Monday, November 19, 2012

LAPORAN HARI PERTAMA KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI (MAG)


Kem kali ini telah melibatkan seramai 45 orang atlet lelaki yang berumur 8-9 tahun dari 9 buah Pusat Latihan Negeri (PLN) seluruh negara. Sepuluh orang jurulatih yang terdiri daripada jurulatih luar negara (JLN), jurulatih penuh masa (JPM) dan jurulatih sambilan (JSM) turut terlibat pada kem kali ini.

Tujuan utama kem kali ini adalah untuk memberi peluang kepada atlet-atlet baru menjalani latihan secara berkelompok disamping dapat berubah angin dengan menjalani latihan dibawah jurulatih lain terutamanya daripada ketua jurulatih Program Pelapis Kebangsaan, Liu Hong Lu. Setiap atlet akan menjalani latihan dibawah kendalian beliau disamping dibantu oleh jurulatih-jurulatih sedia ada. 

Penekanan akan diberikan untuk memperbaiki teknik dan kaedah latihan asas sepertimana yang telah ditekankan oleh instruktur FIG dari China, Guo Jian semasa kedatangan beliau pada bulan Februari yang lalu.

Pendaftaran bermula jam 2.00 petang dan taklimat program bermula jam 8.00 malam. Aktiviti pertama bermula jam 8.30 malam dimana aktiviti pengenalan diri setiap atlet atau "ice breaking" dijalankan oleh instruktur jemputan. Aktiviti tamat jam 10.30 malam.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh:
Megat

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.