Friday, April 30, 2010

Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang 2010



Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang di adakan di Temerloh, Pahang mulai 1 - 2 Mei 2010. Pada 30 April 2010, mesyuarat pengurus pasukan telah di adakan di Majlis Perbandaran Temerloh. Seramai 394 orang atlet telah mendaftar untuk menyertai kejohanan kali ini. Turut bersaing di dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang adalah seramai 26 orang atlet olahraga Pelapis Kebangsaan dan 15 orang atlet Pelapis Serantau. Kejohanan ini dibahagikan kepada kategori senior dan junior.Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian adalah seperti berikut :

1.  Pelapis Kebangsaan
2.  Pelapis Serantau
3.  ATM
4.  HELP Universiti
5.  HPTC
6.  MSN Melaka
7.  MSN Negeri Sembilan
8.  MSSP
9.  NJAC
10.POA Kelantan
11.POA Maran
12.POA Perak
13.POA Selangor
14.POA Terengganu
15.Singapura
16.SUKMA Johor
17.Pelapis Johor
18.Pelapis Pahang
19.UPSI
20.Bebas
21.Pelapis Perak
22.POA Jerantut
23.Pelapis Kelantan

Dilampirkan gambar-gambar semasa mesyuarat pengurus dan gambar taklimat kepada atlet-atlet Pelapis Kebangsaan dan Serantau.

Laporan disediakan oleh:
Harun Osman
Our Future Champions Start Here

Pacific Rim Championships - Melbourne Australia - Day 3

Laporan Hari ke-3 (28 April 2010)

Seperti biasa atlet PK hanya menjalani latihan sepanjang hari (pagi & petang). Jurulatih bertungkus lumus dalam memberikan tunjuk ajar yang betul sebelum sampai hari pertandingan. Atlet PK menunjukkan tahap latihan yang baik walaupun mereka agak kurang pengalaman dalam penyertaan kejohanan bertaraf antarabangsa. Hari ini tiada sebarang masalah & semua berjalan dengan lancar.

Laporan Hari ke-4 (29 April 2010)

Sebelah pagi atlet PK menjalani latihan dari jam 8.30am - 11.30am & pulang ke hotel pada jam 12.00pm.
Pada sebelah petang pula jam 4.00pm kami bertolak kembali ke tempat pertandingan.Pertandingan bermula pada tepat jam 7.00pm & tamat pada jam 11.30pm (acara tali & gelung). Atlet PK menunjukkan persembahan terbaik tanpa sebarang kesilapan...tahniah buat 2 orang atlet PK iaitu Wong Poh San & Ismahani Mardhiah Mornie.
(keputusan keseluruhan hanya boleh diketahui pada malam ini iaitu setelah keempat2 apparatus dijalankan)

Sy turut membuat beberapa kajian sendiri & perbandingan antara M'sia dan negara luar. Kita terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki antaranya.....kelemahan dari 'difficulty' Mata kita hanya blh capai dalam 5.00 keatas....beza dgn atlet negara lain yang berjaya capai sehingga 7.00. Atlet luar mempunyai kelebihan dan keberanian dalam mengendalikan apparatus masing2 dan berbeza dgn atlet kita terlalu berjaga2 kerana takut jatuh.
Perkara ini telah dibincangkan bersama jurulatih.

Hari ini 2 lagi apparatus yang akan dijalankan iaitu belantan & bola.

Disertakan video2 atlet PK untuk acara semalam.
Sekian dulu laporan dari Melbourne. Laporan seterusnya akan dimaklumkan nanti!

Wednesday, April 28, 2010

Laporan Pemantauan PLN Terjun Pahang





Program latihan terjun bermula 5.00pm - 7.00pm
Atlet 6 lelaki 2 wanita

Isnin - warmup, kelembutan badan, swimming basic @ basic ayun tangan
selasa - warmup,basic ayun tangan,swimming basic
rabu - warmup, lari 2 pusingan, basic ayun tangan
khamis - swimming basic, basic ayun tangan
jumaat - warmup, lari 2 pusingan, basic ayun tangan, lompat
sabtu - warmup, ayun tangan, basic lompatan. (8.00am-10.00am di Gymnasium SUKPA)

Talent I.D telah diadakan pada 2 -3 Mac 2010 di SK Tunku Azizah, SK Indera Mahkota Utama dan SJK(C) Kwang Hwa.
seramai 40 orang pelajar telah terpilih dan latihan kepada pelajar yang terpilih diadakan pada hari selasa dan khamis. pelajar ini akan diberi tempoh sebulan untuk terpilih kedalam program latihan.

perkara-perkara berbangkit
1. tiada dry gym untuk latihan

bersama-sama ini disertakan gambar TID

sekian.

anuwar bin abu bakar
pegawai pembangunan sukan negeri
unit sukan prestasi tinggi negeri pahang

Pacific Rim Championships - Melbourne Australia






Laporan Hari 1 (27 April 2010)

Semuanya berjalan dengan lancar cuma masalah pengangkutan yang tidak menepati masa untuk ke tempat latihan. Atlet Gimrama PK menjalani latihan seperti biasa bermula jam 11 pagi - 3 petang (waktu Aus). Malam semua atlet berehat di bilik. Puan Rama terpaksa bertolak pulang ke Malaysia pada malam hari yang sama kerana abangnya meninggal dunia dan keseluruhan tinggal 18 orang sahaja.


Laporan Hari 2 (28 April 2010)

Latihan bermula pada jam 11 pagi - 4.30 petang dan mereka juga telah menjalani control testing bagi setiap apparatus mengikut negara masing-masing. Sebelah malam pada jam 7 petang akan diadakan Majlis Pembukaan Kejohanan dan atlet semua akan berkumpul dengan pakaian Malaysia (baju harimau). Acara akan bermula pada esok hari....harap2 PK berjaya!!!!!!!

Laporan disediakan oleh:-
Norjihan

Monday, April 26, 2010

YOG 2010 - 99-Day Celebration



Email from Mr Waled Abumazen, Regional Coordinator ( SYOGOC )


Dear Friends

On 7 May 2010, the Singapore Youth Olympic Games Organising Committee will
be celebrating the 99-Day countdown to the first Youth Olympic Games.

On this occasion, we will be organising a celebration at *SCAPE in
Singapore, which will also be the venue for 3-on-3 basketball during the
Games. The 99-Day Celebration will feature youth performances, a light and
sound show, and a presentation of uniforms for the first YOG.

We would appreciate your support in promoting the 99-Day Celebration to
your members and local media. Attached you will find an e-publicity kit for
your use in online publicity. We will also be sending you 99-Day
Celebration Posters via mail.

Link

http://www.facebook.com/event.php?eid=116794561671621&ref=mf

http://www.facebook.com/pages/Olympic-Council-of-Malaysia/131071872260


We would like to take this opportunity to thank you for your continued
support of Singapore 2010.

Best Regards


Waleed Abumazen , Regional Coordinator, NOC Relations & Services
Singapore Youth Olympic Games Organising Committee

Sunday, April 25, 2010

Karnival Pelapis - Penyertaan Negeri Mengikut Sukan

PUNGUTAN PINGAT MENGIKUT SUKAN - 25 APRIL 2010











Karnival Pelapis Negeri - Ping Pong




Karnival Pelapis Negeri - Silat Olahraga


Laporan Semasa

Hari ini sebanyak 17 perlawanan akhir bagi sukan silat olahraga sedang dijalankan di Dewan Dato Syed Omar bagi kategori Putra dan Putri.

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir ini adalah YB Dr Hamdan Bin Mohamad Khalib, Exco Sukan Negeri Kedah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Karnival Pelapis Negeri - Sepaktakraw


Laporan semasa

Pada sesi pagi, perlawanan peringkat separuh akhir telah dijalankan. Bagi kategori beregu bawah 21 tahun, SSBP A telah menewaskan Perak manakala separuh akhir kedua tuan rumah telah turut tewas kepada SSBP.

Perlawanan akhir dijangka akan dilangsungkan pada jam 3.00 petang di Kompleks Sultan Abdul Halim.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Karnival Pelapis Negeri - Memanah


Laporan semasa

Sesi 'olympic round' bagi Kategori 1 dijalalankan pagi ini di Padang Memanah Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim bermula jam 9.30 pagi. Acara ini merupakan acara yang terakhir dipertandingkan bagi sukan memanah dan dijangka akan tamat pada pukul 1.00 tengahari.

Sehingga ini pemanah-pemanah Pelapis Kebangsaan masih mengungguli setiap kategori yang dipertandingkan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, April 24, 2010

PUNGUTAN PINGAT MENGIKUT SUKAN HARI KE 2 - 24 APRIL 2010









Karnival Pelapis Negeri - Olahraga



Laporan Semasa

Hari ini merupakan hari terakhir acara-acara yang dipertandingkan bagi sukan olahraga. Acara akhir dimulakan seawal jam 7.30 pagi yang melibatkan acara jalan kaki, lempar cakera dan lompat bergalah. Acara 200 meter lelaki akhir dimenangi oleh atlet daripada Akademi Serantau Zon Selatan iaitu Azhar Ismail.

Semua acara dijalankan di Stadium Darul Aman dan dijangka akan tamat pada jam 5.00 petang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.