Thursday, August 25, 2011

JEMPUTAN KEJOHANAN MENEMBAK PIALA PRESIDEN KELAB MENEMBAK PULAU PINANG 2011

Salam Sahabat KUN,


Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama USPTN Pulau Pinang & Kelab Menembak Pulau Pinang akan menganjurkan Kejohanan Menembak Piala Presiden Kebab Menembak Pulau Pinang 2011 seperti ketetapan berikut;


Tarikh : 07 - 10 Oktober 2011
Venue : Kelab Menembak Pulau Pinang


Sehubungan dengan itu, dilampirkan surat jemputan untuk makluman & tindakan pihak tuan / puan selanjutnya. Untuk makluman juga, sesalinan jemputan ini turut dihantar kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri tuan / puan. Sebarang pertanyaan berhubung kejohanan ini boleh berhubung terus dengan PPN Menembak USPTN Pulau Pinang En. Hamidi Lokman di talian 04-656 2244 @ 012596 5639.


Sekian terima kasih.


--
Mohd Fadil Mohamad
Ketua Unit

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Tuesday, August 23, 2011

Majlis Berbuka Puasa Akademi Serantau Zon Utara 2011

Sebagaimana yang di amalkan pada tahun-tahun sebelumnya, pengurusan Majlis telah mengambil kesempatan pada bulan Ramadhan yang mulia ini untuk mengeratkan hubungan diantara atlet dan jurulatih melalui majlis berbuka puasa. Disamping itu juga, agensi lain seperti Majlis Sukan Negeri, ISN ( Satelit ), Politeknik Seberang Perai, Sek Menengah Bukit Mertajam turut dijemput.

Pada majlis kali ini, pengarah Bahagian Atlet iaitu En Ahmad Shapawi Ismail turut sudi hadir serta bertemu atlet. Kepada semua atlet, jurulatih serta warga Pelapis, pengurusan Majlis ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalalankan ibadah di bulan Ramadhan serta Selamat Hari Raya.







Monday, August 22, 2011

UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIP 2011 MOSCOW RUSSIA

19 August 2011
Moscow Russia

Keputusan hari yang mana melibatkan pelumba negara:

Muhd Arfy Qhairant Amran
Acara - Kelayakan 200m Sprint

Arfy telah mencatakan masa 10, 693 yang mana menduduki tempat secara keseluruhan di tempat ke 32 dan tidak layak untuk pusingan seterusnya. Seramai 55 pelumba mengambil bahagian yang 24 pelumba yang mencatat masa terbaik akan pusingan seterusnya. Catatan masa yang dicatatkan oleh Arfy telah melepasi had kelayakan yang telah ditetapkan oleh John Beasley iaitu dibawah masa 10,700 untuk layak ke program Elit secara automatik. Catatan ini merupakan rekod baru remaja kebangsaan di dalam indoor velodrome dan Rekod Dunia remaja bagi acara ini juga telah dipecahkan oleh pelumba dari Germany iaitu Niederlag Max dengan mencatat masa 9,899 yang mana rekod terdahulu 9,955 yang dibuat oleh pelumba dari Russia iaitu Nikita Shurshin.


Hamdan Hamidun
Acara Omium - 1KM/IND PURSUIT/SCRATCH

Hamdan telah menunjukkan prestasi yang baik yang mana berjaya menghabiskan keenam acara yang dipertandingkan didalam acara omnium. Mengikut kedudukan selepas 5 acara beliau berkedudukan no 18 dari 22 pelumba..perubahan kedudukan mungkin berlaku selepas keputusan rasmi bagi acara 1KM dikeluarkan. Berikut adalah keputusan beliau pada hari ini:

Ind Pursuit- 3:43,196 ( no. 20)
Scratch - no. 16
1KM -1:09, 728 (standing rasmi belum dikeluarkan)

Berikut adalah keputusan tidak rasmi Omiun lelaki
Emas- Australia - Ewan Caleb
Perak- Russian-Ivley Roman
Gangsa- Kenneth Dylan- New Zealand


Lain lain keputusan

200 Sprint wanita
Emas- VAYNOVA Anatsyia -Russia
Perak- MACKENZIE sTEPHANIE- New Zealand
Gangsa- Williamson Victoria- Great Britain.

Scratch Wanita
Emas- Valente Jennifer- USA
Perak- BAKER GEORGIA- AUSTRALIA
Gangsa- Cameron Cassie- New Zealand

Jadual pertandingan esok tiada melibatkan pelumba negara. Muhd Arfy akan turun bagi acara keirin pada 21hb nanti.

Sekian laporan dari Moscow Russia

--
AZRAIN MOHAMED YUSOF

UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIP 2011 MOSCOW RUSSIA

21 August 2011
Moscow Russia

Hari ini seorang pelumba negara mengambil bahagian didalam acara keirin iaitu Muhd Arfy Qhairant. Seramai 42 pelumba mengambil bahagian dimana sebanyak 6 heat atau pusingan dibagagikan. Arfy diletakkan didalam heat ke 6 bersama-sama pelumba dari France, Iran, Afrika Selatan, Surinam dan Italy .Setiap heat hanya seorang pelumba sahaja yang layak ke pusingan kedua. Pada pusingan ini Muhd Arfy menduduki tempat ke 5 dan hanya layak ke pusingan repercharge. Pusingan repercarge ini juga hanya mengambil seorang pelumba terbaik sahaja dan keputusannya Arfy hanya mendapat tempat ke 5 dan tidak layak ke pusingan kedua.

Keputusan rasmi KEIRIN Lelaki

Emas- France- Palma Julien
Perak- Rusia- Shurshin Nikitta
GANGSA- Mexico- Verdugo Edgar Esmael

.
Hari ini adalah hari terakhir kejohanan dan pasukan MALAYSIA akan bertolak pulang pada esok..

Sekian laporan dari moscow.


--
AZRAIN MOHAMED YUSOF

Sunday, August 21, 2011

Pemantauan Pusat Latihan Serantau Ipoh Perak.

Tarikh. : 21 Ogos 2011
Masa. : 12:30 pm
Tempat : Pusat latihan serantau ipoh

Pada jam 11:00 pagi, Pengarah Bahagian Atlet(En. Syapawi) dan Pengarah Cawangan Pelapis(En.Jefri) bersama Ketua Unit Pelapis di Cawangan Pelapis,MSNM bertolak ke Pulau Pinang bagi lawatan ke tempat cadangan pembukaan akademi baru serta jamuan berbuka puasa Akademi Serantau Zon Utara. Dalam masa yang sama,En. Syapawi ingin memantau pusat latihan serantau ipoh yang menempatkan atlet berbasikal pelapis serantau .Tujuan pemantaun tersebut dilakukan adalah untuk mengetahui permasalahan serta program yang dijalankan di pusat tersebut. Seramai 5 atlet dan 1 jurulatih tinggal dipenempatan tersebut yang mana pada masa ini,pembantu jurulatih iaitu En.Arif berada di thailand bagi mengikuti latihan bersama pasukan berbasikal elit di sana manakala 2 atlet berbasikal serantau turut terlibat. Pihak unit turut mengedarkan makanan tambahan bagi keperluan latihan dan pertandingan serta kasut sukan kepada setiap atlet berbasikal PLS Ipoh.Pada jam 2.00 ptg, mula bertolak ke Pulau Pinang. Bagi pemantau cadangan penempatan Akademi yang baru serta jamuan berbuka puasa ASZU akan diadakan pada 22 Ogos 2011.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, August 19, 2011

UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIPS MOSCOW RUSSIA

18 August 2011
Moscow Russia

Keputusan pertandingan hari ini melibatkan pelumba Malaysia adalah seperti berikut:

Acara 1km Time Trial Final
Masa :7.00 pm ( 11.00 pm Malaysia)

Muhd Arfy Qhairant menduduki tempat ke 23 dari 34 pelumba. Catatan masa yang dibuat adalah catatan yang terbaik bagi beliau iaitu 1:06,597. Catatan masa ini merupakan catatan yang terbaik bagi beliau bagi tahun ini yang mana catatan terbaik beliau dan ianya merupakani rekod remaja kebangsaan didalam Indoor velodrome. Rata-rata jarak masa yang dilakukan pelumba bagi acara ini adalah 0.1- 0.2 saat.
Keputusan Rasmi bagi acara ini:

Emas- GARDINER JARON- AUSTRALIA - 1:03,872
Perak- Edelin Benjamin- France - 1:04,374
Gangsa- Baranoski Matthew - USA - 1:04,660


Hamdan Hamidun

Acara Omnium
Qualification - Flying LAPS
Pusingan pertama

Hamdan menduduki ranking ke 25 dan 26 peserta dengan catatan masa 20,210. Ranking pertama bagi acara ini pelumba dari New Zealand dengan catatan masa 17,735. Berikut keputusan rasmi:

Ranking pertama- Kennett Dylan- New Zealand 17,735
Ranking kedua- Ankermann Pascal- German- 17,892
Ranking ketiga- Kim Hongki- Korea- 17,961

Acara Omnium
Point Race
Pusingan kedua

Hamdan menduduki ranking ke 13 dari 25 peserta dengan pungutan mata sebanyak 2 mata. Berikut keputusan rasmi:

Ranking pertama- Ivlev Roman -Russia- 14 mata
Ranking kedua- Ewan Caleb- Australia- 12 mata
Ranking ketiga- LATON eRYK- Poland- 8 mata

Acara Omnium
Elimination race
Pusingan ketiga

Keputusan rasmi tidak dapat di keluarkan oleh pihak komisar.

Selepas tamat 2 pusingan Hamdan menduduki tempat ke 20 dari 26 pelumba dengan pungutan mata sebanyak 38 mata. Berikut kedududkan selepas 2 pusingan

1. Ewan Caleb- Australia- 7 mata
2. Kennet Dylan- New Zealand- 9 mata
3.Laton Eryk- Poland- 9 mata


Lain-lain keputusan

Final Team Pursuit Wanita
Emas- Australia- 3:27,654
Perak-Russia- 3:29,032
Gangsa- Italy - 3:31,547

Final Point Race Wanita
Emas- Italy
Perak- Mexico
Gangsa- New Zealand

Sekian laporan dari Moscow, Russia.

--
AZRAIN MOHAMED YUSOF






Thursday, August 18, 2011

UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIPS 2011 MOSCOW RUSSIA

17 August 2011
Moscow Russia

Pada hari ini sebanyak 4 acara final dipertandingkan iaitu acara Team Pursuit Lelaki, Team Sprint Lelaki, Team Sprint Wanita dan Scratch lelaki. Upacara perasmiaan pembukaan juga diadakan pada jam 5.00 pm selepas acara Kelayakan team pursuit diadakan. Pasukan Malaysia mengambil bahagian didalam acara scratch lelaki yang diwakiili oleh Hamdan Hamidun. Acara ini telah diadakan pada jam 8.00 pm (12.00 am waktu malaysia) yang mana seramai 25 pelumba mengambil bahagian( 25 negara) sebanyak 30 pusingan harus dilalui oleh kesemua pelumba. Keputusan tidak rasmi Hamdan Hamidun memperolehi tempat ke 23 daripada 25 pelumba. Berikut adalah keputusan tidak rasmi:

Emas - Republik Czech SISR FRANTISEK,
Perak - Armenia - MKRTCHYAN MHER
Gangsa- Greece- SPANOPOULUS IONIS
HAMDAN HAMIDUN -NO.23

Jurulatih atlet Armenia ini adalah bekas jurulatih Kebangsaan MALAYSIA yang berasal dari Russia iaitu Albert Solayan.

Hari ini juga satu rekod telah dipecahkan iaitu bagi acara Team Pursuit lelaki yang dimenangi oleh pasukan Australia dengan catatan masa 4:02.632.Rekod sebelum ini dipegang oleh pasukan Russia yang dicatat juga di trek ini dengan kepantasan 4:04,488.

Lain-lain keputusan Rasmi:-

Team Pursuit Lelaki:
Emas: Australia - 4:02,632- World Rekod Junior
Perak:Russia- 4:07,342
Gangsa- New Zealand- 4;05,359

Team Sprint Lelaki
Emas- Germany - 0:59,982
Perak- France- 1:00,1365
Gangsa- Russia- 1:00,829

Team Sprint Wanita
Emas- Russia- 44,873
Perak: AUSTRALIA- 46,062
Gangsa- New Zealand- 46,910

Untuk esok (18 Ogos) kedua-dua pelumba negara akan mengambil bahagian. Berikut adalah maklumat perlumbaan melibatkan pelumba negara:

1)Muhd Arfy Qhairant
Acara : 1 KM
Status :Final
Peserta: 33
Negara :33
Masa: 8.00 pm (12.00 am Malaysia)

2) Hamdan Hamidun
Acara : Omnium- flying lap
Status :Kelayakan
Peserta:26
Negara :26
Masa: 2.00 pm (6.00pm Malaysia)


Sekian laporan dari Moscow.








Wednesday, August 17, 2011

WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIPS 2011MOSCOW RUSSIA

17 August 2011
Moscow Russia

Pendaftaran dan mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan pada 16 Ogos di Velodrome. Sebanyak 35 buah negara secara rasmi menyertai kejohanan pada kali ini. Perjalanan pendaftaran dan mesyuarat berjalan dengan lancar cuma terdapat beberapa perubahan jadual yang telah dimaklumkan oleh pihak commisair.

Acara yang didaftarkan untuk pelumba negara:
1) Muhd Arfy Qhairant - Sprint/Keirin/1km
2)Hamdan Hamidun - Scratch/Omnium

Jadual hari ini yang melibatkan pelumba negara adalah Hamdan Hamidun yang akan menyertai acara scratch Final yang akan bermula pada jam 9.20 pm ( malaysia 1.30 am).
Bagi acara Omnium beliau perlu menghabiskan sebanyak 6 acara iaitu Flying Laps/Point Race/elimination/Ind Pursuit/Scratch/1km yang jadual pertandingan bermula pada 18 - 19 ogos (2 hari)

Muhd Arfy Qhairant akan memulakan pelumbaan pada 18 Ogos bagi kelayakan sprint 200m pada jam 12.00 pm ( 4.00 Malaysia).
Bagi acara 1km pada 18 Ogos dan acara Keirin pada 21 Ogos.

Jadual untuk hari ini: Start 3.00 pm

Men Team Pursuit -Qualifying/Finals
Men Scratch- Finals
Men Team Sprint -Qualifying/Finals

Sekian laporan ringkas dari Moscow.








Tuesday, August 16, 2011

PERJUMPAAN BERSAMA ATLET MEMANAH

Satu perjumpaan atlet dan jurulatih memanah bersama En Jefri Ngadirin ( Pengarah Cawangan Pelapis ) telah diadakan sebelum mereka bertolak ke Legnica, polad untuk menyertai Kejohanan Memanah Remaja Dunia. Kejohanan ini akan berlangsung pada 22 - 31 Ogos 2011. Senarai atlet dan jurulatih yang terlibat adalah seperti berikut :

Pengurus : En Rahimi Ahmad Sulaiman
Jurulatih : En Norizham Ishak ( Elit )
En Othman Abd Wahab ( Pelapis Kebangsaan )
Pn Firuz Hanisah Ibrahim ( Elit )

Atlet : Syafiq Izzudin Sulaiman ( Pelapis Kebangsaan )
Atiq Bazil Bakri ( Pelapis Kebangsaan )
Nazir Omar ( Pelapis Kebangsaan )
Adam Wong ( Pelapis Negeri )
Nur Syafika Shabani ( Pelapis Serantau )
Meerosha Balakrishnan ( Pelapis Negeri )
Farah Amalina Azhar ( Pelapis Serantau )
Mohd Fareez Rosli ( Elit )
Arif Farhan ( Elit )
Nurul Syafiqah Hashim ( Elit )
Nur Amirah Mohamed ( Elit )
Shahira Abd Halim ( Elit )

Selamat Maju Jaya!!




UCI WORLD JUNIOR CHAMPIONSHIPS 2011 MOSCOW RUSSIA






15 August 2011


Hari ini pasukan remaja MALAYSIA menjalani latihan bermula pada jam 10.30 an hingga 12.00 pm di velodrome. Warming -up bersama pasukan France dan Japan serta latihan flying dan standing start untuk kedua-dua pelumba.Keadaan permukaan trek velodrome ini memang dikenali antara trek yang terpantas didunia yang mana telah dibina pada tahun 1976 dan siap sepenuhnya digunakan pada tahun 1980 dan tiada sebarang pertukaran bagi permukaan trek tersebut ( kayu )

Kebanyakan pasukan telah tiba di Moscow dan cuaca disini mencecah 31 darjah celcius dan kebanyakkan pasukan mengalami masalah yang sama iaitu kepanasan dibilik penginapan termasuk pasukan Great Britain. Cuaca panas disini berterusan sehingga pada 20 Ogos dan bekalan air sentiasa dipastikan penuh dibilik penginapan untuk memastikan pelumba tidak dehydrate dan tidak membenarkan pelumba keluar pada waktu ini.

Kedua-dua pelumba berada didalam keadaan baik dan memuaskan dan telah dapat menyesuaikan diri daripada masalah Jet Lag.

Bagi program untuk esok latihan bagi pasukan Malaysia bermula jam 7.30 pm -9.00 pm dan mesyuarat Pengurus Pasukan serta pendaftaran acara bermula pada jam 10.00 am hingga 5.00 pm.

sekian laporan ringkas dari Moscow.





--
AZRAIN MOHAMED YUSOF

Monday, August 15, 2011

UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIP 2011 MOSCOW



4 August 2011
Moscow Russia

Program hari ini adalah menjalani latihan di Trek Velodrome yang mana telah ditetapkan oleh pihak penganjur pada jam 12.00 pm hingga 1.30 pm (1 jam 30 minit)

Latihan lebih kepada penyesuaian trek dan juga warm-up sahaja. Kedua-dua pelumba ini dilihat masih sedikit mengalami 'jet lag' dan perkara ini tidak menimbulkan sebarang masalah besar yang mana kedua-dua pelumba ini dapat cepat menyesuaikan diri.
Tiada sebarang masalah dari kesihatan dari kedua-dua atlet.

Untuk latihan pasukan MALAYSIA diletakkan didalam kumpulan D bersama pasukan France, Japan, China dan Italy.

Untuk Pogram latihan untuk esok bermula pada jam 10..00 am hingga 11.30 am..

Sekian laporan ringkas dari moscow

--
AZRAIN MOHAMED YUSOF

Sunday, August 14, 2011

UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIPS 2011 MOSCOW RUSSIA





Salam Tuan-tuan

Pasukan Remaja Malaysia telah selamat sampai di Airport Domodedovo Moscow pada jam 3.00 pm( waktu Russia) iaitu bersamaan 7.00 pm waktu Malaysia. Pihak penganjur telah menjemput pasukan menggunakan van dan sampai di hotel Astrus di Moscow pada jam 5.00 pm yang mana jarak perjalanan airport dan tempat penginapan mengambil masa 1 jam. Keseluruhan masa yang diambil dari Kuala Lumpur untuk sampai ke Moscow kira-kira 17 jam..

Kedua-dua atlet berkenaan amat baik dan bersemangat.

Keadaan cuaca disini juga baik iaitu suhu 25 darjah celcius pada siang hari dan malam pada suhu 17 darjah celcius. Waktu berbuka disini amat pendek dimana pada jam 9.30 malam dan imsyak pada jam 3.00 pagi. (waktu siang panjang dan malam pendek)

Bilik penginapan hanya menyediakan hitter di bilik tetapi tidak mempunyai penyaman udara. suhu dibilik amat panas terpaksa menunggu waktu malam untuk keselesaan..

Program bagi esok akan ke velodrome bagi membawa peralatan basikal di tempat stor yang telah disediakan dan akan menjalani latihan ringan di velodrome.

Sekian laporan ringkas dari Moscow


--
AZRAIN MOHAMED YUSOF

Thursday, August 11, 2011

Majlis Berbuka MSN

Majlis Sukan Negara telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Komanwel. Majlis yang bermula pada jam 6 petang di serikan dengan kehadiran YB Menteri dan pegawai-pegawai kanan KBS, MSN dan ISN.

Lebih kurang 600 orang tetamu terdiri dari atlet, jurulatih, persatuan sukan, KPM dan agensi lain.

Turut hadir adalah anak-anak yatim yang dijemput khas untuk sama-sama diraikan dalam majlis yang serba ringkas ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 1, 2011

SENARAI ATET DAN JURULATIH UNIVERSIADE GAMES 2011


Seramai 3 orang atlet dan seorang jurulatih daripada sukan menembak dibawah program Pelapis Kebangsaan telah terpilih untuk mewakili negara di temasya ini pada 12 - 23 Ogos 2011 di Shanzen, China. Maklumat adalah seperti berikut :



SUKAN : MENEMBAK ( JURULATIH )
NAMA: MOHD YUSRI JUSOH
UMUR : 34 TAHUN
PROGRAM : PELAPIS KEBANGSAAN
ACARA : RIFLE




SUKAN : MENEMBAK
NAMA: MUHAMAD SHAHRIL ISHAK
UMUR : 20 TAHUN
PROGRAM : PELAPIS KEBANGSAAN
ACARA : RIFLE



SUKAN : MENEMBAK
NAMA: JOHNATHAN WONG GUAN JIE
UMUR : 19 TAHUN
PROGRAM : PELAPIS KEBANGSAAN
ACARA : PISTOL


SUKAN : MENEMBAK
NAMA: MUHAMMAD HASSANUL ADZHAR MOHD BARDIN
UMUR : 20 TAHUN
PROGRAM : PELAPIS KEBANGSAAN
ACARA : RIFLE

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA ATLET-ATLET YANG TERLIBAT !!

Maklumat lanjut berkaitan temasya ini boleh didapati di http://www.sz2011.org/Universiade/