot di hotel, venue dan dewan makan.

Hari ini, secara rasmi mesyuarat pengurus pasukan bermula melibatkan 5 sukan iaitu angkat berat, tinju, renang, lawn bowls dan skuasy. Tiada sebarang isu dibangkitkan bagi Kontinjen Malaysia. Pada sesi malam, telah diadakan upacara perasmian pembukaan yang telah dijalankan di Apia Park dimana turut dihadiri oleh Perdana Menteri Samoa. Pembawa bendera kontinjen Malaysia adalah Ng Eain Yow daripada sukan skuasy. Pertandingan secara rasmi akan bermula pada 7 September 2015.

Sekian.

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN
PENGURUS SUKAN 
BAHAGIAN ATLET

Thursday, August 6, 2015

LAPORAN MESYUARAT PENYELARASAN BERSAMA PENGARAH MS NEGERI

6 Ogos 2015 - Pada 3 dan 4 Ogos yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Majlis Sukan Negara bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri yang bertempat di Hotel KSL, Johor Bahru. Bersempena dengan mesyuarat ini juga, satu Majlis Makan Malam Penghargaan MSN JOHOR telah diadakan pada malam 3 Ogos 2015 bagi meraikan usaha dan bantuan yang diberikan oleh sekretariat dan penyokong di Johor pada Temasya Sukan SEA 2015 Singapura Jun yang lalu.

Pada 3 Ogos 2015 juga telah berlangsung Mesyuarat bersama Ketua Unit USPTN dimana setiap KUN/PKU membentangkan Program Latihan di negeri kepada YBhg Dato' Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah MSN bersama Encik Jefri Ngadirin, Pemangku Pengarah Bahagian Atlet MSN (PPBA). Mesyuarat ini dihadiri oleh KUN/PKU daripada 13 negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, WP Kuala Lumpur dan Labuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah serta Sarawak. Mesyuarat diketuai oleh YBhg Ketua Pengarah MSN. Berikut merupakan senarai kehadiran mesyuarat :
  1. YBhg. Dato' Ahmad Shapawi Ismail - Ketua Pengarah MSN
  2. En. Jefri Ngadirin - PPBA
  3. En. Joherman Amir - Ketua Caw. Sukan Kemahiran
  4. En Azrul Hisyam Abdul Jalil - Ketua Caw. Sukan Tempur
  5. En. Mohd Zaim Yusof - Ketua Caw. Sukan Raket
  6. En. Shukri Harun - Ketua Caw. Sukan Berpasukan
  7. En. Mohd Yazid Shoib - Ketua Caw. Sukan Kekuatan & Kuasa
  8. Pn. Puah Pei Ling - Ketua Caw. Sukan Air
  9. Pn. Nurehsan Hassan - Ketua Unit Khidmat Sokongan
  10. En. Giam Fook Pang - Pegawai KS
  11. Pn. Norfardilah Mohd Ali - Pegawai KS
  12. Cik Nor Farhana Shafee - Pegawai KS
  13. Cik Nency Eve Gasinau - Pegawai KS
  14. Mahazir Baharom- Pemangku Ketua Unit USPTN Perlis
  15. En. Mohd Farid Mohd Fauzi - Ketua Unit USPTN Kedah
  16. En. Zahrul Annuar Usaili - Pemangku Ketua Unit USPTN Perak
  17. En. Hamidi Lokman - Pemangku Ketua Unit USPTN P. Pinang
  18. En. A.Zulkefli Muhammad - Ketua Unit USPTN Terengganu
  19. Tn. Hj. Zahari Zakaria - Ketua Unit USPTN Kelantan
  20. En. M. Rizal Musa - Ketua Unit USPTN N. Sembilan
  21. En. Mohammad Zaki Zainal Abidin - Ketua Unit USPTN Melaka
  22. En. Syamsudin Sukemi - Pemangku Ketua Unit USPTN Pahang
  23. En Awang Fadilah Jaya - Pemangku Ketua Unit USPTN Sarawak
  24. En Mohd Rezwan Osman - Ketua Unit USPTN Sabah
  25. Pn Zie Ileana Izra Ujang - Ketua Unit USPTN Selangor
  26. En. Muzhafar Hamdan - Wakil Ketua Unit USPTN WPKL/ Labuan
  27. Cik Siti Radziah - Ketua Unit USPTN Johor
  28. En. Muhammad Syazwan Salleh - Anggota KS
  29. En. Norisman Manap - Anggota KS

Manakala, pada 4 Ogos 2015 pula telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan bersama Pengarah MS Negeri. Antara agenda perbincangan ialah pembentangan status pelaksanaan program penyediaan atlet ke arah Sukan SEA 2017, pembentangan status Pelan Pembangunan Sukan (PPS), pembentangan pelaksanaan Program Enam (6) Sukan Pilihan, pembentangan status pelaksanaan Program Latihan di Peringkat Negeri serta beberapa hal-hal lain berkenaan seperti Temasya Sukan Malaysia yang akan datang. Pengerusi mesyuarat ialah YBhg Ketua Pengarah MSN yang ini dihadiri oleh : 
  1. YBhg. Dato' Ahmad Shapawi Ismail - Ketua Pengarah MSN
  2. Ybhg. Dato' Hj Ab Jalil Abdullah - Timb. Ketua Pengarah
  3. En. Jefri Ngadirin - PPBA
  4. En. Syaiful Rizal Mohd Sukri - Pengarah MS Negeri Perlis
  5. En. Mohamad Rizal Mohamad Radzi - Pengarah MS Negeri Kedah
  6. En. Tan Kheng Hong - Wakil Pengarah Ms Negeri P. Pinang
  7. Tn. Hj. Musa Dun - Pengarah Ms Negeri Perak 
  8. Tn. Hj. Mohd Zubir Hj. Idrus - Pengarah Eksekutif MS Negeri Selangor
  9. En. Mohd Razlan Muhammad Rafii - Pengarah MS WP Kuala Lumpur / Labuan
  10.  En. Fouzee Abd Aziz - Pengarah Ms Negeri Sembilan
  11. En. Darmawan Samsudin - Wakil Pengarah M Negeri Melaka
  12.  En. Mohd Radzi Hj. Mohd Amin - Pengarah Ms Negeri Johor
  13. En. Mohamed Rashdan Mohamed Razali - Pengarah Ms Negeri Pahang
  14. En. Ab Rasid Jusoh - Pengarah Ms Negeri Terengganu
  15. Ybhg. Datuk Hj. Mohamad Noordin Hj. Awang - Pengarah Ms Negeri Kelantan
  16. Dr. Ong Kong Swee - Ceo Perbadanan Sarawak
  17. En. Terrance Edward Pudin - Pengarah Ms Negeri Sabah
  18. En. Muhamad Nizam Marjugi - Timb Pengarah MS Negeri Selangor
  19. En. Jambak Jamal - Timb Pengarah Ms Negeri WP Kuala Lumpur
  20. En. Yazid Mustafa - Timb Pengarah Ms Negeri N. Sembilan
  21. Tn. Hj Ibni Amin Busu - Timb Pengarah Ms Negeri Terengganu 
  22. En. Lucas Kalang - Pemangku Pengarah Ms Negeri Sarawak
  23. En. Joherman Amir - Ketua Caw. Sukan Kemahiran
  24. En Azrul Hisyam Abdul Jalil - Ketua Caw. Sukan Tempur
  25. En. Mohd Zaim Yusof - Ketua Caw. Sukan Raket
  26. En. Shukri Harun - Ketua Caw. Sukan Berpasukan
  27. En. Mohd Yazid Shoib - Ketua Caw. Sukan Kekuatan & Kuasa
  28. Pn. Puah Pei Ling - Ketua Caw. Sukan Air
  29. Pn. Nurehsan Hassan - Ketua Unit Khidmat Sokongan
  30. En. Giam Fook Pang - Pegawai KS
  31. Pn. Norfardilah Mohd Ali - Pegawai KS
  32. Cik Nor Farhana Shafee - Pegawai KS
  33. Cik Nency Eve Gasinau - Pegawai KS
  34. Mahazir Baharom- Pemangku Ketua Unit USPTN Perlis
  35. En. Mohd Farid Mohd Fauzi - Ketua Unit USPTN Kedah
  36. En. Zahrul Annuar Usaili - Pemangku Ketua Unit USPTN Perak
  37. En. Hamidi Lokman - Pemangku Ketua Unit USPTN P. Pinang
  38. En. A.Zulkefli Muhammad - Ketua Unit USPTN Terengganu
  39. Tn. Hj. Zahari Zakaria - Ketua Unit USPTN Kelantan
  40. En. M. Rizal Musa - Ketua Unit USPTN N. Sembilan
  41. En. Mohammad Zaki Zainal Abidin - Ketua Unit USPTN Melaka
  42. En. Syamsudin Sukemi - Pemangku Ketua Unit USPTN Pahang
  43. En Awang Fadilah Jaya - Pemangku Ketua Unit USPTN Sarawak
  44. En Mohd Rezwan Osman - Ketua Unit USPTN Sabah
  45. Pn Zie Ileana Izra Ujang - Ketua Unit USPTN Selangor
  46. En. Muzhafar Hamdan - Wakil Ketua Unit USPTN WPKL/ Labuan
  47. Cik Siti Radziah - Ketua Unit USPTN Johor
  48. En. Muhammad Syazwan Salleh - Anggota KS
  49. En. Norisman Manap - Anggota KS
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN
BAHAGIAN ATLET MSN

Friday, July 10, 2015

LAPORAN BENGKEL PROGRAM PENYEDIAAN ATLET DAN JURULATIH KE ARAH SUKAN SEA 2017

TARIKH : 6 - 9 JULAI 2015
MASA : 9.00 AM - 4.30 PM
TEMPAT : BILIK DAHLIA & BILIK CEMPAKA MSN

10 Julai 2015 - Pada 6 hingga 9 Julai yang lalu, satu bengkel Program Penyediaan Atlet ke arah Sukan SEA 2017 telah dikelolakan oleh Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara (MSN). Program ini merupakan proses penyediaan atlet bersama kesemua pemegang taruh utama bagi pelaksanaan program latihan atlet ke arah temasya Sukan Sea 2017 yang mana Malaysia akan menjadi tuan rumah.

Bengkel yang berjalan selama 4 hari ini melibatkan beberapa panel utama dimana kumpulan pertama diketuai oleh YBhg Dato' Ahmad Shapawi Ismail selaku Ketua Pengarah MSN bersama En. Ariffin Mohd Ghani (Pengarah Bahagian Pengurusan), En. Ahmad Zawawi Zakaria (Pemangku Pengarah Bahagian Pengurusan Organisasi), En. Azrul Hisyam (Ketua Cawangan Sukan Tempur), Puan Puah Pei Ling (Ketua Cawangan Sukan Air), En.  Shukri Harun (Ketua Cawangan Sukan Berpasukan) serta wakil daripada Institut Sukan Negara. Manakala kumpulan yang kedua pula diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah, Dato' Haji Ab Jalil Abdullah bersama En. Jefri Ngadirin (Pemangku Pengarah Bahagian Atlet), En. Mohd Safrushahar Yusoff (Pengarah Bahagian Paralimpik), En. Joherman Amir (Ketua Cawangan Sukan Kemahiran), En. Mohd Zaim Yusof (Ketua Cawangan Sukan Raket), En.Mohd Yazid Shoib (Ketua Cawangan Sukan Kekuatan) serta wakil daripada ISN.

Setiap wakil Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) hadir ke sesi masing-masing bagi proses penamaan dan perbincangan nama atlet dan juga jurulatih. Hari pertama (6 Julai 2015) melibatkan sebanyak 7 sukan iaitu Akuatik Renang, Terjun dan Renang Berirama, Angkat Berat, Lawn Bowls, Sepak Takraw, Gimnastik Artistik dan Gimrama, Pelayaran, serta Berbasikal.

Hari kedua (7 Julai 2015) melibatkan sebanyak 10 lagi sukan iaitu Ekuestrian dan Polo, Tenis, Pencak Silat, Boling, Skuasy, Luncur Ais, Taekwondo, Bola Keranjang, Ping Pong serta Hoki. Hari ketiga pula (8 Julai 2015) melibatkan 8 sukan iaitu Bola Sepak, Memanah, Bola Tampar, Golf, Tinju, Kriket, Lawan Pedang dan Menembak. Hari terakhir iaitu pada 9 Julai 2015 melibatkan 12 sukan iaitu Olahraga, Badminton, Wushu, Ski Air, Bina Badan, Petanque, Snuker Billiard, Hoki Ais, Karate, Bola Jaring, Triathlon serta Ragbi.

Secara keseluruhannya sebanyak 37 sukan terlibat dengan 41 jumlah disiplin sukan.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN
BAHAGIAN ATLET, MSN