Sunday, February 28, 2010

SIRKIT BULANAN BERBASIKAL TREK PELAPIS 02/10








Laporan Sirkit Bulanan Berbasikal Trek 02/10

TARIKH : 28/02/2010 (AHAD)
ACARA: 200M SPRINT & SCRATCH
KATEGORI : SENIOR LELAKI
JUNIOR LELAKI
WANITA TERBUKA
TEMPAT : VELODROM RAKYAT IPOH
2.50M

MASA :9.00 AM - 1.00 PM

CUACA: PANAS TERIK (35 DARJAH CELCIUS)

PENYERTAAN PASUKAN : 1) PELAPIS KEBANGSAAN
2) PELAPIS SERANTAU IPOH
3) AKADEMI SERANTAU ZON UTARA
4) ELIT WANITA KEBANGSAAN
5) ATLET KEM BAKAT
6) PLN JOHOR
7) PLN SELANGOR
8) PLN PERAK

JUMLAH PESERTA (MENGIKUT JUMLAH PESERTA MENYERTAI PERLUMBAAN
1) KATEGORI SENIOR LELAKI: 23 PESERTA
2) KATEGORI : JUNIOR LELAKI: 37 PESERTA
2) KATEGORI WANITA: 15 PESERTA

KEPUTUSAN PERLUMBAAN:

ACARA SCRATCH SENIOR LELAKI
PERTAMA; MOHD FAUZAN (PELAPIS SERANTAU IPOH)
KEDUA : MOHD ZULHILMIE( PEL KEB)
KETIGA : SOFIAN NABIL (PEL KEB)
KEEMPAT : YUSRIZAL USOFF(PEL KEB)
KELIMA: MOHD SYAHRIWAN SHARI(PELAPIS SERANTAU IPOH)

ACARA SCRATCH JUNIOR LELAKI
PERTAMA; AMIRUL ANUAR JAPRI (PELAPIS SERANTAU IPOH)
KEDUA : MOHD ZULHILMIE( PEL KEB)
KETIGA : MOHD FAUZAN (PELAPIS SERANTAU IPOH)
KEEMPAT : MOHD ASMUI ALI ( PELAPIS SERANTAU IPOH)
KELIMA: HAMDAN HAMIDON (PELAPIS SERANTAU IPOH)

ACARA SCRATCH WANITA TERBUKA
PERTAMA; NURUL AHMAR BADEUZAMAN (BACK UP ELIT)
KEDUA : NOR AZIAN (ELIT)
KETIGA : NORAZIMAH (ASZU)
KEEMPAT : JU PHA SOMNET (PEL KEB)
KELIMA: NUR AIN MALEK (PEL KEB)

ACARA SPRINT 200M (FLYING) LELAKI SENIOR- BEST TIME
PERTAMA; MOHD FATTAH AMRI ZAID ( PEL KEB) -TIME 11'653
KEDUA : AHMAD FAKHRULLAH ALIAS (PEL KEB)-TIME 12'089
KETIGA : MOHD FARHAN AMRI ZAID ( PEL KEB)-TIME 12'115
KEEMPAT : MOHD FAUZAN (PELAPIS SERANTAU IPOH)-TIME 12'187
KELIMA: MOHD ARFY QHAIRANT ( PEL KEB)-TIME 12'262

ACARA SPRINT 200M (FLYING) LELAKI JUNIOR- BEST TIME
PERTAMA; MOHD FAUZAN ( PELAPIS SERANTAU IPOH)- TIME 12'056
KEDUA : MOHD FATTAH AMRI ZAID (PEL KEB) - TIME 12'196
KETIGA : MOHD ARFY QHAIRANT ( PEL KEB)- TIME 12'223
KEEMPAT : MOHD AZMER (PEL KEB)-TIME 12'289
KELIMA: MOHD SOFIAN NABIL ( PEL KEB)- TIME 12'337

ACARA SPRINT 200M (FLYING) WANITA TERBUKA- BEST TIME
PERTAMA; NURUL AHMAR BADEUZAMAN (BACK UP ELIT) - TIME 13'840
KEDUA : NOR AZIAN ALIAS (ELIT) - TIME 13'975
KETIGA : JU PHA SOMNET ( PEL KEB)- TIME 14'382
KEEMPAT : NURL SHUHADA (PEL KEB)-TIME 14'642
KELIMA: NUR AZIMAH ( ASZU)- TIME 14'769

HADIAH - HADIAH BERBENTUK WANG TUNAI DI TAJA OLEH SYARIKAT SWASTA NG JOO NGAN PROFESIONAL BIKE CENTRE:

PEMBAHAGIAN HADIAH WANG TUNAI ADALAH SAMA BAGI SEMUA KATEGORI DAN ACARA

PERTAMA :RM 100
KEDUA : RM 80
KETIGA :RM 50
KEEMPAT :30
KELIMA: 20

-KESELURUHAN PERLUMBAAN BERJALAN LANCAR DENGAN BANTUAN DARIPADA JURULATIH-JURULATIH PELAPIS KEBANGSAAN, SERANTAU,ASZU DAN NEGERI YANG BERTINDAK SEBAGAI KETUA KOMISAR DAN PEGAWAI TEKNIKAL.

-TERDAPAT PENINGKATAN PRESTASI PELUMBA DARIPADA PELAPIS SERANTAU TERUTAMA MOHD FAUZAN(SPRINTER) YANG BARU BERUSIA 16 TAHUN YANG MENGUNGGULI BEBERAPA ACARA SPRINT DAN SCRATCH BAGI KEDUA-DUA KATEGORI.

-JUGA TERDAPAT PENINGKATAN PRETASI ATLET AKADEMI SERANTAU ZON UTARA IAITU NUR AZIMAH(17 TAHUN) BAGI KATEGORI WANITA YANG MANA MEMBERI SAINGAN KEPADA PELUMA ELIT WANITA NEGARA DALAM ACARA SCRATCH.

- MASALAH TETAP BERULANG APABILA ADA NEGERI-NEGERI YANG TIADA BASIKAL TREK TERUTAMA DARI PASUKAN PERAK YANG KEBANYAKAN BASIKAL TREK FUJI SEBANYAK 15 BUAH DIGUNAKAN UNNTUK ATLET KEM BAKAT.MEMERLUKAN PENAMBAHAN DIDALAM LINGKUNGAN 10 BUAH BASIKAL TREK KERANA JUMLAH ATLET TERUTAMA DARI NEGERI SEMAKIN BERTAMBAH.

-MASIH TERDAPAT KEKURANGAN PENYERTAAN DARIPADA NEGERI WALAUPUN NOTIS DAN MAKLUMAN SERTA BORANG PENYERTAAN TELAH DIHANTAR TERLEBIH DAHULU.

- KEJOHANAN SIRKIT BULANAN BASIKAL TREK 03/2010 DIJANGKA AKAN DIADAKAN PADA SELEPAS TREK PLN PADA 13-15 MAC 2010 BERTEMPAT DI VELODROM CHERAS.

- PERHARGAAN KEPADA PENAJA UTAMA JOO NGAN PROFESSIONAL BIKE CENTRE TERUTAMA DATUK NG JOO NGAN

- PIHAK PENGANJUR MASIH BERUSAHA MENCARI PENAJA DIDALAM BENTUK PERALATAN BASIKAL BAGI HADIAH KEMENANGAN.

SEKIAN LAPORAN DARI IPOH.

Wednesday, February 24, 2010

Bengkel Penyelarasan Sukan Angkat Berat Cawangan Pelapis

Bengkel ini diadakan bagi menyelaraskan program latihan sukan angkat berat di peringkat Pelapis Kebangsaan, Pelapis Serantau dan Pelapis Negeri. Pihak Cawangan Pelapis merasakan program sedia ada yang dilaksanakan sejak tahun 2000 perlu diberi nafas baru dan pendekatan yang berbeza.

Melalui bengkel ini semua jurulatih di pelbagai peringkat telah diminta untuk membincangkan struktur program latihan di peringkat negeri, ujian-ujian yang perlu dilakukan, pemantauan dan pertandingan.

Pada bengkel ini juga semua SDO telah diminta untuk hadir sama dan membentangkan pelaksanaan sukan masing-masing bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang pelaksanaan program angkat berat di negeri mereka.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, February 22, 2010

Lawatan YB Menteri ke Bukit Kiara



Lawatan mengejut YB Menteri ke Bukit Kiara untuk melihat keadaan pusat latihan badminton dan atlet yang ditempatkan disana. YB Menteri sempat meluangkan masa untuk merasa hidangan makan tengahari bersama pemain sebelum mengadakan pc sebentar tadi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN LAWATAN PEMANTAUAN KE PUSAT LATIHAN PELAYARAN, BATU LAUT, KUALA LANGAT





TARIKH LAWATAN : 18 Februari 2010 (Khamis)
TUJUAN LAWATAN : Pemantauan Pusat Latihan Negeri bagi sukan Pelayaran
TEMPAT : Batu Laut, Kuala Langat
MASA : jam 1530
ATLET : 8 orang
JURULATIH : 1. En. Mohd Shahrul bin Abdul Razak (JPM)

KEHADIRAN
Seramai enam (6) orang atlet penuh masa hadir di dalam sesi latihan semasa hari pemantauan. Seramai enam belas (16) orang atlit adalah atlit separuh masa yang mana menghadiri latihan pada setiap hari sabtu dan ahad bermula jam 0900 dan berakhir jam 1730 yang akan dikendalikan bersama jurulatih separuh masa, En. Mohd Hafizi bin Roslee. Ini adalah kerana, para atlit kebanyakkan berumur 12 tahun ke bawah, masih bersekolah dan lokasi tempat tinggal agak jauh dengan pusat latihan.

DISIPLIN
Disiplin para atlit bukan masalah bagi para jurulatih. Ini kerana, para atlit yang berlatih di pusat latihan ini merupakan para atlit yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan sukan pelayaran.

LATIHAN
Semasa hari pemantauan, program latihan tidak dapat dijalankan di laut kerana bukan waktu air pasang. Namun begitu, latihan teori dan ulang kaji teknik pelayaran tetap diteruskan oleh jurulatih di atas darat para atlit.

ISU-ISU DIBANGKITKAN
1. Masalah kekurangan peralatan-peralatan seperti tali layar yang amat kritikal bagi semua kelas pelayaran.

HAL-HAL LAIN
Perbincangan mengadakan Mesyuarat JKK pada awal bulan Mac dengan wakil persatuan persatuan serta pengajuran klinik dan pertandingan. Perbincangan dengan lebih lanjut akan dilakukan semasa sesi Mesyuarat JKK.

--
ZIE ILEANA IZRA BINTI UJANG

Sunday, February 21, 2010

Day 5 in Sail the Gulf Qatar

Bersama ini di sertakan lapuran ringkas jurulatih negara dari Doha, Qatar. Kejohanan perahu layar Qatar International Regatta 2010 tamat semalam.

Keputusan keseluruhan di lihat pencapaian atlit kita membanggakan. terutama dalam kelas Optimist dimana tak persaingan langsung. Ahmad Latif Khan seperti di ramal mengekalkan kedudukan dari awal menjuarai kejohanan ini di cabar rakan senegara iaitu Ahmad Shukri dan Mohamad Farhan Hamid. Manakala Naib Johan Dunia Faizal hanya berpuas Hati di tempat Ke empat ini merupakan kekalah ke empat Faizal kepada Ahmad Latif Khan selepas kejohanan Dunia.

Dalam kelas Laser 4.7 Pelayar Negara Nuramirah Hamid berpuas hati di tempat kedua di belakang pelayar UAE
dan di tempat ke tiga Mohamad Amirul Shafiq dan seorang lagi pelayar negara Khairunneta Mohd Afendy hanya berpuas hati di tempat ke 6. Shafiq dan Khairunneeta merupakan Atlit negara yang pertama layak ke Youth Olimpik di singapura bulan Ogos ini dalam kelas Byte CII.

Dalam kelas Laser Standred Harith Ammry Nasution gagal mengekalkan pencapaian kerana hanya berpuas hati di tempat ke 9
Manakala dalam kelas Laser Radial Khairulnizam yang berjaya memintas tempat ketiga dan Naik podiam menerima Hadiah tetapi selepas dua jam menerima hadiah kemenangan tersebut di tarik balik oleh jury walaupun sebarang bantahan tidak di kemukaan.. Oleh kerana tiada maklumat lengkap berhubung perkara ini persatuan akan mendapatkan penjelasan dari pihak penganjur.

Keseluruhan pencapaian atlit memuaskan manakala pelayar Laser Standred dan Laser Radial dalam persiapan ke kejohanan Asia Pasific Laser Championship 2010 yang akan di adakan di Thailand pada 06 hingga 12 Mac ini. Terima kasih

Dari
Mohd Afendy Abdullah
GM- MYA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 20, 2010

Anugerah Sukan SAM 100 plus 2009


Dato Zol still feel jet leg after long flight from US to Malaysia. anyway welcome home dato


the King of sports Blogger

very serious discussion..cheer up guys


the president


the crowd



The VVIP Tan Sri Muhyidin Yasin


The wish list who's who are here at Hilton for The Anugerah SAM 100+ 2009. The high power rub shoulder with the reporters without any protocol.
Very good vibe actually.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 19, 2010

LAWATAN KE AKADEMI SERANTAU ZON SELATAN DAN SSBP





Salam 1 Malaysia

Lawatan Kerja ke Akademi Serantau Zon Selatan dan Pusat Latihan Serantau di SSBP

Pada 18 Februari Unit Pelapis Serantau telah mengadakan lawatan rasmi ke Akademi serantau Zon Selatan dan PLS di Bandar Penawar. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sendiri perjalanan program latihan di Zon Selatan dan berjumpa dengan jurulatih serta atlet yang berada dalam Program Pelapis serantau. Kedatangan rombongan dari MSN di Akademi serantau ini telah disambut oleh atlet,jurulatih,warden dan kakitangan akademi dengan paluan kompang sertajamuan makan malam BBQ disediakan. Terima kasih kepada emua warga Akademi serantau diatas sambutan yang tidak diduga.

Lawatan di PLS SSBP
Satu mesyuarat telah diadakan bersama dengan Pengetua SSBP bersama jurulatih. Dalam sesi ini Pengetua SSBP telah menyambut baik kedatangan pihak MSN untuk melihat dan berbincang mengenai perkara-perkara yang melibatkan hal-hal pentadbiran dan masalah yang dihadapi oleh jurulatih serta atlet yang ada di SSBP. Pengetua juga berharap agar lawatan seperti ini akan kerap diadakan untuk memastikan perjalanan program agar lebih teratur dan dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan kadar segera. Cadangan dari pihak Pengetua juga agar program di serantau ini dapat diperkembangankan di SSBP dengan menambah jenis sukan yang sedia ada di SSBP seperti sepaktakraw dan angkat berat. Cadangan dari pihak SSBP akan dikemukan oleh Pengetua semasa perjumpaan dengan YBhg Dato' KP MSN pada 17 Mac 2010 di MSN. Hadir sama dalam lawatan ini ialah KUN Johor.

Mesyuarat bersama KUN Johor, Kerani, Warden dan Jurulatih di Pejabat USPTN Johor
Dalam mesyuarat ini banyak perkara-perkara perkara-perkara berbangkit yang telah diutarakan oleh semua pihak melibatkan pentadbiran dan pengurusan di akademi serantau zon utara. Pelarasan berkenaan isu ini akan ditangani secara bersama dan wakil dari Cawangan Harta En Hafiz Zamri dan Perkhidmatan Makanan Cik Shaasliza telah banyak membantu dalam menyelesaikan beberapa isu yang melibatkan kemudahan dan pemakanan di akademi. Mesyuarat yang berlarutan sehingga jam 5.30 petang ini diharapkan agar dapat menyelesaikan permasalahan di Akademi ini.

Sekian laporan saya, Izuwan dari Akademi Serantau Zon Selatan.

--
Norishah Sabidi

KEPUTUSAN TERKINI KEJOHANAN ' SAILS THE GULF QATAR'

Assalamualaikum semua

keputusan terkini:

LASER STD

harith-5-12-13-10-1-9= 37 mata-tempat ke 9 dari 26 peserta

Kedudukan

1>TUN-11 mata
2>TUN-23 mata
3>qatar-25 mata
4>India-26 mata
5>UAE-28 mata
6>KAZ-32 mata
7>ALG-32 mata
8>RUS-35 mata

Laser Radial

Nizam-8-1-10-11-2-13=32 mata-tempat ke7 dari 34 peserta

Laser 4.7

1>TUN-11 mata
2>INDIA-11
3>ALG-18
4>UAE-26
5>TUN-29
6>QAT-31

Bahrain-8 mata-tmpat 1
Amirah-1-10-1-2-3-8=15 mata-tempat ke 2 dari 25 peserta
Shafiq-2-8-4-6-2-5=19mata-ke 3
neeta-9-5-7-11-8-9=38 mata-ke 8

OPTIMIST

Latif-5-1-2-4--1-1=9 mata-no 1
farhan-4-4-1-1-4-2=12 mata- no 2
syukri-1-3-3-2-3-3=12 mata-no 3
aizal-2-2-5-3-2-4=13 mata-no 4
akmar-3-6-7-11-8-6=30 mata-no 5
bahrain-34 mata
lyana-11-7-23-6-5-7=36 mata-no 7

Perlumbaan akan dijalankan selepas sembahyang jumaaat iaitu pd jam 1 ptg waktu qatar.Akan dijalankan lg 2 perlumbaan utk hari ini. Dijangka kan angin akan bertiup lebih baik iaitu 8-11 knts.

Laporan di sediakan oleh Nor hisham Mat nor

Thursday, February 18, 2010

Kejohanan Tinju Piala Datuk Bandar

Seramai 52 orang peninju bawah 23 tahun daripada negeri P.Pinang,Perak, Selangor,WPKL, N Sembilan, Kelantan,Sabah, Sarawak, WP Labuan, PDRM telah menyertai kejohanan yang berlangsung pada 17 - 21 Feb 2010 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Kejohanan ini dijadikan sebagai medan ujian prestasi peninju-peninju sebelum berlangsungnya SUKMA di Melaka pada bulan Jun nanti.

Selamat berjuang kepada semua peninju-peninju remaja!


Day 2 in Sail the Gulf Qatar






assalamualaikum

Hari kedua
Semua pelayar dalam keadaan sihat walafiat

1.Menjalani latihan pity pagi pd jam 6.30pg
2.Selesai pity terus sarapan dan bertolak ke club.
3.persiapan bot dan mental pelayar dalam keadaan baik.
4.0900pg Taklimat pengurus pasukan
5.jam 0945 pg pelayar mula turun kelaut kerana permulaan dijangka akan
bermula pd jam 11pg
6.Angin bertiup 5-6 knot sahaja.flat water.

Laporan ringkas perlumbaan.
Sebanyak 3 perlumbaan dijalan pada hari ini bg semua kelas.

Laser Std>harith
>Race 1-permulaan yg baik dan bermain disebelah kanan kerana terdapat sedikit bantuan dr arus.membuat pusingan di mark 1 ditempat kedua tetapi membuat kesilapan di pusingan mark 2 ke 3 dan menamatkan perlumbaan ditempat ke 5.
>race 2-OCS-permulaan di hujung bouy
>race 3-Permulaan yg teruk.beradaa ditengah dan bot tiada speed utk keluar.Lambat membuat recovery menyebabkab menamatkan perlumbaan dikelompok 15 teratas. Bnyk bermain disebelah yg salah walaupun telah ditegur dan diberitahu.

Laser Radial>Nizam
>Race 1-.Membuat permulaan yg baik tetapi bermain disebelah kiri terlalu lama.Membuat pusingan dimark 1 di tempat ke 12.
dpt mengejar beberapa pelayar ketika down wind.dan menamatkan
perlumbaan ditempat ke 9
>Race 2-membuat permulaan yg begitu baik dan bermain disebelah kanan dan beliau berjaya mengawal fleet dgn baik dan mendahului dr awal sehingga tamat.
>Race 3-membuat permulaan yg kurang baik.membuat pusingan di mark 1 ditempat ke 12.Bejaya mengejar beberapa pelumba lain dari mark 2 ke 3.Menduduki tempat ke 5 dari mark 3 ke 2 tetapi telah capsize ketika membuat pusingan di mark 2.berjaya memotong beberapa pelayar lain ketika down wind dan menamatkan perlumbaan ditempat ke 10
>Bnyk kesilapan dilakukan oleh pegawai perlumbaan sehingga terpaksa menangguh bnyk perlumbaan.
>Pelumbaan pertama bermula pd jam 12.05 tghari.Saingan dilihat bg kelas Laser std adalah dr tunisia,bahrain,algeria,kazastan dan India.Bagi kelas Radial persaingan agak sengit terutama dari Qatar,Bahrain, Algeria dan India

Laser 4.7
>Permulaan yg begitu baik buat semua laser 4.7
>amirah mendahului peserta lain dgn kedudukan-1-8-1
>tempat ke 2 adalah peserta dari bahrain
>tempat ke 3 shafiq-2-6-4
>neeta di tempat 5 atau 6.-9-5-7
>semua pelayar membuat perancangan dgn baik terutama amirah dan shafiq.Neeta yg kurang dpt mebuat permulaan yg begitu baik menyebabkan dia ketinggalan sedikit dr pelayar dari qatar,bahrain.

Optimist
>tiada masalah bg peserta optimist kita kerana kurang saingan.Peserta kita mendominasi tempat pertama ke lima.
Tempat 1-kiki-1-3-3
2-latif-5-1-2
3-farhan-4-4-1
4-faizal-2-2-5
5-akmar-3-6-6

Lyana dilihat kurang menyerlah kerana permulaan yg kurang baik keadaan
angin yg begitu perlahan kerana mungkin masalah berat badan
beliau.11-7-?

Wednesday, February 17, 2010

Pemantauan Pusat Latihan Perak










Bagi memastikan program latihan di setiap pusat berjalan dengan baik, semua SDO telah diminta untuk memantau pusat latihan masing-masing secara berkala. Melalui cara ini SDO akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi di pusat-pusat latihan tersebut dan pada masa yang sama akan dapat menyelesaikan masalah dengan cepat.

Sekalung Tahniah kepada USPTN Perak kerana melaksanakan program pemantauan ini dengan baik dan diharap akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan di Temaysa Sukan Malaysia nanti.

Saturday, February 13, 2010

Gong Xi Fatt Chai

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikan dan selamat bercuti kepada warga sukan tanahair.

Be safe on the road
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 12, 2010

Pusat Pelayaran Kebangsaan Langkawi

Dengan komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh pelayar dan jurulatih adalah tidak mustahil sasaran untuk mengapai pingat di Temasya Sukan Asia 2010 dan Sukan Olimpik Remaja Singapura 2010 akan tercapai.
Pihak ISN yang diketuai oleh Cik Azimah telah merangka program sains sukan yang mantap. Para jurulatih dan atlet telah diberi penerangan oleh pihak ISN tentang keperluan sains sukan di dalam memastikan mereka dapat mengikuti program yang telah ditetapkan. Pihak ISN juga berjanji untuk menambah kekerapan pemantauan dan perkhidmatan di pusat kebangsaan ini.

Melalui keputusan JKP yang diadakan pagi tadi diharap program latihan yang akan dilaksanakan akan lebih mantap dan sasaran pingat yang ditetapkan dalam acara optimist akan tercapai.

Bagi pihak MSN kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelayar dan terima kasih kepada MYA, ISN dan barisan jurulatih atas kerjasama yang ditunjukkan kepada kami.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 11, 2010

Pusat Pelayaran Langkawi

Lawatan ke pusat ini diadakan bersempena mesyuarat Jawatankuasa Program bagi penyediaan atlet ke arah sukan Asia 2010 bagi acara Optimist dan Byte bagi Sukan Olimpik Remaja Singapura 2010.

Berdasarkan pemerhatian awal pelayar-pelayar begitu bersemangat berlatih dibawah panahan sinar matahari yang amat terik. Pengorbanan mereka amat-amat dihargai. Dengan kedudukan pusat yang agak jauh kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya bagi berjumpa dengan warga pelayar di pusat latihan dan mendapatkan pandangan serta permasalahan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.