Monday, November 26, 2012

LAPORAN HARI TERAKHIR KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI (MAG)


Hari keenam kem merupakan hari terakhir untuk kem kali ini dimana setiap atlet akan diuji didalam "mini competition" Atlet akan duji didalam 3 disiplin rutin penuh bagi klasifikasi 'class 1' iaitu didalam acara lantai, melombol dan kekuda berpelana (mushroom)

Berikut merupakan pemenang bagi "mini competition" tersebut:

1. Muhammed Izzhar Bukhary - Pahang
2. Lau Yong Peng - Perak
3. Khairul Danial - Terengganu

Perjumpaan bersama Pengarah Cawangan Pelapis telah diadakan pada sesi petang di gimnasium 3, MSNM. PCP telah menyampaikan amanat beliau kepada semua jurulatih dan sesi berakhir dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderahati kepada peserta kem.

Sekian, terima kasih.




Hari Keenam - Kem Bakat Angkat Berat 2/12


Hari terakhir kem bakat angkat berat kali ke dua bermula jam 9.00 pagi. Sesi pagi ini adalah pertandingan dalaman untuk semua peserta kem. Pertandingan dimulakan bagi kategori lelaki dan berakhir pada jam 11.30 tengahari. Kategori wanita pula bermula pada jam 12.00 tengahari dan berakhir pad jam 1.30 tengahari. Sesi penyampaian hadiah dan sesi rumusan bersama jurulatih bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 3.00 petang.


Adam

Friday, November 23, 2012

LAPORAN HARI KEDUA KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK LELAKI (MAG)


Hari kedua kem dimulakan dengan perhimpunan ringkas seawal jam 7.30 pagi setelah kesemua peserta kem selesai bersarapan. Aktiviti pagi bermula dengan sesi ujian kecergasan yang telah diketuai oleh Pn Tay Su Shan daripada Unit Fisiologi Senam ISN. Antara elemen yang diuji didalam ujian adalah seperti larian 1.6 kilometer, "vertical jump", "flexibility" disamping mengukur tahap BMI setiap atlet.

Sesi petang latihan di gimnasium yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Pelapis Kebangsaan, Liu Hong Lu dimana latihan hari ini bertumpu kepada kekuatan asas setiap atlet. Setiap atlet diuji tahap kekuatan masing-masing disetiap apparatus.

Aktiviti malam melibatkan aktiviti "team building" dan juga tayangan video. Aktiviti berakhir jam 10.30 malam.

Sekian, terima kasih.


LAPORAN HARI KEEMPAT KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI (MAG)

Hari keempat kem latihan dijalankan seperti biasa dengan menekankan aspek kekuatan dan juga rutin bagi klasifikasi 'class 1' Latihan hari keempat hanya dijalankan pada sebelah pagi sahaja kerana majoriti atlet sudah mula kepenatan.

Sekian, terima kasih.

KEM BAKAT & PEMILIHAN ATLET PASUKAN YOG 2014


LAPORAN HARIAN

HARI KEEMPAT
(22 NOVEMBER 2012)

Program hari ini diteruskan pada jam 8.00 pagi. Latihan yang dijalankan pada sesi sebelah pagi adalah bertumpu kepada "Shooting Technique". Pada sesi sebelah petang, latihan bertumpu kepada "Shooting Skill" bagi jarak 50m dan 30m sahaja dan pada sebelah malam satu sesi Ceramah Psikologi yang telah dikendalikan oleh Cik Nik Azmah daripada Bahagian Psikologi, Institut Sukan Negara pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 10.15 malam

Disediakan oleh,

Giam Fook Pang



Kem Bakat Berbasikal Trek(L) Pelapis Siri 01/2012


Assalamualiakum dan Salam Sejahtera,

Kem Bakat Berbasikal Trek(L) Siri 01/12 akan berlangsung bermula pada 21 - 28 November 2012 di Veledrom Rakyat Ipoh, Perak. Pada hari ini para peserta telah melaporkan diri dengan jumlah penyertaan adalah seramai 42 orang (26  atlet,14, jurulatih dan 2 pegawai). Kesemua peserta kem pada kali ini adalah berumur 15 tahun kebawah dan tidak pernah terlibat didalam kem yang dianjurkan sebelum ini. Atlet-atlet yang terlibat di kem ini juga merupakan atlet yang telah biasa menggunakan permukaan trek dan mempunyai pencapaian  di kejohanan-kejohanan berbasikal trek yang dianjurkan pada tahun 2012 ini.

Kem ini akan diketuai oleh Ketua Jurulatih Berbasikal Pelapis Kebangsaan iaitu Cikgu Suod Hussain dan dibantu oleh jurulatih-jurulatih dari Pusat Latihan Negeri. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, beberapa langkah back up program telah dirancang bagi memastikan kesemua peserta yang menghadiri kem ini memanfaatkan sebaik mungkin program ini.

--
Sekian, laporan dari Ipoh, Perak

RASHID RAMLI

Klinik Pengenalan / Talent Identification Sukan Pelayaran (TID) bagi Pelajar Sekolah Rendah Sekitar Putrajaya pada 24 Nov 2012 (Sabtu) di Pusat Maritim Putrajaya


Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) akan menganjurkan program sukan air bagi Sukan Pelayaran seperti ketetapan berikut :

Nama Program :  Klinik Pengenalan / Talent Identification Sukan Pelayaran (TID) bagi Pelajar Sekolah 
Tarikh : 24 November 2012 (Sabtu)
Tempat : Pusat Maritim Putrajaya
Masa : Bermula jam 9.00 am hingga 12.00 tgh.
Sasaran : Pelajar-pelajar sekitar Putrajaya berumur 7-12 tahun.
Yuran: Percuma

Untuk makluman tuan, tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar yang berminat dan berbakat untuk menyertai sukan pelayaran ini agar dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Oleh yang demikian, Pihak Majlis telah mengadakan Sesi Pengenalan Sukan Pelayaran di beberapa buah Sekolah Rendah di Putrajaya pada 07 November 2012 lalu dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada para guru dan pelajar.  

Disamping itu, Pihak Majlis juga telah mengadakan Kursus Pengenalan Kejurulatihan Sukan Pelayaran kepada para guru pada 20 November 2012 bagi memperkenalkan asas sukan ini kepada guru yang berminat menyertainya.