Monday, January 31, 2011

Laporan Pemantauan Pusat Badminton di Dewan SBA



Sarawak – Laporan Pemantauan Pusat Badminton
 
Venue                   :  Dewan SBA, Kuching, Sarawak
 
Tarikh                 :   27 Januari 2011, Khamis
 
Masa                    :  2.30 petang
 
Perjumpaan dengan jurulatih dan atlet
 
Jurulatih                        : En. Roslie Sapiee
 
Bilangan atlet                : 9 orang
 
Sesi latihan                   : 3.00 – 6.00 petang
 
20 tiub bulu tangkis dibekalkan kepada pusat untuk latihan bulan Januari 2011.
 
Latihan diadakan seperti di dalam program latihan. 
 
Semasa pembincangan dengan jurulatih, beberapa cadangan dibuat supaya informasi lengkap boleh dibekalkan kepada USPTN Sarawak. En. Roslie mencadangkan supaya pusatnya dibekalkan dengan peralatan seperti 8 biji ‘medicine ball’ untuk latihan bebanan. Dicadangkan supaya pihak Persatuan membuat permohonan  kepada Majlis Sukan Negeri Sarawak untuk bekalan ‘medicine ball’.
 
Semasa sesi perjumpaan bersama atlet, mereka tidak menyatakan apa-apa masalah.
 
Pemantauan seterusnya akan dilakukan secara berkala.
 
 

IRENE JOHN DAVIS
PPN BADMINTON/SQUASH
USPTN SARAWAK

15th Asian Junior Team Championship 2011



15th Asian Junior Team Championship 2011
26th – 29th Jan 2011
Ratmalana, Sri Lanka

India (Boys) and Hong Kong (Girls) are the Champions of the 15th Asian Junior Team Championship 2001 in the Ratmalana Air Force Squash Complex.

In the 1st Final, in a repeat of the 16th Asian Games in Guanghzou, where also Hong Kong played Malaysia in the Final, but at the Senior level, where Malaysia went on to beat Hong Kong. But in today’s final Hong Kong got the better of Malaysia.
Hong Kong No 1, Tong Tze Wing started the win by beating Tan Yan Xin, 3/0 in 36 mins with a score of 5, 8 and 7. Hong Kong No 2, Ho Kar Po carried on with a win over Vanessa Raj also 3/0 and 36 mins, but with the score of 2, 7 and 11

In the Boys Final, India upset the favourite Pakistan 2/1, with Ramit Tandon and Mahesh Mangaonkar winning their matches for India. Ramit is the hero for India when he had to battle Danish Atlas Khan for 1 hour and 30 mins, to win 3/2 and won the 1st point for India. Ramit won the 1st set, 11 – 7 creating great excitement and expectation from the Indian team and supports. He lost the 2nd set, 6-11, but came back strongly in the 3rd winning 11-9. Danish then took the 4th set at 11-8, setting a tough 5th set ahead. The 2 players great squash, but Ramit finally won at 11-9. It was a great match and the crowd were entertained to a high level of squash, that kept everyone glued to their seats until the very last point. Pakistan No 2, Nisiri Iqbal then beat Abhishek Pradhan 3/0 in 30 mins with the score of 4, 7 and 3.
Finally it was done to the 3rd players of both team to deliver the wining point. Mahesh Mongaonkar played a steady game and won 3/0 with the score of 7, 2 and 6, giving India a historical win over Pakistan.

The trophies were presented to the winning Teams by the President of the Asian Squash Federation, Dato A Sani Karim

8th KFC - Langkawi International Regatta Perdana 2011








Salam Satu Malaysia,

Tan Sri, Dato' dan Tuan Tuan,

Hari ini dengan Rasminya Kejohanan edisi ke 8 Langkawi International Regatt Perdana 2011 tamat. Seperti di rancang 12 Perlumbaan dapat di jalankan tepat mengikut jadual malah semua perlumbaan selesai menikut jadual. Inlah kelebihan Pertandingan kapal Layar di langkawi. Kekuatan angin yang bertiup melebihi 20 Knot hingga 25 knot. Menjadikan Regatta perdana kejohanan yang tinggi nilai. Hanya satu Kejohanan sahaja di Malaysia yang mengadakan 12 Perlumbaan dan semua perlumbaan di jalankan menikut peraturan ISAF . Gelangaang yang di gunakan juga mematuhi standard antarabangsa. Sayangnya banyak pasukan di Malaysia memilih untuk ke Batam Indonisia untuk mengambil bahagian. Walaupun sudah di ketahu di sana tak ada angin dan belum tentu semua perlumbaan dapat di adakan. kejohanan ini dalam senarai rangking kebangsaan dan kejohanan ini juga di gunakan untuk membuat penilaian bagi menetapkan pelayar yang akan di serap ke pasukan pelapis dan ellite. Seperti yang di jangka pelayar yang menyertai kejohanan ini benar benar dapat menunjukakan skill yang di harapkan. Perlumbaan berjalan lancar sejak awal pagi Jam 10. Keadaan yang bagitu mencabar. Hari ini sebanyak 2 Perlumbaan di adakan , semua perlumbaan berjaya di tamatkan sebelum Jam 1330Pm . Jam 1730Pm Acara penutup dan Penyampaian hadiah akan di sempunakan oleh YB Dato Paduka Abu bakar Bin Taip Ahli Parlimen Langkawi.

Keputusan Perlumbaan Hari terakhir setelah 12 perlumbaan keseluruhan.


Setelah tamat 12 Perlumbaan keputusan dalam kelas Optimist - Seperti yang di Jangka Juara Dunia , Ahmad Shukri beraksi cemerlang pada hari terakhir untuk terus kekal di tempat pertama dengan 14 Mata , Manakala Tempat ke dua Mohd Faizal bin Norizan dengan 18 Mata Tempat ke tiga di oleh Nurul Izatul Akmar dengan 27 Mata . ketiga tiga pelayar ini adalah Pelayar Pelapis kebangsaan.

Kelas Laser Standard - Pelayar Elite negara Mohd Romzi di tempat pertama dengan 13 Mata berjaya mengekalkan kedudukan , Makala Pelayar Elite negara Khairulnizam Mohd Afendy di tmpat ke 2 dengan 15 mata dan di tempat ketiga Mohd Fafhan dengan 29 mata dari johor.

Kelas laser Radial - Tempat pertamam Pelayar dari TLDM Shahidan Hasssan menutip 17 mata diIkuti Rapat oleh Hakim wagiman dari Johor mengutip 18 mata . Pelayar Kedah Mohd Amran Ali di tempat ke tiga dengan 24 Mata.


Kelas laser 4.7 - Pelayar Negara Khairunneeta Mohd Afendy mendahului dengan selesa dengan memenangi semua perlumbaan mengutip 10 mata di ikuti oleh Adiknya di tempat ke dua Khairun hanna Mohd Afendy dari kedah dengan 31 Mata dan tempat ketiga pelayar dari Pualu pinang Yeoh Lai Hoon dengan 33 Mata .

International 420 - Pemenang Pingat perak Sukan Asia Ahmad Latif Khan yang berpasangan dengan Hafizuddin terus mengungguli acara ini muncul Juara dengan mengutip 12 Mata dan di tempat kedua Pemenang pingat Perak Sukan Asia Khairnnisa Mohd Afendy yang Berpasangan dengan Nur fiqah bt Mohd Latif Mengutip 16 Mata muncul juara kelas wanita . tempat ke tiga Mohd Noor Nazmi bin Abdullah berpasangan dengan Muhammad Nur Syahmie bin Nor Hisham dari kedah dengan 33 Mata .

Interlational 470 - Tempat Pertama Pelayar Elite Negara Pemenang Pingat Gangsa Sukan Asia Ku Anas Ku Zamil dan Ahmad Hakimi bin Ahmad Shukri mengutip 10 mata mengatasi pelayar Negara Nurliyana bt Mohamad Latif berpasangan dengan Norashiken bt Mohamad Sayed dengan mengutip 22 mata di tempat ke tempat ke tiga dari TLDM Mohd Hakimi bin Bakar berpasangan dengan Muhammad Yazid bin Abd Manaf mengutip 27 mata.

Wind Surfing Big techno - pelayar negara Koe Sin Yee berjaya memintas pada perlumbaan akhir muncul juara dengan mengutip 16 mata dan tempat kedua Pelayar dari Pulau Pinang Shah Fimi dengan mengutip 18 Mata , tempat ke tiga Mohammad Shauri bin Sallahuddin dari Perlis mengutip 28 Mata

Windsurfing Race Board - Tempat Pertama Zainal Misran dengan mengutip 10 Mata dari Pulau Penang Tempat Ke dua Pelayar Negara Geh Ceow Lin mengutip 18 mata dan ke Tiga Katherine Ong dari Penang dengan 36 Mata

Kelas Hobbie 16 - Tempat Pertama di dahului oleh Mohamad Amirul Syafiq Md Jais berpasangan dengan Nik Asraf Qeadi mengutip 11 mata manakala tempat ke dua Pelayar Dari Terangganu Mohd Saifullah dan Mohd Esa dengan mengutip 17 ,tempat ke tiga Jamaludin Md Amin berpasangan dengan Malik Osman dari Kedah mengutip 36 mata

Keseluruahan perlumbaan hari ini berjalan dengan lancar dimana pelayar berpuas hati dengan pengadilan dan juga cara perlumbaan di jalankan. Kejohanan kali ini berjaya di anjur dengan sempurna dan di harap tahun tahun akan datang regatta ini terus menjadi kejohanan utama di negara ini. Kepada Penaja Kementerian belia dan Sukan, majlis Sukan Negara, KFC, LADA dan kerajaan negeri kedah , Persatuan Perahu layar kedah serta Persatuan Pelayaran malaysia Mengucapkan Ribuan terima kasih dan berharap akan mendapat bantuan dan kerjasama pada tahun tahun akan datang.

Maklumat lanjut serta gambar dan keputusan penuh boleh di perolehi di www.sailing.org.my

sekian terima kasih

Mohd Afendy Abdullah
General Manager
Malaysian Yachting Association
National Sailing Centre

Saturday, January 29, 2011

Asian Junior Team Championship 2011: Update

Here are the results for today.
Girls
Malaysia beat Singapore 2-0
Tan Yan Xin beat Mao Shi Hui 11/5/, 11/8, 13/11
Celine Yeap beat Sherilyn Yang 11/7, 13/11, 11/8

The girls did what was expected but not without some hiccups along the way. They will play Hong Kong tomorrow who beat India 2-0

Boys
Malaysia lost to India 2-0
Muhd. Zul Azri lost to Ramit  11/5, 11/7, 11/2
Sanjay Singh lost to Mahesh Mangaonkar 11/8, 11/7, 11/4

India proved too good against our boys. The boys did put on a good performance and gave their all but the very experienced Indian boys played the crucial rallies well and it told.

Malaysia beat Sri Lanka 3-0
Muhd. Zul Azri beat Gihan Suwaris 11/9, 11/1, 11/8
Mohd. Addeen Idrakie beat Binura Jayasuriya 8/11, 11/5, 4/11, 11/6, 11/3
Sanjay Singh beat Dilshan Gunawardene 11/0, 11/2, 11/4

Azri and Sanjay gave the team the win when both of them dispatched their opponents 3-0. Addeen on the other hand struggled to beat his opponent due to his inability to get length.

The boys will play India in the semis and the girls will play Singapore later in the evening.



Allan Soyza

Friday, January 28, 2011

Lawatan Pusat Angkat Berat Batu 18 Hulu Langat Selangor



asslamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut adalah laporan ringkas semasa lawatan pusat angkat berat batu 18 hulu langat selangor

tarikh : 27/1/11 (5.30 ptg)

- latihan bermula pada jam 5.00 ptg - 7.00 mlm dan di sambung jam 8.30 mlm hingga jam 10.30 mlm

-terdapat 7 org atlit sedang menjalankan latihan. 6 lelaki dan 1 wanita

- pusat ini mempunyai 12 org atlit. 10 org atlit lelaki dan 2 org atlit perempuan. selebih yang tidak hadir menjalani latihan sebelah mlm kerana ptg mereka bersekolah. 11 org adalah atlit baru. 

- latihan di bawah pengawasan jurulatih En mohd Zairi bin Tamyiz dan en Mohd Tamyiz bin johari

Sekian

Abd Latif Arshad
PPN selangor 

Thursday, January 27, 2011

8 th KFC Langkawi International Regatta Perdana 2011: Update

Salam Satu Malaysia,

Tan Sri, Dato' dan Tuan Tuan,

Hari in 27 Jan 2011, Seperti biasa angin bertiup kencang sehingga 18 ke 20 Knot. Perlumbaan berjalan lancar sejak awal pagi Jam 10. Keadaan yang bagitu mencabar. Hari ini sebanyak 4 Perlumbaan di adakan.

Keputusan Perlumbaan Hari Kedua setelah 7 perlumbaan keseluruhan.


Sebanyak 3 Perlumbaan di adakah , Pelayar negara terus cemerlang , dalam kelas Optimist - Juara Dunia , Ahmad Shukri terus cemerlang hari ke dua mendahului di tem[pat pertama , Tempat ke dua Mohd Faizal yang merupakan pelayar ke 3 terbaik dunia. tempat ketiga di ikuti rapat oleh Nurul Izatul Akmar

Kelas Laser Standard - Pelayar negara Mohd Romzi bersaing hebat dengan Pelayar negara Khairulnizam Mohd Afendy tempat ke tiga Mohd Fafhan dari johor. Keputusan tidak berubah berbanding semalam

Kelas laser Radial - Pelayar dari TLDM Shahidan Hasssan diIkuti Rapat oleh Pelayar Kedah Mohd Amran Ali manakala tempat ke tiga Hakim wagiman dari Johor.

Kelas laser 4.7 - Pelayar Negara Khairunneeta Mohd Afendy mendahului dengan selesa dengan memenangi tiga perlumbaan di ikuti oleh pelayar PutraJaya Wan Amirah tempat ke tiga Yeoh Lai Hoon

International 420 - Pemenang Pingat perak Sukan Asia Ahmad Latif Khan yang berpasangan dengan Hafizuddin terus mengungguli acara ini dan di ikut Rapat oleh Khairnnisa Mohd Afendy yang Berpasangan dengan Nur fiqah bt Mohd Latif tempat ke tiga Mohd Noor Nazmi bin Abdullah berpasangan dengan Muhammad Nur Syahmie bin Nor Hisham dari kedah

Interlational 470 - Pelayar Negara Ku Anas Ku Zamil yang baru di gandingkan dengan Ahmad Hakimi bin Ahmad Shukri mengatasi pelayar Negara Nurliyana bt Mohamad Latif berpasangan dengan Norashiken bt Mohamad Sayed dan tempat ke tiga dari TLDM Mohd Hakimi bin Bakar

Wind Surfing Big techno - Pelayar Pulau Pinang Shah Fami mendahului perlumbaan di ikuti oleh pelayar negara Koe Sin Yee dan tempat ke tiga Mohd Musanni bin Affendie dari Kedah.

Windsurfing Race Board - Tempat Pertama Zainal Misran dari Pulau Penang Tempat Ke dua Pelayar Negara Geh Ceow Lin dan ke Tiga Katherine Ong dari Penang.

Kelas Hobbie 16 - Tempat Pertama di dahului oleh Mohamad Amirul Syafiq Md Jais berpasangan dengan Nik Asraf Qeadi manakala tempat ke dua Pelayar Dari pahang Mohd Saifullah dan Mohd Esa tempat ke tiga Jamaludin Md Amin berpasangan dengan Malik Osman.

Keseluruahan perlumbaan hari ini berjalan dengan lancar dimana pelayar terpaksa mengharungi angin kencang . Besok 3 Perlumbaan akan di adakan. kejohanan ini akan tamat pada 29 Jan 2011.

Maklumat lanjut serta gambar boleh di perolehi di www.sailing.org.my

sekian terima kasih

Mohd Afendy Abdullah
General Manager
Malaysian Yachting Association
National Sailing Centre
Lot 3662, Pokok Asam
07000 Langkawi

Lawatan ke ASZU



Salam 1 Malaysia

Lawatan ke Akademi Serantau Zon Utara (ASZU) menampakkan sedikit kelainan dengan pentadbiran yang baru dengan penampilan yang baru dan tersusun ditonjolkan oleh Suhaimi selaku kerani pentadbiran dan En Adnan selaku Warden. Kunjungan kali ini memperlihatkan sesuatu yang membanggakan dengan tahap kebersihan yang dipertingkatkan serta Akademi yang di hias dengan gambar-gambar yang telah dibekalkan oleh Cawangan Pelapis tersusun indah menampakan suasana yang ceria dan muhibbah. Sekalung tahniah kepada pengurusan Akademi dan para Atlet sekalian.

Dimulakan dengan perbincangan bersama warden dan kerani pentadbiran serta sesi penerangan mengenai perjalanan Akademi yang turut dihadiri oleh En Syamsul Afzan Pengurus Sukan Unit Pelapis Serantau MSN dan En Fadil KUN USPTN P.Pinang. Sesi diteruskan dengan dengan perjumpaan bersama atlet untuk menerangkan status terkini program dan di akhiri dengan sesi bergambar yang telah diatur oleh pengurusan Akademi.

Sekian, Izuwan Hj Arifin melaporkan dari ASZU P.Pinang

Asian Junior Team Championship 2011

Biggest result of the day! :)

Girls

Malaysia beat India 2-1
Tan Yan Xin beat A. Anaka 2/11, 11/7, 3/11, 11/9, 11/5
Vanessa Raj beat Saumya Karki 11/5, 13/11, 3/11, 11/7
Yong Sue Ann lost to B. Aparajitha 7/11, 12/10, 11/8, 11/7

The girls performed magnificently and the reward was beating India and in the process drawing Singapore in the semis.
Yan Xin put on a great performance to upset Anaka despite being 2-1 down to give the other girls a boost.
Sue Ann then started well and was nearly 2-0 up but could not close the 2nd game and eventually lost it 3-1 in a very tight encounter.

Vanessa then stepped up and put on a performance that was incredibly mature beyond her age to give us the match.
This augurs well for us as 3 of our girls can still play for a few more editions.

Allan Soyza

Lawatan ke Pusat Latihan Memanah di Politeknik Seberang Perai & Cadangan penempatan Akademi.




Salam 1 Malaysia


lawatan pemantauan ke Pusat Latihan Memanah Akademi Serantau dan perumahan cadangan yang baru untuk Akademi di Seberang Prai telah diadakan dan hasil lawatan telah mendapati pusat latihan memanah dilengkapi dengan dua buah kontena untuk dijadikan pejabat dan stor menyimpan dan mennyelenggara peralatan memanah. Sekalung penghargaan kepada pentadbiran Politeknik yang membenarkan pusat latihan ini dapat dijalankan bersama dengan sukan olahraga bagi acara padang (tukul besi & lontar peluru).

Lawatan ke kawasan perumahan untuk cadangan baru penempatan di Kuarters Institusi Pendidikan (rumah guru) yang kini dalam proses untuk mendapat persetujuan daripada KPM. Jika impian menjadi kenyataan  maka keseluruhan warga Akademi akan berpindah dan mempunyai penempatan yang lebih selesa dan tahap keselamatan yang lebih terjamin. Terima kasih atas usaha En Fadil Ketua Unit USPTN P.Pinang yang berusaha gigih untuk memastikan Akademi Serantau Zon Utara berada ditahap yang terbaik.

Wednesday, January 26, 2011

Lawatan ke PLS Ipoh



Salam 1 Malaysia
Lawatan ke PLS Ipoh yg mana menepatkan atlet berbasikal Pelapis Serantau dipenempatan yang baru setelah berpindah dari asrama MSN Perak. Hasil lawatan didapati keadaan rumah sangat selesa dan mempunyai 7 bilik dilengkapi dengan katil, almari, tv, sofa, peti sejuk, mesin basuh,set meja makan dan dapur memasak. Kediaman baru ni lebih dekat dengan sekolah dan memudahkan urusan persekolahan atlet.

Laporan oleh En. Izuwan

8th KFC Langkawi International Regatta Perdana 2011




Salam Satu Malaysia,

Tan Sri, Dato' dan Tuan Tuan,

Setelah Persatuan Pelayaran Malaysia berjaya menganjurkan kejohanan Dunia dan di iktiraf terbaik pernah anjurkan sebelum ini. Kini kembali lagi sekali edisi ke Lapan Kejohanan Langkawi International Regatta Perdana 2011. Kejohanan yang di taja oleh KBS, MSN, KFC, LADA, MYA dan Kerajaan negeri Kedah . Menjanjikan kehebatan dan cabaran sebenar sukan pelayaran di negara kita . Seperti biasa angin yang sentiasa bertiup kencang sehingga 25 Knot menyebabkan pelayar negara seram sejuk untuk bertarung di Langkawi. Awal awal lagi banyak peserta muda negara hanya menanti di tepi pantai mengharap angin akan bertiup perlahan.

Perlumbaan Hari Pertama

Sebanyak 3 Perlumbaan di adakah , Pelayar negara terus cemerlang , dalam kelas Optimist - Juara Dunia , Ahmad Shukri berkongsi mata dengan Mohd Faizal yang merupakan pelayar ke 3 terbaik dunia. tempat ketiga di ikuti rapat oleh Nurul Izatul Akmar

Kelas Laser Standard - Pelayar negara Mohd Romzi bersaing hebat dengan Pelayar negara Khairulnizam Mohd Afendy tempat ke tiga Mohd Fafhan dari johor.

Kelas laser Radial - Pelayar dari TLDM Shahidan Hasssan diIkuti Rapat oleh Pelayar Kedah Mohd Amran Ali manakala tempat ke tiga Hakim wagiman dari Johor.

Kelas laser 4.7 - Pelayar Negara Khairunneeta Mohd Afendy mendahului dengan selesa dengan memenangi tiga perlumbaan di ikuti oleh pelayar PutraJaya Wan Amirah Asyiqin dan tempat ke tiga Khairun Hanna mohd Afendy dari kedah

International 420 - Pemenang Pingat perak Sukan Asia Ahmad Latif Khan yang berpasangan dengan Hafizuddin terus mengungguli acara ini dan di ikut Rapat oleh Khairnnisa Mohd Afendy yang Berpasangan dengan Nur fiqah bt Mohd Latif tempat ke tiga Nurasiah bt Jamil dengan Nurvela Sari bt Bajuri pelayar pelapis negara.

Interlational 470 - Pelayar Negara Ku Anas Ku Zamil yang baru di gandingkan dengan Ahmad Hakimi bin Ahmad Shukri mengatasi pelayar TLDM Mohd Hakimi bin Bakar berpasangan dengan Muhammad Yazid bin Abd Manaf . Tempat ke Tiga Pelayar dari TLDM Wan Mohd Fazeli bin Wan Zin berpasangan Muhd Firdaus bin Abdul Hamid .

Wind Surfing Big techno - Pelayar Negara Koe Sin Yee mendahului dengan selesa diikuti rapat oleh Shah Fami dari Pulau Pinang dan tempat ke tiga Mohd Musanni bin Affendie dari Kedah.

Windsurfing Race Board - Tempat Pertama Zainal Misran dari Pulau Penang Tempat Ke dua Pelayar Negara Geh Ceow Lin dan ke Tiga Katherine Ong dari Penang.

Kelas Hobbie 16 - Tempat Pertama di dahului oleh Mohamad Amirul Syafiq Md Jais berpasangan dengan Nik Asraf Qeadi manakala tempat ke dua Pelayar Dari pahang Mohd Saifullah dan Mohd Esa

Keseluruahan perlumbaan hari ini berjalan dengan lancar dimana pelayar terpaksa mengharungi angin kencang . Besok 4 Perlumbaan akan di adakan. kejohanan ini akan tamat pada 29 Jan 2011.

Maklumat lanjut serta gambar boleh di perolehi di www.sailing.org.my .

sekian terima kasih

Mohd Afendy Abdullah
General Manager
Malaysian Yachting Association
National Sailing Centre
Lot 3662, Pokok Asam
07000 Langkawi
Kedah,Malaysia
Mobile:+60192296316
Email: afendyzeta@yahoo.com.my



Monday, January 24, 2011

Lawatan KONI Medan Ke MSN

Lawatan ini dibuat susulan perbincang dan lawatan yang dibuat di Medan.

Kunjungan KONI Medan amat di alu-alukan bagi membincangan program kerjasama yang boleh dijalin oleh kedua-dua agensi untuk program latihan khusus. Lawatan ini juga diharap akan dapat mengeratkan jalinan kerjasama dan silaturrahim di antara dua negara.

Selamat datang kepada delegasi KONI Medan ke Majlis Sukan Negara.

Friday, January 21, 2011

PENYERTAAN ATLET PELAPIS BERBASIKAL TREK PROGRAM PELAPIS KEBANGSAAN KE KEJOHANAN TREK WORLD CUP SIRI 2010/2011 BEIJING CHINA



Seorang atlet Berbasikal Trek Program Pelapis Kebangsaan akan menyertai kejohanan Trek World Cup Series 2010/2011 yang akan diadakan di Beijing, China. Beliau akan menyertai acara team Sprint bagi mewakili Malaysia yang turut disertai oleh pelumba trek senior iaitu Mohd Edrus Yunus dan Mohd Hafiz Mohd Suffian. Bagi pasukan Yayasan Sime Darby pula akan diwakilli oleh AzizulHasni Awang , Josiah Ng dan Mohd Rizal Tisin. Acra terebut akan berlangsung pada hari ini (21 Januari).

Sebanyak 20 pasukan akan bertanding bagi acara ini termasuk pasukan Great Britain yang diketuai oleh Sir Chris Hoy dan beberapa negara dari negara Eropah, Amerika Selatan dan Asia.

Mohd Fattah Amri Zaid baru berusia 19 tahun yang berasal dari Kedah merupakan kejohanan pertama beliau bertanding di Peringkat senior yang mana sebelum ini beliau telah diberi pendedahan pertandingan di peringkat junior termasuk Kejohanan ACC Junior 2009 & 2010, Kejohanan Trek Asian Cup Malaysia Round 2010 dan Kejohanan Trek Tasmania Australia 2010. Pencapaian antarabangsa terbaik beliau adalah:

Pingat Gangsa di Kejohanan ACC Junior 2009 (Indonesia) acara team Sprint
Pingat Gangsa di Kejohanan ACC Junior 2010 (UAE) acara Sprint
Pingat Emas di Kejohanan Trek Asian Cup Junior MALAYSIA Round acara Sprint
Pingat PERAK di Kejohanan Trek Asian Cup Junior MALAYSIA Round acara Keirin

Seperti yang dimaklumkan oleh ketua jurulatih Trek Negara John Beasley beliau berkemungkinan diletakkan sebagai pelumba pertama atau kedua bagi acara tean sprint. Mengikut perancangan Datuk Naim Mohamad NAIB Presiden PKBM yang mana penyertaan Mohd Fattah hanya sebagai pendedahan awal yang mana mensasarkan program jangka panjang untuk layak ke Sukan Olimpik 2016 yang mana beliau turut melihat beberapa pelumba trek dari Program Pelapis Kebangsaan berkemungkinan akan diberi pendedahan latihan dan pertandingan di peringkat senior bagi program jangka panjang tersebut..

Jadual kejohanan sila klik disini.
Start List klik disini

Sekian terima kasih.


--
AZRAIN MOHAMED YUSOF

Wednesday, January 19, 2011

PERTANDINGAN PING PONG DALAMAN CAWANGAN PELAPIS






Bagi mengeratkan perhubungan sesama kakitangan Cawangan Pelapis dan mengamalkan gaya hidup yang sihat maka satu pertandingan ping dalaman telah diadakan selama dua hari bermula pada 18hb Januari yang lalu dan berkahir hari ini. Seramai ... orang pemain dari Cawangan Pelapis dan 2 orang pemain jemputan telah sama-sama bermandi peluh semasa waktu rehat tengahari bertanding dalam kejohanan kali ini.

Senarai Pemenang:-

Juara - Rozaini / Zaidi H
Naib Juara - Razib / Mohd Rizal
Ke 3 - Izuan / Rahimi

Tuesday, January 18, 2011

Lawatan Pasukan Menembak Universiti Korea Selatan

Seramai 15 atlet dan 3 pegawai dari Pasukan Menembak Universiti-Universiti Korea Selatan telah berada di Malaysia untuk pendedahan latihan luar negara dari 10 Januari 2011 sehingga 20 Januari. Pasukan tersebut yang di ketuai oleh En. Jang Gap Seon memberitahu bahawa suhu di Seoul, Korea Selatan antara 8-10 deg. Fer. dan musim cuti bagi unversiti-unversiti di Korea. Mereka mengambil kesempatan ini untuk membuat latihan pendedahan luar negara dan pada tahun ini Malaysia adalah destanasi mereka. Mereka menginap di Concorde Hotel, Kuala Lumpur dan menjalani latihan di Lapang Sasar Subang. Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (PMKM) telah membantu dalam hal-hal senjata, jadual latihan dan lawatan, penginapan dan pengangkutan.

Pada 17 Januari 2011 (Isnin) Pasukan Menembak Universiti2 Korea telah datang melawat Kompleks Sukan Bukit Jalil (MSN) serta pertandingan menembak persahabatan dengan atlet Pelapis Kebangsaan. Seramai 10 atlet mereka iaitu 4 pistol dan 6 rifle telah sertai pertandingan acara 10m air pistol dan air rifle manakala seramai 5 atlet PK dan 1 atlet Elit turut serta. Selepas pertandingan tersebut pasukan tersebut telah dibawa melawat kawasan MSN-ISN serta menjamu mereka makan tengahari di Kafe Atlet.

Pada 18 Januari 2011 (Selasa) akan diadakan pertandingan persahabatan di Lapang Sasar Subang bagi acara menembak 25m dan 50m pula. En Jang telah meluahkan rasa terima kasih pada Persatuan dan MSN dengan layanan yang telah diberikan dan menjemput kita untuk membuat latihan pendedahan latihan di Korea.


Sekian.

Mohd Razib Yahya